Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 44 - Final


“Happy birthday to tou, Happy birthday to you, Happy birthday to Najma and Najwa, happy birthday to you…” Tetamu yang hadir menyanyikan lagu buat Najma dan Najwa sempena hari ulang tahun kelahiran mereka yang ke 25. Najwa dan Najma potong kek bersama.

“Ini untuk mama…” Najma dan najwa suapkan kek buat ibu mereka. Salina buka mulut. Najwa dan Najma pula suap menyuap. Syed Hazim, bapa mereka tak dapat hadir kerana ada krisis dengan Laila, ibu tiri mereka. Namun Syed Hazim sempat menghadiahkan dua puterinya itu kalung emas.

“Ini buat abang…” Najma suap buat suaminya yang tercinta, Aidil. Aidil cium dahi isterinya. Ucapan tahniah dan hadiah diberikan. Aidil dan Najma kini dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Aiman Najmi yang berusia setahun dua bulan. Kehidupan Najma kini lengkap dengan kehadiran suami yang penyayang dan anak yang comel.

“ Love you B…” Ungkap Najwa buat suaminya Izhar. Najwa pula kini sarat mengandung 7 bulan. Berdasarkan imbasan yang dibuat, Najwa mengandung bayi kembar. Najwa ikut jejek langkah ibunya. Izhar adalah insan yang paling bahagia saat Najwa disahkan mengandung. Izhar menjaga Najwa dengan sepenuh perhatian.

Mereka sekeluarga meraikannya di rumah Salina. Meriah benar suasana di rumah Salina. Salina gembira dan bersyukur kerana kedua-dua puterinya telah dikurniakan kehidupan yang bahagia. Salina tumpang bahagia.

Najwa dan Najma duduk di sofa. Tamat majlis dan tetamu pulang, Aidil dan Izhar bantu mengemas apa yang perlu. Najwa dukung anak saudaranya, Aiman.

“Nanti dah besar tak mau nakal-nakal macam mama wawa tau…” Najma pesan pada anaknya.

“Eleh.. akak tu pun naughty apa…” Najwa balas. Kedua beradik itu ketawa.

“Ni .. baby kembar dalam perut ni nanti.. Mesti ada yang ikut wawa… Naughty..” Najma usap perut adiknya itu.

“Ala akak ni… adik naughty sikit-sikit je…” balas Najwa.

“Amboi si kembar ni… Borak apa… Aiman.. mari kat papa..” Aidil sapa. Dia dukung anaknya. Izhar duduk sebelah isterinya, Najwa.

“Dah siap kemas ke B?” Soal najwa.

“Dah….” Jawab Izhar ringkas.

“ooo.. tak sempat nak tolong..” Tambah Najma.

“Eleh… tak payahla.. Tolong bagi kami baby comel cukuplah…” Aidil cubit mesra pipi isterinya itu.

“Kak.. jom kat mama, termenung apa entah kat tingkap tu..” najwa ajak kakaknya. Najma angguk. Izhar bantu Najwa bangun. Najwa dan Najma menuju kearah ibu mereka. Salina yang tak sedar kehadiran anaknya itu masih leka melayan perasaan.

“Mama nangis? Kenapa ni?” Najwa hadap wajah ibunya. Salina pantas seka air matanya.

“Kenapa ni ma?” Najma hairan.

“Mama nangis gembira sayang.. Dua-dua anak mama dah dapat family yang happy… Mama bersyukur pada tuhan..” Salina berkata.

“Mama ni… ingat apa tadi.. Tak mau lah macam ni…” Najwa usap wajah ibunya. Ketiga beranak itu berpelukan.

“Alamak, sangkut… ada dua lagi babby ni nak peluk nenek dia..” Najwa berkata. Najma ketawa. Salina juga.

“Ma… suasah tak jaga anak kembar?” Izhar soal.

“Boleh la tahan, sorang nangis dua-dua nangis.. Izhar dengan Najwa nanti rasalah apa yang mama dengan papa pernah rasa… Tapi, enjoy sayang… Mama seronok dapat puteri mama ni…” Salina berkata.

“Dengar tu B… nanti B lah kena jaga dua-dua ni..” Najwa kata pada Izhar.

“No hal… B okay je.. Tapi kalau tak bagi perhatian kat ibu dia, jangan marah ye sayang…” Izhar balas. Mereka ketawa.

“Abang rasa, wawa ni nanti dapat baby mesti kecoh, besok.. macam-macam lagi lah…” Aidil menyampuk. Najma senyum.

“Amboi abang… tengoklah nanti. Wawa lagi expert dari mama nanti terkejut pulak..” Najwa balas. Salina pandang anak, menantu serta cucunya itu. Dia tiba-tiba teringat akan bekas suaminya, Syed Hazim.

“Abang…. Mereka dah dapat kehidupan sempurna…” Desis hati Salina. Dia kembali berbual dengan Najwa, Najma, Aidil dan Izhar. Salina gembira. Salina bahagia. Setelah pelbagai rintangan yang dilalui, dia bersyukur dapat lihat keluarganya berkumpul dengan penuh senyuman dan gelak tawa itu. Sesungguhnya pengalaman mematangkan kita, setiap ujian yang terjadi pasti ada hikmahnya.

TAMAT..

Sangkar Kasih 43


Najwa mulakan tugas seperti biasa. Kini dia lebih kuat dan tabah. Dia masuk ke kelasnya dengan tenang. Untuk tugasan hari ini, Najwa pinta pelajarnya menyampaikan lagu serta muzik dalam kumpulan.

“Masih jelas… setiap garisan halus, bila senyuman kau ukir kan untukku… Masih jelas, setiap lekuk penjuru menghiasi wajahmu.. waktu kau renung aku. Sudah suratan, takdir begini. Segalanya sementara…. Selagi hayatku masih ada.. kau bertakhta dihatiku….” Kumpulan pertama menyampaikan persembahan mereka. Najwa hayati bait-bait lirik lagu Masih Jelas dari Hafiz Af4. Masih jelas bayangan senyuman Izhar tika dia pandang wajah Najwa. Masih jelas tergambar renungan cinta Izhar buatnya. Kucupan mesra. Najwa terima segala ketentuan Ilahi itu. Sudah suaratan takdirnya begitu. Dia masih ingat janjinya pada Izhar, selagi hayatnya ada, tiada lelaki lain yang akan bertakhta dihatinya selain suaminya itu. Najwa amat menyayangi Izhar. Walaupun Izhar kini sudah pergi meninggalkannya. Dia tetap bersyukur kerana sempat bergelar isteri buat lelaki yang dicintainya itu.

“Okay… next…” Arah Najwa. Kumpulan seterusnya mebuat persembahan mereka. Semua anak didiknya yang meminati bidang itu melakukan dengan baik sekali. Najwa berpuas hati. Selagi dia mampu, dia akan berkhidmat dalam bidang yang diminatinya itu.

“Puan Najwa… ada orang kirim surat ni....” Seorang pelajar menyerahkan sekeping surat pada Najwa. Najwa ambil dan baca.

“Jumpa di Old Town White CafĂ©, Bukit Bintang jam 4 petang..” Najwa membacanya. Najwa hairan. Tiada pula tertulis nama di surat itu. Siap saja yang tahu tempat iti selain Izhar. Tapi, tak mungkin Izhar. Najwa ligat memikirkannya. Najwa gelisah. Hatinya
berdoa semoga tenang.

Najwa habiskan kelasnya lebih awal.

“Okay class.. esok kita sambung. Praktis jangan lupa.. Assalamualaikum..” Najwa melangkah keluar. Sebagai guru Muzik moden di Kolej Sunway, Najwa perlu berhadapan dengan berbagai kerenah pelajarnya. Mudah sahaja baginya untuk mengawal mereka kerana dia sendiri pernah lalui saat itu. Pengalaman lalu menjadikan dia rapat dengan pelajarnya.

Najwa berjalan menuju keretanya. Dia memandu ke tempat seperti yang diminta dalam surat itu. Najwa masih ingat tempat itu. Tempat dia bertemu Izhar. Sejak pemergian Izhar, Najwa tak jejak lagi kaki ke sana. Dia begitu sedih kerana terlalu banyak kenangan bersama Izhar di situ. Najwa tiba. Seperti kebiasannya yang dilakukan suatu masa dahulu, Najwa pesan minuman dan duduk di suatu meja. Najwa nantikan kehadiran orang ang mengirim surat padanya. Sambil itu, Najwa gamit memori lalu. Dia teringat saat mula bertemu Izhar.

“Hai.. boleh minum sekali..” Suara yang menegurnya membuatkan Najwa terpaku. Dia kenali suara itu. Pantas Najwa berpaling. Air matanya menitis. Insan yang berdiri hadapannya adalah insan yang amat dinantikan selama ini. Najwa bingkas bangun.

“Iz….” Najwa gagap. Antara percaya dengan tidak. Najwa mengalirkan air mata.

“Sayang… Najwa…” Iz panggil. Najwa pantas memeluk Izhar. Dia peluk sekuatnya. Dibiarkan orang sekeliling memandang. Dia tak peduli. Najwa cium tangan Izhar. Dia tatap wajah Izhar. Benar.Itu Izhar, Suaminya yang dikhabarkan sudah meninggal dunia lebih enam bulan yang lalu.

“Iz… macam mana?” Najwa kelu. Izhar duduk. Air mata Najwa disekanya. Izhar ceritakan segalanya. Semasa kemalangan itu, sebelum kereta meletup dia sempat keluar namun segala pengenalan dirinya terjatuh. Dia sempat berjalan beberapa kilometer dalam hutan da akhirnya rebah. Setelah dibuka mata, rupanya dia diselamatkan oleh satu keluarga yang menetap di kawasan setinggan berhampiran. Izhar dirawat dan dijaga rapi. Dia lihat dalam surat khabar berita kematiannya. Jadi dia minta keluarga yang menyelamatkannya itu tidak menghantarnya ke hospital sebaliknya merawat secara tradisional. Setelah sembuh sepenuhnya, Izhar bercadang untuk kembali bertemu Najwa dan keluarganya. Namun dia harus balas jasa keluarga setinggan yang telah menyelamatkannya. Dia bekerja untuk keluarga tersebut dan cuba dapatkan apa yang terbaik buat keluarga itu.

“Alhamdulillah, mereka dah ada kehidupan yang lebih baik sekarang..” Kata Izhar. Dia genggam tangan Najwa. Air mata Najwa masih belum kering. Izhar sambung ceritanya.

Selepas dari itu, dia berusaha dapatkan semula identitinya. Namun tak berhasil. Dia tiada bukti dan saksi. Maka dia ambil keputusan untuk mengekori Najwa. Dia rindu Najwa. Hingga akhirnya mereka bertemu di situ.

“So, selama ni Iz lah yang Wawa selalu nampak tu.. Kenapa Iz lari?” Najwa soal.

“Memang Iz.. bukan lari, Iz tak nak kita jumpa semula cara macam tu..” Balas Izhar.

“Iz tahu tak betapa Wawa menderita tanpa Iz disisi..” Najwa alirkan air mata.

“Maafkan Iz sayang… Mungkin ini ujian untuk kita..” Balas Izhar.

“Iz… miss you so much..” Kata Najwa. Tangan Izhar digenggamnya. Izhar juga begitu.

“Jom kita balik, Jumpa mummy and daddy… Mesti semua happy..” Ajak Najwa. Izhar angguk. Dia renung sepuasnya wajah Najwa. Isteri yang amat disayangi itu.
Ternyata, kepulangan Izhar menggembirakan semua. Najwa adalah insan yang paling bahagia. Tengku Hamzah dan Tengku Mirna adakan majlis kesyukuran. Najwa tak lekang dari Izhar. Dia tak mahu kehilangan Izhar lagi. Izhar adalah nyawa dan kehidupannya. Dia amat menyayangi Izhar.

“Janji dengan Wawa.. Iz jangan tinggalkan wawa lagi tau..” Najwa lentokkan kepalanya di bahu Izhar.

“Iz janji sayang…” Izhar kucup mesra dahi Najwa. Dia peluk erat isterinya itu.

“ Wawa tak boleh hidup tanpa Iz.. Wawa tak kuat Iz..” Tambah najwa.

‘Jangan risau sayang.. Iz sentiasa ada dengan sayang… Iz sentiasa milik Wawa macam mana Wawa jadi milik Iz..” Kata Izhar lagi. Najwa angguk. Dia bahagia.

“ Kenapa nangis ni?” Soal Izhar. Air mata Najwa disekanya.

“Iz tahu, mummy and daddy dah minta Wawa kahwin lain.. Ye la, mereka kesian tengok Wawa sorang-sorang…” Beritahu Najwa.

“So?” Soal Izhar.

“Wawa tak nak. Wawa rela sorang-sorang sebab Wawa rasa walau di mana pun Iz, Iz tetap dekat di hati wawa.. Takkan ada orang lain yang boleh ganti tempat Iz..” Najwa
renung wajah suaminya itu.

“Iz pun sayang… Janganlah nangis lagi… Iz tak boleh la tengok Wawa nangis macam ni…” Izhar seka air mata Najwa.

“Entah… keluar sendiri..” Najwa balas manja.

“Ala…. Tak mau la.. Iz tak nak tengok sayang nangis. Senyum sikit…” Izhar usap wajah Najwa. Najwa senyum. Izhar angkat Najwa dan letakkan isterinya itu di katil. Najwa bahagia dalam pelukan suaminya. Suami yang pernah menghilang sejurus beberapa jam bergelar isteri. Malam itu ibarat malam pertama buat Najwa dan Izhar yang terpisah lebih enam bulan. Najwa bersyukur kerana Tuhan memberinya peluang sekali lagi untuk bersama lelaki yang dicintainya itu. Izhar juga begitu.

Sangkar Kasih 42


Najwa dirawat oleh teman Aidil, Dr Kamarul. Menurut Dr Kamarul, Najwa mungkin hadapi tekanan dengan bayangan Izhar yang sering dibayangnginya. Dia masih dalam keadaan tidak dapat terima kenyataan insan yang dia sayangi pergi meninggalkannya dalam jangka masa yang begitu singkat.

“Tapi Rul, dulu dia dah boleh terima, tapi sekarang dia bagitahu kami dia nampak Izhar, itu yang buat dia macam tu..” Aidil berkata.

“Masalah Najwa ni tak berat, dia alami kemurungan dan sebab kemurungan itu dia selalu terbayang suaminya. Masa awal dulu dia terima sebab dia cuba latih diri dia, namun bila bayangan tu selalu bermain di minda dia dan kadang kala dia rasa macam ternampak, itu yang buat dia kembali yakin Izhar masih ada padahal apa yang dia nampak itu hanyalah khayalan dan bayangan dia..” Jelas Dr Kamarul. Salina dan Najma angguk.

“Tapi, kalau apa yang dia nampak itu betul macam mana?” Naja soal. Aidil pandang isterinya itu.

“Macam mana orang yang dah mati boleh kembali hidup?” Dr Kamarul soal.

“Dalam kemalangan tu, letupan yang kuat buat semua mangsa hancur. Jadi pihak polis sendiri tak dapat kenalpasti, Namun semua identiti mangsa dah diketahui termasuk Izhar. Kerana dia punya pengenalan diri ada dijumpai tak jauh dari kawasan letupan. Pihak polis andaikan Izhar adalah salah satu mangsa..” Jelas Aidil lagi.

“Tapi, betul kata Puan Najma. Ada kemungkinan itu. Tapi, kalau dia ada, kenapa dia tak pulang sampai sekarang… Mungkin apa yang najwa nampak hanyalah bayangan dan khayalannya.” Tambah Dr Kamarul.

“Thanks Dr… Kami harap sangat Najwa kembali macam dulu. Dia terlalu sayangkan Izhar.” Salina menambah. Dia gusar dengan keadaan Najwa yang sebegitu rupa.

