Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 10


Hari yang dijanjikan telah tiba. Pegambaran untuk rancangan Syurgaku kini tiba gilirannya kepada Yayasan Jannatul Firdaus. Aku menggelabah. Pagi itu beberapa wakil dari stesen televisyen berkenaan datang untuk berbincang dan membuat sedikit persiapan. Aku perlu hadir bersama. Aku lihat Firdaus dengan tenang menjawab segala perihal yang ditanya.
“Baik dia je jadi..” Desisi hati kecilku.
“Ok Cik Mardihah.. 1,2,3 Action..” Jerit pengarah tersebut. Aku bersama pengacara rancangan berkenaan melakukan segala yang perlu. Hati aku waktu itu hanya tuhan yang tahu. Aku mengumpul segala kekuatan untuk berhadapan dengan situasi itu. Firdaus dari jauh tidak henti-henti senyum dan member semangan kepadaku. Anak-anak yayasan kebanyakan mereka menunjuk muka masing-masing. Ada juga yang memerli nakal. Aku tabahkan hati. Akhirnya segalanya selesai. Aku gelabah menanti keputusan dari pengarah. Katanya kalau ada masalah kena shooting lagi sekali.
“Err.. Macam mana? Teruk kan.. kena ambil lagi sekali ke? Maaf la.. untuk kali kedua saya tak boleh..” Aku menyoal pengarah tersebut dengan sekali nafas sahaja. Semua di situ terdiam. Aku kaget. Kak Jamilah menepuk belakangku. Dia cuba menenangkan aku.
“Teruk.. sangat teruk..” Kata Pengarah itu. Aku mula menitiskan air mata.
“Firdaus, saya dah cakap kan.. lepas ni awak la pula..” Kataku perlahan kearah Firdaus. Dia hanya senyum. Cis mamat ni.. Time macam ni pun dia boleh senyum lagi.
“Cik Mardihah.. Awak lakukan dengan baik sekali. Pengarah ni memang suka menyakat..” Pengacar tersebut, Farah Habibah menjelaskan. Aku memandangnya. Anak mataku beralih kea rah pengarah tersebut.
“Ya.. Tahniah.. setakat ni di yayasan ni je yang belum buat second shooting..” Kata Pengarah itu dan senyum. Aku tersenyum sumbing. Wah, hebat juga la aku ni. Hehe.. Aku memandang Firdaus. Lelaki itu senyum. Dia menunjukkan isyarat bagus. Aku senyum.
Setelah segalanya selesai dan peralatan di kemaskan, krew-krew serta semua wakil dari Syarikat Televisyen tersebut pulang.
“Terima Kasih Mardihah..” Ucap Firdaus.
“Awak.. semuanya kebetulan..saya bukan pandai pun..” Ujarku
“Awak ada bakat. Awak boleh lakukan. Memang dari awal saya yakin awak boleh. Kadang-kadang, kebolehan diri sendiri tu kita tak dapat nilai dengan pandangan mata sendiri.” Tambahnya.
“ Terima kasih juga kat awak. Kalau bukan awak yang bagi semangat, saya rasa saya tak boleh.. because awakla kekuatan saya.” Aku membalas. Langkah kami terhenti. Alamak. Aku ni dah salah cakap lagi. Adess.
“Mardihah.. semua ini dari Allah.. kalau Dia tak Izinkan, mana mungkin semua ni akan jadi..” Katanya. Aku menarik lafaz lega. Kalau tak, kantoi nanti aku suka dia.
“Ya.. Terima Kasih Tuhan..” Kataku membalas. Selesai member salam, kami mengambil haluan masing-masing. Aku tersenyum sendirian sambil melangkah membelakangi Firdaus.
“Mardihah..” Firdaus memanggil namaku. Aku menoleh.
“Betul ke saya kekuatan awak?” Soalnya dengan senyuman. Aku terpaku seketika. Aku mengangguk dan terus berlalu meninggalkannya. Biarlah. AKu tersenyum sendirian.

No comments:

Post a Comment