Tuesday, August 7, 2012

Novel - Aleeya 8


Saat genting sudah tiba, Aleeya kini berhadapan dengan peperiksaan akhir. Selama dua minggu dia dan temannya yang lain berjuang bagi mendapatkan segulung Ijazah akhirnya berakhir. Setelah tamat kertas terakhir, Aleeya dan temannya menjamu selera bersama di cafeteria. “You all, nanti jangan lupa contact tau.. “ Kata Syed. “Mestilah.. Aleeya, nanti kalau dapat baby bagitau lah..” Ujar Kirana. “Ok.. Korang pun jangan lupa jemput kalau kahwin.” Ujar Aleeya. “Suzie, Mar, happy sangat dapat kawan macam korang.. thanks ya..” Aleeya memeluk kedua-dua temannya itu. “Aku pun..” Mardiana membalas. Suzanna juga begitu. 
 “Abang.. sedih pula leeya nak meninggalkan alam belajar ni..” Kata Aleeya. “ Ala… emosional la pula isteri abang ni..” Kata Zackry. “ Ala.. orang serius ni.. dia main-main pulak..” Aleeya geram. “ ye sayang.. nanti lama-lama ok lah.. Oh ya, abang lupa, kita terus balik rumah papa ni tau..” Kata Zackry. “la.. yeke.. kenapa tak bagitau awal-awal. Abang ni memang tau.. leeya tak bawa baju..” Rungut Aleeya. “Ala.. takpe, kita beli je la…” Kata Zackry. Aleeya tiba-tiba merasa loya bagai hendak termuntah. “ Abang, berhenti kejap.. leeya pening la… nak muntah ni..” Pinta Aleeya Zackry menghentikan kenderaannya di bahu jalan. Aleeya keluar lalu muntah.. Zackry menggosok belakang Aleeya. “ Leeya salah makan ke?” Tanya Zackry. “Tak Tahu.. Tapi tadi makan ngan diorang banyak juga.. tapi, leeya dah dua hari pening ngan loya.. Cuma tak lah muntah macam ni..” Kata Aleeya. “Macam mana? Ok dah” Zackry bertanya. Aleeya mengangguk. Tidak sampai lima belas minit, Aleeya sekali lagi muntah. Kali ini di dalam kereta. “Abang.. sorry..” Aleeya meraih simpati. “tak pe… nanti kita cuci..” Kata Zackry. Setiba di rumah Datuk Zabidin, mereka disambut kedua orang tua Zackry itu. “Ya Allah.. Aleeya, kenapa ni..” Kata Datin Syafiah sewaktu melihat Aleeya dipapah Zackry. “ Muntah mama..” Kata Zackry. “Mari masuk dulu Aleeya” Kata Datuk Zabidin. Datin Syafiah memapah menantunya itu ke dalam rumah. Zackry pula mencuci keretanya. Selesai itu dia masuk ke rumah dan membawa Aleeya ke bilik mereka. “Pa, entah-entah leeya tu mengandung..” Datin Syafiah membritahu suaminya. “Harap-harap macam tu lah..” Datuk Zabidin berharap.
 “ Abang… maafkan leeya menyusahkan abang..” Kata Aleeya. Zackry ketika itu mengurut-ngurut badan Aleeya. “Tak pa sayang… Leeya kan tanggungjawab abang.. esok kita pergi klinik ya..” Kata Zackry. Aleeya mengangguk. Pintu bilik mereka diketuk. Datin Syafiah muncul. “ Leeya, macam mana?” Tanya Datin Syafiah. “ Dah ok sikit ma..” Jawab Aleeya. “ Leeya rehatla.. mama masuk tidur dulu ye..” Kata Datin Syafiah. 