“Mestilah puan.. Izhar itu suaminya. Munkin dia perlukan masa yang lama untuk terima kenyataan itu. Harap kamu sekeluarga beri dia semangat… Itu sahaja jalan yang terbaik..” Dr Kamarul memesan.

“Baik Doktor…” Balas Najwa.

“Lagi satu, jangan biarkan dia bersendirian buat tempoh masa yang lama. Dia perlukan teman, perlukan perhatian. Kalau dia sendirian, bayangan tu akan muncul lagi. Susah bagi dia untuk sembuh sepenuhnya..” Tambah Dr Kamarul.

“InsyaAllah…” jawab Salina perlahan

“Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu… Dua minggu lagi saya kembali untuk beri dia rawatan lanjut.. Jangan lupa bagi dia ubat. Aidil, kalau ada apa-apa just call me..” Dr Kamrul mohon untuk pulang. Aidil hantar temannya itu hingga muka pintu. Salina dan Najma masuk ke kamar Najwa. Najwa sedang termenung di birai katil.

“Adik…” Panggil Najma. Najwa tak menyahut. Najma dan Salina hampiri Najwa. Najwa berlinangan air mata.

“Ma… Wawa tak sakit… Tak payah panggil Doktor..” Kata Najwa.

“Ye… mama tahu..” Balas Salina. Dia seka air mata anaknya itu.

“Ma… Iz hidup dalam hati wawa… wawa takkan lupakan dia… Sesiapa pun tak boleh buat wawa lupakan dia..” Najwa bersuara lagi.

“Ye adik. Tak ada sesiapa pun yang nak padamkan Iz dari hati adik. Kami Cuma nak adik jalani hidup macam biasa… Adik kena redha sayang.. Ini ujian tuhan. Kakak dengan mama tak nak tengok keadaan adik macam ni… kami sayangkan adik…” Kata Najma. Najwa tunduk.

“Ye sayang… Mama nak Wawa yang ceria, yang becok macam dulu…. Mama rindu sayang… Mama susah hati tengok Wawa macam ni..” Salina menambah. Najwa pandang ibu dan kakaknya.

“Mama… kakak… maafkan Wawa buat Mama and kakak susah hati..” Najwa bersuara.

“Mungkin betul kata Dr. Itu khayalan wawa… tapi ma.. kalau lah Iz masih ada, mesti Wawa dah bahagia sekarang kan..” Najwa bersuara lemah.

“Adik… memang susah nak lupakan. Tapi adik kena terima dengan tabah, Ini ketentuan. Tak baik melawan takdir..” Pesan Najma.

“Ye sayang… Kami semua ada untuk Wawa…” Salina menambah.

“Ma… kadang-kadang adik cemburu dengan kakak. Kakak ada abang Aidil sebagai suami yang ada di sisi. Tapi Wawa hanya sempat bergelar isteri beberapa jam je ma… Tanpa pernah disentuh, Izhar pergi ma… Takkan ada pengganti dia ma..” Najwa alirkan air mata. Najma peluk adiknya. Salina tenangkan Najwa.

“Sabar sayang… mungkin ada hikmah yang kita tak tahu atas semua kejadian ni…” Tambah Salina. Najwa angguk.

Sangkar Kasih 41


Najma dan Aidil bersiap untuk pergi ke klinik. Hari ini Najma ada janji temu dengan doktor berkaitan kesihatan kandungannya.

“Abang… tolong ambil beg Naja bawa masuk kereta..” Arah Najma sambil membetulkan ikatan rambutnya. Aidil ambil dan pergi ke kereta.

“Sayang.. cepat sikit…” Kata Aidil. Najma turun. Dia hampiri Aidil.

“Jom… kenapa nak cepat sangat, appoiment pukul 11 pagi, sekarang baru pukul 10..” Najma bebel. Sejak berbadan dua ini, dia kerap membebel. Pelbagai perkara pelik berlaku pada dirinya. Aidil pening namun dia cuba memahami. Tapi, kadang kala tak tahan juga dia.

“Jalan tu sesak karang.. Ingat sempat ke..” Aidil sedikit berkeras. Najma tersentuh. Dia tarik muncung. Dia masuk kereta dan hempas pintu kuat.

“Tu lah.. cakap sikit merajuk…. Dah la.. Abang minta maaf..” Aidil berkata. Enjin kereta dihidupkan. Najma masih dengan muka mencuka.

“Cakap lah elok-elok.. Tak payah nak marah-marah…” Rungut Najma.

“”Abang tak marah pun.. tegur sikit tak boleh ke? Amboi… orang lain mengandung juga, elok je…” Aidil geram. Najma diam. Dia juga geram. Aidil pandu keretanya keluar dari parkir rumahnya.

“Ni kenapa nak merajuk-rajuk ni… abang penatlah nak pujuk…” Aidil menambah. Najma masih diam.

“Sayang…. Dah la… sorry ok… Tak mau lah macam ni.. Nanti turun perangai buruk tu kat Babby…” Aidil pujuk.

“Tau takut… Naja pun sorry.. Emo sikit..” Najma bersuara.

“Dah la… senyum sikit…” Pinta Aidil. Najma senyum. Aidil teruskan pemanduan. Najma hayati lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dendangan Aliyah yang bermain di corong radio. Aidil ikut nyanyi lagu itu. Najma tinjau kiri kanan. Hayati pemandangan sekitar.

“Eh abang.. itu kereta Najwa.. kenapa kat situ…?” Najma terkejut melihat kereta adiknya yang diletakkan di bahu jalan. Aidil juga. Dia hentikan kereta. Aidil keluar. Najma membontoti suaminya.

“Mana adik? Kereta kat sini…” Najma hairan kerana tiada kelibat Najwa dalam kereta yang tak berkunci itu. Hatinya gusar.

“Ye lah… kereta tak kunci… dia pergi mana.. Takkan masuk hutan tu pulak..” Balas Aidil. Kawasan bahu jalan hanyalah hutan kecil. Aidil dan Najma pusing beberapa kali dan tinjau kawasan sekitar. Tiada kelibat Najwa.

“Akak.. abang… buat apa?” Najwa muncul dari hutan. Aidil dan Najma gamam. Najma meluru arah adiknya dan peluk Najwa.

“Adik pergi mana? Kenapa ni?” Najma gusar lihat keadaan Najwa yang berpeluh dan nafas yang mengah. Najwa pandang kakaknya. Air matanya menitis. Aidil hairan.

“Kak… adik nampak Iz… dia lari dalam hutan ni.. Adik kejar Tapi tak dapat…” Suara Najwa. Najma mengucap panjang. Aidil juga. Najma peluk adiknya itu.

“Adik… kenapa ni? Ya Allah… jom kita balik…” Najma ajak. Dia tenangkan adiknya. Aidil kembali kekeretanya dan ambil sebotol air. Najwa minum. Dia masuk dalam kereta.

“Adik nak tunggu sini… Iz ada dalam tu… Adik nak tunggu… Kak, Iz masih hidup kak…” Najwa cuba yakinkan kakaknya. Najma pandang Aidil.

“Sayang bawa Wawa balik, drive kereta dia. Abang drive kereta kita ikut belakang. Nanti abang call doktor bagitahu kita lewat sikit…” Arah Aidil. Najma angguk. Dia pinta adiknya duduk di bahagian penumpang.

“Akak!! Adik nak tunggu sini. Iz akan datang nanti… akak kalau nak balik balik lah…” Suara Najwa sedikit kasar. Najma terkedu. Aidil terdiam.

“Wawa… kita balik dulu, petang nanti kita datang lagi kalau Iz ada..” Aidil cuba memujuk. Najwa diam. Dia akur. Najma hidupkan enjin dan bawa Najwa pulang. Aidil
ikut dari belakang.

“Kak… Iz hidup lagi kak…” Najwa berulang kali menuturkan kata-kata itu. Najma tak tahu mahu cakap apa. Najma gusar dengan keadaan adiknya itu. Najma hanya menitiskan air mata. Najwa menangis. Najma tahu hati adiknya. Mungkin Najwa masih tak kuat terima takdir Izhar sudah meninggalkannya. Najma cuba tenangkan adiknya hingga sampai ke rumah.

“Ya Allah… kenapa ni? Najwa? Najma?” Salina terkedu. Najwa yang kelihatan kusut dengan muka yang merah, menangis dan berpeluh. Najma juga menangis. Salina hairan. Najma ceritakan pada ibunya. Salina terkedu. Dia peluk Najwa.

“Ma… Wawa nampak Iz ma… Dia masih hidup…” Najwa kata pada ibunya.

“Wawa.. Izhar dah tak ada…. Dia dah pergi…” Salina usap anaknya itu.

“Tak… Iz masih ada, dia selamat dalam kemalangan tu… kalau dia dah mati, mana kubur dia ma… “ Najwa menambah.

“Kan semua mangsa hancur. Tak dapat kebumi secara biasa… Sayang… wawa kena redha, kena terima dengan Ikhlas… Iz dah tak ada sayang…” Salina peluk Najwa. Dia usap anaknya itu.

“Habis.. siapa yang wawa nampak? Hantu? “ Najwa soal. Memang benar dia kerap kali nampak kelibat Izhar. Tapi tiada siapa mahu percayainya. Najwa rungsing. Dia nak semua tahu bahawa dia nampak kelibat Izhar. Namun setiap kali dia cuba cari, kelibat itu hilang. Najwa menangis. Dia tenung wajah ibunya.

“Ma… Iz masih hidup.. percayalah… Kita kena cari dia…” Najwa cuba yakinkan ibunya. Dia pandang Najma. Matanya meraih simpati agar kakaknya itu percaya kata-katanya.

“Ma… Naja rasa adik sakit.. Kita bawa dia berubat ma..” Najma suarakan pada ibunya. Aidil angguk setuju.

“Aku tak sakit!!! Kenapa tak nak percaya?.. Ma, betul Wawa nampak Iz… Iz masih hidup..” Najwa geram. Dia berang. Salina cuba kawal anaknya itu. Namun tak berjaya. Najwa terus berlari kebiliknya dan mengurung diri dalam bilik. Dia rebahkan diri di katil. Gambar perkahwinan ditatapnya.

“Iz… Iz masih hidup kan… Iz tak tinggalkan Wawa kan… Wawa akan cari Iz… Wawa yakin Iz masih ada…” Najwa berkata sendirian. Dia baring. Kerinduan terhadap Izhar meluap-luap. Kelibat yang sering dia nampak itu dia yakin adalah suaminya.

Sementara itu, di ruang tamu, Aidil cuba hubungi temannya iaitu seorang doktor yang merawat masalah Psikologi.

“Ma… dia boleh bantu kita…” Aidil kata pada Salina. Najma dan ibunya berpelukan. Mereka gusar dengan keadaan Najwa. Najwa yang disangka sudah dapat terima hakikat itu nyata sebaliknya. Dia kini semakin parah dari dulu. Salina pun tak pasti apa yang menyebabkan Najwa jadi begitu. Dia tahu hati anaknya itu hanya pada Izhar. Tapi, dia berdoa agar Najwa dapat terima kenyataan itu walaupun memang pahit.

Sangkar Kasih 40


Najwa termenung di jendela kamarnya. Sudah enam bulan dia bergelar isteri buat Izhar. Itu bermakana sudah enam bulan juga Izhar pergi meninggalkannya. Najwa seka air matanya. Memori bersama Izhar tidak dapat dia lupakan. Gambar perkahwinan yang sempat diambil dijadikan kenangan tika rindu. Majlis untuk perkahwinan mereka ditukar menjadi kenduri Tahlil Arwah. Walaupun dia tak dapat renung Izhar buat kali terakhir kerana semua mangsa kemalangan itu hancur, namun dia redha dengan pemergian suaminya itu. Jauh disudut hati dia masih mengharap Izhar masih hidup. Namun, apakah daya dia melawan takdir. Najwa terima dengan ikhlas.

“Adik….” Panggil Najma. Najma kini sudah mengandung empat bulan. Najwa menoleh arah kakaknya.

“Akak… masuklah…” Kata Najwa. Dia duduk di birai katil Najma duduk sebelah adiknya itu. Najwa usap rambut Najwa.

“Adik ingat Iz akak…” Air mata Najwa menitis. Najma faham kesedihan yang dialami adiknya itu.

“Akak tahu… Sabar sayang… Kita doakan moga roh dia ditempatkan bersama orang yang soleh.. Jom turun makan.. Mama dah siap masak tu..” Ajak Najma.

“Akak… kalau Iz masih hidup macam mana?” Najwa soal kakaknya.

“Adik… kenapa ni? Kita tak boleh salahkan takdir. Ini kan Qada dan Qadar. Adik kena terima…” Nasihat Najma.

“Entah la akak… Kadang kala adik rasa Iz masih ada kak…” Najwa suarakan rasa hatinya.

“Adik.. tak ada siapa yang selamat dalam kemalangan tu..Walau macam mana pun, Iz tetap hidup dalam hati adik kan… Adik sayang dia kan..” Najma tenangkan adiknya itu.

“Ye kak… dia sentiasa dalam hati Adik….” Balas Najwa.

‘Akak tahu… Dah la.. Jom makan.. Mama dengan Abang Aidil dah tunggu tu..” Kata Najma. Najwa angguk. Najwa dan Najma keluar dari bilik. Mereka menuju ke dapur. Salina dan Aidil menuggu di meja makan.

“Wah… sedap ni…” Kata Najwa. Dia masih cuba ceriakan diri walau perkara sedih itu menimpanya. Mungkin dari luaran dia kelihatan seperti seorang yang kuat dan tabah, namun jauh disudut hati dia lemah, sedih dan tak terdaya hidup tanpa Izhar disisi. Namun dia kuatkan juga. Kini dia bertugas sebagai guru muzik di sebuah Kolej swasta. Sedikit sebanyak, kesibukan itu mampu mengubat luka dan sendu di hati.

“Jom lah makan…” Salina isikan nasi buat Najwa. Dia kasihan dengan nasib yang menimpa Najwa. Namun dia kagum dengan kekentalan hati anaknya itu.

“Oh ya… ma, kejap lagi wawa nak balik Shah Alam jap. Dah lama tak jenguk Mummy dengan Daddy..” Kata Najwa.

‘Ooo.. sampaikan salam Mama pada Mummy kamu..” Pesan Salina. Najwa angguk. Walaupun Izhar sudah tiada, hubungan Najwa dan keluarga Izhar masih akrab. Tengku Hamzah dan tengku Mirna menganggap Najwa seperti anak sendiri. Kehadiran Najwa dapat mengubat kerinduan mereka terhadap anak tunggal mereka, Izhar.

“Amboi abang Aidil.. Wawa tengok perut abang dengan akak sama je naik… Makin bulat..” Najwa bergurau.

“Tu lah.. abang pun hairan. Akak nil ah tak pandai MENGURUSKAN abang.. Kan dah gemuk..” Aidil balas.

“Ala… biarlah gemuk. Montel.. comel..” Tambah Najma.

“Akak perut naik ada isi and nanti kempis balik.. Abang tu sentiasa macam tu…” Najwa berkata. Mereka sekeluarga ketawa. Terhibur sedikit duka dihati Najwa dengan suasana ceria itu. Namun, di hatinya Izhar tetap bertahta sampai bila-bila pun. Janji Najwa pada Izhar tetap dilaksanakannya. Dia doakan Izhar bahagia di alam sana.
Najwa pandu menuju ke Shah Alam. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan seseorang yang wajahnya mirip Izhar. Najwa hentikan kenderaannnya.

“Iz… Izhar ke tu?” Najwa panggil. Dia berlari mengejar. Tapi orang itu hilang. Najwa berjalan semula ke arah keretanya dengan rasa hampa.

“Mungkin perasaan aku je….” Desis hati kecilnya. Dia teruskan pemanduan.
Najwa tiba dirumah keluarga Izhar. Najwa bawa sedikit buah tangan utuk Tengku Mirna dan tengku Hamzah. Najwa salam dengan dua orang tua Izhar itu.

