Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 32


“Assalammualaikum.. sihat?” Soal Ihsan sebaik aku masuk ke dalam keretanya. Ihsan ketika itu menjemput aku dari rumah untuk makan malam bersama. Firdaus? Dia sudah hamper seminggu tidak pulang kerumah. Aku sudah penat, lelah dengan sifatnya. Namun hatiku ini masih mengharap dia akan kembali seperti dahulu. Kini, hari-hari yang aku lalui agak tenang dengan kehadiran Ihsan sebagai teman berkongsi duka. Alhamdulillah.. Ihsan seorang yang memahami dan amat mengambilberat tentang diriku.

“Waalaikumsalam. Alhamdulillah.. Kita nak makan di mana?” Balasku.

“Kat Island Café je… you okay tak?” Dia menjawab dan menyoal. Mungkin bimbang jika aku tidak biasa dengan tempat yang ingin dibawanya. Aku mengangguk. Perjalanan hanya memakan masa lima belas minit. Aku setia duduk di sebelahnya sambil berkongsi cerita.

“So.. Firdaus macam mana?” Ihsan mula menyoal sesuatu yang memualkan aku.
“Hmm.. Entahlah Ihsan.. I dah malas nak fikir.. I hanya berdoa.. Biarlah.. Moga suatu hari nanti dia kembali macam dulu..” Jawabku ringkas. Aku memintanya agar tidak disoal tentang perkara itu lagi. Ihsan akur. Kami akhirnya tiba di tempat yang ingin dituju.

Suasana di Island Café agak lengang. Mungkin malam masih awal. Selalunya ramai selebriti akan lepak di tempat itu. Namun tidak pula kelihatan. Mungkin jam 10 nanti mereka akan bersesak di situ. Aku dan Ihsan mengambil tempat di suatu sudut. Cahaya lampu yang malap mewujudkan suasana romantic. Aku duduk berhadapan dengan Ihsan. Pelayan disitu tiba sambil membawa menu. Ihsan memesan satu set Chicken Chop dan segelas Jus Epal.

“Puan nak Order apa? Sama macam suami Puan ke?” Soal pelayan itu. Suami? Aku dan Ihsan berpandangan.

“Tak.. Bagi saya Fresh Orange and Golden Blue..” Pesanku. Pelayan itu mencatit dan berlalu.

“I ni nampak macam suami you ke?” Ihsan menyoal nakal.

“Maybe…” Balasku lalu kami tertawa.

“Maybe apa waitres tu cakap boleh jadi doa.. One day maybe kita jadi suami isteri..” Kata Ihsan. Aku membeliakkan mata memandangnya.

“Just maybe…” Katanya. Aku angguk. Aku dapat rasa suatu niat yang tersirat di balik kata-katanya. Namun, aku biarkan sahaja. Mungkin hanya perasaan aku sahaja. Beberapa minit kemudian makanan yang dipesan tiba.

“So.. you tak pergi perth jumpa your mum ke? Tak miss her?” Aku menyoal.

“Hmm.. I bukan tak nak pergi.. dulu my mum ajak I pindah sana, Stay ngan dia.. Tapi I sayangkan Malaysia.. I janji ngan dia I akan ke sana dengan my wife.. Tapi until now tak kahwin lagi.. dah kahwin baru nak pergi..” Balasnya. Sampai begitu sekali.

“Really? Susah la.. I doakan you cepat dapat jodoh..” Aku menambah.

“Thanks.. you tak nak ke dengan I?” Ihsan sekali lagi membuatkan jantung aku terhenti seketika.

“What you mean?” Aku menyoal.

“Tak la… Just Tanya.. Maybe kita ada jodoh..” Balasnya.

“Ihsan.. I ni masih isteri orang….” Balasku pula. Aku tunduk.

“I mean kalau you dengan Firdaus dah bercerai.. I sudi jadi pengganti dia..” Ihsan menambah.

“Ihsan.. Stop It.. I tak pernah minta penceraian. I masih cintakan dia.. I’m still his wife…” Jawabku dengan sedikit bertegas. Selera makan aku mati. Ihsan nampak serba bersalah.

“I’m sorry… I tak sengaja.. Just maybe.. dah la.. lupakan..” Katanya. Aku mengangguk. Aku sambung suap makanan yang masih banyak di pinggan. Aku pandang Ihsan. Maafkan aku. Sepenuh hatiku masih untuk Firdaus. Masih mengharap dia berubah. Masih mengharap untuk menerima cintanya.

“Mardihah.. you marah I ke?” Ihsan memecah kesunyian.

