Tuesday, August 7, 2012

Novel - Aleeya 6


Malam melabuhkan tirainya, matahari menampakkan cahayanya. Hari-hari yang dilalui Aleeya mahupun Zackry kini semakin bermakna. Rasa cinta dalam diri masing-masing membuatkan kehidupan mereka bahagia dan sentiasa disulami dengan kasih sayang. “Good Morning sayang..” ungkap Zackry sambil menghadiahkan satu kucupan didahi isterinya Aleeya. “Thank abang..” Balas Aleeya. Pagi yang indah itu dinikmati oleh keduanya dengan bahagianya. Hujung-hujung minggu begitu perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Selesai menyempurnakan diri, Aleeya menyediakan sarapan buat Zackry. Bihun Goreng yang dimasak Aleeya mengeluarkan bau yang membuatkan perut Zackry berkeroncong. “Sedapnya.. kan bagus kalau dari dulu leeya masak untuk abang..” Ujar Zackry sambil menyuap makanan. “Ala… tu semua salah abang la… tak bagitau semua ni awal-awal..” Ngomel Aleeya pula. “ Leeya tu yang jual mahal…” Seloroh Zackry. Mereka ketawa sambil menikmati sarapan yang tersedia itu. “ Hari ni duduk rumah je ke bang?” soal Aleeya. “ Hmm.. Leeya nak pergi mana?” Zackry menyoal kembali. “ Kita pergi shopping nak tak? Leeya tak pernah dapat jalan-jalan dengan abang lagi.” Ujar Aleeya. “ Shopping? Ala… nilah kalau dapat isteri perempuan, kerja asyik shopping je..” Rungut Zackry. “Abang ni… dah la kalau tak nak..” Aleeya menarik muncung. “ Alalala…. Merajuk pula, jom sayang… kita nak shopping kat mana?” Pujuk Zackry. Aleeya kembali senyum. “ Hmm.. kat KLCC la..” Kata Aleeya. Zackry mengangguk. 
 “Sayang… cepatlah pilih..” Kata Zackry sewaktu mereka singgah di Kedai Emas Sri Pinang. Jurujual di situ tersenyum melihat pasangan itu. Aleeya tersipu-sipu apabila menyedari gelagatnya dan Zackry diperhatikan. “Nak buat apa beli gelang emas lagi? Hantaran yang abang bagi masa kahwin tu ada kan.. leeya tak pakai lagi..” Ujar Aleeya. Zackry menarik dagu Aleeya. Matanya dan Aleeya setentang. “ Sayang.. yang dulu dengan sekarang tak sama.. pilihlah..” Ujar Zackry. Dia berharap Aleeya memahami maksud isi hatinya. “ Tapi abang… mahal ni..” Aleeya serba salah. “ Dah, jangan tengok harga sayang.. pilih je, mahal atau murah bukan ukuran cinta abang pada leeya.. “ Zackry bermadah. Aleeya akur. Dia memilih rantai tangan emas 916 yang berharga RM 2000. Walaupun agak keberatan, namun untuk tidak menghampakan suaminya, Aleeya akur. Zackry memakaikan rantai tangan tersebut ke pergelangan tangan Aleeya. “ Thanks a lot abang..” Bisik Aleeya. Aleeya dan Zackry membeli pelbagai barangan termasuk pakaian dan barang dapur. “ Ada lagi tak yang nak dibeli?” Tanya Zackry dengan raut wajah kepenatan. “Jap leeya fikir..” Aleeya menjawab. “ Ala… abang dah tak cukup tangan nak bawa ni.. Leeya ni lagi dahsyat dari mama la..” Rungut Zackry. “Abang ni.. bukan selalu pun, Leeya rasa dah cukup la.. jom la balik, abang pun muka dah macam belacan je leeya tengok..” Ujar Aleeya sambil mencubit pipi suaminya itu. “ Kalau abang belacan, leeya tu lesung batu tau.. lepas ni tak nak dah abang ikut leeya shopping. Nak mati rasa..” Zackry mencebik. Aleeya hanya ketawa kecil melihat gelagat suaminya. “ Kalau macam tu, abang kena hire PA la untuk leeya..” Gurau Aleeya. “ Tapi leeya nak yang lelaki tau, yang handsome.“ Sambung Aleeya. “ Boleh… boleh blah, tak payah nak mengada-ngada. Apa? Ingat abang ni tak handsome ke.. ” Jawab Zackry. Aleeya ketawa.