“Mummy… tadi masa on the way Wawa ke sini, Wawa macam nampak Iz.. Bila Wawa stop, nak kejar, hilang pula…” Najwa suarakan. Tengku Mirna memandang menantunya itu. Dia hampiri Najwa.

“Wawa… Iz dah pergi… Sabar ye sayang..” Balas Tengku Mirna. Najwa angguk.

“Wawa…..” Tengku Mirna peluk Najwa. Dia tahu Najwa lebih terasa kehilangan Izhar. Izhar penting bagi hidup Najwa. Dia juga tahu Najwa pura-pura tabah di depan mereka semua, namun hakikatnya Najwa tak terdaya menahan sedih, perit dan suram diatas pemergian Izhar.

“Maybe perasaan Wawa je kot…” Najwa cuba tenangkan diri dan ibu mertuanya itu.

“Kita doakan dia…” Balas Tengku Mirna.

“Ye mummy…” Najwa angguk.
Najwa dan dua orang tua Izhar berbual di ruang tamu.

“Wawa… Mummy dengan Daddy nak cakap sikit…” Tengku Hamzah mulakan bicara.

‘Ada apa daddy…” Najwa bersedia.

“Dah enam bulan Iz pergi, kamu carilah pengganti. Wawa berhak dapat hidup sempurna. Ada suami… Mummy and Daddy tak nak jadi penghalang..” Tengku Hamzah berkata. Najwa tunduk.

“Mummy… daddy… kalau Wawa nak dah lama wawa cari.. Tap hati wawa ni tak terbuka langsung lagi untuk itu. Kadang-kadang wawa rasa Izhar tu ada. Wawa nak tunggu dia…” Air mata Najwa menitis.

“Jangan macam tu… Wawa berhak. Kami dah anggap wawa macam anak sendiri. Kami nak lihat wawa bahagia..” Tengku Mirna pula berkata.

“Mumy, wawa bahagia macam ni. Kehidupan wawa dah sempurna dengan family wawa, Mummy, daddy… Wawa tak perlukan orang lain lagi… Kalau Mummy nak lihat wawa happy, biarkan wawa macam ni. Wawa happy macam ni..” Balas Najwa. Dia berlalu keluar untuk hirup udara segar dan tenangkan fikirannya. Fikirannya melayang jauh bersama memori bersama Izhar. Saat mula bertemu hingga saat diijab kabulkan. Najwa tenang. Biarlah dia begitu. Dia tenang begitu. Tak pernah terbuka hatinya untuk insan lain. Hanya Izhar yang bertakhta dihatinya.

“ Siapa tu?” Soal najwa sebaik perasan kelibatnya diperhati. Dia berlari ke pagar. Najwa cuba kejar orang yang memerhatinya. Dia tak sempat. Orang itu terlalu pantas berlari. Najwa kembali masuk kerumah.

Sangkar Kasih 39


Najwa berdebar. Izhar tenang. Najma menemani adiknya. Tengku Hamzah duduk disisi anaknya. Tengku Mirna memerhati dari jauh. Najwa dan Izhar berpakaian sedondon warna biru muda untuk majlis akad nikah. Kadi mula membacakan khutbah nikah. Najwa dan Izhar dengar dengan teliti. Najwa pandang bakal suaminya. Hatinya berdebar.

“Tengku Izhar Halqi bin Tengku Hamzah…” Kadi membaca.

“Tok.. salah, Izhar haqqi..” Najwa menegur kadi itu. Selalu saja orang salah menyebut nama Izhar. Izhar senyum.

“Ooo… thank you so much..” balas Kadi itu.

“Amboi… speaking..” Desis hati kecil Najwa. Dia pandang kakaknya. Najma setia disisi adiknya.

“Tengku Izhar Haqqi Bin Tengku Hamzah, aku nikahkan dikau dengan Syarifah Najwa Aisha binti Syed Hazim, berwalikan bapanya dengan Mas kahwinnya RM80 tunai…” Kata Kadi itu.

“Aku terima nikahnya Syarifah Najwa bin Syed Hazim dengan mas…..” Izhar terhenti.

“Bin? Kamu nak menikah dengan lelaki ke?” Soal Kadi itu. Izhar gamam. Dia toleh arah Najwa. Najwa senyum sumbing. Dia gementar hingga silap. Beberapa tetamu yang hadir ketawa.

Sekali lagi Kadi membacakan akad. Kali ini Izhar berjaya melakukannya. Najwa tarik nafas lega. Dia bersyukur. Izhar juga begitu.

“Lulus pun..” Desis hati Najwa. Izhar hampiri Najwa. Izhar sarungkan sebentuk cincin di jari manis Najwa. Najwa salam dan cium tangan suaminya. Izhar kucup dahi najwa. Bahagia dapat dirasa.

“lama sikit.. nak ambil gambar ni..” Suara seseorang kedengaran. Izhar kucup sekali lagi.

“Ha… padan muka… dulu kutuk abang dengan kakak..” Aidil berkata pada adik iparnya itu.

“Hehe… Nervous gak sikit…” Balas Najwa. Najwa dan Izhar bergambar bersama sanak saudara, leps satu-satu gaya yang mereka lakukan. Izhar dan Najwa hanya mengikut.

“Iz.. lepas ni kena buat cermin mata rabun silau la..” Bisik Najwa.

“kenapa?” Izhar soal.

“Flash banyak sangat..” Balas Najwa. Izhar ketawa. Hari bahagia begini pun Najwa masih Najwa yang sama. Izhar senyum dengan telatah Najwa. Selama beberapa jam mereka bergambar. Akhirnya sesi itu tamat juga.

“Ma.. boleh makan tak? Lapar ni..” Najwa bisik ketelinga ibunya. Salina ketawa.

“Makan lah.. ajak Iz sekali..” Balas Salina. Najwa berlari anak arah Izhar. Dia ajak Izhar makan.

“Najwa ni…” Syed Hazim ketawa. Aidil dan Najma berpandangan.
Orang ramai sudah mula bersurai. Najwa penat melayan tetamu yang hadir. Izhar juga begitu. Ucapan tahniah diterima dari sanak saudara dan sahabat handai.

“Penatnya…” Najwa duduk diatas sofa. Pakaian akad nikah masih tersarung. Izhar disebelahnya mengurut manja Najwa.

“Amboi… pengantin baru…” Najma dan Aidil muncul. Salina masih melayan tetamu yang berbaki. Syed Hazim juga begitu. Pihak lelaki, keluarga Izhar sudah pulang ke Shah Alam. Pekerja catering sedang sibuk mengemas di luar.

“eleh abang Aidil… rileks la…” Najwa balas. Aidil ketawa.

“Oh ya… sayang, Iz kena balik Shah Alam kejap lah.. Ada barang tertinggal. Petang nanti Iz datang balik ya..” Izhar bangun dari kerusinya. Najwa hairan.

“Barang apa pula? Kan beg semua dah bawa..” Najwa soal.

‘Entah… Iz rasa ada tinggal barang. Nak ambil kejap ye.. Bukan jauh pun.. Malam ni Iz tidur sini..” Izhar bisik. Najwa angguk. Pelik masih pelik. Namun dia biarkan. Izhar dengan masih berpakaian pengantin meluru arah keretanya dengan tergesa-gesa. Dia pandu pulang.

“Ke mana Izhar tu?” Salina soal hairan.

“Balik Shah Alam kejap…” Najwa balas perlahan.

“La…. Tak menyempat nak salin baju dulu…” Salina mengomel.

“Tu lah… wawa dah cakap. Dia kata tak sempat, cepat pergi cepat balik katanya…” Tambah Najwa. Dia sedikit mengeluh. Setelah semua tetamu pulang, Najwa kembali kebiliknya. Bilik pengantin yang dihias indah itu ditatapnya. Berdebar mahu menghadapi malam pertama bersama Izhar. Baru tiga jam yang lalu dia bergelar isteri buat Izhar. Najwa bersyukur kerana akhirnya dia dapat disatukan dengan Izhar. Najwa senyum. Najwa bersihkan diri. Dia tukar pakaiannya. Dia menanti kepulangan Izhar.
Suasna di rumah Salina kembali sunyi.Aidil dan Najma memabantunya mengemas apa yang patut.

“Abang… Naja pelik dengan Izhar tu.. Dia tergesa-gesa balik…” Najma suarakan hairan dihatinya.

“Abang pun… dia macam lain je…” Balas Aidil.

“Moga tak ada apa-apa lah… Abang dah makan belum?” Soal Najma pada suaminya. Kesibukan melayan tetamu tadi membuatkan dia terlupa makan minum suaminya.

“Dah… abang makan dengan family Izhar tadi…” Balas Aidil.

“Cukuplah ni.. masuk dulu abang. Tengok mama dengan papa buat apa..” Najma rangkul lengan suaminya. Aidil senyum. Dia masuk kedalam rumah bersama isterinya itu.

“Amboi.. dating ye mama dengan papa..” Tegur Najma. Syed Hazim sedang minum petang bersama Salina.

“Tak lah… jom lah minum sekali. Aidil… duduklah..” Pelawa Syed Hazim. Aidil angguk.

‘Najwa mana?” Soal Salina.

“Kat bilik. Tukar baju katanya. Entah-entah tidur. Izhar pun satu, hari first kahwin dah kelam kabut.. Tinggal itu, tinngal ini..” Kata Najma.

“Biasalah tu.. Lelaki sebenarnya lagi gelabah. Papa dulu pun. Betul tak Aidil..” Syed Hazim menambah. Aidil angguk.

“Izhar tu jangan pula tidur Shah Alam nanti.. mahunya mengamuk Najwa tu nanti..” Salina bicara. Mereka tertawa. Dapat dibayangkan wajah Najwa nanti.

“Ma, tengok tadi masa akad nikah. Selamba dia tegur kadi tu terkejut Naja..” Najma bualkan mengenai peristiwa tadi.

“Dah kadi tu salah sebut.. Betullah tindakan dia tu…” Aidil menambah.

‘Tu lah Najwa. Berani.. Dalam nervous tu sempat macam-macam lagi…” Syed Hazim senyum. Terbayang dia saat kecil Najwa.

Telefon rumah Salina berdering. Aidil bangkit menjawab panggilan itu. Najma dan kedua ibu bapanya masih rancak berbual.

“Okay… terima kasih..” Kata Aidil. Air wajahnya berubah. Dia berjalan lemah kedapur.

“siapa call dil? Kenapa?” Soal Salina. Aidil terduduk di sebelah isterinya. Najma hairan.

“Abang… kenapa?” Soal Najma.

“ma, pa, naja… Izhar.. Izhar kemalangan…” Suara Aidil tersangkut. Najma, Syed Hazim dan Salina mengucap panjang Mereka terkedu.

“Iz macam mana?” Syed Hazim meyoal. Najma dan Salina tak mampu terkata apa-apa.

“Keretanya bertembung dengan kereta lain. Jatuh gaung. Kereta terbakar, meletup. Semua rentung. Hancur. Tak ada yang selamat. Termasuk Izhar… ” Aidil kuatkan semangat untuk mengkhabarkan itu.

“Innalillah….” Balas Syed Hazim. Najma dn Salina berpelukan.

“Kita pergi hospital... Kena bagitahu Najwa…” Aidil tambah. Salina, Najma dan Syed Hazim berpandangan. Tiada siapa di situ yang sanggup beritahu Najwa.

“Ma….” Najma pandang ibunya.

“Kita bagitahu sama-sama…” Salina ajak. Air matanya masih menitis. Mereka berempat menuju ke bilik Najwa. Najwa hairan.

“Ma… kenapa ni?” Soal Najwa. Dia hairan lihat mata ibu dan kakaknya merah. Salina kumpul kekuatan dan beritahu perkara tersebut. Najwa terkedu. Dia terduduk di birai katil.

“Mama tipu… Ma.. jangan main-main ma…” Najwa tidak percaya.

“ya sayang… Izhar dah tak ada..” Salina peluk anaknya itu.

“No… tak mungkin… dia janji tak tinggalkan wawa… Iz….” Najwa meraung. Salina dan Najma kawal Najwa.

“Tipu… Iz masih hidup… Ya Allah….” Najwa menangis lagi. Terasa tubuhnya lemah. Suami yang baru dinikahi 7 jam yang lalu dkhabarkan sudah tiada. Najwa lemah selemahnya. Tiada kudrat untuknya berdiri.

“Ma… suami wawa ma…” Najwa langkah lemah. Dia dipapah memasuki kereta. Khabar tentang perkara itu benar membuatkannya lemah. Dia tak terdaya.
Aidil pandu keretanya tenang. Mereka menuju ke Hospital Besar Shah Alam. Tiba di sana keluarga Izhar sudah ada. Najwa ke arah ibu bapa mertuanya. Mereka berpelukan.

“Mummy… Iz selamat kan…” Najwa seperti tidak siuman.

“Semua rentung wawa… Tak ada siapa yang selamat…” Suara lemah Tengku Hamzah. Najwa rebah. lemah. Tak terdaya dia dengan berita itu. Kenapa begitu takdirnya. Kata-kata Izhar tentang dia kan pergi jauh itu masih terngiang ditelinganya.

“Iz… jangan tinggalkan wawa… wawa nak Iz…” Suara Najwa perlahan. Najma tenangkan adiknya itu. Suasana hospital itu masih sibuk. Beberapa keluarga mangsa yang terlibat masih menunggu jawapan.

“Letupan yang kuat buat semua yang terlibat hancur. Pihak kami dah siasat dan semua mangsa terkorban.” Ketua polis bahagian Forensik membuat pengumuman. Senarai nama mangsa dikeluarkan. Salah satunya adalah Izhar. Najwa lemah. Gelap. Dia pengsan.

Sangkar Kasih 38


Najwa menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan yang penting dan menentukan masa depannya. Najwa bertungkus lumus berusaha. Sepanjang tempoh peperiksaan, Izharlah yang manghantar dan menjemputnya. Hubungan najwa dan Izhar bukan rahsia lagi terutamanya kepada dua teman baiknya Katrina dan Hakim. Tamat kertas terakhir sepanjang pengajiannya, semua pelajar melompat girang. Kini mereka hanya menunggu keputusan dan hari graduasi. Bagi Najwa, ada debaran lain buatnya. Debaran bergelar seorang isteri.

“Cik abang kau tak ambil lagi ke?” Katrina soal.

“Lambat sikit hari ni… Korang nak balik dulu balik lah.. Aku okay je tunggu sorang-sorang..” Najwa balas.

“Amboi kau.. Aku tak sangka tau antara kita bertiga, kau dulu yang kahwin..” Hakim terharu.

“Jodoh la beb.. Korang nanti jangan lupa jemput aku tau…” jawab Najwa.

“Kitorang lambat lagi lah.. Aku ni, tak jumpa lagi Mr right aku..” Tambah Katrina.

“Ha… dah sampai abang kau..” Hakim perasan kelibat Izhar yang membawa sebuah Honda Accord. Najwa senyum. Izhar turun untuk bertemu teman Najwa. Dia bersalaman dengan mereka.

“Jaga diri tau Izhar.. Najwa ni kalau bengang, kau pun dia makan…” Hakim bercanda.

“Kau ni.. Molek la mencarut…” Najwa siku Hakim.

“Ha.. kan betul….” Balas hakim. Mereka tertawa. Izhar senyum.

“Aku balik dulu.. Jumpa lagi nanti geng.. Apa-apa contact la.. Lagi satu, jangan lupa datang masa kitorang kahwin nanti tau..” Pesan Najwa. Ketiga sahabat itu bersalaman. Najwa dan Katrina berpelukan.

“Balik dulu…” Izhar bersuara. Katrina dan Hakim mengangguk. Najwa masuk dalam kereta. Izhar pandu pulang.

“Iz.. singgah rumah kakak kejap, dia kata nak kirim kuih kat mama…” Najwa mengarahkan.