“Its Okay.. I tak marah pun..” Balasku. Kami berjalan seiring menuju ke kereta Ihsan. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang. Aku tak tahu apa harus dibualkan. Keadaan agak tegang. Ihsan juga diam seribu bahasa. Mungkin dia takut bicaranya akan menghiris hatiku. Hanya kedengaran lagu Masih Jelas nyanyian Hafiz di corong radio. Aku hayati lirik itu. Firdaus, masih jelas setia garisan halus, menghiasi wajahmu, saat kau renung aku. Ah, manakah senyuman itu. Dah lama aku tidak milikinya.

“Ihsan..” Aku kembali bersuara. Ihsan mengangguk.

“I jahat ke? Apa yang you rasa kurang pada diri I sebagai isteri..?” Aku menyoal.

“Mar.. For me, you are perfect wife.. I pun tak faham kenapa Firdaus langsung tak hargai you..” Jawabnya.

“I sayang dia.. I nak dia kembali pada I.. tapi… I tak tahu in the future macam mana.. I takut kalau dia tinggalkan I.. I takut kehilangan dia.. I tak dapat bayangkan kalau I tak ada dia dalam hidup I..” Aku mula mengalirkan air mata.

“Mana you tahu you tak boleh?” Dia pula menyoal.

“I don’t know..” Balasku perlahan. Aku tunduk.

“Mar.. apa yang berlaku akan datang, kita tak boleh jangka. You kena jadi kuat. Maybe you boleh hidup without him. Maybe life you better than now.. Sampai bila you nak merana macam ni. Firdaus tu tak layak jadi suami you.. dia tak hargai you langsung.. just leave him..” Ihsan seakan member ceramah padaku. Entahlah, aku penat memikirkan semua ini.

“I redha je.. I love him..” Kataku. Ihsan hanya mampu mengeluh.
Ihsan menghantar aku hingga pagar rumah. Aku ucap terima kasih padanya. Sebelum beredar, dia masih sempat menasihati aku dan member semangat buatku. Terima kasih teman. Aku berjalan menuju ke rumah. Sebaik aku masuk ke pintu rumah, satu tamparan hinggap.

“Ooo.. dah pandai keluar dengan jantan..” Firdaus menengking. Aku diam. Pipi yang sakit aku usap. Pedih. Ya Allah. Pertama kali aku lihat Firdaus mabuk. Aku mengucap panjang.

“Abang mabuk??!!” Aku pula membalas. Aku hampirinya. Bau busuk keluar dari mulutnya. Ya Allah. Firdaus sekarang sudah berani meneguk air jahanam itu.

“Kau peduli apa!!” Jawabnya. Dia terus berlalu menaiki tangga. Bukk!!. Firdaus terduduk. Dia tak mampu kawal dirinya. Keseimbangan badannya hilang akibat mabuk.

“Puan.. Tuan call saya suruh jemput kat pub.. dia tak dapat drive.. Kereta dia esok ambil..” Pak Samad yang menghampiriku berkata. Aku angguk. Aku hampiri Firdaus. Aku papah dia. Dia berkali-kali menepis aku.

“Nak saya tolong Puan?” Pak Samad menyoal.

“Tak apa.. Saya boleh.. Pak samad tidurlah.. Maafkan dia ye..” Aku berkata. Lelaki itu akur. Aku papah Firdaus ke bilik. Geram benar aku. Tapi aku tabahkan. Sampai dibilik, aku baringkan dia di katil.

“Mar….” Suara Firdaus emanggilku perlahan. Aku tidak endahkan. Aku capai tuala. Tanganku direntapnya dengan kasar. Ya Allah. Aku terkejut. Sakit diperlaku begitu. Firdaus peluka aku sekuatnya. Aku lemas dan merayu dilepaskan. Dia hanya ketawa. Dia sudah hilang kewarasan.

“Abang!!” Jeritku apabila Firdaus menghempas aku ke tilam. Dia ketawa. Badanku ditindihnya. Lagaknya seperti harimau menerkam mangsa. Aku lemas. Dia semaki buas.

“Lepaslah….!!! Gila ke?!!” Aku sekali lagi melawan. Dia semakin kasar.

“Gila???!! Aku suami kau!!” Balasnya. Pipiku sekali lagi ditamparnya. Hanya Tuhan yang tahu kesakitannya. Aku pasrah. Firdaus semakin rakus. Aku tak terdaya lagi melawan. Akhirnya aku tenggelam dalam kekalahan dan kerakusannya. Biarpun dia masih suamiku, namun perlakuan itu tidak sepatutnya untuk aku yang masih isterinya. Aku menangis. Air mata mengiringi setiap dengus nafas rakus Firdaus. Ya Allah. Aku mohon padaMu. Bantulah aku dalam ujian ini. Sesungguhnya aku tak berdaya lagi.

No comments:

Post a Comment