Thursday, August 9, 2012

Sangkar Kasih 24


“Ada wawa call? Macam mana dia kat sana?” Aidil soal buah hatinya sewaktu mereka makan malam bersama. Najma yang ayu dengan sepasang blaus biru sentiasa dengan senyuman menghiasi wajahnya.

“Lebih dari ok.. Dia kata, dah dua hari ni semua plan berjalan lancar..” Najma jawab.

“Mesti kelam kabut jadinya kan..” Aidil menambah.

“Ye la.. Dia kenakan Mummy Laila.. Entah apa lah dia buat. Mesti bengang Mummy tu..” Balas Najma.

“Ye la.. Najwa tu ada je idea pelik nak kenakan orang, saya pun pernah terkena..” Aidil berkata lagi. Mereka tertawa tatkala terkenang kelakuan Najwa.

“Awak, semalam mama tanya tau, dia kata dia call adik tak jawab.. Terpaksalah saya bohong mama..” Najma berkata pada Aidil.

“Bohong sunat. Tapi wawa tu sampai bila nak rahsiakan identity dia pada papa awak?” Aidil soal.

“Entahla.. Bila saya tanya dia asyik cakap bila masa yang sesuai. Entahla bila time tu.. apa-apa pun dia kata dia happy sangat sebab dapat bersama papa..” Najma jelaskan. Aidil angguk. Dia renung wajah kekasihnya itu. Najma tunduk malu.

“Kenapa?” Aidil tanya bila Najma tunduk.

“Janganlah pandang saya macam tu..” Najma balas.

“Tak salahkan saya nak renung kecantikan buah hati saya ni.. Indah betul ciptaan Allah..” Aidil jawab. Najma senyum.

“Najma.. terima kasih sebab terima saya..” Aidil rendahkan suaranya. Suasana romantik itu membuatkan hati Najma bergetar. Ada aura cinta dari mata Aidil yang melemahkannya.

“Terima kasih juga coz pilih saya.. Tapi kita masih belajar mencinta dan dicintai, apa yang kurang pada diri saya, saya minta maaf..” Najma balas.

“Awak sempurna Najma. Awak terlalu sempurna untuk saya..” Aidil jawab.

“Aidil..” Najma panggil nama kekasihnya itu. Aidil pandang Najma.

“Kenapa awak pilih saya?” Najma soal.

“Entahlah.. Saya tak ada jawapan yang boleh diungkap dengan kata-kata.. Tapi hati saya yang pilih awak sebab awak adalah diri awak sendiri Najma..” Jawab lelaki bernama Aidil itu. Najma angguk.

“Kalau saya kata saya cintaan kecantikan, bila kecantikan tu dah pudar, maknanya saya dah cintakan awak, kalau cinta kerana nafsu, nafsu boleh berubah. Sebab itu saya cintakan awak kerana diri awak, walau macam mana pun awak nanti, walau apa pun berlaku, Najma yang saya cinta tetap sama.. Hati saya tetap sama.. untuk awak..” Aidil berbicara panjang. Jari jemari kekasihnya itu digenggam. Najma senyum. Ternyata begitu mendalam cinta Aidil padanya. Dia yakin Aidil adalah teman hidupnya yang dijanjikan Allah. Najma bersyukur.

Selesai segalanya, Aidil hantar Najma pulang. Tidak manis jika dia dan najma keluar terlalu lama.

“Thanks awak.. Drive elok-elok.. Assalammualaikum..” Kata Najma. Aidil jawab salam Najma dan memandu pulang. Najma melangkah masuk kerumah dengan muka berseri. Dia cari kelibat ibunya dibilik. Dia mahu kongsi kebahagiaan yan dirasakan sekarang dengan ibunya.

“Ma… buat apa tu..” Najma soal ibunya.

“Tak ada apa.. Wah, dah balik.. Muka berseri je..” Salina balas. Najma senyum. Dia duduk sebelah ibunya.

“Senyum semacam ni.. Aidil melamar ke?” Salina soal.

“Tak lah…” Najma jawab ringkas. Dia belum sedia mahu dirikan rumahtangga. Aidil hormati keputusannya.

“Mama gembira tengok Naja happy macam ni.. Aidil tu baik. Moga dia dapat bimbing Naja dan jaga Naja bila mama dah tak ada nanti..” Salina berkata lagi.

“Mama ni… InsyaAllah.. Mama kenapa tak tidur lagi?” Soal Najma. Dia ambil bingkai gambar di tangan ibunya. Gambar mereka sekeluarga sewaktu Najma dan Najwa kecil.

“Mama rindu papa?” Soal Najma lagi. Salina diam.

“Naja.. Cinta mama dan papa dah jadi sejarah.. Sekarang Naja teruskanlah. Jangan sesekali jadi macam mama. Terlalu mengalah untuk puaskan hati semua orang. Pertahankan cinta Naja tau..” Salina berpesan pada anaknya.

“Naja tahu mama sayang papa lagi.. Naja yakin mama pun tahu hati mama masih milik papa.. Masih belum terlambat ma untuk dapatkan semula cinta mama tu..” Najma bicara.

“Tapi.. Cinta papa bukan untuk mama lagi..” Salina tunduk.

“Papa cakap macam tu ke? Tak kan.. Mama yang fikir macam tu.. Ma, papa sayang mama. Cinta papa still untuk mama.. Mummy Laila tu hanya papa anggap seorang isteri. Papa tak cintakan dia pun.. Semua Tok Wan yang aturkan..” Jelas Najma.

“Tak apalah Naja.. Biarlah kita macam ni.. Kita masih bahagia kan walau macam ni.. Naja masih dapat kasih sayang mama dan papa…” Salina menjawab.

“Adik ma? Dia ada dapat kasih sayang papa?” Najma menyoal. Salina tunduk.

“Ma.. kita tak tahu apa hati adik rasa. Naja mungkin bertuah sebab masih dapat keduanya. Tapi adik.. Naja kesian kat dia Ma..” Najma menambah.

“Mama tak pernah halang dia jumpa papa.. Dia yang tak nak..” Salina menjawab.

“ Itu kata mama.. Tapi apa adik anggap kita tak tahu, sebab tu lah dia….” Najma terdiam. Dia hampir-hampir membocorkan rahsia.

“Sebab apa?” Salina hairan apabila Najma terhenti kata-katanya.

“Adik stress.. Tapi dah ok kot.. Good night mama.. Naja masuk tidur dulu..” Najma cium pipi ibunya.

“Kejap.. Naja mesti tahu adik pergi mana kan?” Salina curiga.

“Adik camping ma..,Dengan kelab Myvi dia tu..” Najma jawab.

“Kenapa dia tinggal Myvi? Kenapa dia tak bagitahu mama dulu..” Salina soal lagi.

“Err.. Diorang naik flight.. Dia pesan kat Naja bagitahu mama…” Najma serba salah menipu ibunya.

“Hmm… yela.. Naja tak rahsiakan apa-apa dari mama kan..” Salina berkata. Najma menggeleng. Dia senyum sumbing. Dia kemudiannya berlalu ke kamarnya.

“Fuhh.. selamat tak kantoi..” Najma urut dadanya. Lega kerana rahsia masih tersimpan.

No comments:

Post a Comment