**********************************************************************************
 “Tahniah puan, puan mengandung 4 minggu..” Kata Dr. Dawud kepada Aleeya. Zackry yang berada di sebelah bersyukur mendengarnya. “Alhamdulillah.. terima kasih Doktor.” Kata Keduanya. “ Puan boleh ke kaunter untuk dapatkan ubat alahan serta kad temujanji seterusnya. “ Ujar Doktor muda itu lagi. Aleeya dan Zackry menuju ke kaunter yang dimaksudkan. “Sayang.. terima kasih” Bisik Zackry kepada isterinya. Khabar gembira itu dikongsi seluruh keluarga Zackry dan Aleeya. “Papa nak buat majlis sikit la.. majlis kesyukuran” Cadang Datuk Zabidin. Tiada siapa yang membantah. “ Leeya, Zack, ini kandungan pertama. Kamu berdua kena jaga.. leya kena makan yang berkhasiat. Zack pula jangan sesekali biarkan leeya buat kerja berat.” Nasihat Datin Syafiah. Kedua mereka mengangguk. “ lagi satu, leeya duduk dengan mama la cuti ni.. zack kan kerja, boleh mama tengokkan leeya..” Pinta Datin Syafiah. “Okey gak tu mama.. Zack pun risau kalau leeya kat rumah sorang-sorang…” Zackry setuju. Aleeya tidak membantah, apa yang terbaik untuk dirinya dan anak yang dikandungnya, dia terima.
 “Abang, berapa kali leeya nak cakap.. busuk la perfume abang tu.. janganla pakai lagi..” Bebel Aleeya. Semenjak mengandung, seleranya berubah. Jika dahulu dia amat menyukai Pewangi Brave suaminya, namun kini baginya itu adalah sesuatu yang busuk. Selain itu Aleeya turut mengalami alahan yang teruk dengan makanan. Contohnya kari, apabila terbau kari dia akan loya dan terasa ingin muntah. Selain itu, dia juga kerap mengidam sesuatu yang sukar didapati seperti Air Kelapa Wangi. Sifat dan perangai Aleeya juga banyak berubah. Dia bertukar kepada seorang yang mudah merajuk dan terguris. Namun, Zackry hanya bersabar dengan semua itu asalkan Aleeya gembira.
***********************************************************************************
 Hari berganti hari dilalui Aleeya dengan gembira. Baik Aleeya mahupun Zackry masing-masing sentiasa mengikuti perkembangan bayi mereka. Kini, telah 11 minggu usia kandungan Aleeya. Dalam 11 minggu itu juga Zackry terpaksa bertahan dengan leteran Aleeya. Aleeya kini tinggal di rumah mertuanya. Zackry juga begitu. Zackry berulang alik dari Kolej ke rumah setiap hari. Ini semua adalah demi kebaikan Aleeya. Datin Syafiah dan Datuk Zabidin tidak sabar menanti kelahiran cucu sulung mereka. Inilah saat yang dinantikan oleh keduanya selama ini. Setiap hari Aleeya diberi makanan berkhasiat dan rehat secukupnya. Aleeya senang berada di situ. Dia yang ditatang bagai minyak yang penuh sangat menghargai sikap ambil berat kedua mertuanya itu. “Leeya tahu tak, mama memang tak sabar nak tunggu dia lahir, papa pun macam tu. Selepas ni mama tak kalah la dengan kawan-kawan mama dalam Persatuan Datin tu.” Ujar Datin Syafiah bersemangat. Aleeya hanya senyum melihat keterujaan ibu mertuanya itu. Namun jauh disudut hati dia gusar dengan sifat keterujaan mereka yang berada di sekililingnya. Bimbang sesuatu yang buruk terjadi.
