Tuesday, August 7, 2012

Terima Kasih Tuhan 3


Percutian di China amat menyeronokkan. Selama seminggu aku di sana bersama Tan Sri Muiz, pelbagai tempat aku lawati termasuk Tembok Besar China. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah di sana. Semuanya di tanggung. Aku hanya perlu melayan nafsu lelaki tua itu dan habuannya amat menyeronokkan.
“Thanks darling… I seronok sangat..” Ucapku pada lelaki tua itu. Satu kucupn aku hadiahkan dipipinya. Aku masih berada dalam perut kereta mewahnya. Dia seperti berat hati hendak menghantar aku pulang. “I tak kisah sayang… asalkan U happy…” Balasnya. Tanganku digenggam erat. Aku tersenyum manja sambil kepalaku aku lentokkan di bahunya. Dia mengusap rambutku. “U happy tak dengan I?” Soalku. “Of course sayang… I rasa tak nak berpisah dengan U walaupu sekejap..” Ujarnya. Hatiku tertawa kecil. Benarlah, wanita bias menggoncang dunia lelaki. “Okay… I naik dulu ya..” Pintaku. “Okay sayang… esok kita jumpa lagi.. “ Balasnya. Kami berkucupan. Aku keluar dari keretanya dan melangkah ke rumahku.
Setiba di rumah, Suzie menyambut kepulanganku. “Wah… happy Nampak.. Banyak Shopping?” Soalnya sebaik membuka pintu. “Adalah… sikit-sikit…” Ujarku dengan nada penat. “Buah tangan untuk aku tak ada ke?” Soal Suzie sambil membantu aku mengangkat bagasi masuk ke bilik. “Mestilah ada.. Aku mandi dulu ye.. nanti kita cerita..” Pintaku. Suzie mengangguk. Aku menutup pintu bilik. Badan yang kepenatan aku rebahkan di tilam empuk bercadar bunga tulip itu. Ahhh.. Nikmatnya.. Penerbangan dari China agak memenatkan. Aku berbaring. Mata kupejam. Akhirnya aku terlena.
“Mar..Mar.. Bangun..” Suzie mengejutku. Dalam penuh kemamaian, aku membuka mata. “Tertidur pulak..” Suaraku serak. Aku duduk. “Yela… tadi kata nak mandi, lama betul, tu yang aku tengok.. takut-takut kau pengsan pulak…” Ujar Suzie. Aku senyum tawar. “Penat sikit…” Balasku. Suzie mengurut badanku. Nikmat rasanya. Terima kasih kawan. “Okay, dah.. kau pergi mandi dulu, kita keluar makan ya… Malik ajak..” Kata Suzie. Aku mengangguk. Suzie keluar dari kamarku. Malik?? Aku tiba-tiba teringat tragedy itu. Macam mana aku nak berhadapan dengan lelaki itu? Denagn Suzie? Arrgghh.. Lantak la.. buat macam biasa la.
Selesai mandi aku berdiri di depan almari. Otakku ligat memikirkan pakaian yang perlu dipakai. Satu persatu baju aku belek. Akhirnya blaus merah jambu menjadi pilihanku. “Mar, Malik dah sampai.. Aku turun bawah dulu, nanti kau turun dengan Malik ye.. dia kat toilet tu…” Jerit Suzie dari luar. “Okay..” Aku menjawab ringkas. Alamak…!!.
“Hai sayang…” Wajah Malik muncul di pintu bilikku. Dan… waktu itu aku hanya bertuala. “Eh.. U tunggu kat luar la… Suzie dah keluar ke?” Soalku. “Dah..” Kata Malik. Pintu bilik ditutupnya. Matanya liar memandangku. “I rindu U… seminggu tak jumpa macam setahun..” Ujar Malik sambil mendekatiku. “Ye la tu.. I holiday dengan Tan Sri.. U tunggu kat luar la.. I nak siap dulu..” Balasku. Malik tidak mengendahkan kata-kataku. Tubuhnya semakin hampir denganku. Aduh.. Pinggangku dirangkulnya. Tiba-tiba jantungku berdebar. Sebelum ini tidak pernah aku rasa begini. “Mar… I love U..” Malik berbisik ditelingaku. Aku pejamkan mata. Kubiar dia mengusap dan membelai tubuhku. Aku kini tewas dalam pelukannya. “But Malik…” Balasku perlahan. Malik meleyakkan jari telunjuknya tanda meminta aku berhenti berkata. Tubuhku di baringkan di katil. Akhirnya…. Aku dan Malik tewas.
“MAR!!! MALIK!!!” Suara seseorang. Aku dan Malik tersentak. Suzie. Ya, itu suara Suzie. Aku terpana. Malik bingkas bangun dari katil. Aku juga begitu. Aku capai tuala bagi menutup tubuhku. “Apa korang buat ni…??!!” Tengking Suzie. “Err.. nothing” Malik bersuara. Aku hanya diam apabila melihat wajah Malik yang menyeringa. “Patutla lama sangat… buat projek… What’s wrong with u Mar? Banyak-banyak lelaki apasal Malik jugak kau goda?” Marah Suzie. “No… bukan aku..” Aku cuba membela diri. “Apa? Malik??!! Sampai hati U.. Walaupun hidup I macam ni, tapi I still ada hati and perasaan.. I love U.. “ Suzie mula mengeluarkan air mata.
Aku kesal. Sesal yang teramat sangat. Aku dapat rasakan bahang kemarahan Suzie apabila melihat aku bersama lelaki yang dicintainya. AKu tahu, hidup kami yang umpama pelacur ini sememangnya keji. Tapi aku faham Suzie. Dia selalu ceritakan perasaan cintanya terhadap Malik. Dia mengimpikan sebuah keluarga bersama Malik. Tapi… Alamak.. Maafkan Aku Suzie..
“Suzie… maafkan aku…” Aku bersuara lagi. “Stop it Mar!!! kau tikam aku dari belakang.. menyesal aku tolong kau!!! Berambus kau dari sini!!” Jerkah Suzie. “Suzie…. Dah la.. dia dah minta maaf..” Malik memujuk. “U pun sama, apasal U nak Backup sangat dia ha???!!” Suzie menengking Malik. Lelaki itu terpana. “Kau Mar… berambus kau dari sini.. aku tak nak tengok lagi muka kau…!!!” Suzie mengalih amarahnya terhadapku pula. Aku geram. Aku geram kerana sering dipersalahkan.
“Hey Suzie… Kau ingat aku terhegeh-hegeh sangat ke kat balak kau tu??!! Dia kata sayang aku.. bukan salah aku..” Aku menyindir. Dada Suzie turun naik menahan kemarahan. Aku sudah tidak peduli lagi siapa dia. Geram. Aku harus membela diri. “Aku tak nak tau la semua tu…!! Kau BERAMBUS!!! Memang tak sedar dek untung.. tak sedar diri!! Kalau bukan aku yang kutip kau, hidup kau mesti dah melingkup!!!” Bentak Suzie. Aku semakin geram. “Hey, kau ingat aku nak sangat ke semua ni? Kau tolong sikit je beb… semua ni usaha aku la BODOH!!” Aku membalas.
Pang!! Satu tamparan hinggap dipipiku. Tidak. Suzie menamparku. “Kau kan Mar… memang tak sedar diri… Keluar kau… KELUAR!!!” Suzie memarahiku. “Okay… memang aku nak keluar…” Aku menjawab. Air mataku menitis. Aku minta maaf Suzie. Aku mengambil barang-barangku dan aku keluar dari rumah itu. Rasa bersalah terhadap Suzie hanya tinggal sisa. “Mar..” Panggil Malik. Aku terus berlalu tanpa menoleh.
Setiba di parker. Aku terus masuk ke dalam kereta. Tanpa memikir lagi, kereta Satria Neo itu aku pecut. Argghh.. kemana aku nak pergi? Aku tiada sesiapa? Di mana aku nak tinggal? Fikiranku ligat diperah. Hasilnya belum aku temui. Aku memberhentikan kereta di pinggir jalan. Aku keluarkan telefon bimbit dari tas tangan.

