Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 35


Aku masih setia disisi Firdaus menanti dia mebuka mata. Ibu, ayah Firdaus juga menunggu sekali sekali. Pagi tadi aku minta mereka pulang kerumah aku untuk berehat. Mereka tahu masalah aku dan Firdaus. Mereka berkali-kali mohon maaf atas sikap anak mereka. Aku faham. Ihsan juga sekali sekala datang menemani aku berbual serta memawa makanan buatku.

Sudah masuk hari kedua Firdaus tidak sedarkan diri. Selama dua hari itulah aku tidak pernah sekali pun meninggalkannya. Aku tidur, makan serta segalanya disisinya. Aku hanya mampu berdoa agar dia cepat sedar.

“Assalammualaikum..” Ihsan tiba. Dia membawa makanan tengahari buatku. Segan aku kerana banyak menyusahkan dia. Aku menjawab salamnya.

“Susah-susah je..” Aku kata padanya.

“Its okay.. macam mana Firdaus?” Soalnya.

“Masih sama… you dah makan ke? Jomlah makan sekali..” Pelawaku sambil membuka bungkusan makanan.

“I dah makan.. you makanlah.. you need rest.. Nampak macam penat sangat… karang you pula yang pengsan..” Nasihatnya.

“I okay.. jangan risaulah…” Balasku sambil menyuap makanan. Ihsan menghulurkan segelas air. Aku senyum kearahnya. Dia amat baik padaku. Aku senang dengan kehadirannya.

“Ihsan.. Thanks for everything.. Kalau you tak ada, I tak tahu macam mana nak lalui semua ini.. you lah semangat I..” Aku kata padanya. Sesekali aku jelling kearah Firdaus. Keadaannya beransur stabil tapi masih belum sedarkan diri.

“I just nak you happy.. Tak mahu your life sedih-sedih.. You happy tak dengan I?” Ihsan membalas dan menyoal.

“Mestilah I happy dengan you…” Jawabku.

“so… Macam mana your life lepas ni?” Ihsan menyoal lagi.

“Maksud you?” Aku cuba mendapatkan kepastian.

“You dengan Firdaus.. lepas apa yang you dah lalui, lepas apa yang dia dah buat kat you.. you masih nak dengan dia ke?” Ihsan menambah persoalannya. Aku diam. Aku hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Aku masih belum punya jawapan yang pasti. Memang hati aku telah pedih dan sakit dengan semua yang telah Firdaus lakukan. Aku memang kecewa dan patah hati. Tapi aku tak salahkan dia. Aku tak tahu. Ihsan pula terlalu baik padaku. Dia bagai peneman hidupku kini. Aku rasa kosong tanpa dia. Tapi.. Cinta dan hati aku ini hanya aku yang tahu untuk siapa.

“Ihsan.. I nak bersihkan Firdaus sekejap.. Nak tukar pampers dia..” Aku kata pada Ihsan.

“Mar.. you do everything for him. But dia tak hargai you langsung… I harap you buat keputusan. Walau apa pun I terima. I tunggu Mar… I balik Office dulu.. ” Kata Ihsan sebelum keluar. AKu faham maksudnya. Tapi aku ikhlas melakukan semua itu untuk Firdaus kerana aku masih isterinya. Setelah Ihsan keluar aku tukar lampin pakai buang Firdaus dan membersihkan tubuhnya. Aku tukar pakaiannya. Aku basahkan kain dan lapkan tangannya perlahan-lahan. Terasa denyutan nadi masih berdenyut. Aku bersyukur.

“Abang…” Aku panggil Firdaus sebaik merasa tangannya sedikit bergerak. Kelopak matanya bergerak-gerak perlahan. Aku sabar menanti. Suatu petanda yang baik. Aku menanti dengan penuh sabar. Firdaus buka kelopak matanya perlahan-lahan.

“Abang….” Aku hampiri wajahnya. Mata Firdaus terbuka sepenuhnya. Dia tenung aku. Air matanya menitis. Aku menangis kesyukuran. Aku keluar memanggil jururawat yang bertugas. Setelah diteliti dan diperiksa, doctor mengesahkan Firdaus sudah sedar sepenuhnya. Ya Allah. Aku beryukur kehadrat Ilahi. Aku hubungi ibu ayah Firdaus. Ihsan tika itu sudah kembali kepejabatnya.

“Terima kasih doctor..” Aku ucapkan kepada Doktor yang bertugas. Doctor itu senyum dan melangkah keluar dari bilik Firdaus bersama dua jururawatnya. Aku hampiri Firdaus. Aku duduk disisinya.

“Assalammualaikum abang..” Kataku. Aku menanti tindak balas darinya.

“Waalaikumsalam…” Jawabnya dengan linangan air mata membasahi pipi. Aku kaget. Aku genggam tangannya. Air mataku turut menyembah pipi. Firdaus pandang aku.

“Alhamdulillah abang dah sedar… abang nak apa-apa? Nak air?” Soalku. Firdaus mengangguk. Aku tuang air dan suapkannya. Firdaus masih diam. Aku hairan.

“Abang nak apa-apa lagi?” Aku yang banyak menyoal. Dia geleng.

“Abang rehatlah…” Kataku. Dia angguk dan berbaring semula. Aku duduk disisnya. Mata bertentang mata. Firdaus merenung aku. Wajahku ditatapnya. Aku semakin bingung. Firdaus memejamkan mata.

Ibu dan ayah Firdaus tiba. Aku biarkan anak beranak itu berbual. Dengan ibu bapanya, Firdaus banyak pula bercakap. Namun, gaya percakapannya sudah seperti Firdaus yang dahulu. Alhamdulillah. Aku bersyukur pada tuhan. Aku keluar dan kesurau untuk tunaikan solat asar. Selesai itu aku tidak lupa untuk berdoa kesyukuran pada Tuhan kerana telah mengizinkan aku sekali lagi mengucup tangan Firdaus. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah. Terima Kasih Tuhan.

No comments:

Post a Comment