 “Abang… leeya risau la..” Kata Aleeya kepada suaminya. Zackry yang baru selesai solat Isyak itu memandang isterinya dengan wajah berkerut. “Janganlah pandang macam tu..” Aleeya mengelak dari pandangan Zackry. “La… abang pelik la..” Kata Zackry. “Kenapa leeya nak risau pulak ni..” Zackry mendapatkan isterinya yang sedang berbaring di katil. “Ye la… semua orang tak sabar-sabar nak tunggu baby ni lahir..” Aleeya diam seketika sambil mengusap lembut perutnya. “Abis tu apa masalahnya..?”Tanya Zackry hairan. “Kalau apa-apa jadi kat baby ni macam mana.. kalau leeya tak dapat tunaikan hasrat semua orang macam mana..” Kata Aleeya. Zackry geram. Lantas dia mencubit pipi isterinya. “Apa sayang ni.. janganla fikir negative.. tak ada apa-apa lah yang akan jadi.. yang penting sayang jaga kesihatan sayang dan kandungan ni..” Pujuk Zackry dengan harapan dapat mengurangkan kegusaran di hati isterinya. Aleeya mengangguk akur namun hatinya masih ada sekelumit risau. “Hmm.. Abang, esok leeya nak pergi hospital. Ada janji dengan doctor.. abang hantarkan boleh tak?” Aleeya menyoal. “Pukul berapa?” Tanyan Zackry. “Janji tu pukul 10 pagi, abang hantar la leeya awal sikit.. dalam 9.30” Kata Aleeya. “Alamak sayang.. esok abang kena pergi kolej pukul 9, lepas tu terus ada meeting sampai pukul 11 kalau tak silap.. meeting untuk kemasukan pelajar baru..” Ujar Zackry. “Yeke.. hmm tak pe la.. leeya pergi sendiri la..” Aleeya sedikit merajuk. “Ala sayang.. bukan jauh pun hospital tu.. jalan kaki pun boleh sampai kan..esok abang suruh pak zam hantar ye..” Zackry memujuk. “Tak boleh, leeya dah tanya, esok Pak Zam hantar papa pergi office lepas tu hantar mama pergi KLCC, mama ada meeting persatuan Datin..” Kata Aleeya. “ Yeke.. macam mana ek..” Zackry ligat mencari idea. “Leeya naik teksi je la abang… dekat je kan..” Kata Aleeya. Zackry mengangguk. “Maaf ye sayang..” Kata Zackry. Aleeya mengangguk perlahan. “Hmm.. abang, maafkan semua dosa leeya dekat abang ye..” Aleeya tiba-tiba mengambil tangan Zackry lalu dicium tangan suaminya itu. Zackry hairan. Namun dia biarkan saja. Mungkin kesan dari pembawakkan budak. “Ye sayang, abang dah maafkan semua..” Ujar Zackry. Dia memeluk erat Aleeya. “Abang, kenapa ye leeya rasa yang leeya akan pergi jauh je..” Kata Aleeya. “Apa leeya ni.. tak elok cakap macam tu.. jangan dilayan sangat perasaan tu..” Kata Zackry. Dia sedikit bimbang dengan kata-kata isterinya itu. Namun dia hanya menyimpannya di dalam hati.
************************************************************************************
 Panggilan telefon yang baru diterima Zackry amat mencemaskan. Dia lantas meninggalkan kolej dan bergegas ke hospital. Fikirannya hanya tertumpu kepada Aleeya. Zackry memecut keretanya. Fikirannya ligat memikirkan keadaan Aleeya. Beberapa minit yang lalu, seorang petugas di Hospital Tawakal menelefonnya dan memberitahu bahawa isterinya Aleeya dikejarkan ke wad kecemasan setelah dijumpai seseorang dalam keadaan berlumuran darah di hadapan hospital tersebut. Menurut petugas itu juga, Aleeya dipercayai ditikam peragut kerana tas tangannya juga hilang. Zackry bingung. Dalam perjalanan dia tidak mampu menahan sebaknya, air mata jantannya menitis. Dia teringat kata-kata Aleeya semalam. “Kalau aku hantar dia, semua ni tak akan jadi..” Zackry menyalahkan dirinya. 