“Hello… sayang… U kena tolong I…” Aku menghubungi seseorag.
***********************************

Terima Kasih Tuhan 2


“Nah… kau kalau nak ikut aku kerja,kena pakai macam ni…” Suzie menghulurkan sepasang blaus. Aku terkejut. “Tapi… singkat sangat ni…” Aku teragak-agak mahu mengambil. “Ala… kau pakai je la… nak ikut aku tak? Aku ingat nak promote kau kat bos aku, boleh kau kerja sekali..” Kata Suzie. “Apa? Kerja… Thanks Suzie…” Aku girang. Tanpa berfikir panjang, aku memakai blaus biru paras lutut dan bertali halus itu. Terserlah tubuh putih mulus milikku ini yang belum perah terdedah sebegini. Sozie menyolek aku. Tipis. Tetapi katanya aku Nampak cantik. Aku hanya senyum dengan pujian temanku itu.
Aku kini tiba di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Kagum benar aku melihatnya. Kami keluar dari kereta dan aku membontoti Suzie melangkah masuk ke hotel mewah itu. “Kau tunggu sini jap ye…” Kata Suzie. Aku duduk di sofa sambil menunggu Suzie. Beberapa minit kemudian Suzie tiba bersama seorang lelaki. “Mar, ini aku kenalkan Datuk Malik..” Kata Suzie. Kami bersalaman dan akhirnya aku mengetahui bahawa lelaki itu adalah bos Suzie merangkap teman lelakinya. Suzie menceritakan perihal aku kepada Malik dan akhirnya aku ditawarkan bekerja. “Kerja ni tak susah.. macam mana?” Soal Malik. “Ala Mar, tak payah fikir lagi… Kau kalau nak hidup kat Kl ni, biar berduit, kerja tak kisah…” Kata Suzie. Aku akhirnya mengangguk setuju. Tanpa aku ketahui kerja yang menantiku bagaimana, aku terus bersetuju.