***********************************************************************************
 Pengkuliahan berjalan seperti biasa. Aleeya pula semakin hari semakin sibuk dengan pelajarannya. Maklumlah, tahun ini adalah Tahun akhir pengajiannya. Dia kerap menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajarannya di perpustakaan mahupun di rumah. Zackry banyak memberikan galakan pada Aleeya. Suzanna dan Mardiana juga begitu. Mereka selalu belajar secara berkumpulan. Selain itu, hubungan mesra Aleeya dan Zackry yang terjalin kini sudah terbawa-bawa sehingga ke Kolej. Bagi Aleeya mahupun Zackry, mereka tidak mahu lagi hubungan itu menjadi rahsia. Namun tidak pula mereka mahu menghebohkannya. Insan yang paling perasan dengan perkara itu sudah semestinya Suzanna dan Mardiana. “ Leeya.. kami nak tanya sikit boleh tak?” Mardiana memulakan bicara sewaktu mereka menelaah pelajaran di perpustakaan. “ Apa dia mar?” Tanya Aleeya. “ Errrr.. sejak akhir-akhir ni lah kan.. kitorang tengok kau dengan En. Zack bukan main rapat lagi. Makan sama-sama, datang kolej ngan balik pun sama-sama, korang ada apa-apa ke?” Soal Suzanna. Aleeya tertawa mendengar pertanyaan itu. “ Oklah.. macam ni, balik dari kolej nanti aku nak ajak korang datang rumah aku.. nanti aku cerita..” Ujar Aleeya. Serentak dengan itu, Aleeya mendapat mesej dari Zackry yang mengajaknya makan tengah hari. Aleeya keluar dari perpustakaan, Zackry pula sudah menanti di luar. “ Jom makan. Kita pergi makan kat luar nak? Leeya terasa nak makan Tom Yam la..” Kata Aleeya. “ Ok.. aik, apasal terasa-terasa ni.. mengidam ke?” Zackry hairan. “ Ish abang ni… leeya tengak period ni takkan mengandung pula…” Aleeya merangkul lengan Zackry. Zackry tertawa kecil. Dari jauh ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka.
 Petang itu, seperti yang dijanjikan, Aleeya membawa Suzanna dan Mardiana pulang kerumahnya. Zackry pada waktu itu pulang agak lewat kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. Setiba di rumah Aleeya, Suzanna dan Mardiana di jemput masuk. “ Leeya, besar juga rumah kau, kau duduk sorang ke? Mak bapak kau kat kampong kan..” Kata Mardiana. Aleeya hanya senyum. Keraguan Suzanna dan Mardiana bertambah lagi apabila melihat beberapa pasang kasut lelaki ada di rak kasut rumah teman mereka itu. Mereka masuk ke rumah setelah dipelawa. Aleeya mempersilakan dua temannya itu duduk dan dia terus kedapur menyediakan air untuk mereka. “ Minumlah.” Pelawa Aleeya. Suzanna dan Mardiana menghirup air yang disediakan. Aleeya mengeluarkan beberapa album gambar dari cabinet di ruang tamu. Suzanna dan Mardiana menyelak album tersebut. Alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat gambar tersebut adalah gambar perkahwinan Zackry dan Aleeya. “ Leeya..!!” Suzanna separuh menjerit. Mardiana juga begitu. “ Kau dengan En. Zack ni….” Mardiana tidak dapat meneruskan kata-katanya. “ Ya, dia suami aku..” Ujar Aleeya. “ Bila korang kahwin?” Soal Mardiana. “ Dua minggu sebelum daftar dekat Kolej Metropolitan” Jelas Aleeya. “ So, that’s mean, korang dah dua tahun..” Mardiana mendapatkan kepastian. Aleeya mengangguk. “ Sampai hati kau tak bagitau…” Suzanna merajuk. “ Bukan macam tu..” Aleeya memujuk. “ Tapi, sebelum ni kau macam benci je dia.. kau berlakon ek..” Mardiana menambah. “Aku tak berlakon, memang masa tu aku benci dia. Semua ni ada cerita di sebaliknya.” Kata Aleeya. Aleeya menceritakan segalanya kepada dua temannya itu. Suzanna dan Mardiana begitu khusyuk mendengar cerita Aleeya. Pelbagai ekspresi muka ditunjukkan. Akhirnya mereka faham situasi Aleeya dan Zackry. “ ooo.. So, sekarang kau sayang la dia..” Mardiana mengusik. “ Hmm.. lebih dari sayang mar, suzie..” Kata Aleeya. “Amboi, jiwang la pulak kawan aku ni..” Suzanna menepuk paha Aleeya. Aleeya senyum. “ Tak sangka aku yang selama ni kawan dengan wife of the most famous and handsome lecturer..” Suzanna menambah. “ Macam segan la pulak nak kawan dengan kau lepas ni..” Ujar Mardiana. Mimik wajah Aleeya berubah. “ Alaaa.. ni yang aku malas nak cerita ni.. Jangan la macam tu… aku sama je.. please…” Rayu Aleeya. Suzanna dan Mardiana mengangguk. “ Assalammualaikum.” Zackry memberi salam. Ketiga-tiga mereka menjawab serentak. “ Eh En. Zack.. buat apa kat sini..” Mardiana hairan. Suzanna mencubit lengan Mardiana. “ Itu kan suami leeya…” Suzanna berbisik. “ Eh, ye la.. aku lupa..” Mardiana menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “er.. kami balik dulu lah leeya..” Suzanna meminta diri. “ eh, kenapa nak balik awal sangat ni.. aku baru nak ajak korang makan..” Ujar Aleeya. “ Yelah, malam masih muda..” Zackry menyambung. “Ala… kitorang tak nak ganggu privacy..” Kata Mardiana selamba. “Eh.. Tak ganggu lah...” Aleeya menambah. “Suzanna, Mardiana, tak payah balik lagi... Jom kita makan dekat Island CafĂ©...” Pelawa Zackry. “Tak pe la... Susah-susah je...” Suzanna menolak. “Ala korang... Jom la...” Rayu Aleeya. Akhirnya Suzanna dan Mardiana setuju. “Abang nak mandi dulu ke?” Tanya Aleeya. “Tak payahla, balik nanti...Tapi sayang boleh tak start kereta dulu, abang nak pergi toilet Jap ...” Kata Zackry. Aleeya mengangguk... Suzanna dan Mardiana terkebil-kebil melihat pasangan romantik itu. “Abang… Sayang…” Mardiana mengajuk. “Oii... Biarla... Diorang dah kahwin...” Suzanna memangkah temannya itu. Aleeya hanya tertawa melihat mereka.
