Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 16


Najwa mundar madir di hadapan keretanya yang diletakkan dihadapan bangunan Pavilion. Suasana Bukit bintang tika itu sibuk dengan ribaun manusia dari pelusuk dunia. Najwa lihat jam tangannya. Dia merungut, mengeluh sambil menyumpah seseorang.

“Wawa… sorry… parking susah gile..” Aidil sapa sambil termengah-mengah.

“Ayat klise.. Jom lah…” Balas Najwa. Aidil masuk dalam kereta Najwa. Najwa pandu keretanya.

“ Ganasnya drive..” Tegur Aidil. Dia cuak berada di sisi Najwa.

“Rileks la.. ni baru sikit.. Kakak tahu ke bang keluar jumpa wawa ni..” Soal Najwa.

“Nak mampus? Mestilah tak tahu ngok…” Balas Aidil. Najwa ketawa mendengar ayat Aidil. Najwa hentikan kenderaannya di hadapan satu bangunan.

“Hot Mama CafĂ© and Pub..” Najwa baca tulisan pada bangunan itu. Aidil ambil gambar bangunan itu.

“Bukti seterusnya?” Soal Aidil.

“Tunggu masa sesuai lain kali...” Kata Najwa.

“La… so, ajak abang just nak ambil gambar ni saja…” Aidil mengeluh.

“Teman… Jom makan dulu. Nanti kita bincang lagi.. Wawa nak bawa abang jumpa seseorang yang boleh tolong kita..” Najwa balas keluhan Aidil.

“Wah… dah macam James Bond kita ni..” Balas Aidil. Dia senyum. Najwa pandu terus kearah destinasi yang ingin ditujunya.

“Kena bebel lagi lah abang hari ni…” Aidil berkata.

“Apasal pula?” Soal Najwa.

“Balik office lambat. Lunch hour lagi setengah jam ni…” Aidil gusar.

“Ala… rileks la.. Abang kan orang kuat company mama, berdedikasi.. sekali sekala macam ni kan tak apa.. Kita buat semua ni untuk kakak kan..” Najwa balas.

“Ye la… sayang juga kau pada kakak kau.. apasal Najma selalu cerita wawa tak terima dia?” Aidil soal pula.

“Wawa sayang kakak, dulu memangla wawa tak boleh terima bila dia ada sebab mama abaikan wawa bila kakak balik rumah, wawa rasa bengang la.. Tapi sekarang wawa dah sedar. Wawa sayang sangat kakak abang.. Cuma malas nak tunjuk. Biarlah mama and kakak cap wawa naughty..” Jelas Najwa.

“Macam tu ke… patutlah.. Tapi kesian abang tengok kakak tu, dia pernah kata pada abang, dia teringin nak peluk wawa, nak dengar wawa panggil dia kakak dengan penuh kasih sayang macam masa dulu..” Kata Aidil.

“Wawa pun nak….. Tapi keadaan tak izinkan..” Suara Najwa perlahan. Matanya mula berkaca.

“Woi… rockers menangis la pulak…” Aidil mengejek. Bukk!! Penumbuk Najwa buat Aidil.

“Rockers pun ada hati la abang…. Poyo” Balas Najwa.

“Muka je sama macam Najma, perangai MasyaAllah.. bila nak jadi feminine ni?” Aidil mengurut bahunya yang perit itu.

“Bila dapat abang ipar.. Hoi abang, kau bila nak curahkan isi hati?” Najwa pula soal.

“Curah isi hati? Apa pula? Isi hati apa?” Aidil pura-pura keliru.

“Eleh… buat-buat tak tahu la pula… Wawa tahu abang suka akak, abang sayang akak, apasal tak bagitahu?” Kata Najwa.

“Hmm. Entahla, abang takut. Rasa macam kena reject je kalau cakap.. Lagipun dia ada Kay..” Aidil bersuara suram.

“Kay yang Kang.. kalau abang sayang akak, just tell her. Abang nak ke tengok akak dengan Kay tu ha??” Najwa bebel.

“Tak… tapi abang tak tahu macam mana nak cakap… Segan..” Balas Aidil.

“Segan pergi duduk bagan lah abang.!! Cakap je la, Najma.. I love you.. Will you love me? Will you be a part of my life?” Cadangan Najwa. Aidil ternganga.

“Molek la mencarut… hehehe” Balas Aidil. Sekali lagi tumbukan Najwa hinggap di bahunya.

“Jangan sampai lepas kat orang lain, wawa tak nak orang lain jadi abang ipar wawa.. Kalau abang Aidil boleh wawa buli nanti..” Balas Najwa dan tertawa. Aidil pandang geram.

“Hampeh!!” Desis hati lelaki itu.

Kereta Najwa meluncur ke arah simpang masuk Bukit Bintang. Setelah segalanya selesai, dia hantar Aidil kembali dan Najwa pulang kerumahnya. Aidil pula memandu agak tergesa-gesa kerana sudah melebihi waktu rehat. Sampai sahaja di pejabatnya, Aidil berlari anak ke biliknya.

“Aidil” Panggil Najma. Langkah Aidil terhenti. Gadis itu betul-betul dihadapannya.

“Hai….” Aidil senyum sumbing.