Kehidupan baruku bermula. Kerja yang aku terima tanpa berfikir panjang ternyata memakan diri. Namun aku tidak boleh berpatah balik kebelakang. Lebih-lebih lagi aku seronok dengan kerja ini yang member aku banyak wang dalam masa yang singkat. GRO, mungkin itulah istilah yang paling sesuai dengan diriku dan tugas yang sedang aku laksanakan kini. Namun, bukan dengan sebarangan orang, kebanyakan pelangganku adalah dari golongan atasan. Setiap malam aku dengan seronoknya menemani mereka yang berhidung belang ini berseronok. Dari ruang karaoke, kami ke hotel dan aku melayan mereka dengan sebaik-baiknya. Purata pendapatan aku bagi satu malam adalah RM1000-RM5000. Kemewahan yang datang itu membuatkan aku buta. Agama sudah lama aku tolak ketepi.
Aku hidup dalam duniaku. Dunia yang penuh kemaksiatan dan dosa ini. Namun, semua itu aku tidak peduli. Hidup begini memberikan aku 1001 kepuasan. Aku bisa melupakan semua kesedihan, kampong halaman, keluarga dan segala-galanya. Ahhh… seronoknya begini. Kehidupan aku berubah sekelip mata. Aku kini mampu memiliki sebuah kereta. Wang ringgit usahlah dipertikai. Gaya hidup aku telah berubah. Senang benar aku dalam kehidupan sebegini. Apa sahaja yang diimpikan pasti aku mampu memilikinya. Setakat ini, aku masih tinggal bersama Suzie. Jika ada peluang, ingin sahaja aku memiliki rumah sendiri. Namu, aku bantutkan dulu niat itu. Biarlah aku perlahan-lahan meniti kehidupan ini.
“Kau kerja malam ni?” Aku menyoal Suzie yang sedang bersiap. “Aah…” Katanya. “Kau tak balik lah? Sampai pagi ke?” Tanyaku lagi. “Maybe… kau tak de client ke malam ni?” Soal Suzie kembali. “ Tak… uzur beb.. sape nak..” Kataku dan ketawa. Begitu juga Suzie. “Next week aku maybe pergi China dengan Tan Sri Muiz..” Kataku. “Wow.. hebat la kau, baru sebulan kerja dah boleh dapat macam-macam… Aku dulu tiga bulan pun terhegeh lagi…” Balas Suzie. Aku hanya senyum. “Tapi kan… satu kau kena ingat tau, kerja kita ni kena pandai makan, pandai simpan beb… jangan terbuncit sudah.. badan kena maintain beb…” Nasihat Suzie. Aku mengangguk. Aku tahu semua itu.
Semakin hari aku semakin taksub dengan keduniaan ini. Suntikan, Pembedahan, semua aku sudah aku lakukan bagi memastikan aku sentiasa kelihatan cantik dan lelaki-lelaki tua yang dahaga itu mempunyai nafsu terhadapku. Masing-masing hanyut dalam belaian dan dakapanku. Seronoknya. Mereka lupa keluarga, isteri dan aku sudah pasti mengambil kesempatan itu bagi mendapatkan wang yang bisa menjanjikan kemewahan hidup ini.
***********************************************
“So, macam mana? Jadi tak sayang?” Soal Tan Sri Muiz dalam panggilannya.
“Of Course sayag.. I tak sabar-sabar nak pergi ni… wife u macam mana? Apa reason u?” Aku membalas.
“Ala… biarlah dia.. I cakap I ada job kat sana, dia pun bukan kesah.. U tak payah risau ye sayang.. Sunday ni kita pergi.. I rindu U la… Malam ni U tak boleh lagi ke?” Suara manjanya.
“Sorry sayang… I tak boleh lagi.. kita jumpa Sunday ni ya.. miss u.. love u… muah..” Balasku.
Perbualan di telefon ditamatkanku. Aku ketawa sendiri. Gelagat lelaki tua yang boleh aku gelar datuk itu membuatkan aku geli hati. Ucapan rindu sayang hanya di mulut, tiada di hati. Tak kisahla, yang pasti, Ahad ini aku bakal berangkat ke China selama seminggu bersama lelaki tua itu. Seronoknya.
Sedang aku mengelamun, pintu rumah diketuk. Siapa pula datang malam-malam ni. Aku segera membuka. “Malik? Suzie tak ada la.. dia ka nada client malam ni..” Kataku sebaik muka Malik muncul di muka pintu. “Bukan nak jumpa dia.. nak jumpa U..” Ujar Malik. Aku membuka pintu. Aku pelawa Malik masuk. Dia sememangnya sudah biasa dengan rumah aku dan Suzie. Malah, dia kerap bermalam bersama Suzie di rumah. Malik masuk dan duduk di sofa. Aku juga duduk berhadapan dengannya. “Mar, I rindu U.. sebab tu I datang..” Kata Malik. Tangannya singgah di muka ku. “Hey, U gila ke? Suzie tahu mampus nanti.. U jangan buat hal Malik..” Aku menepis tangannya. “Ala… relax la.. I dengan Suzie bukan apa pun.. main-main je..” Balasnya. Tangannya merayap ke seluruh tubuhku. “Mengarut je.. Suzie tu memang sayang U la Malik. U mabuk ke?” Aku bangun dari sofa itu. “Mar… I mabuk, mabuk dengan U… “ Balas Malik. Pinggangku dirangkul kemas. Aku gusar. Tidak dapat aku bayangkan jika Suzie muncul tika ini. “Hey Malik.. Stop it..” Aku rimas apabila Malik meraba-rabaku. “Aku kan kerja je dengan kau… aku Uzur ni.. janganla lebih-lebih..” Ujarku tanpa sopan lagi. “I know… but, I love U Mar…” Bisik Malik ketelingaku.
Gila sudah agaknya lelaki ini. Ish.. Aku tak teringinkan dia langsung. Aku tidak mahu mengambil hak teman baikku. “Dah la Malik.. U balik dulu… lain kali kita discuss okay… “ Aku menolak manja. “Okay.. sayang..” Malik mengucupku. Ahh… Aku terkedu. Gila benar tindakannya. Setelah itu, Malik pulang. Aku menghantarnya ke muka pintu. Hairan. Apa kena dia ni? Jika disbanding aku dengan Suzie, jauh bezanya. Tak siuman Malik ni kot… Tapi, tiba-tiba aku merasa sesuatu. Aku seronok dalam pelukannya tadi. Tidak sama dengan pelukan beberapa lelaki lain sebelum ini. Argghh… Tidak, dia milik Suzie.
*******************************************

Terima Kasih Tuhan 1


Bebas. Itulah pengertian yang ada dalam hidupku sejak beberapa tahun yang lalu. Tidak mengenal erti halal dan haram. Hidup ini aku corakkan dengan warna keseronokan, hiburan, khayalan dan kebebasan. Dianugerahkan dengan nama Nur Mardihah langsung tidak sama dengan keperibadianku. “Ah.. persetan itu semua, bukan semua yang bertudung itu baik, aku seronok jadi begini.. bebas..” Itulah kata hati yang aku bawa dalam kehidupanku.
Namun, jika diselak helaian naskah purba sejarah hidupku, aku dahulu bukanlah aku yang sekarang. Hidupku dahulu penuh dengan kebahagiaan, kasih sayang keluarga, anak yang taat, pintar dan sopan serta tidak pernah memandang rendah soal agama. Semua itu sama sekali telah aku tinggalkan. Sejak aku kehilangan keluarga tercinta dalam kemalangan yang meragut nyawa bapa, ibu serta abangku, aku memilih jalan hitam ini.

