Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 23


“Terima kasih Syukri. Saya betul-betul mita maaf kerana tak dapat turut serta. Harap awak dapat lakukannya..” Aku memberitahu Ahmad Syukri, Pengarah bahagian Operasi yang akan menggantikan aku untuk Perjumpaan menandatangani Projek di Indonesia.

“Cik Mardihah jangan risau. Memang ini tanggungjawab saya. Dulu, En Muin pun selalu mengagihkan tugas begini bagi bahagian operasi. Saya harap Cik Mardihah bahagia dengan perkahwinan yang bakal berlangsung nanti.” Balas Ahmad Syukri.

“Ya Syukri. Nanti awak datanglah masa majlis resepsi saya. Majlis akad nikah tak sempat..” Aku menambah. Lelaki berusia 40 tahun itu mengangguk. Setelah selesai segalanya, Ahmad Syukri keluar dari ruang pejabatku. Aku duduk di kerusi. Alhamdulillah. Lega rasanya semua telah selesai. Aku mesti hubungi Firdaus untuk memberitahu situasi itu. Aku capai telefon bimbit N75 milikku. Aku menghubungi Firdaus.

“Mar dah confirmkan.. Mar dah wakilkan pada Syukri.. Weeding jalan macam yang dirancang..” Kataku.

“Hmm.. boleh pun buat keputusan. Terima Kasih sayang..” Suara Firdaus berbunyi girang. Aku tahu, dia kalau boleh mahu secepat mungkin kami disatukan. Katanya bagi mengelak perkara-perkara buruk. Aku faham. Aku masih ingat sewaktu aku membuat keputusan untuk bertunang terlebih dahulu dibantahnya. Dia mahu kami terus disatukan. Tapi aku kepingin mahu merasa jadi tunangan orang. Bermacam alasan aku beri akhirnya dia setuju.

“Yela… Abang,..” Jawabku ringkas. Kami tidak dapat berbual lama kerana aku ada tugas yang perlu diselesaikan. Aku bimbang. Selepas kahwin nanti mampukah aku membahagikan masa dengan sebaiknya. Aku harap aku mampu lakukannya.

Aku keluar makan tengahari bersama beberapa staf syarikat. Mereka mengucap tahniah padaku atas perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Aku membalasnya dengan senyuman. Ada juga yang mengusik nakal. Aku hanya senyum. Sudah menjadi asam garam kalau nak mendirikan rumahtangga. Dua minggu kurasakan amat singkat. Segala persiapan sudah diatur dengan baik. Majlis akad nikah akan diadakan dirumahku pada malam sabtu dan seterusnya majlis diadakan di Kelang, rumah Firdaus. Seminggu kemudian akan diadakan resepsi perkahwinan di dewan Menara Sutera dan akan dihadiri oleh staf Sutera Holding serta rakan-rakan kenalanku dalam arena perniagaan. Aku berdebar menanti hari disatukan.

“Cik Mardihah lepas ni kena biasa-biasa dengan Puan Mardihah la..” Kata Hanisah.

“Ye la.. No more cik..” Sambung Liana pula. Aku tertawa kecil. Perwatakan aku kini jauh sekali berbeza dengan aku yang dahulu. Siapa pun tak tahu sejarah silam aku. Aku kini umpama baru dilahirkan. Aku Mardihah yang baru. Imej bertudung, berpakaian sopan dan kelakuan yang boleh dikatakan sebaris dengan muslimah lain. Aku benar-benar mahu lupakan sejarah dahulu. Biarlah ia terpadam dan tak akan aku kenang lagi.

“Cik.. Bakal suami cik duda ye?” Soal Salman yang agak lembut dan biasa dipanggil Sally. Soalan Sally itu menimbulkan rasa kurang senang teman yang lain. Liana menyiku Sally. Aku tak kisah. Mereka berhak tahu.

“Ya.. Dia dah pernah berkahwin dulu.. Isterinya meninggal dunia..” Ujarku.

“Ooo.. Macam mana boleh kenal..?” Soal Hanisah pula. Mereka ini sengaja mahu mengorek kisah cintaku. Aku senyum.

“Semuanya dengan izin Tuhan…” Balasku. Mereka akur. Menghormati hak aku untuk menceritakan atau tidak kisah peribadiku itu.

“Ye la… nil ah namanya jodoh..” Kata Liana. Kami semua mengangguk setuju. Kami menikmati makan tengahari yang dibeli. Selesai itu, kami kembali kepejabat untuk meneruskan tugas.

Aku pulang jam 5 petang setelah selesai solat asar di pejabat. Aku memandu tenang menuju destinasi. Aku tidak terus pulang kerumah. Aku mahu menziarahi pusara Ayah, Ibu, Abang dan Auntie Maria. Tiba di Tanah Perkuburan, ada beberapa orang disitu. Dari apa yang aku lihat, ada jenazah yang baru dikebumikan. Aku terus melangkah menuju pusara insan kesayanganku. Aku sedekahkan Fatihah dan surah yassin buat semua.

“Ibu, ayah.. Mar dah nak kahwin tak lama lagi. Di saat Mar sedih dan duka, Tuhan kurniakan Firdaus sebagai pengubat hati Mar. Restukan Mar ya semua. Mar akan cuba jadi isteri yang terbaik buat suami Mar nanti sebagaimana ibu jadi isteri untuk ayah..” Aku berkata di pusara mereka. Usai itu aku melangkah pulang. Kerinduan terhadap semua insan tersayang dala hidupku itu terlerai sesudah menziarahi pusara mereka. Aku hidupkan enjin kereta dan memandu pulang.

No comments:

Post a Comment