Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 22


“Mama….” Najwa dan Najma masuk ke pejabat Salina. Salina terkedu. Keduanya sama. Dua anaknya berpakaian serupa dan rambut serta solekan yang sama.

“Mana Naja, mana wawa?” Soal Najwa. Dia tiru cara percakapan kakaknya.

“Mama yang lahirkan kamu.. Mama tahu ni Najwa, dan ini Najma..” Salina berkata.

“Pandai mama…” Kata Najma.

“Anak mama, mama tahulah.. Ni Najwa apa mimpi tukar imej macam kakak ni?” Salina hairan.

“Saja ma… sekali sekala..” Kata Najwa. Dia tidak mahu ibunya tahu perancangannya.

“Kan cantik macam ni.. Tapi perangai sama je kan…” Salina mengomel.

“ Ni Najwa ma… rock forever..” Najwa berkata. Najma ketawa.

“Kak.. jom kenakan orang..” Ajak Najwa.

“Aik… tak baiklah macam tu…” Salina bantah.

“Sekali sekala ma… Naja pergi dulu..” Najma sokong cadangan adiknya.

“Ok.. tapi jangan huru harakan sangat office mama tau..” Salina tertawa dengan gelagat dua anaknya itu. Najma dan Najwa keluar. Sasaran mereka adalah Aidil. Najma masuk pejabatnya manakala Najwa pergi menuju ke bilik Aidil.

“Assalammualaikum.. ab.. eh, Aidil.. boleh saya masuk..” Najwa berpura sebagai Najma. Aidil terkedu.

“Masuklah Najma..” Pelawa Aidil. Najwa tahan tawanya. Dia duduk dengan sopan depan Aidil.

“Awak lunch dengan Najwa tadi kan.. dia dah balik?” Soal Aidil. Najwa angguk.

“Aidil… saya nak cakap sikit…” Kata Najwa. Dia tunduk.

“Cakaplah Najma..” Balas Aidil.

“Saya tak boleh terima awak.. Awak bukan pilihan hati saya..” Najwa berkata. Aidil tercengang. Dia bangkit dari kerusinya. Dia hampiri Najwa.

“ Tapi kenapa?” Soal Aidil.

“Awak tinggi, kacak, segalanya sempurna. Tapi awak pakai maxis, saya pakai celcom. Kita belum sehati sejiwa..” Najwa menjawab. Aidil tepuk kepalanya.

“Sebab tu je? Tapi awak pun sebenarnya bukan pilihan hati saya.. Awak dah permainkan saya..” Tambah Aidil. Najwa terkedu.

“Alamak… mampus..” Desis hati Najwa. Dia tunduk tatkala Aidil tenung wajahnya.

“Tapi hari tu cakap sayang saya..’ Najwa cuba pulihkan keadaan.

“Tak pernah cakap pun saya sayang awak.. awak salah orang kot…” Dalih Aidil. Najwa gementar.

“Cop… Memang ada lah.. cakap kat ak… eh,kat saya..” Najwa balas.

“Saya cakap pada kakak awak, bukan awak.. Syarifah Najwa.. Pandai kau ek..” Aidil cekak pinggangnya. Najwa senyum sumbing. Aidil tarik tangan Najwa ke pejabat Najma.

“Akak.. kantoi..” Najwa ketap bibir. Najma sengih pandang Aidil.

“Kalau nak berlakon pun, prepare la elok-elok. Najma tak pakai sport shoes dengan baju kurung, Najma tak pandai buat lawak bodo, and.. earing tu.. Funky gila..” Aidil beritahu kesalahan Najwa. Najma ketawa.

“Teror la abang ni.. Akak.. fail..” Najwa kata.

“Mestilah, hati abang pun tak berdebar. Confirm bukan Najma. Kenal la kalau kita sayang orang tu..” Kata Aidil. Dia terus berlalu kembali ke pejabatnya. Najma terkedu. Najwa hampiri kakaknya.

“Akak.. apa lagi.. accept la..” Najwa siku Najma. Najma angguk. Dia senyum. Najwa gembira. Akhirnya kakaknya itu sambut cinta seorang lelaki bernama Aidil.

“So.. bila nak bagi tahu?” Najwa pegang tangan kakaknya.

“Secepat mungkin.. Thanks adik..” Kata Najma. Dua beradik itu berpelukan.

“Akak.. adik balik dulu la.. Nak pack barang, rasa macam nak pergi esok..” Najwa berkata.

“Esok? Nak naik apa? No fon macam mana? Nak tukar?” Najma terpinga.

“Naik bas je la.. Tiket sekejap lagi adik beli kat pudu. Ala.. pakai je no biasa. Cakaplah pakai nombor baru..” Kata Najwa. Dia berlari riang keluar.

“Cik Najma…” Panggil seorang pekerja. Najwa terhenti. Sekali lagi idea nakal bermain difikirannya.

“Ye..” Najwa toleh sambil tunjukkan isyarat “Peace”. Pekerja itu kerutkan kening.

“Ini report baru.. saya dah siapkan..” Kata pekerja itu.

“Ooo… awak buat semula report ni.. Banyak salah tanda baca, tatabahasa dan perenggan tak ada..” Najwa mengomel. Sekali lagi pekerja itu kerutkan kening. Hairan.

“Tapi……” Pekerja itu terhenti. Najma datang hampiri mereka.

“Cik… eh..” Pekerja itu gagap. Dia garu kepalanya. Najwa ketawa.

“Adik.. tak baik.. Hassan, bagi saya report tu.. Maaflah adik saya nakal sikit..” Najma bicara. Pekerja itu pandang Najwa. Najwa senyum sumbing.

“Balik dulu..” Balas Najwa. Dia teruskan perjalanannya. Pekerja lain hanya tertawa melihat gelagat Najwa. Najma geleng kepala dengan kenakalan adiknya. Dia kembali sambung tugasnya.

No comments:

Post a Comment