Sejak kehilangan semua insan yang aku sayang dalam hidupku, aku diambil oleh ibu saudaraku, Auntie Maria iaitu adik kepada bapaku. Bukan kerana keikhlasan hati, tetapi kerana tamakkan harta kekayaan yang membawa aku ke dalam keluarga Auntie Maria. Dia hanya kepingin harta arwah ayah. Aku langsung tidak dilayan seperti darah dagingnya. Aku memberontak. Gara-gara tidak sehaluan lagi, aku dihalau dari rumah agam tempat aku dibesarkan selama 20 tahun itu. “Berambus kau dari sini.. dah la anak yatim, menyusahkan aku.. laki aku kau nak kebas juga?!!” tengking Auntie Maria. Uncle Badrul yang berdiri di sebelah hanya tersenyum sinis. Setan kau. Bentak hatiku. Kerana sifat kebinatangan dan nafsu buas kau aku dipersalahkan.
Tak guna aku membela diri. Bukannya mendatangkan faedah. “Hey, kau ingat aku teringin sangat laki kau yang gemuk ni..??!!” Soalku kembali. Auntie Maria terkejut dengan kebiadapanku. Ah.. lantak. “Kurang ajar… Berambus kau.. jangan tunjuk muka kau lagi!!!” Jerit Wanita itu. Aku akur. Aku kemas semua pakaian dan keluar dari rumah tersebut tanpa sepatah kata. Dunia di luar menantiku. Sayang. Memang sayang aku hendak meninggalkan rumah tempat aku sekeluarga berkasih sayang. Namun, keadaan memaksa.
 Dunia baruku bermula. Kuala Lumpur begitu asing bagiku. “Mana aku nak pergi ni..” Desis hati kecilku sambil mundar mandir di sekitar Hentian Puduraya. Suzie, nama itu terpacul keluar dari mulutku. Teman karibku sewaktu di sekolah. Dia tinggal di sini dan bekerja di sini. Tanpa membuang masa aku menyelongkar senarai nombor di telefon bimbitku.
“Suzie…” Aku memulakan bicara sebaik panggilanku disambut
“Ya.. siapa ni…? “ Soalnya
“Mar… Mardihah.. aku baru sampai Kl.. aku perlukan pertolongan kau ni..” Ujarku.
“Mar? La… kau ke.. kau kat mana? Aku datang ambil..” Suzie membalas
“Puduraya..” Kataku dan mematikan talian itu.
Sepuluh minit aku menanti. Pelbagai ragam warga kota aku perhatikan. Gelagat warga asing tidak terkecuali dari pemerhatianku. “Adik nak ke mana? Teksi?” Soal seorang lelaki separuh abad. “Tak.. saya tunggu kawan” Jawabku ringkas. Dia akur lalu bertanya kearah orang lain pula. Hidup di kota sebigini pasti memerlukan banyak belanja. Dari segi perwatakan dapat aku agak lelaki tersebut pasti bapa kepada beberapa orang anak yang memerlukan wang secukupnya bagi menjalani kehidupan. Kasihan. Namun memang itu tanggungjawab bapa sebagai ketua keluarga.
Aku ingat kata Arwah ayah “Mardihah.. Rezeki bukannya dating tiba-tiba, kita perlu berusaha. Dan.. ingat, rezeki itu mestilah halal. Baru hidup sekeluarga berkat.” Hmm.. tapi sekarang aku telah kehilangannya. Dia sudah tiada untuk member madah nasihat yang boleh aku jadikan panduan hidup. “Ayah, Mama, abang… Mar rindu semua..” Bisik hati kecilku sayu. Tanpa disedari air mata menitis. Aku seka air mata itu dari menyembah bumi.
“Mar…” Tegur seseorang. “Suzie!!” Separuh menjerit aku apabila melihatnya. Kami berpelukan. Hampir tiga tahun tidak berjumpa. Suzie banyak berubah. Pakaiannya sudah bertukar. Maklumlah menjadi warga Kuala Lumpur. Kami berjalan seiringan menuju ke keretanya. “Wah… kau pakai Myvi.. banyak duit kau..” Soalku sebaik melabuhkan punggung di dalam kereta Perodua Myvi itu. “Kerja la beb..” Jawab Suzie.
“Macam mana kau boleh rasa nak dating kl ni?” Soal Suzie. Aku menceritakan segalanya pada Suzie. “Kesiannya kau… Kau duduk rumah aku dulu ye.. aku pun duduk sorang..” kata Suzie. “Thanx.. kalau takde kau aku tak tahu lah macam mana aku..” Ujarku. “Ala… kita kan kawan.” Balas Suzie.
Setelah hampir setengah jam berada di jalanraya, kami tiba. Aku terpegun melihat rumah Suzie. Apartment mewah yang dimilikinya membuatkan aku tertanya-tanya. “Hebat kau, boleh hidup mewah macam ni. Kau kerja apa?” Soalku. “Ala.. kerja biasa je.. kau duduk dulu, rehat-rehat.. malam besok aku bawa kau tengok tempat kerja aku.” Kata Suzie sambil menunjukkan bilikku. Kagum benar aku dengannya. Apa kerja Suzie? Kenapa malam?...
***********************************************