“Okay…” balas Izhar. Dia memandu menuju Taman Permata. Najwa tenang disisi Izhar. Kereta dipandu Izhar meluncur tenang di jalan raya. Izhar pandu cermat. Ada orang tersayang disisinya.

“Assalammualaikum…” Najwa beri salam. Najma muncul di muka pintu. Najma jemput Najwa dan Izhar masuk.

“Duduklah… Akak ambil kuih jap..” Najma ke dapur. Izhar duduk. Najwa pula melilau melihat rumah kakaknya.

“Pandai akak design.. Pinky la kak.. Abang Aidil okay ke?” Soal Najwa.

‘Dia diam je.. Okay la kot.. Dia tak balik lagi ni, ada banyak kerja. Akak balik dulu..” Najma berkata. Dia membuat sedikit kuih untuk ibunya. Salina kini telah menyerahkan perniagaannya untuk diurus Najma dan Aidil. Dia mahu berehat sepenuhnya.

“Ooo… rajin akak masak..” Najwa jenguk dapur kakaknya.

“Biasa je.. kalau sempat akak masak. Kalau tak makan kat luar je… Preparation macam mana?’ Najma soal tentang persiapan perkahwinan Najwa dan Izhar.

“Okay… Semua dah ready. Untuk akad nikah je kitorang sediakan sendiri. Sanding dengan resepsi family Iz dah aturkan. Kitorang ikut je..” Balas Najwa.

“Tak sangka akak adik akak yang rock ni kahwin jugak…” Najma tambah.

“Ala kak.. Rock pun jiwang gak…” Balas Najwa. Najma ketawa.

“Exam tadi macam mana? Boleh jawab?” Najma soal adiknya lagi.

“Alhamdulillah kak… Boleh..” balas Najwa.

“Baguslah… ni mesti semangat Iz kan.. Seronok akak tengok adik bahagia macam ni..” Tambah Najma.

“Ye ka… dia memang semangat adik.. Tak tahu lah macam mana kalau tak ada dia..” Kata Najwa perlahan.

“Kenapa pula?” Hairan Najma mendengarnya.

“Entahlah akak.. Iz tu menakutkan adik. Kadang-kadang di selalu kata nak pergi jauhlah, ajal lah, apa lah.. Adik takut la kak..” Jelas Najwa.

“Hmmm. Dia gurau lah tu… Nak tengok adik sayang dia ke tak..” Najma tenangkan hati adiknya itu. Dia juga gusar.

“Harap macam tu lah. Adik tak nak apa-apa jadi kat dia..” Najwa menambah.

“Kita doakan lah… Moga dia sentiasa selamat. Sudahla, jom kedepan. Ajak Iz minum..” Najma mempelawa. Najwa angguk. Dia keluar dari dapur bersama kakaknya. Izhar menunggu di ruang tamu.

“Iz.. minumlah air tu.. Air bujang je..” Najma hidangkan air dan sedikit kuih buat Najwa dan Aidil. Najwa tuangkan air.

“Berapa ribu abang Aidil beli rumah ni?” Soal Izhar.

“Entah.. akak pun tak tahu sebenarnya. Akak ada tanya, dia cakap harga tak penting. Kamu tahulah abang Aidil tu kan..” Najma balas. Izhar angguk.

“Kenapa tanya? Iz nak beli rumah ke?” Soal Najwa.

“Tak lah.. Wawa nanti dah kahwin duduk lah dengan Mama. Kalau Iz pergi jauh senang lah ada orang jenguk. Tak lah wawa bosan and sunyi nanti..” Kata-kata Izhar membuatkan Najwa terkedu. Najma pandang adiknya. Air wajah Najwa berubah. Sudah banyak kali Izhar berkata sebegitu rupa. Najwa gusar.

“Apalah Iz ni.. Kita tinggal sama-sama lah… Wawa tak nak jauh dari Iz..” Najwa tenangkan hati sendiri. Izhar pandang wajah Najwa. Dia senyum.

Najwa dan Izhar minta diri untuk pulang Najma hantar mereka hingga muka pintu. Izhar pandu keretanya. Dia hantar Najwa pulang.

“Maafkan Iz sayang..” kata Izhar sebaik mulakan perjalanan. Najwa terkedu.

“Wawa tak suka Iz cakap macam tu… Please jangan cakap lagi tau..” Rayu Najwa. Izhar angguk.

“Oh ya, lepas akad nikah nanti Iz stay rumah wawa dulu seminggu before resepsi tu.. Boleh tak?” Soal Izhar.

“La.. nak tanya lagi. Boleh la… Kalau wawa cakap tak boleh kenapa?” Najwa geram.

“Iz tidur hotel la… hehee” Izhar ketawa.

“Sanggup ke? Pergilah…” Rajuk Najwa.

“Mestilah tak… Dah ada wife nak tidur sebelah, takkan nak tidur sorang-sorang…” Izhar senyum nakal. Najwa jelir lidah.

“Tau pun….” Najwa balas. Izhar hantar Najwa pulang. Kemudia dia pandu pulang kerumahnya. Baik Izhar mahupun Najwa, masing-masing tak sabar menanti hari bahagia mereka.

Sangkar Kasih 37


Najwa kelam kabut. Dia ke sana kemari mencari seseorang. Segenap pelusuk rumah di carinya. Dah dua minggu Aidil dan Najma menjadi suami isteri. Mereka masih tinggal di rumah Salina sementara menunggu rumah yang dibeli siap diubah suai.

“Wawa cari apa ni?” Aidil soal. Risau dia lihat adik iparnya yang kelam kabut.

“Kakak.. Kakak mana?” Najwa soal Aidil pula.

“la… cari kakak ke.. Kat dapur tu, dengan mama.. Masak kot..” Balas Aidil yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Najwa pantas berlari ke dapur.

“Akak!!” Jerkah Najwa.

“Oh bulan… lan..lan…” Mak Yam melatah terdengar jerkahan Najwa.

“Kenapa jerit-jerit ni? Terkejut akak..” Najma mengomel.

“Entah… cubalah panggil elok-elok..” Salina pula menambah.

“Eee… dah tak sempat.. Akak cepatlah tolong adik.. Jom..” Najwa tarik tangan kakaknya dan berlari. Najma terpeksa ikut.

“Hey… kenapa ni? Nak kemana ni?” Najma berhenti. Najwa juga diam. Dia mengah.

“Kak…sebenarnya adik nak minta tolong temankan adik keluar jap..” Najwa jelaskan.

“Nak ke mana?” soal Najma. Hairan dengan adiknya.

“Nak pinjam baju akak… Baju kurung.. Nak pergi kenduri doa selamat rumah Iz malam ni..” Kata Najwa.

“La… itu je… Ambil je lah..” Najma ketawa kecil.

“Ala.. akak tu dah kahwin, takkan adik main masuk je bilik akak… Hehe.. Tak lah, akak pilihkan yang sesuai.. Adil tak tahu yang mana..” Najwa senyum sumbing.

“Ish adik aku ni… Jomlah..” Najma pergi kebiliknya. Najwa membontoti kakaknya. Setiba di bilik, Najma berikan sepasang baju kurung buat adiknya.

“Ha? Pink? Jambunya….” Najwa merungut.

“Memilih pula.. Habis tu nak yang mana?” Najma soal.

‘Hmmm… boleh la yang ni.. Selendang kak… Ada tak?” Najwa pinta selendang pula.

“Ni… sesuai dah ni… Hal kecil pun gelabah. Ni belum nak kahwin lagi… Adesss..” Rungut Najma.

“Rileks la kak.. Thanks ya akak..” Najwa girang. Dia ke biliknya untuk bersiap. Najma geleng kepala dengan sikap najwa. Dia senyum sendirian. Najma turun.

“Kenapa sayang?” Aidil soal sewaktu Najma lalu dihadapannya. Najma berhenti seketika.

“Nak pinjam baju nak pergi kenduri tahlil je.. Kecohnya macam apa..” Najma beritahu Aidil ketawa kecil.

“Kalau tak kecoh bukan Najwa..” Tambah Aidil.

“Abang nak mandi dulu ke nak makan dulu? Dah nak siap dah tu. Kalau nak makan, Naja hidangkan sekarang..” Soal Najma buat suaminya.

“Mandi dulu lah… Jom mandi sama-sama sayang..” Aidil rangkul pinggang isterinya itu.

“Naja nak tolong mama tu, sikit lagi…” Balas Najma manja.

“Okay… abang tunggu kat bilik.. Nanti naik ye..” Aidil tambah. Satu kucupan hinggap di pipi Najma. Najma senyum.

“Eee… kalau nak romance pun kat bilik lah…” suara Najwa menegur. Aidil dan Najma gamam. Mereka senyum sumbing.

“Amboi.. cepatnya siap…” Kata Najma.

“Ala… simple-simple je kak… Adik dah nak pergi ni..” Kata Najwa.

“Mandi ke tak tu?” Aidil menambah.

“Amboi… mentang-mentang dia nak mandi sama-sama.. Hoi abang iparku, wawa dah mandi
lah… poyo..” Najwa balas. Aidil ketawa. Najma juga. Terkantoi aksi mesra mereka.
Najwa terus ke dapur untuk berjumpa ibunya sebelum pergi.

“Kirim salam mama kat semua ye…” Pesan Salina.

“Ma.. agak-agak lah.. Ramai tu. Takkan nak announce pula..” najwa bergurau.

“Hish budak ni… Kat mak ngan bapak mertua kamu tu lah… Izhar sekali..” Salina cubit pipi Najwa.

“Okay… beres.. wawa pergi dulu ye..” Najwa berlalu. Sempat dia cucuk pinggang Mak Yam. Apa lagi, melatah la orang tua itu. Najwa ketawa.

“Budak Najwa ni….” Salina mengomel.
Najwa memandu sendirian menuju kediaman Izhar di Shah Alam. Keluarga Izhar membuat sedikit Majlis Doa Selamat dengan menjemput anak-anak yatim dari rumah Anak Yatim berhampiran. Menurut Izhar, Aktiviti itu adalah aktiviti tahunan keluarga mereka. Najwa tiba awal bagi membantu keluarga Izhar membuat persiapan. Najwa seronok dengan kerja amal itu. Dari memasak, hinggalah menyediakan hadiah. Semua Najwa lakukan bersama beberapa orang gaji keluarga Izhar.

“Ramai juga budak-budak yang datang nanti kan..” Najwa bersuara.

“Ramai.. terhibur dengan mereka nanti. Masing-masing ada kerenah sendiri.” Balas Izhar.

“Meriah lah rumah ni nanti dengan budak-budak tu..” Najwa tambah

“Mummy ni suka budak-budak… Tak sabar nak timang cucu.. Buat masa ni jemputlah diorang. Kamu dah kahwin nanti, cepat-cepat lah bagi Mummy cucu tau..” Tengku Mirna berkata pada bakal menantunya. Najwa senyum. Dia pandang Izhar. Izhar senyum juga.

“InsyaAllah mummy….” Izhar kata. Najwa tak tahu nak cakap apa. Dia tak boleh janji. Rezeki untuk itu di Tangan Tuhan. Dia terima apa sahaja ketentuan Ilahi.

“Wawa.. dengar tu.. Nanti bagi Iz baby yang comel tau..” Kata Izhar.

“Kalau comel mesti ikut wawa… yang naughty ikut Iz..“ balas Najwa.

“Ye lah tu my love…” Izhar menambah. Najwa senyum sumbing. Majlis bermula setelah selesai solat maghrib berjemaah. Najwa terhibur dengan telatah kanak-kanak yang hadir. Najwa sempat bergurau senda dan berkongsi cerita dengan kanak-kanak itu. Najwa kasihan dengan anak-anak yatim yang tiada ibu bapa itu. Sekurangnya dia masih punyai kedua orang tua walaupun ibu dan bapanya sudah tidak bersama. Najwa bersyukur dalam hati.

“Ia.. bila wawa tengok diorang ni.. Rasa insaf kan.. Sekurangnya kita ada parents lagi… Tapi mereka ni tabah kan..” Najwa kata pada buah hatinya itu.

“Ye sayang… sebab tu kita kena bersyukur. Sementara orang yang kita sayang tu ada, hargailah dia..” Izhar balas.

“Wawa sayang Iz..” Najwa renung wajah Izhar.

“Wawa… kalau Iz dah tak ada nanti, jangan lupa Iz tau.. Jangan padam cinta Iz di hati wawa ni..” Balas Izhar. Air wajah Najwa berubah.

“Kenapa cakap macam tu.. Iz janji kan nak bersama wawa sampai bila-bila.. Janganlah tinggalkan wawa.. I need you in my life.. forever..” Najwa balas.

“Iz takkan tinggalkan wawa.. I love you so much.. Tapi ajal maut di tangan Tuhan..
Kita boleh rancang, tapi Tuhan yang tentukan. Mana tahu kalau Iz pergi du…” Izhar tak sempat habiskan ayatnya.

“ Tak nak lah cakap macam ni… Wawa nak jadi isteri Iz.. Macam mana pun, wawa sentiasa ada dengan Iz.. I can’t imagine life without you my dear..” Najwa menitiskan air mata.

“Hey… kenapa nangis ni.. Sudahlah.. Sorry sayang.. Iz tak nak tengok air mata wawa.. Iz nak wawa happy, ceria.. Boleh kan..” Izhar seka air mata Najwa. Najwa angguk. Dia kembali senyum.

Majlis tamat jam 10 malam. Setelah selesai semuanya, Najwa minta diri untuk pulang. Izhar hantar Najwa hingga muka pintu. Tengku Hamzah dan Tengku Mirna juga turut serta.

“Drive elok-elok tau.. Dah sampai bagitahu Iz..” Pesan Izhar. Najwa angguk.

“Mummy, Daddy.. wawa balik dulu ye…” Najwa bersalam dengan bakal ibu dan bapa mertuanya. Tengku Hamzah dan Tengku Mirna senyum. Mereka terbuka hati menerima Najwa dalam keluarga mereka. Mereka sukakan personality Najwa yang bersahaja dan ceria.

“Assalammualaikum…” Kata Najwa sebelum memandu keretanya keluar. Dia lambai kearah Izhar dan keluarganya. Najwa pandu pulang. Sepanjang perjalanan, dia terbayang kata-kata Izhar. Hatinya mendoakan yang terbaik untuk mereka. Dia tak mahu kehilangan Izhar kerana dia tak mampu jalani hidup tanpa lelaki itu. Izhar kekuatannya, semangatnya selain keluarganya yang tercinta. Najwa seka air matanya. Bimbang di hati masih terasa. Najwa kuatkan semangat. Dia harus positif menempuh hari mendatang. Beberapa minggu lagi dia akan bergelar isteri buat lelaki bernama Izhar yang dicintai sepenuh hatinya itu.

Sangkar Kasih 36


Suasana riuh rendah kedengaran di kediaman milik Salina. Sanak Saudara serta kenalan dan rakan taulan berkumpul bagi memeriahkan majlis perkahwinan Najma dan Aidil. Suasana meriah itu tidak dapat menghilangkan debar Najma untuk bergelar ister.

“Pa, kenapa ni?” Soal najwa.

“Papa yang nervous wawa… Kakak kamu tak siap lagi ke? Mama mana?” Balas Syed Hazim. Untuk menjayakan majlis itu, Syed Hazim sudah dua malam bermalam di rumah Salina. Laila tidak mahu ikut bersama. Dia juga lebih selesa tanpa kehadiran Laila.

“Kakak kat bilik lagi.. mama ada sekali dengan kakak.. Jom pa kita tengok kakak..” Najwa ajak bapanya. Mereka menuju ke kamar Najma.

“Cantiknya anak papa..” Tegur Syed Hazim apabila melihat Najma yang berseri menanti saat disatukan. Najma mengenakan sepasang pakaian berwarna putih untuk majlis ijab qabul. Najwa pula sebagai pengapit juga disolek cantik.

