Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 27


Najma setia dengan tugasnya. Dia khusyuk menyemak fail di atas mejanya. Beberapa hari ini banyak tugas terpaksa dilaksanakan segera. Peruntukkan untuk menaiktaraf operasi Kedai Roti di KLCC telah diluluskan. Kini Najma terpaksa berhadapan dengan pembekal peralatan bagi tujuan itu. Hari berganti hari hidup Najma semakin sibuk. Salina pula lebih banyak meletakkan tugasnya pada Najma. Dia mahu Najma belajar kerana dia berniat suatu masa nanti dia mahu wariskan syarikatnya buat puteri sulungnya itu.

“Sayang…” Aidil muncul.

“Awak.. ini office.. be professional..” Tegur Najma dengan senyuman. Walaupun hubungan intim mereka bukan lagi rahsia di syarikat itu, namun Najma lebih suka membahagikan kerja dan peribadi dalam dua laluan berbeza. Memang banyak kelebihan jika mereka bernaung di bawah satu organisasi, Namun asih banyak kekurangan yang perlu ditempuhi. Perkara paling takut Najma hadapi adalah tanggapan buruk pekerjanya. Kerana itulah Najma mahu dia dan Aidil bekerja dengan cara professional.

“Sorry Cik Najma. Dah lunch hour ni.. Jom makan..” Aidil duduk hadapan buah hatinyan itu.

“Hmm.. awak pergilah makan dulu.. Saya nak siapkan kerja ni..” Najwa membalas. Matanya masih tertumpu pada skrin computer hadapannya.

“Kejap lagi boleh buatkan…. Jomlah..” Aidil pujuk lagi.

“En Aidil Adam.. perlu saya cakap berulang kali? Awak makanlah dulu.. Saya banyak kerja.. Lagipun, hari ni saya tak terfikir nak lunch..” Balas Najma. Aidil terdiam. Dia sedikit terguris hati.

“Awak nak kirim apa-apa tak?” Aidil soal lagi.

“No… Thanks..” Jawab Najma sedikit tegas. Aidil akur.

“Okay… saya pergi dulu.. Jangan lupa makan..” Aidil bangun dan keluar dari ruang pejabat Najma. Najma angguk dan teruskan kerjanya. Dia geram. Aidil sepatutnya faham dengan tugasnya. Dia tengah semangat melakukan tugasnya dan tak mahu diganggu. Aidil pula mendesak. Najma mengeluh kecil.

Aidil makan tengahari sendirian. Sikap Najma yang sedemikian rupa mengguris hati kecilnya. Siapa kata lelaki tidak mudah terluka. Namun, Aidil faham. Dia hormati pendirian Najma. Aidil hirup air yang dibelinya. Dia mengeluh. Alangkah seleranya jika makan bersama Najma. Aidil senyum. Dia mahu berfikiran positif. Tidak mahu lagi fikirkan perkara tadi. Aidil habiskan baki minumannya dan melangkah keluar. Semakin hari perasaan cintanya pada Najma semakin bertambah. Dia kini menghitung hari mahu melamar Najma menjadi suri hidupnya. Dia masih belum jumpa masa yang sesuai memandangkan Najma bertegas tidak mahu mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat.

“Kalau pujuk.. masti dia nak..” Desis hati kecil Aidil. Kalau boleh dia mahu secepatnya disatukan dengan kekasih hatinya itu. Bak kata orang tua-tua, lagi lama berkawan, lagi banyak dugaan. Dia tak mahu Najma terlepas ketangan orang lain. Dia menyayangi Najma sepenuh hatinya. Aidil langkah kakinya menuju surau bagi menunaikan salah satu dari Rukun Islam itu. Aidil dalam solatnya sentiasa berdoa agar Tuhan memelihara hubungannya dengan Najma. Semoga hubungan yang terjalin itu akan berkekalan hingga akhir hayat. Amin. Sebaik keluar dari surau, telefon bimbit Aidil berdering.

“Abang!!” Suara Najwa membingitkan. Aidil beri salam. Najwa jawab salamnya.

“Sihat? Kenapa call abang ni?” Soal Aidil.

“Lebih dari sihat… Wawa call kakak tadi, dia tak jawab pun. Dating ke?” Soal Najwa.

“Tak lah.. Abang baru siap solat.. Kakak sibuk lah tu..” Aidil Balas.

“Sibuk? Amboi.. melampau la sampai tak jawab call adik sendiri..” Kata Najwa.

“Entahla.. Abang pun keluar lunch sorang-sorang… Dia tak nak makan..” Aidil menambah.

“Aik… gaduh ke? Konflik orang bercinta?” Najwa hairan.

“Mana ada.. entahla.. Dia busy sangat lah tu… So.. macam mana life kat sana?” Balas Aidil.

“Best… cantik.. Happy.. Enjoy..” Jawab Najwa.

“Bunyi macam tak nak balik je… lagi seminggu tinggal cuti wawa kan…” Aidil mengingatkan.

“Tu la.. berat hati rasa nak tinggalkan papa.. Papa baik sangat..” Najwa jawab.

“Bila nak dedahkan identity?..” Aidil menyoal lagi. Najwa diam seketika.

“Tak tahulah abang… Macam tak akan didedahkan je…” Najwa berkata perlahan.

“Mana boleh macam tu.. Wawa takkan tak nak papa tahu itu wawa.. Abang sure dia mesti happy..” Aidil beri semangat.

“Kalau kena marah macam mana?” Najwa gusar.

“Kalau kena marah tanggung sendiri.. Abang tak jamin..” Aidil ketawa kecil.

“Abang ni.. Ok lah… Wawa nak keluar sat.. Bye..” Najwa matikan talian. Aidil tak sempat beri salam. Dia ketawa kecil.

“Dah pandai cakap sat…” Aidil kata sendirian. Dia tertawa. Terhibur dia dengan tutur kata Najwa. Aidil teruskan langkahnya. Langkahnya terhenti di hadapan bilik Najma. Dia lihat Najma masih khusyuk melakukan kerjanya. Aidil biarkan. Dia kembali ke pejabatnya. Aidil hantar mesej kepada Najma.

“Sayang… Kalau penat rehatlah dulu… Love you..” Pesanan ringkas Aidil. Dia tak tahu bila Najma akan membacanya. Tapi yang pasti dia amat risaukan kesihatan kekasih hatinya itu.

No comments:

Post a Comment