Novel - Aleeya 9


Sudah setahun peristiwa itu berlalu. Aleeya pula bertukar menjadi seorang yang pendiam. Dia lebih banyak menghabiskan masa bersendirian. Sejak itu juga hubungan Aleeya dengan keluarga mertuanya sedikit renggang. Hal ini gara-gara masalah Aleeya untuk mengandung. Datin Syafiah yang mengetahuinya sedikit mengeluh. Pernah suatu ketika dia bertanya kepada Aleeya adakah Aleeya izinkan jika Zackry berkahwin lagi. Aleeya hanya diam. Berat hatinya untuk semua itu. Namun dia harus terima. “Leeya, mama sayang leeya, tapi.. mama nak jugak cucu..” Kata Datin Syafiah. Aleeya tunduk. “Mama.. apa cakap macam tu pada leeya..” Zackry menyapa. “Leeya bukan tak boleh mengandung, dia Cuma ada masalah sikit je.. sabarlah..” Zackry menyambung. “Apa zack ni.. macam salahkan mama pula.. bukan mama paksa pun.. tapi zack fikirlah.. dah berapa tahun ni?” Kata Datin Syafiah dan terus berlalu meninggalkan Aleeya dan Zackry. Zackry menggeleng kepala melihat perubahan sikap ibunya itu. “Maafkan mama ye leeya..” Pujuk Zackry. “Taka pa bang, leeya faham perasaan mama..” Ujar Aleeya. 
Zackry terpaksa berkursus selama tiga hari. Aleeya pula tinggal di rumah keluarga mertuanya kerana Zackry risau jika Aleeya tinggal berseorangan di rumah mereka. “Apa awak ni..” Suara Datuk Zabidin kedengaran. Aleeya yang ketika itu mahu kedapur membantutka niatnya. Dia curi-curi mendengar perbualan ibu bapa mertuanya. “Ala abang… saya tengok Maria tu okey.. dia mesti boleh bagi cucu pada kita.. kita kahwinkanlah dia dengan Zack..” Ujar Datin Syafiah. Aleeya hampir menangis mendengarnya. “Awak dah lupa ke perjanjian kita dengan abang ajim tu?” Soal Datuk Zabidin. “Abang… kita dah tunaikan perjanjian tu lah… Aleeya dan Zackry dah kahwin.. saya bukan nak mereka bercerai, Cuma biar Zackry kahwin dua..” Ujar Datin Syafiah lagi. Aleeya mula menitiskan air matanya. “Saya tak fahamlah dengan awak ni.. saya tak sampai hati nak buat macam tu pada Aleeya, zackry pula, belum tentu setuju..” Datuk Zabidin menambah. “Aleeya mesti okey, saya dah pernah tanya.. zackry pula mesti setuju, dia kan anak yang taat.. abang tak nak cucu ke? Saya ni dah kempunan tau tak..” Ujar Datin Syafiah. “saya tak fahamlah awak ni.. susah-susah biar diorang ambil anak angkat je..” Cadang Datuk Zabidin. “Hish abang ni… tak mahu saya, saya nak cucu dari darah daging kita..” Bantah Datin Syafiah. Air mata Aleeya mengalir laju. Dia terus masuk ke biliknya. Dia menangis sepuasnya menyesali kelemahan diri. “Abang… maafkan Leeya..” Kata Aleeya. “Ya Allah..” Aleeya berdoa. Dia tidak mahu berkongsi kasih. Lebih-lebih lagi apabila ada insan lain yang hadir dalam hidupnya dan Zackry. “leeya..” Sapa Datin Syafiah. Aleeya pantas mengesat air matanya. “Leeya nangis?” Soal Datin Syafiah. Aleeya tunduk. Ibu mertuanya menghampiri Aleeya. Dia menghulurkan sekeping gambar. Gambar seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengannya. “ini Maria.. anak Datin Markonah.” Kata Datin Syafiah. Aleeya mengangguk. Dia sudah dapat mengagak niat ibu mertuanya itu. “Cantik..” Kata Aleeya. “Ya.. leeya, macam ni.. kalau boleh.. mama nak zackry berkahwin dengan dia..” Jelas Datin Syafiah. Aleeya terkesima. “mama tahu leeya pasti berat hati, tapi.. cuba leeya fikir, lelaki ni dia mesti nak zuriat dari benihnya juga.” Kata Datin Syafiah. Aleeya hanya diam. “ Mama yakin zack pasti boleh berlaku adil. Mama tahu zack memang sayangkan leeya dan leeya sayang zack.. jadi, berkorbanlah sayang..” Pinta Datin Syafiah. Aleeya mati kata. Dia tidak tahu bagaimana mahu dikatakan. Ibu mertuanya seperti sudah membuat keputusan yang muktamad. “Mama tanyalah abang zack, leeya ikut je..” Ujar Aleeya dengan berat hatinya. Datin Syafiah gembira mendengar jawapan menantunya itu. “Terima kasih leeya..” Ujar Datin Syafiah lalu keluar dari bilik Aleeya. Dia begitu teruja mahu menyampaikan berita itu kepada suaminya dan Zackry.
“Apa mama??!!” Zackry terkejut. “Ala zack.. leeya pun dah setuju..” Kata Datin Syafiah. “Tidak ma.. walau apa pun, zack tak akan kahwin dengan Maria. Zack tak sanggup nak duakan Aleeya.. Zack sayang dia..” Ujar Zackry. “Apa Zack ni.. mama tak halang kasih sayang zack pada Leeya, mama Cuma nak bagi Zack kehidupan, bagi Zack zuriat..” Datin Syafiah sedikit menyeringa. Aleeya ketika itu berada dibiliknya dan tidak mahu masuk campur perbincangan yanag mengguris hati kewanitaannya itu. Dia sedar Zackry pasti kecewa. Namun, apakan daya. Dia Cuma seorang wanita yang malang. “Zack tak akan setuju.. No mama…” Zackry terus menuju kebiliknya. Aleeya terkejut. “Sampai hati leeya..” Kata Zackry. Aleeya terdiam. “Abang sayang leeya.. kenapa leeya setuju, kenapa leeya tak pertahankan hak leeya, pertahankan cinta kita.. leeya anggap abang ni apa ha?” Zackry berkata dengan nada kecewa. Air mata Aleeya mengalir laju. “Maafkan leeya abang.. leeya terpaksa, abang berhak dapat kehidupan sempurna, ada anak…” Kata Aleeya. Zackry pantas memeluk Aleeya. “Ya Allah sayang.. abang dah ada leeya pun dah cukup sempurna sayang..” Kata Zackry. “Abang hanya nak leeya dalam hidup abang.. please leeya.. Don’t do this to me..” Ujar Zackry. “Leeya minta maaf abang..” Kata Aleeya. Datin Syafiah hanya memerhati. Timbul sedikit kekesalan dihatinya. Dia mengagumi kasih sayang Zackry dan Aleeya itu. 
************************************************************************************