“Pa… Naja takut..” Najma genggam tangan bapanya itu.

“Mama dulu pun nervous Naja. Tapi bila tengok muka papa.. tenang sikit. Papa yang nervous pula sampai 3 kali baru sah…” Salina gamit kenangan silam. Najwa dan Najma tertawa.

“Ala akak.. nanti tengok muka abang Aidil tu msti dah ok..” Najwa tenangkan kakaknya. Mereka gunakan kesempatan itu untuk bergambar sekeluarga.

“Pengantin lelaki dah sampai..” MakYam muncul.

“Yeke.. Okay, siap.. Papa ngan mama turun lah dulu, Nanti wawa turun dengan kakak..” Arah Najwa. Syed Hazim dan Salina turun seiringan.

“Ready akak?” Soal Najwa. Najma angguk. Najwa pimpin tangan kakaknya itu.

‘Amboi.. tangan rasa macam ais.. Rileks la akak… Adik kan ada..” Najwa tenangkan kakaknya sambil langkah anak tangga. Persis seorang puteri turun dari kayangan. Najma yang disolek cantik mengagumkan semua yang hadir.

“Cantiknya…” Desis hati kecil Aidil. Dia juga sedikit gementar. Najma duduk di sebelah ibunya dan Najwa. Majlis Akad Nikah akan dilakukan dalam beberapa minit lagi.

“Kalau semua dah sedia, kita mulakan..” Suara seseorang. Semua mengangguk. Naib Qadi yang bertugas memulakannya. Najma berdebar. Aidil juga.

“Aku terima nikahnya Syarifah Najma Aisha binti Syed Hazim dengan mas kahwinnya RM80 tunai…” Aidil melafazkan. Akad berlaku. Dalam sekali lafaz, Najma sah bergelar isteri buat Aidil. Semua bersyukur. Lafaz Taklik dibaca Aidil. Najma dengar. Kemdian Doa dibacakan. Najma menitis air mata gembira setelah sah bergelar isteri buat Aidil. Dalam upacara membatalkan air sembahyang, Najma dikalungkan seutas rantai dan dia salam suaminya dan kucup tangan Aidil itu. Aidil hadiahkan satu kucupan di dahi isteri tercinta. Semua yang hadir tidak melepaskan peluang bersalaman dengan mempelai.

“Mama…” Najma salam dengan ibunya. Air mata dua beranak itu menitis. Mereka berpelukan.

“Najma dah jadi isteri orang… Mama bersyukur..” Kata Salina. Najma angguk. Najma salam dan peluk pula bapanya. Syed Hazim juga bersyukur anak gadisnya itu selamat bergelar isteri. Najwa yang menyaksikannya juga menitiskan air mata gembira. Kedua beradik itu kemudian berpelukan.

“Abang… Kalau tak jaga akak wawa… Siap abang..” Gurau Najwa. Aidil senyum.

“ InsyAllah..” Balas Aidil. Aidil menuju kearah Najma untuk bergambar bersama sanak saudaranya. Najwa lihat dari jauh dengan gembiranya.

“Tak sabar ke sayang?” Suara Izhar menghentikan lamunan Najwa. Dia senyum memandang kekasih hatinya itu.

“Happy kan diorang..” Kata Najwa.

‘Ye la.. Nanti time kita pula..” Balas Izhar. Izhar dan Najwa dipanggil Najma. Mereka bergambar bersama.

“Amboi… ni siapa yang kahwin ni…” Aidil perli Najwa dan Izhar yang bergambar sakan dengan barang hantaran dan sebagainya.

“Bak kata abang… Praktis dulu.. hehe. Lagi pun, nanti tak lah nangis macam akak tadi… .” Balas Najwa.

“Menjawab pandai… Izhar, cepat sikit la pinang Najwa ni… Akak dah lepas, nak tengok dia pula.. Nangis ke tak. Berdebar tau.. Bila dah lepas, lega rasa..” Najma balas. Izhar tersengih.

“Tak lama dah pun. Dua bulan tu sekejap je wawa.. Macam kita kan sayang..” Aidil kata. Dia pandang isterinya.

“Eleh.. nak romantic pulak.. Iz, jom blah..” Najwa rangkul lengan Izhar. Dia berlalu meninggalkan Aidil dan Najma serta tetamu lain.

“Awak pelik tak? Najwa yang kecoh and becok tu dapat BF yang diam macam Izhar..” Aidil kata.

“Tu lah jodoh namanya… Macam kita..” Najma balas. Tak lama kemudian, Najwa muncul kembali. Dia mengah. Izhar tiada bersamanya.

“Apasal? Iz mana?” Soal Najma.

“Kak.. Mak Andam suruh prepare. Nak salin baju untuk bersanding pula.. Iz makan.. Jomlah.” Najwa sampaikan pesanan. Najma angguk. Najma dan Najwa berlalu ke bilik Najma untuk bertukar pakaian Aidil pula ke tempat yang disediakan dia rumah berhampiran. Tema hitam putih menjadi pilihan Najma dan Aidil. Mereka akan disandingkan dan upacara menepung tawar akan berlangsung.

“Abang.. Lega, seorang dah lepas..” Salina yang sedang duduk di ruang tamu berkata pada bekas suaminya.

“Ya… Najwa punya dua bulan lagi kan..” Syed Hazim balas. Salina mengangguk.

“Najwa lain sikit majlisnya. Hari tu masa discuss dia kata pihak lelaki nak buat satu majlis je. Mean, akad nikah kat rumah, then buat majlis kat PWTC untuk bersanding and everything..” Tambah Salina.

“Ooo… elok juga tu. Kita ikut je kan.. Yang penting Najwa okay. Karang dia tu lain yang dicakap lain yang jadi..” Syed Hazim berkata. Salina tertawa.

“Tapi kan abang, Sejak dah nak kahwin ni nampak lah macam matang sikit… Kalau tak otak tu tak center memanjang..” Salina mengomel.

“Itulah Najwa kita. Najma lain, Najwa lain.. Ina, awak tak nak kahwin ke?” Terpacul soalan itu dari mulut Syed Hazim. Salina terkedu.

“Tak kot abang. Dah tua macam ni… Biarlah. Lagipun Ina okay je macam ni.. Ada najwa, ada Najma.. Ada abang walaupun kita tak bersama lagi..” Balas Salina. Syed Hazim angguk. Dia hormati keputusan Salina itu.

Najma dan Aidil disandingkan di singgahsana yang indah. Sanak saudara dan sahabat handai tak lepaskan peluang untuk menepung tawar kedua mempelai. Aidil dan Najma tampak berseri dan sepadan bagai pinang dibelah dua. Najwa gembira di hari bahagia kakaknya. Izhar disisinya dipandang mesra. Tak sabar menanti hari bahagia mereka pula.

Sangkar Kasih 35


Aidil dan Najma berjalan seiringan masuk semula ke pejabat setelah melakukan tugas luar. Hubungan mereka bukan lagi rahsia di Syarikat itu. Hubungan mereka juga menjadi buah mulut pekerja di situ. Baik Aidil mahupun Najma, mereka tak kisah. Bagi mereka kini adalah debaran meniti hari menuju hari perkahwinan mereka. Persiapan sudah diatur rapi. Salina mahukan segalanya sempurna bagi hari perkahwinan anaknya itu. Aidil dan Najma menghormati permintaan orang tua mereka yang mahu mereka terus disatukan tanpa pertunangan.

“Naja… Hari ni saya hantar awak balik ye.. Nak pergi ambil wedding card dulu nanti..” Aidil muncul di muka pintu pejabat Najma.

“Ooo.. Okay…” Jawab Najma. Dia hadiahkan senyuman buat bakal suaminya itu.

“Banyak kerja ke?” Soal Aidil lagi.

“Boleh la tahan… Tapi dah nak settle ni.. Boleh la balik sama-sama nanti..” Balas Najma. Dia sekarang sudah boleh bahagikan masa sebaiknya. Dia beruntung memiliki Aidil yang memahami. Dia kini juga belajar memahami dan memberi masa untuk kehidupan peribadi. Ternyata cara itu lebih membuatkannya sentiasa bersemangat.

“Hmm.. Okay sayang… Buat kerja elok-elok..” Pesan Aidil. Aidil berlalu dari situ. Dia kembali menuju ke pejabatnya. Dalam perjalanan, dia ditegur rakan sejawat.

“Amboi bakal pengantin, berseri muka…” Tegur Marissa.

“Akak ni… mana ada..” Aidil menafikan.

“Kamu ni… Akak tahu lah.. Akak dah merasa lah Aidil oi.. Berdebar ke?” Marissa mengusik. Aidil senyum sahaja. Memang menjadi kebiasaan bakal pengantin diusik sebegitu. Aidil tak kisah.

“Mestilah kak.. Tapi masih cool..” Balas Aidil. Marissa ketawa mendengarnya. Aidil senyum. Aidil kembali ke pejabatnya. Aidil teruskan kerjanya.
Tamat waktu pejabat, Aidil dan Najma menuju ke tempat yang diatur. Kad perkahwinan yang ditempah diambil mereka. Kini, Kad itu sedia untuk diedarkan.

“ Cantik kan…” kata Najma sewaktu dalam perjalanan pulang.

“Awak yang pilih.. Mestilah cantik..” balas Aidil. Dia pandu arah bertentangan dari simpang rumah Najma. Najma hairan.

“Eh, nak ke mana ni?” Soal Najma.

“Ikut je lah… Saya ada sesuatu nak tunjuk..” Balas Aidil. Lelaki itu senyum pandang
wajah bakal isterinya itu. Najma akur. Dia hanya diam. Aidil pandu masuk ke kawasan perumahan dia Taman Permata. Dia berhentikan kenderaannnya di hadapan sebuah rumah. Mereka keluar dari kereta.

“Awak… rumah saudara awak ke?” Soal Najma. Rumah dua tingkat itu agak cantik pada pandangan Najma. Aidil buka pagar. Rumah itu seperti tiada penghuninya. Aidil buka pula pintu rumah itu.

“Ni rumah kita… lepas kahwin nanti kita duduk sini ye sayang..” Kata Aidil. Najma terpaku. Rumah yang cantik itu milik mereka berdua. Najma pandang Aidil.

“ Kenapa tak bagitahu dari awal?” Soal Najma.

“Saja.. Ni hadiah dari saya untuk wedding kita. Awak suka tak?” Soal Aidil. Najma angguk sambil langkah masuk. Ruangan masih kosong kerana masih tiada perabot diletakkan.

“Saya beli dah lama… Memang prepare untuk my future wife.. Dah habis bayar pun..” Tambah Aidil.

“Hebat la awak ni… Thanks sayang…” Najma ucapkan.

“Nanti dah kahwin kita hias lah rumah ni.. Saya nak awak design kan sendiri tau…” Kata Aidil.

“Okay… No hal…” Kata Najma. Mereka lawati setiap sudut rumah itu. Rumah empat bilik itu sesuai dengan citarasa Najma. Struktur yang menarik itu memikat hati Najma. Dia dah ada cadangan untuk hias rumah itu. Najma teruja.

“Dah puas ke tengok? Jomlah kita balik. Kahwin nanti tengoklah puas-puas..” Kata Aidil..

“Okay… Dah kahwin memang lah dapat tengok puas-puas. Kita stay sini kan.. Thanks so much Aidil..” Ucap najma. Aidil senyum. Dia bahagia bila lihat Najma bahagia. Mereka menaiki kereta dan Aidil pandu pulang.

“Aku terima nikahnya Syarifah Najma Aisha Binti Syed Hazim dengan Mas Kahwinnya RM80 tunai..” Kata Aidil.

“Aik.. dah tak sabar ke?” Soal Najma.

“Practice. Takut nanti gagap..” Balas Aidil. Mereka ketawa. Seri terpancar di wajah keduanya yang menghitung hari utuk disatukan. Najma berdebar untuk bergelar seorang isteri buat pilihan hatinya itu. Begitu juga Aidil.

Sangkar Kasih 34


“Hari ni Iz nak bawa wawa jumpa Mummy dengan Daddy Iz..” Izhar berkata kepada najwa. Sejak mengenali Izhar, hati Najwa telah dicuri lelaki itu. Najwa sendiri tak tahu macam mana dia boleh terima Izhar sedangkan sebelum ini dia tak percaya cinta. Tapi kini, dia telah jatuh cinta.

“La… kenapa tak cakap awal-awal. Boleh wawa dress up feminine sikit.. Ni just T-shirt and jeans.. Ala.. seganlah macam ni.. Nanti kena reject macam mana?” Najwa merungut. Dia gelisah.

“Hey.. be your self.. Macam ni pun dah cantik. This is my Najwa okay..” Balas Izhar. Dia tidak kisah Najwa berpakaian ringkas begitu kerana itulah Najwa yang telah mengisi hatinya.

“Tapi mummy and daddy Iz nanti macam mana..” Najwa masih gusar.

“Jangan risaulah… Diorang okay…” Izhar genggam tangan Najwa. Dia tenteramkan buah hatinya itu.

“Betul Iz suka wawa dress up macam ni? Tak feminine, selalu lelaki suka girl yang feminine, lembut…” Najwa soal.

“Iz kenal wawa yang macam ni, wawa yang macam nil ah curi hati iz.. So, buat apa nak change.. Macam mana pun wawa, Iz tetap sayang.. Rock, Simple, but still nice and sweet di mata Iz..” Balas Izhar.

“Oo.. nanti kalau kahwin boleh la pakai T shirt dengan Jeans kan..” Najwa bergurau.

“Boleh… Iz nak pakai singlet dengan kain pelikat je.. Okay tak?”Izhar balas. Najwa
senyum sumbing.

“Boleh… hahaha” Najwa tertawa. Izhar juga. Izhar berhentikan keretanya. Najwa tergamam.

‘Mak aii… besarnya rumah..” Najwa terkedu sebaik lihat sebuah rumah agam yang berdiri gah hadapannya. Izhar hanya senyum.

“Jomlah keluar.. Mummy dengan Daddy Iz dah tunggu kat dalam..” Izhar bukakan pintu buat Najwa. Najwa melangkah keluar. Mulutnya ternganga kerana kagum.

“Masuk lalat nanti..” Kata Izhar. Najwa katup mulutnya.

“Lalat pun tak berani datang rumah besar Iz ni…” Balas Najwa. Izhar ketawa kecil. Dia bawa Najwa masuk ke rumahnya. Rumah ibu bapanya.

“Mummy, daddy.. Ini Najwa..” Izhar perkenalkan. Najwa bersalaman dengan ibu bapa Izhar. Najwa kagum.

“Auntie ni lagi ranggi dari aku..” Desis hati Najwa. Ibu Izhar juga berpakaian ringkas seperti Najwa. Kemeja dan Jeans. Berdiri dihadapan Najwa adalah Tengku Mirna dan Tengku Hamzah, kedua ibu bapa Izhar. Tengku Hamzah adalah kerabat diraja Selangor. Namun, pertalian itu agak jauh. Mereka sekeluarga hanya mengamalkan kehidupan sama seperti orang biasa. Apa yang mereka miliki adalah hasil titik peluh sendiri, bukan dari pertalian itu. Jadi, Najwa tak perlu terlalu berprotokol. Najwa tarik nafas lega dengan penjelasan Izhar itu.

“Cantik.. patutlah Iz suka..” Tengku Mirna bicara.

“Not because of that Mummy.. Iz suka coz herself.. Najwa is Najwa..” Balas Izhar. Najwa tersenyum simpul.

“Jomlah kita dinner dulu.. Nanti boleh sambung borak lagi..” Tengku hamzah pula berkata.

“ Okay juga tu.. Najwa ni memang lapar dari tadi..” Kata Izhar. Terbeliak mata Najwa. Tengku Mirna dan Tengku Hamzah ketawa.

“Iz… siaplah…” Najwa geram. Dia bisik di telinga Izhar. Pinggang Izhar dicubitnya.