 Setiba di hospital, Zackry terus ke bilik kecemasan. Aleeya masih didalam bilik tersebut. Para doctor masih mencuba menyelamatkannya. Sedang Zackry duduk menunggu sambil menyesali tindakannya, ibu bapanya tiba. Zackry pantas memeluk ibunya. Dia menangis. Tidak mahu lagi menahan egonya. Datin Syafiah menenangkan anaknya. “Papa dah call ayah leeya, mereka sekeluarga dah on the way,” Ujar Datuk Zabidin. Dua jam telah berlalu, Aleeya masih di bilik kecemasan itu. Keluarga Haji Nazim tiba. Hajah Amina menangis menahan sebak. Zackry yang sudah sedikit tenang bersalam dengan ibu bapa mertuanya dan iparnya. “Macam mana?” Tanya Amran yang juga seorang doktor. “Doktor kata dia alami pendarahan serius, mereka masih cuba..” Ujar Zackry. Hati Amran gusar. Dia tahu adiknya dalam keadaan kritikal. “Along..” Kata Azman. Dia perasan dengan perubahan muka abangnya. Amran diam. “Macam mana boleh jadi?” Tanya Azman. “Leeya hari ni ada appoiment kat sini, dia pergi dengan teksi, zack tak dapat hantar,sebab meeting. Dalam pukul 10.30 Zack dapat call dan kata leeya masuk emergency room..” Zackry terhenti seketika. Dia menahan sebaknya. “Nurse kata ada orang jumpa leeya depan hospital dalam keadaan berdarah, masa tu leeya dah tak sedarkan diri.. and.. dia kena tikam dengan peragut. Bag and semua duit habis.. lepas tu leeya di bawa ke wad kecemasan. Mujur Dr yang wat appoiment kenal leeya so dia call zack.” Kata Zackry. Air matanya menitis. Esakan Datin Syafiah, Hajah Amina, Fatin dan Suria semakin kuat kedengaran. Hajah Amina dan Datin Syafiah ditenangkan suami masing-masing. “Ya Allah..” Hanya itu yang kedengaran keluar dari mulut Hajah Amina. Tidak lama kemudian lampu di bilik kecemasan padam, seorang doctor keluar dari bilik tersebut. Mereka yang menunggu pantas mendapatkan doctor tersebut. “Macam mana isteri saya..” Tanya Zackry. “Hmm.. Kami dah cuba sedaya upaya, Puan Aleeya mengalami pendarahan yang serius, dia juga dipercayai terjatuh ketiga bergelut dengan peragut, dan… kandungan dia tak dpat diselamatkan.” Jelas Doktor tersebut. Semua disitu mengucap panjang mendengarnya. “Dan.. Puan Aleeya berada dalam keadaan yang kritikal.. sekarang dia koma. Peluang dia hidup.. tipis.. maafkan kami, kami dah cuba, kita tunggu perkembangannya..” Sambung Doktor itu. Zackry terkejut mendengarnya. Dia mengetuk dinding, dia menjerit. “Astaghfirullah zack, tenang nak.. kita berdoa saja..” Datuk Zabidin menenangkan anak tunggalnya itu. “Boleh saya jumpa dia?” Zackry mendapatkan kebenaran. “Maaf, kami terpaksa pindahkan dia di Unit Rawatan Rapi terlebih dahulu. Dan kami boleh benarkan seorang sahaja masuk, dia sangat kritikal..” Ujar Doktor. Semua di situ akur. 
 Zackry masuk ke bilik Aleeya. Aleeya terbaring kaku. Mesin Hayat disebelahnya hanya sedikit berbunyi. Sekurangnya Zackry tahu Aleeya masih hidup. Dia memegang erat tangan isterinya. Sejuk. “sayang.. maafkan abang.. kalau abang hantar sayang, ini semua tak akan jadi..” Zackry menitiskan air mata. “Abang bersalah pada leeya, pada anak kita…” Sambung Zackry. “Ya Allah.. selamatkan dia..” Doa Zackry dalam hati. Tangannya masih memegang tangan Aleeya. Dia memandang wayah Aleeya. Mata Aleeya yang tertutup rapat ditenung. Terdapat beberapa kesan lebam di wajah isterinya. Sukar baginya membayangkan kesakitan isterinya itu waktu diragut. Dia tidak henti-henti menyalahkan diri. 
***********************************************************************************
 Sudah tiga hari Aleeya dalam keadaan koma. Zackry pula setia menemani Aleeya. Keluarga Aleeya juga begitu. Masing-masing sentiasa mengambil berat keadaan Aleeya dan memantau perkembangan Aleeya. Zackry duduk disisi Aleeya, dia tidak berhenti berdoa agar Aleeya selamat. Zackry menggenggam tangan isterinya itu. “Sayang… abang sayang leeya.. bangunlah sayang..” Katanya. Jari jemari Aleeya bergerak perlahan. Zackry tersentak. Kelopak mata Aleeya berkedip. “Sayang..” Panggil Zackry. Aleeya membukakan matanya perlahan-lahan. “Abang….” Suara Aleeya lemah. Zackry menitiskan air mata kesyukuran. Dipeluk erat isterinya itu. Aleeya kini sudah sedar. Zackry memanggil doctor yang bertanggungjawab keatas isterinya. Disamping itu dia turut menghubungi keluarganya dan keluarga Aleeya. “En Zackry, keadaan Aleeya dah kembali stabil. Tapi dia masih lemah dan memerlukan rehat yang secukupnya.” Jelas Doktor itu. Zackry mengangguk. “Ibu…” Aleeya memanggil ibunya. Hajah Amina menghampiri anaknya itu. Dipeluknya Aleeya. Semua di situ bersyukur Aleeya telah melepasi saat kritikalnya. Aleeya memegang perutnya. “Baby..” Katanya sambil memandang Zackry. Aleeya masih belum mengetahui keguguran kandungannya. “Sayang.. baby kita tak dapat diselamatkan..”Ujar Zackry. Aleeya terkejut. Air matanya mengalir. “No…. ni semua salah leeya…” Aleeya sedikit kesal. Air matanya tidak berhenti-henti mengalir. “Maafkan leeya.. abang..” Kata Aleeya. “Dah sayang… bukan rezeki kita..” Zackry menenangkan isterinya. “Leeya yang salah… leeya tak dapat selamatkan dia…” Aleeya masih menyesal. “Sudahla leeya…” Pujuk Hajah Amina. Aleeya ditenangkan sanak saudaranya. Zackry sudah tidak mampu menenangkan Aleeya kerana dirinya sendiri tidak tenang. 