 Hari berganti hari, kehidupan Aleeya dan Zackry semakin bahagia dari hari ke hari. “Leeya, petang ni kita pergi rumah kawan abang ya.. dia baru dapat baby.” Ujar Zackry. Hati Aleeya sedikit tersentap. “Okey.. tapi kita tak kan pergi kosong je.. jom lah pergi beli hadiah..” Kata Aleeya. Zackry mengangguk setuju. Selesai bersiap mereka ke sebuah kedai yang menjual peralatan bayi. Setiba di situ Aleeya semakin terusik hatinya. Dia dan Zackry berjalan di sekitar kedai tersebut. “Comel-comel kan baju ni…” Ujar Zackry. Aleeya mengangguk. Sedang mereka leka memilih barangan di situ, Aleeya memerhati kelibat sepasang suami isteri yang sedang memilih perkakasan bayi. Si isteri sedang mengandung. Si suami pula mengusap perut isteri dan bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan. Aleeya cemburu. Dia sedih. Kasihan Zackry yang tidak dapat merasa pengalaman seperti itu. “Sayang..” Panggil Zackry. Lamunan Aleeya terhenti. “Kita beli set nil ah.. complete, baju ada, sock, toiletry.. okey tak?” Tanya Zackry. Aleeya mengangguk. Selesai membayar mereka terus menuju ke rumah Hafiz, sahabat Zackry. “Assalammualaikum..” Kata Zackry. Salamnya disambut hafiz. 
“Hai.. dah jadi daddy ye kau..” Kata Zackry. Mereka ketawa. Aleeya dan Zackry dijemput masuk. Hafiz dan isterinya Diana dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberi nama Intan Dilaila. “Sihat?” Kata Aleeya dan bersalam dengan Diana. “Sihat..” Jawab Diana. “Comelnya baby ni.. dah berapa hari?” Kata Aleeya. Dia merenung Intan Dilaila yang sedang tidur. Diusap ubun-ubun bayi itu. “Dah Seminggu..” Jawab Diana. “Wei, korang bila lagi.. dah masuk 3 tahun kan this year?” Hafiz menyoal. Air wajah Aleeya dan Zackry sedikit berubah. Zackry lihat wajah Aleeya yang muram. “Ala… relax la.. belum rezeki.. kitorang tak puas lagi honeymoon..” jawab Zackry. “eleh..” kata Hafiz disambut hilai tawa mereka kecuali Aleeya. Zackry cuba mendukung Intan. “Hai cutey.. uncle zack coming..” Kata Zackry. Aleeya tersentuh melihat zackry memangku Intan. Hatinya luruh. “Eh, dah lewat ni.. aku balik dulu lah ye..” kata Zackry meminta diri.
 Dalam perjalanan pulang, Aleeya hanya mendiamkan diri. Zackry tahu situasi isterinya waktu itu. Dia membiarkan sahaja keadaan Aleeya itu. “Abang.. stop jap.. Nampak tak jeruk tu.. leeya nak beli jap..” Kata Aleeya tiba-tiba. Zackry menghentikan keretanya mengejut. “Ya Allah sayang.. terkejut abang..” Zackry mengucap panjang. Aleeya hanya senyum. Dia turun dan membeli sedikit jeruk. “Aik.. makan jeruk pulak kenapa ni?” Soal Zackry sebaik Aleeya memasuki kereta. “Entah.. leeya teringin..” Kata Aleeya. “Teringin?? Mengidam ke?” Kata Zackry sambil ketawa kecil. “Apa abang ni.. leeya kan tak boleh mengandung lagi..” Kata Aleeya. “Ish.. jangan cakap macam tu, bukan tak boleh.. Cuma ada prob sikit je kan..” Zackry membalas.
************************************************************************************
 Aleeya merasa ada perbezaan pada dirinya. Dia dan Zackry ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Setelah di periksa, Aleeya disahkan mengandung 2 bulan. Alangkah gembiranya hati Aleeya dan Zackry. Akhirnya penantian mereka berbaloi. “Saya nak cakap dengan puan Aleeya sebentar.” Kata Doktor Fatimah. “Oo.. okey, sayang abang tunggu kat luar ya..” Kata Zackry. Dia segera keluar dan terus menelefon kedua orang tuanya untuk dikhabarkan berita gembira itu. “Puan, kandungan puan bermasalah..” Kata Doktor Fatimah. Aleeya tunduk. “Saya nasihatkan agar kandungan ini digugurkan..” Ujar Doktor itu lagi. “Apa? No Doctor.. saya tak nak..” Ujar Aleeya. “Tapi puan, ini akan membahayakan nyawa puan. Masa kelahiran nanti, salah satu terpaksa berkorban.” Ujar Doktor itu lagi. “Why?” Aleeya inginkan kepastian. Doktor Fatimah menjelaskan segalanya. “So macam mana puan?” Tanya Doktor itu. “Saya nak teruskan… maaf doctor..” Kata Aleeya. Doktor Fatimah tidak boleh berkata apa-apa lagi. Dia menghormati keputusan Aleeya. Aleeya keluar dari bilik itu, Zackry di luar menyambut dengan senyuman. “ Macam mana sayang.. Doktor cakap apa?” Tanya Zackry. “err.. just bagi nasihat pasal kandungan, leeya dah ok sekarang dan baby pun okey..” Aleeya menipu. Dia hanya mahu Zackry gembira. Dia seronok melihat keterujaan suaminya itu. “Abang dah call semua bagi tahu.. diorang semua say congrate.” Kata Zackry. Aleeya hanya senyum. “Thanx sayang..” Zackry memeluk Aleeya. 
 Belajar dari kesilapan lalu, baik Aleeya mahupun Zackry, masing-masing menjaga kandungan Aleeya itu dengan sebaiknya. Setiap hari Zackry pasti mengusap perut isterinya dan bercakap dengan bayi mereka. Aleeya mengalami alahan yang teruk sejak mengandung. Dia juga kelihatan semakin kurus. Hanya Aleeya yang tahu situasi dirinya. Setiap kali temu janji bersama Doktor, Aleeya diberi kaunseling oleh Dr Fatimah. Dia juga terpaksa bergantung dengan ubat-ubat bagi memastikan kandungannya sihat. “Doktor.. jangan bagitahu sesiapa pun mengenai ini.. saya nak semua orang bahagia.. saya rela berkorban..” Kata Aleeya. “Saya faham puan.. saya kagum dengan semangat puan..” Balas Dr Fatimah.
 Kini, kandungan Aleeya telah mencecah 9 bulan. Hari yang dinanti sudah semakin tiba. Semua orang begitu teruja menanti kelahiran bayi pertama Aleeya dan Zackry. “Abang.. kalau leeya tak ada nanti jaga lah anak kita baik-baik tau..” Kata Aleeya. “Apa leeya ni.. kita sama-sama akan jaga dia..” kata Zackry. Aleeya mengangguk. Hari-hari yang dilaluinya semakin bermakna dalam hidupnya. Aleeya juga telah banyak berubah. Dia rajin mengerjakan ibadah dan mengaji. Zackry perasan dengan perubahan Aleeya itu. Dia bersyukur. “Abang.. maafkan leeya atas semua salah leeya pada abang..” Ujar Aleeya. “Leeya tak buat salah pun pada abang sayang..” Balas Zackry. “Halalkan segalanya sepanjang kita bersama.” Kata Aleeya lagi. Senyuman tidak pernah lokek dari wajahnya. Zackry mengangguk. “Abang.. leeya sayang abang.. terima kasih sebab sayangkan leeya..” Ujar Aleeya lagi. “Dah la sayang.. rehatlah..” kata Zackry. Aleeya lena di pangkuan suaminya.