“Sorry-sorry…” Izhar berkata. Dia gosok pinggangnya yang dicubit Najwa. Mereka membontoti ibu bapa Izhar.

Sepuluh jenis lauk pauk terhidang di atas meja. Itu belum campur dengan pencuci mulut lagi. Najwa kagum. Pertama kali dihidangkan dengan sebegini banyak makanan.

“Banyaknya.. boleh habis ke?” Soal Najwa tiba-tiba. Izhar dan kedua ibu bapanya berpandangan.

“Tak habis bungkus bawa balik boleh?” Sambung Najwa. Tengku Hamzah dan Tengku Mirna
ketawa. Izhar senyum.

“Wawa.. selalu habis.. sebab maid kat sini akan makan lepas kami makan..” Balas Tengku Hamzah. Najwa angguk.

“Tak confius nak pilih yang mana satu ke? Kalau saya ada tiga jenis pun tak tahu nak makan mana satu..” Najwa menambah. Sekali lagi keluarga Izhar ketawa. Mereka menjamu selera. Najwa mencuba semua jenis hidangan itu. Peluang sebegitu tak boleh dilepaskan. Rugi nanti.

“Kenyang?” Soal Tengku Hamzah.

“Kenyang tak terkata..” balas Najwa.

“Baguslah… uncle memang nak kamu makan kenyang-kenyang… So Najwa, bila habis study?” Kata Tengku Hamzah lagi.

“Sekarang dah last sem. Tak lama dah nak habis..” Jelas Najwa.

“Dalam tahun ni gak la pa..” Izhar menambah. Najwa angguk.

“Baguslah.. lagi cepat lagi bagus… boleh kita langsungkan cepat..” Tengku Mirna pula menambah.

“Langsung? Apa yang nak dilangsungkan? Siaran langsung ke?” Najwa keliru. Dia pandang Izhar. Izhar senyum.

“Perkahwinan kamu dengan Izhar la..” Tengku Hamzah menyambung.

“Ha??? Kahwin??” Najwa terkejut.

“Mummy, daddy.. Iz tak bagitahu lagi, Iz nak bagitahu hari ni…” Izhar kata. Najwa diam.

“Apahal pula nak propose aku depan parents dia.. Mamat ni sengal lah..” Desis hati Najwa. Dia segan, malu. Mahu sahaja dia tendang Izhar biar tersangkut pada lampu rumah. Geram. Izhar renung Najwa. Najwa tunduk. Izhar keluarkan sebentuk cincin. Najwa ternganga.

‘Emas ke ni?” Soal Najwa.

“Ye lah…” Izhar balas. Tak patut betul Najwa tanya soalan macam tu. Tengku Mirna dan Tengku Hamzah memerhati.

“Najwa… Iz nak lamar wawa ni.. Nak ke wawa jadi teman hidup Iz selamanya..” Lamaran Izhar. Najwa terkedu.

“Adoi… Aku tak ready la.. Tak romantic langsung…” Desis hati kecil Najwa.

“So Najwa? Terima tak?” Suara Tengku Hamzah menambahkan lagi kegelabahn Najwa.

“Saya kalau tengah kenyang tak boleh nak fikir.. Kita pospond esok lah ye Iz..” Najwa bercanda. Air muka Izhar berubah. Dia pandang ibunya. Tengku Hazah dan isterinya ketawa dengan jawapan Najwa.

“Ambil angin kat luar jom…” Najwa ajak Izhar. Dia minta izin ibu bapa Izhar. Kedua orang tua itu mengangguk. Najwa nikmati suasana malam di perkarangan rumah Izhar yang luas. Izhar masih diam.

“Iz…” Panggil Najwa manja. Izhar hampiri permata hatinya itu.

“Wawa… sorry kalau wawa tak suka cara Iz… Maaf…..” Izhar mohon maaf. Tak sempat dia habiskan tutur ayatnya, Najwa tutup mulut Izhar.

“Wawa terima…” Najwa kata dan senyum. Izhar bulatkan mata.

“Betul ni???” Izhar inginkan kepastian. Najwa angguk. Izhar lompat girang.

“Mummy.. Daddy… Iz Berjaya…” Izhar jerit dri halaman rumahnya. Tengku Hamzah dan Tengku Mirna keluar setelah denar jeritan anaknya itu. Najwa sekali lagi malu.

“Hoi… diamlah…” Perintah Najwa. Izhar akur. Dia senyum.

“Thanks sayang…” Izhar renung mata Najwa.

“Apa sayang-sayang… geli lah..” Balas Najwa. Padahal, dalam hatinya dia gembira. Sesungguhnya hati gadis itu cair dengan bisikan mesra Izhar. Najwa rasa bahagia sekali. Dia tak sabar nak berkongsi kegembiraan itu dengan ayah, ibu serta kakaknya.

“Tapi Iz… Kita kena bagi kakak dulu… Boleh kan..” Najwa jelaskan.

“Okay… Asalkan hati wawa tak berubah… Janji dengan Iz tau.. Wawa akan bersama Iz selamanya..” Izhar berkata.

“Wawa janji Iz…” Najwa balas. Mereka tenung sesama mereka. Tengku Izhar dan isterinya memerhati Izhar dan Najwa dari jauh.

“I suka Najwa tu… Memang dia sesuai untuk Izhar..” Tengku Mirna berkata.

“Ye… I pun suka.. Happy sentiasa dia tu. Terhibur I.. Gila-gila and mulut becok dia tu memang boleh buat rumah kita ni gempak kan…” Balas Tengku Hamzah. Mereka ketawa.

Sangkar Kasih 33


Najma pulang dengan senyuman. Najwa sambut kepulangan kakaknya itu. Najwa hairan Najma yang senyum. Salina juga sedikit hairan. Pasti ada sesuatu yang menggembirakan hati anak gadisnya itu. Najwa, Najma dan Salina berkumpul di ruang tamu.

“Ma…. Tengok muka kakak tu… wawa tanya dari tadi tak nak jawab..” Najwa merungut.

“Nak bagitahu lah ni…” Najma berkata. Najwa baring di riba ibunya. Salina usap rambut anak gadisnya itu.

“Cepatlah akak… adik dah nervous ni..” Najwa menambah. Najma senyum. Dia tunjuk jarinya.

“Wah… Cincin!! Abang Aidil lamar akak ke?” Najwa bangun. Dia teruja.

“Ye… ma, Aidil lamar Naja.. tapi Naja tak tahu nak terima ke tak..” Najma berkata.

“Apasal pula kak? Dah pakai cincin ni mesti lah terima. Itu kan normal. Apalah akak ni..” Najwa belek cincin di jari kakaknya itu.

“Kenapa pula Naja? Naja kan sayang Aidil..” soal Salina.

“Memang Naja sayang Aidil. Naja still tak tahulah mama, Naja ada cita-cita.. Nak kaya, jadi macam mama dulu..” Najma runsing. Waaupun dalam hatinya gembira dengan lamaran Aidil itu, namun dia masih runsing jika ikatan sebuah perkahwinan itu menyebabkan dia gagal capai cita-citanya.

“ Habis? Naja dah bincang dengan Aidil?” Soal Salina lagi.

“Dah… Naja dah cakap dengan dia, dia cakap dia tak kan halang Naja capai cita-cita Naja.. Tapi ma, kalau dah kahwin, banyak komitmen.. Macam Naja nak teruskan?” Najma balas. Salina senyum, dia renung anaknya itu.

“Naja.. Orang selalu cakap, jika ada dua yang kita mahu, kita terpaksa korbankan satu untuk yang satu lagi. Tapi bagi mama, tak salah kalau nak dapatkan dua-duanya. Tak salah kalau Naja konsi impian dan cita-cita Naja dengan Aidil. Mama yakin dia boleh bantu Naja. Kadang kala, berdua lebih baik kan nak capai sesuatu..” Jelas Salina.

“Betul kak.. Apa yang penting, kerjasama…” Najwa menyanyikan lagu Wonderpets.

“Aidil pun cakap macam tu…” Najma balas.

“So? Apa yang Naja nak rungsing lagi?” Soal Salina lagi.

“Naja takut tak dapat tunaikan sepenuhnya tanggungjawab sebagai isteri. Naja takut ma kalau tak dapat bahagiakan Aidil. Dulu pernah bergaduh sebab Naja busy and Aidil nak perhatian Naja. Naja tak dapat nak jalankan dua-dua sekali. Mama rasa macam mana?” Najma rungsing.

‘Akak… Abang Aidil tu memahami. Dia faham kerja akak, bukan gaduh pun kan, dia sayang akak, dia risau akak busy sampai tak makan, nanti sakit dia susah hati. Dia tegur sebab dia sayang akak..” Najwa bersuara.

“Adik tahu?” Soal Najma. Najwa angguk.

“Aidil tu bertanggungjawab. Naja jangan risau lah.. Mama yakin, dia boleh buat life anak mama ni happy… Tapi, apa-apa pun bergantung pada diri Naja. Saling memahami tu penting. Mama rasa Naja dah jumpa yang terbaik dalam hidup Naja. Aidil jodoh terbaik untuk Naja..” Salina menambah.

“Ye ma.. Thanks ma, adik..” Najma balas. Kini, dia yakin untuk menerima Aidil dalam hidupnya.

“Kalau akak tak nak adik nak..” Najwa menambah. Dia ketawa.

“Ambiklah kalau berani…” Najma balas.

“Tak… abang Aidil bukan nak kat adik pun, dalam hati dia akak je.. Untung akak.. Dah dapat Mr perfect..” Najwa menambah. Najma senyum. Aidil terlalu sempurna buatnya. Dia beruntung kerana memperoleh cinta lelaki itu.

“Si Izhar yag adik cerita tu macam mana?” Najma soal.

“Oiitt..akak..” Najwa buat isyarat diam. Salina pandang dua beradik itu.

“Ha… jangan ada konspirasi nak rahsia dari mama.. siapa pula Izhar ni? Bakal menantu mama ke?” Salina soal.

“Owner CafĂ©.. Buah hati Najwa ni ma..” Najma menjelaskan.

“Akak ni.. Mana confirm lagi.. Dia tak cakap pape pun ma.. Wawa just kawan dengan dia je..” Jelas Najwa.

“Macam mana orangnya? Macam Ray dulu mama tak nak tau..” Salina berkata.

‘Hish ma… wawa dah besar la.. sekarang bukan time nak main-main. This time untuk cari cinta yang sebenar la ma…” Najwa berkata perlahan.

“Cerita lah kat mama…” desak Salina.

“Mama ni… Nama dia Tengku Izhar Haqqi.. Macam akak cakap, Owner cafĂ©.” Jelas Najwa.

“Izhar halqi? Macam nama hukum tajwid..” Salina menambah.

“Mama…. Haqqi la, bukan Halqi.. Ala, panggil dia Iz je..” Najwa merungut manja.

“Tapi Tengku-tengku ni buat mama gerun je.. Wawa dah jumpa Family dia?” Soal Salina.

“Tak.. Wawa jumpa dia pun baru berapa kali je ma. Kat CafĂ© dia, selalu la jumpa. Keluar Lunch and dinner baru 3 kali. Jalan-jalan adalah entah berapa kali…” Najwa balas.

‘Tapi, call hari-hari ma..” Najma menyampuk. Najwa campak bantal pada kakaknya.

‘Adoi.. betullah, tiap-tiap malam call.. Iz dah makan? Iz sihat tak? Wawa rindu Iz…” Najma mengejek. Najwa geram.

“Akak ni.. Eleh, dia pun sama.. Aidil, awak buat apa tu? Saya rindu awak..” Najwa pula balas. Najma ketawa. Salina tertawa dengan gelagat kedua-dua anaknya itu.

“Whatever lah.. yang penting, dua-dua anak mama sekarang dilamun cinta.. Tak lama lagi mama dengan papa dapat menantu, setahun dua lepas tu boleh la mama timang cucu..” Salina menambah.

“Kakak dulu. Dah kena lamar tu.. Tak lama lagi lah kan..” Najwa berkata.

“Ala… adik nak dulu pun tak apa..” Najma balas.

“Tak kisah la siapa dulu.. Tapi jangan buat sama-sama dah la..” Balas Salina pula.

“Kenapa pula ma?” Serentak Najma dan Najwa menyoal.

“Entah… orang tua-tua kata tak elok. Kamu kan kembar. Mama pun tak tahu nak explain macam mana, yang penting better buat satu-satu.. “ Jelas Salina.

“Yeke.. Akak dulu lah kalau macam tu..” Najwa menambah.

“Apa-apa lah adik…” Balas Najma. Salina gembira Kedua-dua anaknya kini mempunyai kekasih hati masing-masing. Salina mendoakan kebahagian buat puteri-puterinya itu.

“Abang.. anak-anak kita dah besar.. Dah nak kahwin. Tak lama kita jadi nenek and atuk lah..” Salina berkata dalam hatinya. Dia senyum.

Sangkar Kasih 32


“Are you Najwa?” Hakim menyoal. Dia seakan tak mengenali gadis dengan baju kurung hadapannya itu. Katrina pula tercengang.

“Ye la.. korang ni…” Balas Najwa. Sengaja dia berimej begitu. Seronok pula rasanya apabila menjadi rock suci sedemikian.

“Kau dah taubat ke wawa? Tak rock la beb…” Katrina mula bersuara.

“Poyo lah korang.. Aku saja guna stayle kakak aku. Kau tak nampak ke sport shoes aku yang gedabak ni.. rileks la.. Aku still Najwa yang rock la beb…” Balas Najwa.

“Haha… Bagus… Jom lah gi kelas..” hakim menambah. Katrina dan Najwa angguk. Mereka melangkah seiringan menuju kelas. Ramai teman satu jurusan terkedu lihat Najwa. Najwa hanya senyum.

“Lantaklah korang… aku still rock la beb..” desis hatinya.
Najwa ambil tempatnya. Pensyarah yang dinanti telah tiba. Kelas akan bermula dalam beberapa minit lagi. Semester baru, semangat baru, Najwa kini berada di semseter akhir dan segala yang dilaluinya sepanjang cuti semester memberikan motivasi berguna adalah kamus hidupnya. Kehadiran Najma dan Syed Hazim ternyata membuatkan hari-hari yang mendatang buat hidupnya dan ibunya terasa berharga. Najwa hargai setiap detik bermakna itu.

‘So Class.. Macam mana dengan cuti sem?” Pensyarah memulakan kelas. Masing-masing berkongsi cerita. Bagi Najwa, kisahnya bukan untuk dikongsi. Biarlah dia simpan memori indah itu. Najwa senyum puas.

“Najwa..?” Pensyarah itu menyoal apabila mendapati hanya Najwa yang diam.

“I learn banyak benda. About family, love, and pengorbanan..” Najwa menjawab ringkas.

“Hmm.. macam menarik. Awak tak nak share dengan member yang lain?” Pensyarah itu berminat.

“No…” Najwa balas. Pensyarah itu mengangguk. Dia hormati keputusan pelajarnya itu. Pensyarah itu memulakan kelas. Najwa senyum. Wajah ibu, ayah serta kakaknya bermain di minda. Najwa kembali menumpukan perhatiannya.

“Hoi… semacam je kau… Mesti banyak yang jadi kan.. cerita lah..” Desak Hakim sebaik tamat kelas.

“Entah beb… dah la kau senyum memanjang.. Imej dah lain.. Aku dapat rasakan ada something yang besar jadi masa cuti sem kan… cerita lah woi..” Katrina pula menambah.

“Eleh… bukan ada kena mengena dengan korang pun..” Najwa balas. Hakim dan Katrina mencemik muka.

“Kita kan friends forever.. Bagi tahu lah..” Desak Hakim lagi.

“Kalau aku cakap tak nak macam mana?” najwa sengaja menyakat.

“eee minah ni… Aku siku kang.. Kau ni buta kitorang blur la.. Adess..” Katrina pula merungut. Geram.