“Lamanya lunch. Dah tiga hari macam ni, awak pergi mana?” Soal Najma. Aidil terkedu. Najma ajak Aidil ke biliknya agar perbualan mereka tak mengganggu ketenangan pekerja lain.

“Awak ke mana?” Soal Najma lembut tapi tegas. Matanya tidak berkelip memandang Aidil.

“Makin marah makin cantik… Geramnya..” Desis hati kecil Aidil. Dia senyum.

“Ada projek baru ke?” Soal Najma lagi.

“Tak lah.. saya keluar jumpa member. Makan dengan dia, borak-borak sampai tak sedar terlebih time..” Aidil kelentong.

“Amboi.. dah pandai.. Member lelaki ke perempuan?” Soal Najma.

“Per…. Eh, lelaki..” Aidil gagap. Najma curiga.

“Hmm.. awek ye…” Balas Najma perlahan.

“Lebih kurang lah.. la, awak pun apa kurangnya dengan Kay tu kan..” Aidil pulang buah paku keras.

“Itu business relationship la..” Najma menafikan.

“Ye la tu.. so, macam mana? Diorang dah reply?” Soal Aidil. Sengaja mahu membuat Najma serba salah.

“belum… Kay kata end of this month.. sabarlah..” Najma balas.

“Awak tak pelik ke? Macam lain macam je.. Before this, mana ada deal kita yang makan masa berbulan-bulan. Better awak check betul-betul..” Kata Aidil.

“Awak ni.. Dalam business mesti ada sabar. Kenapa awak tak puas hati sangat ha? Awak bengang coz saya yang dapat projek tu ke?” Najma melenting. Aidil kaget.

“Cik Syarifah Najma Aisha…. Awak ingat saya heran dengan projek awak tu? Go ahead dengan projek yang entah apa-apa tu.. saya tak nak awak tertipu. Kay tu pun awak tak tahu latar belakang sebenar dia, awak percaya 100% pula siap bercinta lagi..” Aidil geram. Biarlah. Dia mahu Najma sedar.

“Hey Aidil!! Whats wrong with you ha?” Najma tinggikan suara.

“Bukan saya, you are the one yang wrong.. fikirlah Najma..” Balas Aidil. Dia lantas keluar dari pejabat Najma. Najma geram. Dia mengetap bibir menahan marah.

“Jangan ingat aku lembut, orang boleh pijak aku…” Najma berkata pada dirinya. Mukanya merah menahan sabar. Najma duduk diatas kerusinya. Dia capai fail diatas mejanya. Tumpuannya pada kerja hilang. Hatinya kecewa kerana diperlakukan sebegitu.

Najma mengeluh kecil. Tiba-tiba dia teringat akan ayahnya. Sudah lama dia tak hubungi bapanya itu. Najma gapai telefon bimbitnya. Dia hubungi bapanya.

“Waalaikumsalam… papa sihat?” Soal Najma.

“Alhamdulillah.. Bila Naja nak balik jenguk papa? Papa rindu sayang.. dah tiga bulan Naja kat sana..” Syed Hazim berkata.

“Naja sibuk sikit pa… InsyaAllah nant Naja free Naja balik..” Balas Najma. Suaranya mula serak. Air mata mula mengalir.

“Kenapa ni? Naja menangis?” Syed Hazim soal.

“Pa… Naja sedih, Naja stress..” Najma mengadu pada bapanya. Dia cerita segalanya pada Syed Hazim. Tentang Aidil, tentang Kay, dan Najwa.

“Adik buat macam tu? Sabar sayang..” Syed Hazim pujuk anak gadisnya itu.
“Naja dah tak larat nak sabar pa… Naja tak tahu nak buat apa.. Makan hati je pa..” Suara esakan Najma.

“Papa yang salah. Kalau papa tak lepaskan mama, semua ni tak jadi pada Naja and wawa..” Kata lelaki itu.

“Semuanya Cuma tinggal kalau.. Pa, Naja tak larat nak hadapi semua ini..” Najma mengadu lagi.

“Anggap ini Ujian sayang… Walau macam mana pun, papa ada untuk Naja… Jangan ikutkan sangar rasa sedih tu, cekalkan hati..” Nasihat bapanya. Najma angguk.

“Thanks pa…” Balas Najma.

“Ye sayang…. Jangan kenang lagi.. Buat macam biasa, ikut kata hati Naja. Biarkan apa yang terjadi disekeliling… Jangam ambil hati. Itu kan dugaan..” Sambung Syed Hazim.

“Ye pa…. Naja buat kerja dulu pa.. Assalammualaikum..” Kata Najma. Bapanya jawab salam Najma dan matikan talian. Najma keluar untuk ke tandas. Matanya masih berair dan merah. Dia tak mahu pekerja syarikat Nampak keadaannya sedemikian. Najma lepaskan ikatan rambut bagi menutupi mukanya. Dia melangkah laju menuju tandas.

“Najma menangis? Maaf Najma.. saya tak bermaksud nak lukakan hati awak..” Desis hati Aidil apabila ternampak kelibat Najma yang lalu depan biliknya untuk ke tandas. Ingin sahaja Aidil dapatkan gadis itu dan tenangkannya. Namun, dia batalkan hasratnya kerana takut keadaan jadi makin parah.

No comments:

Post a Comment