***********************************************************************************
 “Abang, kita singgah pasar malam dekat hujung Blok tu boleh tak?” Pinta Aleeya sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari Kolej. Zackry menangguk tanda setuju. “Leeya teringin nak makan ayam percik la...” Kata Aleeya. “Ok...”Zackry menjawab ringkas. “Abang ni kenapa?” Aleeya hairan dengan sikap endah-tak endah suaminya itu. “Tak da apa-apa...” Zackry menjawab. “Tak payah nak tipulah, leeya tengok abang semacam je... ada masalah ke?” Aleeya menyoal lagi. “Tak... I’m okay...” Zackry menjawab. “Abang selalu tak macam ni pun. Dari kolej tadi lagi leeya perasan, bercakap pun tak nak pandang leeya... Kenapa ni...” Aleeya mengusap lembut bahu suaminya. Zackry menepis tangan Aleeya sambil berkata “Abang ok la... Jangan banyak cakap boleh tak” Suara Zackry sedikit keras. Aleeya tersentak. “Apa abang ni... Cakap elok-elok tak boleh ke? Leeya cakap elok je dengan abang.. Tak payah nak marah-marah” Aleeya merajuk. Muncungnya ditarik. Harapan di hati agar Zackry memujuknya. “Sorry...” Ringkas jawapan Zackry. “Laa... Tak payah la nak merajuk, abang dah mintak maaf Kan...” Rungut Zackry. “Balik je la, tak payah pergi pasar malam” Kata Aleeya. “Pulak dah... tadi cakap lain, sekarang lain, kenapa leeya ni? Sekarang dah susah nak pusing balik...” Rungut Zackry lagi. Aleeya hanya diam. Geram dengan sikap suaminya itu. Setibanya di rumah Aleeya terus masuk ke rumah dan menutup pintu kereta sekuat hatinya tanpa menghiraukan suaminya. Zackry pula termangu disisi kereta melihat kelakuan isterinya. Panas sahaja hatinya. Sudahla di Kolej tadi dia penat. Hujung-hujung semester begitu terlalu banyak Kerja Kursus yang perlu disemak. Itu belum lagi latihan-latihan semasa. Zackry melangkah masuk ke rumah. “Amboi, ingat kereta tu free ke?” Zackry memerli isterinya sebaik melihat Aleeya di bilik. Aleeya hanya diam. Dia terus menggapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Zackry duduk di katil. Dia mengambil gambar perkahwinan mereka di meja sisi. Ditenung gambar itu. Tiba-tiba timbul rasa kesal dalam hatinya kerana memperlakukan Aleeya sedemikian. Dia tidak harus menjadikan Aleeya tempatnya melepas geram. Aleeya tidak bersalah. “ Maafkan abang ye sayang..” bisik hati kecilnya. Aleeya keluar dari bilik mandi. Rajuknya masih berbaki. Zackry menghampiri Aleeya. “Sorry sayang..” bisiknya lembut. Aleeya hanya membatukan diri. Masih geram dengan sikap suaminya. “ Abang tau abang salah.. abang tak patut lepaskan pada sayang segala tekanan abang di Kolej..” Zackry memujuk. Aleeya masih mendiamkan diri. “ Leeya, I’m sorry ok..” Zackry memeluk isterinya. “sudahla abang, leeya maafkan, tapi jangan buat lagi.. kita kan dah janji masalah kena bincang.. bukan ini caranya.” Kata Aleeya. Zackry mengangguk. “ Dah la, pergi mandi.. busuk la..” Aleeya menolak suaminya ke kamar mandi. “Jom mandi sama-sama” Zackry tersenyum nakal. “ Leeya dah mandi, abang mandilah..” Ujar Aleeya menolak pelawaan suaminya. “Alaa… jom mandi lagi..” Zackry menarik tangan Aleeya. Aleeya terpaksa akur. Sesudah itu keduanya solat maghrib berjemaah. Memang itu rutin harian mereka. “siapla..” Kata Zackry sambil melipat sejadah. “ Nak pergi mana?” Tanya Aleeya. “La… pasar malam. Tadi kata nak makan Ayam Percik.. karang kempunan pula” Ujar Zackry. Aleeya menangguk.
 “Abang nak beli apa lagi? Leeya dah dapat ayam percik cukupla..” Ujar Aleeya sewaktu mereka di pasar malam. “Hmm.. abang nak beli roti john la.. “ kata Zackry. Dia menarik tangan isterinya. Sejak hubungan mereka harmoni, kemana pergi pasti berpimpin tangan. Aleeya berasa selamat disisi Zackry dan Zackry pula bersyukur dikurniakan isteri sesempurna Aleeya. Sedang mereka sibuk meninjau makanan yang dijual, sepasang mata sibuk memerhatikan mereka. Baik Aleeya mahupun Zackry, masing-masing tidak perasan yang kelibat mereka diperhatikan. Kemana mereka pergi, disetiap sudut pasar malam itu, pemilik mata tersebut mengekori. Bijak mengatur langkah, dia tidak mahu dikesan. Selesai membeli mereka pulang.