“Okay lah.. jom kita lepak cafĂ©.. Aku cerita.. Hakim, kau kan kaya dah buat part time.. Apa kata kau belanja kitorang?” Najwa balas. Hakim terkulat.

“Boleh.. tapi sorang tak lebih RM1 tau…” Balas Hakim. Hakim berjalan mendahului
Katrina dan Najwa.

“Woi.. minum air kosong je lah… sengal..” Najwa berlari arah Hakim. Katrina membontoti temannya itu. Mereka ke Kafeteria. Najwa ceritakan kepada dua teman baiknya itu. Mereka terpegun. Bagi Najwa, itu adalah suatu kenangan dan memori terindah dalam hidupnya. Dia gembira, bahagia.

“Patutlah kau senyum semacam.. Imej pun dah ayu..” Katrina menambah.

“Tak lah Cat.. Aku still imej sama.. Tunggulah esok.. Hari ni saja nak buat korang terkejut..” Najwa tertawa.

“Bukan setakat terkejut. Nak pengsan aku tengok.. Aku ingat kakak kau..” Hakim menjawab. Mereka tertawa.
Setelah tamat kelasnya, Najwa memandu keluar dari kawasan Kolej. Najwa pandu ke Bukit Bintang. Ada lagi seorang yang ingin dia jumpa sebelum pulang. Najwa letak keretanya di tempat letak kereta hadapan Old Town White Café. Seperti biasa, dia pesan minuman dan duduk di tempat biasanya. Najwa menung sambil menanti kehadiran seseorang datang menegurnya.

“Awak tunggu saya?” Senyuman Izhar muncul. Najwa senyum. Dia angguk. Izhar ambil tempat duduknya hadapan Najwa.

“Awak sihat?” Soal Najwa. Izhar angguk.

“Awak nampak lain. Feminine, Cantik…” Izhar menambah.

“Saya Najwa la… tetap cool. Rock…” Kata Najwa. Izhar ketawa kecil.

“Lama awak tak datang sini… Saya nak contact tak ada nombor telefon awak..” Izhar berkata.

“Awak tak nak minta hari tu… Takkan saya nak bagi macam tu je..” Balas Najwa.

“Ye la… Mesti ada something yang buat awak senyum sentiasa ni kan…” Izhar menduga. Najwa angguk. Najwa dan Izhar berbual panjang. Pelbagai cerita keluar. Najwa teruja berkongsi pengalamnnya dengan Izhar. Ternyata Izhar seorang yang senang dijadikan teman. Izhar tak lokek berkongsi apa yang dia ada. Bagi Izhar pula, Najwa adalah seorang gadis yang ceria, mudah didekati tapi sukar nak dimiliki. Izhar tertarik dengan perwatakan Najwa. Dia senang dengan Najwa.

“Ok lah Iz.. Saya balik dulu lah.. Dah nak malam..” Najwa meminta diri.

“Number Phone?” Izhar menyoal. Najwa senyum. Mereka bertukar nombor telefon.

“Elok-elok drive. Ada masa datanglah sini lagi..” Kata Izhar sebelum Najwa melangkah keluar.

“Tak semestinya kat sini kan…” Najwa angkat keningnya. Izhar senyum. Najwa pandu pulang.

Sangkar Kasih 31


“Assalammualaikum!!!! Mama!! Kakak!!!” Suara Najwa kedengaran dari luar. Salina dan Najma bergegas keluar.

“Adik, Ma.. adik dah balik..” Najma panggil ibunya. Najwa dan Najma berpelukan. Salina muncul. Najwa salami bunya.

“Ma.. Sorry… lepas ni tak buat lagi..” Kata Najwa.

“Sorry… risau mama tau.. Kalau nak buat apa-apa bagitahu mama..” Salina berleter.

“Ok boss!!” Najwa tabik. Dia peluk ibunya.

“Cepat adik sampai. Tadi bagitahu akak tiket tak beli lagi..”Najma soal.

“Adik naik tikar terbang kak.. Heheh” Najwa bercanda. Syed Hazim langkah keluar dari kereta. Najma terkedu. Salina tergamam.

“Mengumumkan ketibaan Syed Hazim.. papa wawa dan kakak.. keturunan… apa pa? lupa lah....” Najwa buat pengumuman. Syed Hazim senyum. Salina masih kaku. Najma bersala dengan bapanya.

“Pa… sihat?” Najma soal.

“Alhamdulillah…” Syed Hazim jawab. Matanya tertancap pada bekas isterinya. Salina masih anggun walaupun sudah 13 tahun tak berjumpa.

“Ina…” syed Hazim hulur tngannya. Salina sambut. Dia cium tangan bekas suaminya itu. Air mata berderaian. Najma dan najwa turut alirkan air mata.

“Abang…..” Suara Salina perlahan. Syed Hazim tahan sedihnya. Dia gembira dapat tatap wajah Salina dan dua puterinya.

“Jom kita masuk dulu lah…” Najwa memecah keheningan. Mereka angguk. Salina dan Syed Hazim langkah masuk serentak. Najwa tarik tangan kakaknya.

“Kenapa?” Najma hairan.

“Akak ni… kasi lah can mama dengan papa…” Najwa berkata.

“Ooo.. jom kita ke dapur… tolong akak buat air..” Najma bagi cadangan.

‘Akak buatlah dulu, adik tolong minum nanti.. Adik nak taruk beg kat bilik sat…” Najwa balas. Dia senyum sumbing.

“Dah pandai cakap utara…” Najma cubit pipi adiknya.

“Akak.. ni Najwa lah… Kalau kena hantar ke jepun seminggu pun adik dah boleh cakap jepun tau..” Najwa dabik dada lagi.

“eleh… blah la… Entah-entah orang jepun pun tak faham bahasa jepun adik..” Najma balas.

‘Maybe la.. haha.. nanti adik turun ye..” Najwa tertawa. Dia bawa barangnya naik. Najma terus kedapur membantu Mak Yam.

Di ruang tamu, Syed Hazim dan Salina berbual panjang. Segala kisah suka duka termasuk telatah anak-anak mereka dibualkan. Salina tak berkelip pandang ajah bekas suami yang masih dia cintai.

“Ina… Naja dengan wawa tu nak semula keluarga yang sempurna..” Syed Hazim berkata.

“Ina tahu bang.. tapi, kita dah ada jalan hidup masing-masing..” Salina balas.

“Abang pun fikir macam tu.. Laila tu takkan abang nak tinggalkan..” Syed Hazim serba salah.

“Abang dah ada keluarga, ina rasa biarlah kita terus macam ni.. Yang penting kita bagi kasih sayang pada mereka dan jangan sesekali abaikan mereka..” Cadangan Salina.

“Salina…” Syed Hazim tenung wajah Salina. Mata bundar Salina ditatapnya.

“Walau kita dah tak bersama, izinkan abang sayangi Ina sama seperti dahulu.. Abang tak boleh nak padam sayang dan cinta hati abang ni..” Bicara Syed Hazim. Salina angguk. Hatinya juga sama. Tak mampu dia ucapkan dengan kata-kata.

“Papa… mama..minum..” Najma bawa sedulang minuman dan sedikit kuih muih. Najwa duduk sebelah bapanya. Najma pula labuhkan punggung sebelah ibunya.

“Papa.. mama.. Kami gembira sangat sebab inilah kali pertama kita berkumpul semula selepas 13 tahun..” Najma bersuara.

“Ye pa.. ma… wawa harap kita dapat macam ni sampai bila-bila..” Najwa berkata.

“Najwa, Najma…. Mama dan papa dah buat keputusan..” Salina mulakan bicara. Dia kumpul kekuatan. Dia tahu Najma dan Najwa akan kecewa. Tapi dia terpaksa.

“Mama dan papa akan sayang Naja, wawa sama macam dulu. Walau macam mana pun kita tetap satu keluarga yang sempurna. Cuma… mama dengan papa tak mungkn akan bersama semula..” Salina jelaskan. Air wajah keduanya berubah.

“Tapi kenapa ma? Pa?” Najma sendu.

“Papa mama tak sayang kami ke?” Najwa pula bersuara sebak.

‘Mama dangan papa sayang.. Keadaan tak mengizinkan sayang.. Najwa, macam yang papa cakap, papa dan mama takkan abaikan Najwa dan Najma. Walau macam mana pun, kita tetap keluarga. Papa rasa kita cukup sempurna. Fahamilah situasi sayang…” Syed Hazim pula bicara.

“Pa.. ma.. kalau dah itu keputusan, Naja terima..” najwa akur.

“Adik pun.. Tapi, asalkan cuti sem adik nak balik Arau… Boleh kan ma?” Najwa ceria kembali. Salina mengangguk. Syed Hazim juga.

“Tapi… mama nak hukum the naughty girl yang tipu mama..” Salina berkata. Najma dan Najwa berpandangan.

“Mama… ala… dah settle kan.. papa rileks je..” Najwa balas.

“ Papa diam tak bererti setuju.. Mama denda Najwa and Najma teman mama dengan papa jalan-jalan esok…” Salina berkata.

“Yahooo…. Bestnya..” Najwa lompat girang. Najma senyum.

“Papa denda Najma pula.. Naja kena bawa Aidil..” Syed Hazim manambah. Najma pandang Najwa. Adiknya itu sengih sumbing.

“Ni mesti kerja Adik yang bagi tahu papa kan…” Najma cubit manja adiknya.

“Ala.. kenapa nak malu, papa nak juga jumpa bakal menantu papa..” Sambung Syed Hazim.

“InsyaAllah pa….” Balas Najma.

“Jangan lama-lama kak.. Sementara papa ada ni, elok percepatkan..” Najwa menambah.

“Amboi dia… Abang Aidil pun tak lamar akak lagi tau..” Najma balas.

“Penakut abang Aidil tu.. Nanti Adik lecture dia…” Najwa jawab. Mereka sekeluarga ketawa. Salina gembira. Syed Hazim seronok. Dia dapat juga peluang ini. Sayang pula mahu dilepaskan. Namun, dia harus lakukan juga.

Sangkar Kasih 30


Najwa mengemas barang miliknya. Berat hatinya mahu meninggalkan ayahnya. Sepanjang berada di situ, Najwa sangan gembira. Najwa sedih mahu pergi. Dia tidak pasti lepas ini bila pula dia akan kembali. Dia masih belum beritahu perkara sebenar pada bapanya. Najwa serba salah mahu beritahu. Sedang dia berkemas, Syed Hazim masuk.

“Anak papa…” Panggil Syed Hazim.

‘Ya pa..” Balas Najwa. Syed Hazim renung wajah anaknya itu. Dia yang sudah tahu itu Najwa mula menitiskan air mata.

“Pa.. kenapa ni? Sedih Naja nak balik esok ye..” najwa peluk bapanya. Dia juga sedih.

“Syarifah Najwa Aisha..” Suara Syed Hazim sayu. Najwa kaget. Dia terkedu.

“Pa……” Najwa kelu.

“Najwa… Anak papa..” Syed Hazim peluk anaknya itu sekuat hati. Najwa menangis.
Terharu.

“Macam mana pa tahu?” Soal Najwa.

“Mama call.. Najwa, anak papa.. Papa rindu sayang… Maafkan papa dah abaikan sayang selama ni..” Syed Hazim seka air mata anaknya. Kasih sayang seorang bapa yang tak berbelah bahagi terancar diwajahnya. Najwa capai tangan bapanya. Dia cium.

“Maafkan wawa pa…” Najwa bersuara. Air mata membasahi pipi. Kedua beranak itu tak dapat menahan sebak.

“Najwa…. Puteri papa.. Kenapa dari awal tak bagitahu papa.. Dah nak balik baru papa tahu..” Syed Hazim soal.

“Wawa takut pa.. Takut pa tak dapat terima wawa..” najwa balas.

“Najwa.. Papa terima sayang.. Papa memang nak sangat jumpa wawa. 13 tahun papa tanggung rindu.. Terima kasih sayang sebab sudi jenguk papa..” Balas Syed Hazim pula.

“Papa…….” Najwa sekali lagi peluk bapanya itu. Air mata mengalir. Syed Hazim juga menangis. Menangis kerinduan dan kegembiraan. Akhirnya Tuhan makbulkan doanya Dapat juga dia peluk kembali anak yang pernah terpisah dengannya 13 tahun dahulu. Syed Hazim bersyukur sepenuh hati.

“Jangan tinggalkan papa lagi sayang..” kata Syed Hazim.

“wawa kena balik KL. Wawa sambung study. InsyaAllah bila cuti wawa balik sini.. Boleh kan pa?” Balas Najwa.

“Boleh sayang.. rumah ni sentiasa terbuka untuk wawa dan kakak..” Sambung Syed Hazim.

“Terima kasih pa… Wawa sayang papa… Pa, boleh tak kita dapat keluarga yang sempurna semula?” Soalan yang paling sukar dijawab oleh Syed Hazim. Syed Hazim pegang wajah anaknya itu.

“Najwa, walau macam mana pun, papa janji lepas ni wawa dan kakak akan dapat kembali keluarga sempurna. Walaupun mama dengan papa tak mungkin bersama lagi.. Kami tak akan abaikan kamu berdua. Itu janji mama dengan papa..” Syed Hazim jelaskan.

“Ye pa… Pa.. wawa balik esok..” Najwa jawab.

“Berat hati papa sayang… Kalau boleh papa nak wawa dengan papa kat sini..” Syed Hazim menambah.

“Wawa pun… Pa, jangan tinggalkan adik lagi…” Najwa manjakan diri dengan bapanya. Sayu hati seorang bapa dengan tingkah laku anak yang pernah berpisah dengannya suatu masa dahulu. Syed Hazim usap kepala Najwa. Terasa hangat kasih sayang seorang bapa.

“Pa… nyanyi pa.. macam dulu-dulu..” Suara Najwa merengek manja.

“Dah 23 tahun pun nak kena dodoi ke..” Syed Hazim balas.

“Pa… wawa ni young forever. Bukan macam kakak, dah nak kahwin..” Najwa jawab.

“Nak kahwin? Siapa bakal menantu papa tu? Akak tak cerita pun..” Soal Syed Hazim.

“Macam mana dia nak cerita, wawa kan menyamar jadi akak.. Ni gambar dia..” Najwa tunjukkan beberapa gambar dari telefon bimbitnya.

"Sesuai dah ni… wawa pula?” Syed Hazim soal lagi.

“Tak da la papa… esok-esok la. Wawa budak-budak lagi. Tak da orang nak..” Kata Najwa.

“Ye lah tu.. tengok nanti akak yang hangat bercinta, adik naik pelamin dulu..” Syed Hazim menyakat.

“Naik pelamin orang boleh la pa…” Najwa balas. Syed Hazim tertawa.

“Hmm. Esok balik naik apa?” Soal Syed Hazim.

“Bas kot… kenapa pa?” Najwa hairan.

“Dah lama papa tak pi KL. Nak juga papa pi sana.. Papa hantar wawa boleh tak?” Syed Hazim bagi cadangan.

‘Pa… sangat dialu-alukan… Boleh..” Najwa bersoarak girang. Syed Hazim senyum. Najwa masih periang seperti dahulu.

“Pa.. Ayam serama sanggul besar tu tak ikut kan?” Najwa maksudkan ibu tirinya.

“Maybe tak… Malas papa. Sat gi nak pi KL terlepas ke Johor..” Syed Hazim membalas.

“Ha… tau tak pa…” Najwa girang. Tak sabar rasanya nak temukan ibu dan bapanya. Najwa lelapkan mata. Syed Hazim dodoikan anaknya itu. Jauh disudut hati, dia amat bersyukur. Kini, selepas 13 tahun, Tuhan bagi dia sekali lagi peluang untuk menatap wajah Najwa yang pernah dia tinggalkan dulu. Syed Hazim kucup dahi Najwa. Dia kembali kekamarnya.

