Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 19


Urusan pengebumian Auntie Maria selesai. Talkin dibaca. Auntie Maria dikebumikan berdekatan pusara Arwah ayah. Aku duduk berhampiran Mak Kiah. Aku kosong. Aku sunyi. Aku keseorangan. Tuhan telah ambil semua insan yang aku perlukan dalam hidup ini. Selesai semuanya, semua melangkah pulang. Aku masih dipusara.

“Mar…” Suara Tan Sri Muiz menyapa. Aku tahu, dia juga sedih dengan kehilangan Auntie Maria. Aku memandangnya.

“Pak Long….” Aku memeluk lelaki itu. Tak tertahan lagi sedih dihati ini.

“Sudahlah Mar.. Yang dah pergi biarkan ia pergi, Kita yang hidup ni berdoalah..” Ucapnya. Aku tunduk. Dia meminta diri untuk pulang. Aku masih di situ. Di pusara insan-insan yang aku sayangi.

“Ayah… hari ini Mar sekali lagi diuji.. Auntie Maria pun tinggalkan Mar.. Ayah.. Mar tak kuat. Mar tak tahu nak hadapi semua ini macam mana..” Aku luahkan dipusara ayah.

“Ayah.. bantulah Mar.. Mar sunyi.. Mar kosong ayah… Mar tak tahu macam mana nak hadapi hari-hari yang mendatang ni.. Mar dah tak ada sesiapa.. Mar sorang-sorang….” Aku menangis. Ya Allah. Ampunkan aku. Bukan niatku mahu menyalahkan takdir. Tapi, aku hanya insan yang lemah dan tak mampu bertahan dengan ujianMu ini. Ya Allah.. Kau ampunkanlah dosa insan-insan yang aku sayangi ini. Aku pohon padaMu Ya Allah.. Tabahkan hatiku untuk menerima Qada dan QadarMu ini. Aku siram air mawar kepusara Auntie Maria, Ayah, Ibu dan abang. Aku bangun melangkah pergi. Tangisan mengiringi langkahku. Hanya aku seorang di tanah perkuburan itu. Aku melangkah menghampiri kereta.

“Assalammualaikum..” Suara sesorang. Aku menjawa salam dan menoleh.

“Firdaus…” Kataku perlahan. Air mataku menitis laju.

“Awak dah nak balik? Mari saya drive.. keadaan awak macam ni tak sesuai untuk awak drive..” Ujarnya. Aku akur. Keretanya telah dibawa oleh temannya.

“Mardihah.. terimalah semua ini dengan redha.” Katanya. Aku tunduk.

“Saya redha dengan semua ini. Cuma.. saya sedih..” Ujarku. Aku tahu dia faham hatiku yang kehilangan orang tersayang. Dia pernah alami sewaktu kehiangan isterinya.

“Qada dan Qadar adalah salah satu dari rukun iman. Kita wajib percaya dan terima..” Katanya lagi. Aku mengangguk. Sepanjang perjalanan pulang, aku tenang bersamanya. Mendengar tiap-tiap madah yang diungkapnya. Terima Kasih.

Sampai dirumah, saudara mara serta kenalan masih memenuhi rumah. Malam ini akan diadakan majlis tahlil dan bacaan Yassin. Aku terus masuk kerumah. Hadirin diluar masih berbual sesama mereka. Aku kedapur.

“Mak Kiah.. call caterer nanti ya.. Order makanan untuk malam ni..” Aku mengarahkan. Mak Kiah mengangguk. Aku kembali ke ruang tamu. Orang ramai yang datang sudah sedikit surut. Hanya Firdaus dan beberapa warga yayasan masih belum pulang. Dengan kehadiran mereka sekurangnya terubat sikit kesedihan ini.

“Mardihah pergilah berehat.. biar kami uruskan yang lain.. akak tengok Mar pucat dah ni..” Kak Jamilah berkata. Aku duduk di sofa.

“Tak apa lah akak.. Mar kalau duduk sorang-sorang nanti lagi sedih..” Jawabku.

“Ya lah.. sekurangnya rehatlah.. Jangan sedih sangat dik..” Kak Jamilah memelukku. Sekali lagi berderai air mataku. Memang aku sedih. Aku tak tahu bagaimana mahu diluahkan perasaan ini. Aku pandang Firdaus. Dia senyum kearahku. Namun itu belum cukup mengubat sedih dihati. Auntie Maria, sekejap sangat aku rasa dapat hidup dengannya. Aku belum puas dengan belaiannya, tawanya, senyumnya, pelukkannya. Ya Allah. Tabahkan hatiku ini.

No comments:

Post a Comment