***********************************************************************************
 “ Saya hairan betul dengan pelajar zaman sekarang” Ujar Cik Embun. “Kenapa Embun?” Dr Romlah kehairanan. “ yelah, zaman sekarang ni pelajar-pelajar terutamanya perempuan tanpa segan silu menagih cinta dan perhatian lelaki walaupun lelaki tersebut pensyarahnya.” Jelas Cik Embun. Dr. Romlah menyoal lagi. Cik Embun selaku pensyarah kanan hal ehwal disiplin pelajar fakulti perniagaan menjelaskan selebarnya. Beberapa pensyarah di situ mendengar ulasan itu. “ Saya rasa saya perlu buat perjumpaan dengan pelajar tahun akhir.” Ujar Cik Romlah lagi. “Kenapa tahun akhir sahaja?” Zackry yang turut berada di situ bertanya. Cik Embun terdiam seketika. Fikirannya ligat mencari alasan. “ Err.. sebab pelajar lain kita masih punya waktu untuk berjumpa.” Terang Cik Embun. Pensyarah lain mengangguk. Tidak ramai yang berani menentag Cik Embun. Dia yang sudah 10 tahun berkhidmat di kolej tersebut terkenal dengan sifatnya yang tegas disamping merupakan orang kuat Kolej. “saya akan buat perjumpaan pagi esok, saya akan tampal notis dan harap semua pensyarah turut hadir.” Kata Cik Embun. “En. Zack, saya nak bincang sekejap” Suara Cik Embun perlahan. Ada unsur-unsur godaan di situ. Umum telah mengetahui tentang perasaan terpendam pensyarah itu terhadap Zackry namun dia seringkali menyangkalnya. “Ok” Jawab Zackry. Dia dan Cik Embun berjalan seiring menuju ke bilik Cik Embun. “Duduk” Kata Cik Embun. Zackry duduk. “ Er.. apa pandangan awak pasal perkara tadi?” Tanya Cik Embun sambil badannya sedikit meliuk lentuk bagi menarik perhatian Zackry. “pasal apa?” Tanya Zackry. “ Pasal hubungan pelajar dengan pensyarah” Cik Embun sedikit Geram. “Ooo.. bagi saya it’s ok kalau pensyarah dan pelajar ada hubungan. Kalau dah suka sama suka tak pe la..” Zackry memberikan pendapatnya. Dia sedikit curiga dengan niat Cik Embun mengadakan perjumpaan tersebut. “Ee.. ok awak kata? Bagi saya itu macam keji. Pelajar tak sepatutnya menggoda pensyarah untuk kepentingannya. “ Cik Embun menambah. “ Lain orang, lain pendapatnya.” Kata Zackry lagi. Cik Embun mengangguk. “Err.. Zack.. apa pandangan awak tentang saya..?” Cik Embun mengeluarkan pertanyaan peribadi. Zackry menelan air liurnya. “ Er… you are nice person. Awak tegas, berdedikasi, ada karisma and.. cantik..” Kata Zackry. Cik Embun tunduk malu. “Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu, I have class” Zackry meminta diri. “ Ok.. thanks” Jawab Cik Embun. Hatinya sedikit berbunga dengan pujian Zackry itu. Kini dia nekad mahu menjatuhkan siapa pun yang menghalang cintanya pada Zackry. Cik Embun melangkah keluar dari biliknya. Dia berjalan menuju ke pusat pentadbiran bagi menguruskan hal perjumpaan dengan pelajar tahun akhir. Beberapa minit lagi dia mempunyai kelas. Dia berjalan sambil tersenyum melayan perasaannya yang berbunga apabila dipuji oleh Zackry. Cik Embun melintasi Kafeteria. Dia terkejut melihat Zackry dan Aleeya makan bersama. Waktu itu Aleeya sedang mengesat mulut Zackry. Hatinya yang berbunga sebentar tadi bertukar menjadi panas. Dia geram. Dia nekad mahu melepaskan marahnya pada Aleeya sewaktu kelas nanti. Cik Embun tiba di pusat pentadbiran dengan muka yang mencuka. Staf di pusat pentadbiran tidak berani