Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 9


Kehidupan baruku ini banyak merubah diriku. Aku bukan lagi Mardihah yang dulu. Aku kini seperti dilahirkan semula. Nyatalah, Islam itu Indah. Aku seronok mendalami ilmu Allah ini. Hari berganti hari hidup aku sudah kembali ke landasan yang pernah aku tergelincir suatu tika dahulu. Kehidupan lama sudah jauh aku tinggalkan. Aku tidak lagi mahu menoleh. Biarlah aku menikmati hidup indah ini. Terima Kasih Tuhan kerana menerima hambaMu yang pernah dahulu meninggalkanMu. Maafkan Aku Tuhan.
“Assalammualaikum…” Sapa Kak Jamilah. Aku menjawab salamnya. Aku membalas senyumnya.
“Berseri-seri wajah Mar hari ni…”Kata Kak Jamilah.
“Eh.. mana ada kak… Mar hari-hari sama je..” Aku membalas.
“Akak gurau je… tapi Mar dah banyak berubah sekarang, berbanding 6 bulan dulu. Waktu Mar mula-mula ke sini..” Ujarnya lagi.
“Ye kak… Mar bersyukur sangat dipertemukan dengan yayasan ini. Dapat jumpa dengan insan-insan macam akak dengan Firdaus yang banyak bombing Mar..” Aku membalas sambil membetulkan lipatan tudungku.
“ Ini semua dengan Izin Allah… Mar dengan Firdaus macam mana?” Kak Jamilah sekali lagi memberi soalan perangkap. Aku senyum. Kepalaku ligat mencipta jawapan. Memang tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini kami rapat. Aku selesa bersamanya. Tapi kami hanya sekadar teman. Tidak lebih dari itu.
“Mar dengan dia ok je… sekarang tengah merancang untuk buat sambutan hari keluarga yayasan..” Ujarku.
“Aik… mengelak pula… Mar tahu, sejak Mar datang sini, Firdaus nampak ceria saja…” Kak Jamilah sekali lagi menyebut nama Firdaus.
“Akak ni… dia memang ceria kan… bukan sebab Mar pun…” Aku berdalih.
“Ye… tapi sekarang cerianya lain…” Kak Jamilah tersenyum simpul memandangku. Mukaku kemerahan. Malu aku dengan usikan itu. Telefon bimbitku berbunyi. Firdaus. Namanya tertera di skrin. Aku menjawab.
“Waalaikumsalam..” Aku menjawab salamnya.
“Mardihah… awak di mana tu?” Soalnya.
“Err.. saya kat hostel.. lepas lunch tadi solat jap… saya dah nak masuk office la ni..” Ujarku.
“Ohh.. patutla saya cari awak tak ada… masuk cepat ya… saya ada hal nak bincang..” Katanya.
“Baiklah… sekejap lagi saya sampai…” Balasku. Talian di matikan. Kak Jamilah senyum memandang aku.
“Akak ni… dia suruh Mar masuk office.. ada hal nak bincang..” Kataku. Kak Jamilah mengangguk. Stelah selesai mengemaskan diri, aku meangkah keluar dan berjalan menuju ke pejabat pentadbiran yayasan.
Sepanjang perjalanan, aku hanya senyum apabila mengingati usikan Kak Jamilah. Mungkin ada betulnya. Tapi, Firdaus tetap menjaga batas pergaulan jika bersama aku. Suka? Ya, aku ada menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi, jauh di sudut hati, aku rasakan aku tidak layak untuknya. Aku matikan perasaanku itu.
“Assalammualaikum..” Kataku sebaik memasuki pejabatnya. Dia menjawab salamku.
“duduk Mardihah… saya ada hal penting ni..” Serius benar atur suaranya. Aku melabuhkan punggung di kerusi hadapannya.
“Macam ni, ada satu stesyen tv nak adakan rancangan khas tentang yayasan kita. Rancangan tu namanya Syurgaku. Setiap minggu akan diketengahkan 1 yayasan. Yayasan kita terpilih dan akan keluar di slot minggu ke 7.” Ujarnya.
“Baguslah…. “ Aku membalas.
“So, setiap yayasan akan dihantar wakil untuk berurusan dan sebagai jurucakap masa rancangan itu nanti.” Katanya lagi. Aku masih menanti penjelasan seterusnya.
“Saya rasa awak orang yang paling sesuai… boleh tak?” Soalnya. Aku terkejut. Alamak.
“Kalau untuk berurusan dengan stesyen tv tu saya tak kisah… tapi kalau nak jadi jurucakap masa rancangan tu saya tak yakin la… lagipun saya baru kat sini, tak berapa arif lagi.” Balasku.
“Ala Mardihah… itu bukan alasan… saya yakin awak boleh… lagipun bukan dia tanya banyak...” Firdaus cuba meyakinkan aku.
Ish.. Gila ke ape dia ni? Kalau nak Yayasan ni malu besar cuba la suruh aku.. Huhuhu.. Aku dapat membayangkan apa yang akan berlaku. Aku mesti gugup. Nak akap pun mesti terketar-ketar. Entah berapa kali Shooting agaknya. Eee.. kalau aku terima, boleh ke aku? Kalau tolak pulak.. ala.. kesian pulak rasa kat Firdaus.
“Mardihah….” Firdaus memanggilku berulang kali. Aku terhenti dari lamunan.
“Err.. Ye.. maaf… Ok la..” Aku kelam kabut menjawab.
“Ok? Bagus… terima kasih ya..” Ucap Firdaus. Dia senyum? Ok? Bila masa pula aku terima. Alamak.. Aku cakap ok tadi.
“Bukan.. macam ni..” Aku cuba menyangkal.
“Dah, Saya yakin awak boleh buat.. mesti lagi bagus dari personality tv kat luar sana.. nanti saya bagi awak serba sedikit pasal yayasan ni.. boleh awak study nanti..” Tambah lelaki itu. Aku hanya mengangguk. Alamak. Matilah aku.


No comments:

Post a Comment