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Perut Aleeya terasa sakit. Dia mengejutkan Zackry. “Abang.. baby dah nak keluar ni..” Kata Aleeya. Zackry panik. Pertama kali dia berhadapan dengan situasi itu. “Jap abang call ambulans..” Kata Zackry. “ Tak payah.. naik kereta je..” Kata Aleeya. Perutnya semakin memulas-mulas. Zackry pantas memecut keretanya. Segala kelengkapan sudah tersedia. Dia tiba di unit kecemasan dan Aleeya terus diusung memasuki bilik bersalin. Zackry menghubungi keluarganya dan keluarga Aleeya. Datuk Zabidin dan Datin Syafiah tiba. Zackry pula dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut bagi menemani Aleeya. Aleeya meneran. Sakit yang mencucuk-cucuk melanda. “Doktor, komplikasi..” Kata Seorang jururawat. Zackry terkejut. “En Zack, maaf, Aleeya mengalami komplikasi, kami terpaksa bius dan gunakan Vacum. En Zack terpaksa keluar.. maaf” Jelas Seorang jururawat. Zackry akur. “Abang…” Suara Aleeya lemah. Zackry keluar dan diterpa kedua orang tuanya. “Ma.. komplikasi.. zack tak boleh kat dalam..” Suara Zackry risau. Keluarga Aleeya tiba tidak lama kemudian.
Sementara itu Aleeya masih di dalam bilik bersalin. “Doktor, problems..” Kata Jururawat. Dr Fatimah semakin gusar. “Doktor, save my baby please…” Aleeya merayu. Aleeya di bius. Dia semakin lemah. “Ya Allah..” Hanya itu yang keluar dari mulut Aleeya. Tidak lama kemudian bayi Aleeya berjaya dilahirkan. Dr Fatimah pantas meletakkan bayi itu di atas dada Aleeya. “Alhamdulillah..” Aleeya memeluk bayi lelakinya yang baru dilahirkan. “Maafkan mama Muhammd Zafiq Nazly” Suara Aleeya tersekat-sekat. “Doktor, danger..” Jerit seorang jururawat yang lain. Keadaan Aleeya kritikal. Aleeya tercungap-cungap. Dadanya turun naik. Bantuan kecemasan diberikan kepada Aleeya. Hanya beberapa minit kemudian, Aleeya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dr Fatimah tunduk. Serentak dengan itu, bayi lelaki Aleeya menangis. Dr Fatimah keluar dari bilik tersebut. Semua menerpa kearahnya. “Tahniah, Puan Aleeya melahirkan seorang bayi lelaki dan bayi itu sihat… “ Kata Dr Fatimah dan disambut dengan penuh kesyukuran. “Tapi.. kami tak dapat selamatkan Puan Aleeya, kami dah cuba sebaiknya, tapi Tuhan lebih sayangkan dia.. Dia dah meninggal dunia.” Jelas Dr Fatimah. Zackry terduduk. Hajah Amina terkedu. “Leeya..” Datin Syafiah lemah. Zackry bergegas masuk. Aleeya diselimuti kain putih. Bayi lelaki disebelahnya menangis. Zackry mengambil bayi itu dan mengazankannya. Dia membuka kain yang menutupi wajah Aleeya. “Ya Allah..” Hanya itu yang mampu dikatakan sewaktu melihat sekujur tubuh dan muka pucat lesi milik isteriya. “Leeya…” Raungan hajah Amina kedengaran. Semua di situ menitiskan air mata. “Sayang.. kenapa tinggalkan abang…” Zackry menangis. “Zack.. tak elok.” Datuk Zabidin memujuk. “Aleeya, anak kita sayang… dia perlukan mama..” kata Zackry lagi. “Along.. adik kita…” Azman memeluk abangnya. Lemah seluruh tubuh tatkala melihat sekujur tubuh di hadapan adalah mayat adik yang mereka sayangi. “Maafkan mama leeya..” Datin Syafiah berkali-kali mencium menantunya itu. “Maaf semua, saya terpaksa bagitahu..” Dr Fatimah muncul. “Aleeya sebenarnya tahu dia akan menghadapi komplikasi ini. Pada awal usia kandungan, saya nasihatkan agar dia menggugurkan kerana akan membahayakan nyawanya. Namun dia berkeras mahu meneruskan. Dia sebenarnya menghidap masalah rahim yang serius. Salah satu nyawa akan terkorban dalam proses kelahiran. Dia kuat, dia mahu menyelamatkan nyawa anaknya dan sanggup disuntik setiap sebulan untuk kesihatan kandungannya. Dia sebenarnya tidak mengizinkan saya menceritakan perkara ini, tapi saya tak mampu lagi untuk simpan. Maafkan saya.” Ujar Dr fatimah. “Astagfirullah…” Suara Haji Nazim mula kedengaran. “Leeya, kenapa buat semua ni.. jangan tinggalkan abang…” Zackry menangis. “En Zack, ini surat dari Aleeya, dia mintak saya bagikan. Dan boleh baca selepas pengebumian. Itu amanat dia.” Dr Fatimah menyerahkan sepucuk surat kepada Zackry. 
************************************************************************************
 Aleeya selamat dikebumikan. Pemergiannya diiringi tangisan dan doa dari semua sanak saudara. Zackry masih duduk disisi pusara Aleeya. Air matanya menitis. Segala kenangan bersama Aleeya semasa hayatnya menerjah minda. “Ya Allah.. betapa besar dugaan ini..” Desis hati kecilnya. Zackry melangkah pulang. Di rumah, anaknya masih lena tidur. Nama masih belum diberikan kerana sibuk menguruskan pengebumian Aleeya. Zackry merenung wajah anaknya. Saling tak tumpah seperti Aleeya. Zackry mengeluarkan surat yang diberi Aleeya. Ahli keluarga yang lain menunggu. 
Assalammualaikum,
Salam sayang dari leeya buat semua. Terima kasih kerana sudi menguruskan pengebumian leeya. Abang, maafkan leeya sebab tinggalkan abang. Leeya sayang abang, harap abang terima Muhammad Zafiq Nazli ini. Tolong letak nama tu ya.. Leeya suka sangat. Abang, ini sahaja yang leeya dapat tinggalkan pada abang. Sayangi dia, didiklah dia supaya jadi insan sempurna. Maafkan leeya tak dapat nak tunaikan amanah Tuhan ini bersama-sama abang. Maafkan leeya. Leeya tahu, Dr Fatimah pasti sudah bagitau perkara sebenar. Bukan niat leeya mahu berahsia, tapi leeya terpaksa. Harap semua orang gembira. Mama, papa, ini cucu mama ngan papa, sayangilah dia ya.. maaf kalau leeya menyusahkan. Ampunkan semua dosa leeya. Abang kalau nak kahwin lepas ni, abang kahwinla. Sekurang-kurangnya anak kita ada mama. 
Ibu, Ayah.. ampunkan semua dosa leeya. Leeya banyak sangat salah dengan ibu ayah. Halalkan makan minum leeya. Ibu, halalkan setiap titis susu yang ibu berikan. Leeya tak sempat nak balas semuanya. Leeya mintak maaf. Along, abang man.. adik sayang semua. Boy, Ocu dah tunaikan janji, ocu dah bagi baby boy. Nanti kawan dengan dia tau. Jaga dia, dia tak ada mama. Harap semua orang dapat terima anak yatim ini. Sayangilah dia. 
Abang.. banyak leeya nak cakap dengan abang. Leeya sayang abang, selamanya leeya sayang abang. Leeya sedih nak tinggalkan abang. Tapi.. Tuhan dah panggil Leeya balik. Leeya kena ikut. Leeya harap abang dapat hidup bahagia dengan anak kita walaupun tanpa leeya disisi. Leeya akan sentiasa bersama abang. Di hati abang. Doakan kesejahteraan leeya kat sini ye abang. Leeya pasti akan merindui abang. Terima kasih atas segalanya abang. Selamat tinggal semua. 