menegurnya kerana masing-masing telah maklum dengan perangai Pensyarah yang seorang itu. Selesai tugasnya di situ dia masuk ke kelas Aleeya. Dia sengaja masuk awal bagi memastikan Aleeya dimarahinya. Setibanya Aleeya di kelas dia terkejut kerana Cik Embun telah berada di situ. Waktu itu sudah ramai temannya yang berada di kelas. Cuma Dia dan Syed, pelajar lelaki kelasnya yang belum tiba. Aleeya melihat jam tangannya. “Lagi lima minit..” Desis hati kecilnya. “Nazzatul Aleeya” Cik Embun memanggil. Aleeya bergerak ke arah pensyarahnya itu. “Saya tahu saya masuk awal lima minit, tapi sebagai pelajar kamu semua harus peka, kamu harus berada di kelas sebelum pensyarah masuk..” Cik Embun berkata kepada semua pelajarnya. Aleeya hanya berdiri di hadapan kelas. Semua mata tertumpu kearahnya. Dia berasa seperti baru melakukan jenayah yang besar. “Awak Aleeya, jangan ingat keputusan cemerlang menjamin masa depan kalau awak tak berdisiplin” Cik Embun berkata padanya. Suzanna dan Mardiana risau. Mereka tahu Aleeya bakal menerima sesuatu dari Cik Embun. “ Sebagai pelajar, adalah salah bagi kamu menggoda pensyarah atau apa-apa yang sewaktu dengannya untuk kepentingan diri sendiri.” Cik Embun menambah. Aleeya tidak mengerti maksudnya. Sedang dia dileteri Syed masuk. “Err.. maaf Cik, ada hal tadi..” Kata Syed. “ It’s ok.. awak boleh duduk..” Kata Cik Embun. Aleeya pantas mengangkat kepalanya. Tidak adil baginya semua itu. “Saya tak ada mood untuk mengajar hari ini kerana dah dirosakkan oleh perempuan ni..” Jari telunjuk Cik Embun menuju ke arah Aleeya. Penggunaan bahasa yang digunakan Cik Embun memang kasar. Aleeya terkesima dengan kelakuan Cik Embun. Cik Embun berjalan keluar dari kelas. Sebelum keluar dia sempat berkata “ Aleeya, saya tak kisah kalau awak nak jadi apa pun, pelacur ke, perempuan murahan ke, tapi tolong jaga disiplin awak.. ingat, esok ada perjumpaan untuk pelajar tahun akhir” Aleeya merasakan itu terlalu kejam buatnya. Dia tidak tahu apa salahnya. Dia kembali duduk di tempatnya setelah Cik Embun keluar. Seluruh kelas tertumpu kepadanya. Suzanna dan Mardiana mendekati Aleeya. “Sabar je la leeya, andartu memang macam tu..” Pujuk Suzanna. “Entah, baran tak tentu pasal, datang bulan kot..” Kata Mardiana. Aleeya tunduk. Mahu menitis air matanya menerima tuduhan sebegitu. Hari tersebut menjadi hari yang suram baginya sehinggalah tiba di rumah. Sebelum tidur, Aleeya mengadu kepada suaminya. “Abang…” Panggil Aleeya. Zackry menoleh kepada isterinya. “leeya ada masalah..” Sayu suara Aleeya. “ Kenapa sayang?” Zackry hairan. “Tadi Leeya kena marah dengan Cik Embun” Aleeya menceritakan segalanya. Zackry geram setelah mendengarnya. “ Sampai panggil orang pelacur dan perempuan murahan, tu dah melampau..” Ujar Zackry. Baginya, tidak seharusnya seorang pensyarah yang dilahirkan sebagai pendidik mengeluarkan kata-kata sebegitu. “ Leeya nak abang buat apa?” Tanya Zackry sambil merangkul manja isterinya. Aleeya selesa dalam pelukan suaminya. “ Tak payah buat apa-apa, leeya Cuma nak mengadu masalah je..” Kata Aleeya. “Sabar ye sayang.. dah la, jom tidur..” Ajak Zackry. Lampu dipadam dan Aleeya lena dalam pelukan suaminya.
***********************************************************************************

No comments:

Post a Comment