Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 24


“Aku terima nikahnya Nur Mardihah Binti Abdul Muin dengan mas kahwinannya RM80 tunai..” Lafaz itu aku dengar dari mulut Firdaus. Dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri buatnya. Air mataku tak mampu tertahan lagi. Aku bersyukur sangat. Aku bahagia sangat. Alhamdulillah.

Majlis Akad Nikah aku dan Firdaus dihadiri sanak saudara, warga Yayasan dan rakan terdekat. Majlis diadakan dirumahku atas permintaan kedua-dua belah pihak. Firdaus menyarungkan sebentuk cincin dijari manisku. Aku salam dan cium tangannya. Firdaus kucup dahiku. Aku rasa sungguh bahagia. Aku bersalaman dengan hadirin. Masing-masing meluahkan ucapan tahniah kepadaku dan Firdaus.

“Tahniah akak… Kan kitorang dah cakap. Akak mesti dengan Ustaz..” Qaisara menyapa. Aku membalasnya dengan senyuman dan ucapan terima kasih.

“Lepas ni selalu lah akak datang Yayasan kan..” Adeeba pula menambah.

“Hmm.. tengok keadaan. Akak kerja dik. Nak pergi yayasan tu 2 jam gak. InsyaAllah ada masa akak pergi.” Balasku.

“Amboi.. berbual sakan nampak..” Suamiku, Firdaus menegur.

“Tak ada lah ustaz..” Qaisara membalas. Qaisara jeguk tersengih apabila dihampiri seorang lelaki. Mungkin kenalan Firdaus.

“Kak.. ini lah abang zainul muttaqim..” Qaisara memperkenalkan kepadaku buah hatinya yang belajar di UPM yang pernah diceritakan dahulu.

“Ooo.. inilah dia..” Balasku. Zainul senyum. Aku membalas senyumannya. Qaisara pula tersengih-sengih.

“Jomlah kita ke dalam.. makan..” Aku pelawa mereka. Mereka mengangguk. Aku dan Firdaus masih diluar. Tetamu yang hadir sedang menjamu selera.

“Sayang..” Panggil Firdaus. Tanganku degenggam erat.

“Ya Abang..” Aku memandang suamiku.

“Esok majlis di klang pula. Malam ni kena rehat la. Esok majlis lagi lama..” Katanya.

“Hmm.. Kita bertolak dari sini kan. Abang tidur sini or balik kelang malam ni??” Aku menyoal. Inginkan kepastian. Kalau ikut perancangan memang Firdaus akan bermalam dirumahku dan esok kami akan didandan dan diarak ke Kelang. Perjalanan tidak terlalu jauh.

“Ikut perancangan la sayang.. abang tidur sini la. Kenapa? Nak abang balik ke?” Firdaus membalas.

“Tak ada la…” jawabku manja.

“Amboi pengantin baru..” Sapa seseorang. Kami menoleh.

“Nak balik dah ke Pak Long?” Soalku apabila kelibat Tan Sri Muiz muncul dan menyapa kami.

“Ya… Esok Pak Long tak dapat ke klang.. Nanti kita jumpa untuk resepsi kamu la ya..“ Jawabnya. Kami mengangguk dan bersalaman dengan Tan Sri Muiz. Kami mengiringi dia hingga kekeretanya.

“Jom la sayang masuk.. tetamu dah ramai nak balik..” Kata Firdaus. Aku mengangguk.

“Budak-budak yayasan balik juga malam ni?” Aku menyoal.

“Ye..” Jawabnya ringkas. Maknanya rumah akan sunyi juga malam ni. Cuma aku, suami, Mak Kiah dan Pak Samad. Tak apa lah. Yang penting Firdaus sentiasa disisiku. Kami melangkah masuk ke rumah. Tetamu yang hadir kebanyakan sudah pulang. Yang ada cuma warga yayasan yang sedang bersiap untuk pulang.

“Kami balik dulu. Esok jumpa kat Klang.” Kak Jamilah bersalaman denganku dan memelukku.

“Elok-elok memandu ya abang derus..” Pesan suamiku kepada pemandu yang bertanggungjawab memandu kenderaan yayasan. Aku dan Firdaus menghantar mereka hingga muka pintu. Selesai kesemua pulang termasuk pihak Catering, aku duduk di ruang tamu.

“Cik.. nak mak Kiah kemaskan pakaian untuk esok? Cik bermalam di rumah Tuan Firdaus kan..” Mak Kiah menyoal.

“Puan la Mak Kiah..” Kata Firdaus. Kami tertawa.

“Tak apa lah Mak Kiah.. saya kemas sendiri. Mak Kiah rehatlah. Mak Kiah dah seharian hari ini dengan persiapan.” Balasku. Mak Kiah akur dan berlalu kekamarnya.

“Abang tak nak tidur lagi ke? Tak penat? Esok nak prepare bersanding, macam-macam lagi..” Bebelku.

“Kejap lagi lah.. Mar naik la dulu..” Katanya.

“Ala… jomlah sekali..” Aku menarik manja tangannya. Firdaus senyum. Dia akur. Kami beriringan menuju ke bilik. Kamar penganting yang dihias dengan tema warna kuning diraja kurasakan cukup berseri sekali.

“Abang…” Aku separuh menjerit apabila Firdaus mengangkatku. Romantik benar dia. Dia hanya senyum. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan kuniaanMu ini Tuhan. Kamar pengantin menjadi saksi cinta kami. Aku bahagia bersamanya. Aku dibaringkan ditilam empuk itu. Firdaus memelukku erat.

“Abang… terima kasih kerana sudi terima Mar yang tak punya apa ni sebagai isteri..” Kataku.

“Terima kasih juga sebab terima abang..” Balasnya. Aku senyum. Kami bertentang mata.

“Mar bahagia tak dengan abang?” Soal Firdaus.

“Mestilah… Mar bahagia sangat. Dari dulu Mar impikan untuk jadi isteri abang. Tapi masa tu Mar fikir Mar tak layak untuk abang..” Balasku.

“Sekarang dah jadi wife abang.. layak la maknanya tu..” Tambah Firdaus.

“Mar cuba jadi yang terbaik untuk abang.. jadi isteri yang solehah, ibu yang terbaik untuk anak-anak abang nanti..” Kataku lagi. Firdaus senyum. Pipiku dicubit manja.

“Tidurlah.. esok nak bersanding lagi.. pagi-pagi dah kena pergi butik tu untuk siap-siap..” Kata Firdaus.

“Tidur terus?” Soalku. Aku harap dia faham maksudku.

“Errmm.. habis nak apa?” Dia menyoal.

“Tak ada apa-apa lah..” Rajukku lalu menarik selimut. Firdaus tertawa kecil.

“Faham pun..” Aku menambah. Lampu dipadam.

No comments:

Post a Comment