************************************************************************************
 Aleeya sudah dibenarkan keluar dari hospital. Setelah seminggu dia berada di hospital, kini tiba harinya untuk dia pulang. Aleeya dibawa ke kampungnya. Namun Aleeya lebih banyak termenung. Hal ini kerana berita yang disampaikan doctor bahawa keadaan rahimnya yang lemah dan dia mungkin mengalami masalah untuk hamil lagi. Aleeya tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan situasi itu nanti. Lebih-lebih lagi untuk berhadapan dengan bapa dan ibu mertuanya yang mengharapakan cucu. Zackry yang juga mengetahui mengenai perkara itu hanya menerimanya dengan pasrah. Aleeya tahu jauh disudut hati, lelaki itu sedikit kecewa. Lelaki mana yang tidak mahukan zuriatnya sendiri dari perkahwinan yang dibina. Aleeya lebih banyak diam dalam perjalanan. Hajah Amina memahami kelukaan hati anaknya itu. Setelah dua jam perjalanan, mereka tiba di rumah Haji Nazim.
 “Leeya.. makan sayang..” Kata Hajah Amina. Aleeya menggeleng. “Jangan macam ni.. leeya kena makan.. leeya tak ada tenaga nanti.” Ujar Hajah Amina. Aleeya akur. Hanya dua suap yang mampu dijamahnya. Dia hanya termenung. Hajah Amina gusar melihat perubahan Aleeya itu. “Leeya.. yang dah lepas jangan fikir lagi… leeya kena kuat untuk tempuh hidup baru..” Haji Nazim pula menasihatkan anaknya itu. “Ayah tak faham..” Aleeya bersuara sayu. “Ibu, ayah memang tak dapat nak faham sepenuhnya.. kami sayangkan leeya…” Ujar Hajah Amina pula. Aleeya tunduk. “Leeya.. “ Panggil Zackry. Aleeya memandang sayu wajah suaminya itu. Zackry berulang dari kolej ke rumah mertuanya untuk bersama Aleeya. Hajah Amina dan Haji Nazim meninggalkan bilik Aleeya. “Sayang.. dah makan..?” Tanya Zackry dan menghadiahkan satu kucupan didahi isterinya. Aleeya mengangguk sayu. “Abang.. maafkan leeya..” Katanya. Zackry memandang wajah Aleeya. “Kenapa sayang..” Kata Zackry. “Leeya tak dapat nak bagi abang baby.. leeya tak dapat nak selamatkan baby kita.. and.. leeya tak mampu nak bagi abang zuriat..”Ujar Aleeya. “Apa sayang ni… jangan cakap macam ni.. Doktor kata Cuma susah kan, bukan tak boleh langsung..” Pujuk Zackry. “Sama lah tu.. leeya tak tahu nak berhadapan dengan papa ngan mama abang macam mana..” Ujar Aleeya. “Jangan fikir sangat leeya, diorang mesti faham.. sudahla..” Kata Zackry. Air mata Aleeya mengalir. “Macam mana pun, abang tetap sayang leeya dan akan bersama leeya..” Pujuk Zackry lagi. 
***********************************************************************************


No comments:

Post a Comment