Sangkar Kasih 29


“Najwa ni cuti semester dia tinggal lagi dua hari kan.. Bila nak balik?” salina menyoal Mak Yam. Waktu itu Najma tiada dirumah kerana keluar bersama Aidil. Salina temani Mak Yam di dapur menyediakan juadah kuih muih untuk minum petang.

“Ya la Puan… Najma tak kata apa-apa ke?” Soal Mak Yam kembali.

“Tak.. Saya rasa mereka ni ada rancang sesuatu. Macam ada sesuatu yang dirahsiakan dari saya..” Salina curiga terhadap kedua-dua anaknya itu.

“Kenapa pula puan rasa macam tu?” soal Mak Yam lagi.

“Entahlah.. hati saya rasa.. Lagipun Najwa tu saya call tak jawab..” Salina membalas.

“Risau juga.. Budak-budak ni…” Mak Yam mengeluh.

“Tu la.. saya pun risau. Si Najma takpa lagi, Najwa tu yang saya risau sangat. Dah la tak tahu dia ke mana sebenarnya..” Salina suarakan lagi.

“Puan call lah dia lagi..” Mak Yam cuba tenangkan hati majikannya itu. Salina angguk. Selepas sudahkan kuih yang dibuatnya, dia keruang tamu. Telefon bimbitnya dicapai. Dia hubungi nombor Najwa. Berkali dia hubungi tapi tiada yang menjawab.

Sementara itu, di rumah Syed Hazim, suara Laila terjerit jerit kerana sakit perut kedengaran. Najwa ketawa. Laila makan makanan yang disediakan Mak Biah malam semalam. Dia juga pesan agar letakkan julap tapi Syed Hazim dan Najwa tak makan makanan itu. Pada tengah malam, Laila tak dapat tahan lagi perut yang berkeroncong. Dia jamah makanan yang ada. Apa lagi, dia terkena bahan buatan sendiri. Sepanjang hari destinasinya adalah tandas. Najwa ketawa sahaja lihat ibu tirinya itu.

“Pa.. Naja keluar sat.. Nak beli barang kat padang besar..” Kata Najwa. Syed Hazim tak dapat menemaninya kerana Laila sedang dilanda cirit birit. Jadi, Najwa pergi bersama pemandu bapanya.

Salina hubungi lagi Najwa. Syed Hazim yang sedang melalui bilik Najwa terdengar telefon bimbitnya bordering. Dia pantas masuk dan menjawab panggilan itu.

“Assalammualaikum. Najma tak dak.. Dia pi padang besaq..” Kata Syed Hazim. Salina terkedu.

“Najma?” Salina hairan. Syed Hazim yang mendengar suara itu lantas lihat di skrin telefon bimbit anaknya. Tulisan “Mama” Pada skrin itu.

“Salina?” Syed Hazim berkata. Salina gamam. Dia cukup kenali suara itu.

“Abang…” Salina digamit kerinduan. Syed Hazim tutup pintu bilik Najma. Dia tak mahu Laila dengar perbualannya.

“Salina sihat? Najma tinggal fon dia.. dia pi padang besaq beli barang..” Syed Hazim berkata.

“Ina sihat bang.. Tapi ni kan nombor Najwa. Najma ada kat rumah ina ni..” Balas Salina. Syed Hazim terkejut.

“Najwa? Ya Allah..” Syed Hazim mengucap panjang.

“Kenapa bang?” Soal Salina.

“Depa dah tipu kita. Maknanya yang mai sini Najwa. Dia kata dia Najma.” Syed Hazim beritahu Salina.

“Budak-budak ni.. Patutlah berahsia sangat. Najwa memang ada ubah imej jadi macam Najma sebelum pergi sana. Najma kata adiknya pergi camping..” Balas Salina.

“Ina… Najwa datang..” Syed Hazim bersuara sebak.

“Ya abang… tak pa lah. Nanti saya cakap dengan Najma. Budak-budak ni betullah..” Salina mengomel.

“Najma macam mana? Sihat dia?” Syed Hazim soal.

“Sihat bang.. abang macam mana?” Salina pula soal.

“Macam ni lah.. Kena makan ubat.. Ina, maafkan abang..” Syed Hazim rendahkan suaranya.

“Abang jagalah kesihatan. Ina dah tak boleh nak jaga abang….” Salina terhenti seketika. Mereka bermain perasaan. Salina sebak.

“Ina…. Sudahla.. yang dah lalu. Yang penting anak-anak kita..”Syed Hazim bersuara semula.

“Ye abang.. Okay lah.. Najma dah balik tu.. nanti ina cakap dengan dia.. Assalammualaikum..” Salina akhir perbualan. Syed Hazim jawab salam isterinya. Dia letakkan telefon bimbit Najwa dia atas meja. Syed Hazim kini atur agendanya.

“Najma…” Tegas suara Salina memanggil anaknya itu. Aidil yang ada bersama Najma terkedu. Dia dan Aidil berpandangan.

“Syarifah Najma Aisha Syed Hazim… ke sini sayang..” Salina panggil. Najma hampiri ibunya. Aidil membontotinya.

“Ya ma… ada apa?” Najma soal.

“Adik kamu pergi mana?” Soal Salina pula.

“Camping…” Najma jawab. Dia tunduk.

“Camping kat rumah papa di Arau, perlis?” Salina sengaja menyoal. Najma terkedu. Dia pandang Aidil. Aidil bulatkan mata.

“Mama dah….” Najma tak sempat habiskan ayatnya, dia dipangkah oleh ibunya.

“Dah tahu… kenapa rahsia dari mama? Kalau apa-apa jadi kan susah..” Salina berleter.

“Maaf ma.. Adik yang nak rahsiakan..” Najma tunduk.

“Mama dah agak.. Najwa ni memang…” Salina menambah.

“Ma.. biarlah adik tu.. Dia nak sangat jumpa papa… Papa pun tahu lah kan..” Najma bersuara lagi.

“Papa dah tahu. Kita tunggu je lah apa jadi lepas ni.. Najwa, Najwa…” Salina mengeluh.

“Puan, Najwa buat semua ni untuk jumpa papa dia.. Mungkin cara dia salah, tapi kita tak boleh salahkan dia. Seorang anak yang nak jumpa papanya setelah 13 tahun tak jumpa.. Tak salah kan..” Aidil pula bersuara.

“Awak pun tahu?” salina pandang Aidil.

“Errr… tahu puan..” Aidil jawab perlahan.

“Mama tak salahkan wawa. Mama yang salah... dia mesti happy dapat jumpa papa dia. Alhamdulillah la…” Balas Salina. Najma pegang tangan ibunya. Salina alirkan air mata.

“Naja… Mama dapat dengar suara papa.. mama rindu papa..” Salina bersuara sebak. Najma peluk ibunya itu.

“Ma…” najma tak mampu berkata. Dia peluk ibunya sekuat hati. Aidil memandang disisi. Salina lepaskan pelukan. Tangan kanannya memegang tangan Najma manakala tangan kirinya pegang tangan Aidil.

“Naja.. Aidil.. Mama tak nak apa yang jadi kat mama berulang pada kamu berdua. Selagi cinta boleh ditahankan, pertahankanlah. Jangan terlalu cepat mengalah. Tak salah kalau kita pertahankan hak kita..” Salina berpesan. Najma pandang Aidil. Aidil pandang Najma. Mereka angguk.

“Ma… Naja janji..” Najma balas. Aidil juga begitu. Najma lap air mata yang mengalir dipipi ibunya.

“Kita tunggu wawa balik…” Salina berkata dan kemudian senyum. Najma dan Aidil lega.

Sangkar Kasih 28


Najwa ambil angin bersama bapanya di sawah padi. Beberapa hari lagi cuti semesternya akan tamat. Itu bermakna dia akan puang kembali ke Kuala Lumpur.

“Papa… papa sayang Najwa tak?” soal Najwa.

“Adik? Mestilah.. dua-dua anak papa, papa sayang..” Balas Syed Hazim. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Syed Hazim belai rambut anak gadisnya itu.

“Pa… Kalau yang ada depan papa sekarang Najwa dan bukannya Najma macam mana?” Soal Najwa. Syed Hazim terdiam. Dia amati wajah anaknya itu.

“Papa….” Najwa panggil bapanya.

“Papa nak peluk and bagi apa yang papa tak dapat bagi selama 13 tahun ni..” Mata Seyd Hazim berkaca. Najwa renung bapanya. Dia masih berahsia. Belum masanya.

“Pa.. cantikkan tempat ni.. Naja suka, tenang..” Najwa alih topic.

“Ye Naja.. Dulu, papa jumpa mama dekat tempat ni lah.. Papa jatuh hati dengan kelembutan mama.. Bagi papa, mama lah satu-satunya wanita dalam hidup papa.. Dalam hati papa. Wanita yang papa sayang, yang hadiahkan papa dua puteri yang cantik..” Syed Hazim bicara.

“Tapi semua yang ada kini hanya tinggal kenangan..” Syed Hazim menambah.

“Pa.. Naja tak rasa semuanya boleh jadi kenangan. Tak cukup lagi kenangan tu pa.. Papa still need mama and mama pun need you pa… Najwa dan Najma pun perlukan mama and papa..” Najwa membalas.

“Benar… tapi papa tak tahulah.. papa buntu..” Syed Hazim bersuara lagi.

“Buntu dengan arahan Tok Wan, dengan mummy Laila? Pa.. semua tu bukan life papa.. Kami life papa.. Mama, Najma, Najwa.. and you are our life pa..” Najwa berkata lagi. Dia sangat berharap dia mampu miliki keluarga sempurna lagi.

“Tapi Naja.. Papa tak boleh biarkan orang lain berduka untuk kecapi kebahagiaan sendiri. Macam mana hati Tok Wan, Mummy Laila.. Takkan papa nak tinggalkan dia..” Syed Hazim serba salah.

“Papa sayang Mummy laila?” Soal Najwa.

“Sayang tu memang sayang, tapi papa tak cintakan dia. Cuma dah biasa hidup ada dia.. Cinta papa hanya untuk mama…” Jawab Syed Hazim.

“Pa… papa asyik berkorban untuk orang lain, tapi dah tiba masa papa buat untuk diri sendiri. Naja tengok Mummy tu tak hargai papa pun. Sampai bila papa nak hidup macam ni…” Najwa bantah. Syed Hazim pegang bahu anaknya. Mata Najwa ditenungnya.

“Naja.. Kadang kala lebih baik kita hidup macam ni dari hidup serba salah. Papa tak mahu sengsarakan hidup orang lain lagi. Cukuplah apa papa dah buat pada mama dan Najwa.. Naja faham kan maksud papa..” Kata Syed Hazim. Najwa akur. Dia angguk. Tapi hatinya masih mahu bapanya kembali pada mereka sekeluarga.

“Jomlah balik pa.. papa tak makan ubat lagi kan..” Najwa pelawa. Syed Hazim angguk. Mereka berjalan pulang.

Setiba di rumah, wajah bengis Laila menyambut mereka di muka pintu. Syed Hazim dan Najwa berpandangan.

“Amboi… keluaq pi mana lama-lama” Laila bersuara.

“Carikan Mummy baru untuk papa.. Mummy sekarang macam dah tak boleh pakai..” Jawab Najwa selamba. Syed Hazim ketawa.

“Hang ni!! Aku tanya menjawab, tanya ja menjawab.. Hang ni pasai pa? Tak puas hati ka?” Laila makin bengang. Syed Hazim cuba kawal situasi. Najwa tunjukkan taringnya.

“Hoi… aku ada mulut aku jawab… Kau ada mulut kau jaga!!” Bentak Najwa. Geram. Laila bengang. Dia pukul Najwa dengan kipas tangannya. Najwa kesakitan. Syed Hazim cuba mempertahankan Najwa.

“Laila!!” Jerit Syed Hazim. Laila terdiam. Najwa cemik muka.

“Pasai apa dok jerit? Biaq saya ajaq budak ni.. Abang tepi sikit. Kuang ajaq. Ni mesti kena basuh dengan betina sundal Salina tu..” Laila berkata. Pang!! Najwa tampar ibu tirinya.

“Hoi.. Macam kau bagus sangat!! Mama aku jangan kau hina!! Dia lagi mulia dari kau!! Perempuan Jalang!!” Najwa balas. Laila meraung. Dia semakin marah. Situasi semakin tegang. Laila terkam Najwa. Najwa sempat elak dan Laila tersungkur jatuh.

“Adoi… pinggang aku..” Rengek Laila. Syed Hazim biarkan. Najwa tergelak. Laila bangun. Kali ini dia Berjaya. Rambut Najwa ditariknya. Najwa mengerang kesakitan. Syed Hazim cuba leraikan.

“Hang kata aku jalang ha..” Laila terik lagi rambut Najwa.

“ Memang kau jalang.. lepaslah.. Sakit lah BODOH!!” Najwa Berjaya menolak ibu tirinya itu. Wanita itu terduduk atas sofa pula.

“Abang….” Laila raih simpati suaminya. Syed Hazim biarkan. Sekali sekala biar Laila rasa buku bertemu ruas. Syed Hazim terus masuk kebiliknya. Najwa hampiri Laila yang kepenatan.

“Kalau nak lawan, tengok orang dulu lah… jangan ingat semua orang nak tolong kau!! Padan muka!!” Kata Najwa. Dia jelir arah Laila.

“Kuang ajaq!!!!” Jerit Laila. Suara Laila yang nyaring membingitkan telinga semua penghuni rumah itu. Najwa ketawa. Dia langkah masuk kebiliknya. Puas hatinya kerana berjaya mengajar perempuan yang menghina ibunya itu.

“Mak biah… sini sat!!” Panggil Laila. Mak Biah hampiri majikannya itu. Laila membisikkan sesuatu ketelinga Mak Biah. Wanita itu angguk. Laila senyum.

“Padan muka hang” Desis hati Laila.
Najwa selesai mandi. Selesai segalanya termasuk mencantikkan diri dia keluar untuk makan malam bersama bapanya.

“Mummy tak makan ke pa?” Soal Najwa sebaik tidak melihat kelibat ibu tirinya.

“Dia kata mogok lapar 3 minit..” Balas Syed Hazim.

‘Tiga minit? Ceh.. tak pernah buat dek orang… Buat malu kaum iban je..” Bebel Najwa. Dia ambil tempatnya dan duduk.

“Sedap ni… Ada kari ayam, sambal tumis ikan masin dengan sayur kangkung.. Jom makan..” Syed Hazim berkata.

“Kejap pa.. kita tak payah makan ni semua.. Biar Mummy makan la.. Naja dah pesan pizza tadi. Sat lagi sampailah tu..” Kata Najwa.

“Ya ka… sedap juga tu… Papa dah lama tak makan, Mak Biah simpanlah dulu lauk-lauk ni.. Kami nak makan Pijja..” Kata Syed Hazim.

“Pa.. Pizza.. bukan Pijja..” Kata Najwa membetulkan sebutan bapanya itu. Syed Hazim tersengih.

Mak Biah dengan muka kelat akur. Najwa hairan lihat muka pembantu rumah bapanya itu.Tidak lama kemudia, Pizza yang dipesan tiba. Najwa dan bapanya makan dengan berselera. Tanpa mereka sedari ada orang mengintai.

“Sedapnya… nyesal aku mogok…” desis hati Laila apabila melihat dua beranak itu makan. Dia kesat air liur yang meleleh.

“Pa.. habiskanlah.. Naja tak larat dah ni..” Najwa tolak kotak pizza it kearah bapanya.

“Papa pun kenyang dah ni… Banyak sangat makan..” Syed Hazim menolak. Najwa ambil dan makan potongan terakhir pizza itu. Laila meleleh air mata melihat makanan itu habis. Perutnya berkeroncong. Selesai suami dan anak tirinya makan, dia kembali ke bilik. Dia pura-pura tidur. Syed Hazim tak endahkan.

“Huih sedapnya Pijja tadi… rugi sapa tak makan..” Syed Hazim berkata. Laila geram.