Tuesday, August 7, 2012

Sangkar Kasih 8


“Kita dapat jemputan menyertai Karnival Laut Lumut yang akan diadakan di Lapangan Lumut , perak, date.. 28-30 Mac ini.. so.. nak pergi tak?” Salina menyoal. Pengurus Operasi, Najma dan Puan Suhaila, Pengurus promosi sedang berbincang dengan Salina.

“Naja rasa baik kita Join, dapat buat promotion dan tambahkan hasil jualan..” Balas Najma.

“Okay.. sasaran pengunjung lebih 5000 orang dan bayaran tapak untuk satu hari RM700..” Sambung Salina.

“Agak berbaloi dan murah. Lagipun ini dapat promosikan produk kita di area sana..” Puan Suhaila pula menambah. Najma dan Salina mengangguk.

“So.. Saya nak lantik seorang untuk uruskan semua ini.. Naja boleh? Puan Suhaila ada meeting promosi dengan pihak astro kan.. Bila tarikhnya?” Salina menyoal.

“29 Mac.. so saya tak dapat ke Lumut..” Jawab Puan Suhaila.

“Naja cuba ma.. Tapi, takkan Naja sorang je? Naja need someone yang boleh bantu..” Balas Najma.

“Aidil puan. Dia ada juga pengalaman sebelum ni dalam Karnival halal kebangsaan dan Program Keusahawanan Malaysia tahun lepas. Saya rasa dia boleh..” Puan Suhaila menyarankan.

“Yup.. cadangan yang bagus.. Saya call Aidil sekejap ajak dia meeting sekali..” Salina membalas dan hubungi Aidil. Lima minit kemudian lelaki itu tiba.

“Maaf lambat sikit..” Aidil berbicara. Dia ambil tempatnya disebelah Najma. Salina menerangkan segalanya mengenai Karnival itu pada Aidil. Lelaki itu mengangguk tanda faham.

“siapa lagi yang pergi?” Soal Aidil.

“Kamu dan Najma dan saya arahkan dua lagi pekerja ke sana bagi membantu kamu berdua. Kamu uruskan segalanya di sana..” Salina menjelaskan Aidil pandang Najma. Sekali lagi dia bersemangat.

“Okay Puan.. tak ada masalah.. penginapan?” Aidil menyoal.

“Kita ditempatkan di Hotel Lake View di Seri Manjung. Perjalanan dari sana tak jauh sangat ke lumut. Saya dah cuba dapatkan hotel di Lumut, tapi semuanya dah penuh bagi tiga hari tersebut.” Salina menjelaskan.

“Ooo.. saya tahu Hotel tu. Kawasan tu semua saya dah tahu.. Kampung halamanlah katakan..” Aidil menjawab.

“ baru saya ingat kamu asal Teluk Intan. Bagus sangatlah tu.. senang kerja saya. Saya serahkan segalanya pada kamu Aidil..” salina senyum. Najma juga begitu. Ini adalah pengalaman pertamanya mengertai Karnival sedemikian, dia harap dapat menimba pengalaman yang berguna di sana. Mereka mengakhiri mesyuarat tersebut.

“Mama.. thanks bagi Naja peluang..” najma berkata pada ibunya.

“Mama tahu Naja minat, InsyaAllah Naja mesti dapat lakukan nanti. Aidil berpengalaman, Naja jangan risau ..” Balas Salina.

“Lagi seminggu. Sempat naja buat prepare dulu..” Balas Najma. Salina angguk.

“Ye sayang.. Mama yakin Naja mesti boleh lakukan. Yakin pada diri.. Dahla.. mama lapar ni..Jom lunch.. Mama nak makan asam pedas la.. Jom sayang..” Salina mengajak anaknya itu. Najma mengangguk. Dia membontoti ibunya keluar dari pejabat Salina.

Kelibat Salina dan Najma yang melangkah keluar diperhati oleh beberapa pekerja. Peribadi Salina amat disenangi pekerjanya. Dia seorang yang perihatin dan berdedikasi. Semua yang berada dibawahnya selesa dengan pimpinannya.

“Tengok tu Maya.. Aku rasa dalam beberapa tahun lagi, Company ni mesti Puan serahkan pada Cik Najma.” Beberapa orang pekerja sedang berbual sesama mereka sementara menunggu waktu rehat.

‘Ye la.. Cik Najma tu aku tengok lebih kurang macam Puan. Dahla cantik, lemah lembut, sopan santun.. Buat kerja pun mesti boleh ni..” Seorang lagi pekerja menjawab.

“Untung siapa dapat Cik Najma tu.. Puan Salina tu pun apa kurangnya. Anak-anak dia warisi kecantikan dia lah..” Balas seorang pekerja yang turut bersama dalam sesi gossip itu.

“Puan Salina tu dah lama menjanda, dia tak nak cari pasangan hidup ke?” Maya menyoal. Kepalanya ligat mencari sebab kenapa bosnya itu tidak berkahwin.

“Ala.. Biarlah. Bagi aku baik dia tak kahwin. Happy je aku tengok life dia tu.. Mungkin dia nak tumpu pada anak dia. Cik Najma tu korang rasa dah berpunya ke?” Satu lagi suara kedengaran.

“Korang, aku dengar HR Manager kita, si Aidil tu minat Cik Najma.. Untung dia kalau dapat Cik Najma..” Pekerja bernama Maya menyampaikan gossip.

“Aku pun dengar juga.. Ok la kalau mereka couple. Sama cantik sama padan..” Balas seorang yang lain.

“Wah.. Menarik ni.. Boleh jadi couple of the year kat company kita ni… En Aidil tu pun apa kurangnya. Sesuai la aku tengok… Eh, siapa yang bagitahu engkau??” Teman Maya menyoal.

“Siapa lagi.. Si Farok la..” Balas Maya.

“Cis.. Farok tu semua dia tahu. Tapi sepuluh cakap dia, lima je yang boleh pakai yang lain auta saja....” Jawab mereka yang lain. Mereka bersurai dari sesi umpatan itu dan menuju ke gerai berhampiran untuk menikmati makan tengahari. Waktu yang diperuntukkan adalah selama satu jam. Cukuplah untuk mereka makan dan solat zuhur.

No comments:

Post a Comment