Salam..
Aleeya
Air mata Zackry menitis. Hajah Amina, Haji Nazim, Amran serta Azman turut menangis. Datin Syafiah lemah longlai dalam pelukan suaminya Datuk Zabidin. Zackry memangku anaknya yang sedang tidur. Dikucup anak kecil itu. “Muhammad Zafiq Nazly..” Katanya. 

Sekian…. 


Novel - Aleeya 8


Saat genting sudah tiba, Aleeya kini berhadapan dengan peperiksaan akhir. Selama dua minggu dia dan temannya yang lain berjuang bagi mendapatkan segulung Ijazah akhirnya berakhir. Setelah tamat kertas terakhir, Aleeya dan temannya menjamu selera bersama di cafeteria. “You all, nanti jangan lupa contact tau.. “ Kata Syed. “Mestilah.. Aleeya, nanti kalau dapat baby bagitau lah..” Ujar Kirana. “Ok.. Korang pun jangan lupa jemput kalau kahwin.” Ujar Aleeya. “Suzie, Mar, happy sangat dapat kawan macam korang.. thanks ya..” Aleeya memeluk kedua-dua temannya itu. “Aku pun..” Mardiana membalas. Suzanna juga begitu. 
 “Abang.. sedih pula leeya nak meninggalkan alam belajar ni..” Kata Aleeya. “ Ala… emosional la pula isteri abang ni..” Kata Zackry. “ Ala.. orang serius ni.. dia main-main pulak..” Aleeya geram. “ ye sayang.. nanti lama-lama ok lah.. Oh ya, abang lupa, kita terus balik rumah papa ni tau..” Kata Zackry. “la.. yeke.. kenapa tak bagitau awal-awal. Abang ni memang tau.. leeya tak bawa baju..” Rungut Aleeya. “Ala.. takpe, kita beli je la…” Kata Zackry. Aleeya tiba-tiba merasa loya bagai hendak termuntah. “ Abang, berhenti kejap.. leeya pening la… nak muntah ni..” Pinta Aleeya Zackry menghentikan kenderaannya di bahu jalan. Aleeya keluar lalu muntah.. Zackry menggosok belakang Aleeya. “ Leeya salah makan ke?” Tanya Zackry. “Tak Tahu.. Tapi tadi makan ngan diorang banyak juga.. tapi, leeya dah dua hari pening ngan loya.. Cuma tak lah muntah macam ni..” Kata Aleeya. “Macam mana? Ok dah” Zackry bertanya. Aleeya mengangguk. Tidak sampai lima belas minit, Aleeya sekali lagi muntah. Kali ini di dalam kereta. “Abang.. sorry..” Aleeya meraih simpati. “tak pe… nanti kita cuci..” Kata Zackry. Setiba di rumah Datuk Zabidin, mereka disambut kedua orang tua Zackry itu. “Ya Allah.. Aleeya, kenapa ni..” Kata Datin Syafiah sewaktu melihat Aleeya dipapah Zackry. “ Muntah mama..” Kata Zackry. “Mari masuk dulu Aleeya” Kata Datuk Zabidin. Datin Syafiah memapah menantunya itu ke dalam rumah. Zackry pula mencuci keretanya. Selesai itu dia masuk ke rumah dan membawa Aleeya ke bilik mereka. “Pa, entah-entah leeya tu mengandung..” Datin Syafiah membritahu suaminya. “Harap-harap macam tu lah..” Datuk Zabidin berharap.
 “ Abang… maafkan leeya menyusahkan abang..” Kata Aleeya. Zackry ketika itu mengurut-ngurut badan Aleeya. “Tak pa sayang… Leeya kan tanggungjawab abang.. esok kita pergi klinik ya..” Kata Zackry. Aleeya mengangguk. Pintu bilik mereka diketuk. Datin Syafiah muncul. “ Leeya, macam mana?” Tanya Datin Syafiah. “ Dah ok sikit ma..” Jawab Aleeya. “ Leeya rehatla.. mama masuk tidur dulu ye..” Kata Datin Syafiah. 
**********************************************************************************
 “Tahniah puan, puan mengandung 4 minggu..” Kata Dr. Dawud kepada Aleeya. Zackry yang berada di sebelah bersyukur mendengarnya. “Alhamdulillah.. terima kasih Doktor.” Kata Keduanya. “ Puan boleh ke kaunter untuk dapatkan ubat alahan serta kad temujanji seterusnya. “ Ujar Doktor muda itu lagi. Aleeya dan Zackry menuju ke kaunter yang dimaksudkan. “Sayang.. terima kasih” Bisik Zackry kepada isterinya. Khabar gembira itu dikongsi seluruh keluarga Zackry dan Aleeya. “Papa nak buat majlis sikit la.. majlis kesyukuran” Cadang Datuk Zabidin. Tiada siapa yang membantah. “ Leeya, Zack, ini kandungan pertama. Kamu berdua kena jaga.. leya kena makan yang berkhasiat. Zack pula jangan sesekali biarkan leeya buat kerja berat.” Nasihat Datin Syafiah. Kedua mereka mengangguk. “ lagi satu, leeya duduk dengan mama la cuti ni.. zack kan kerja, boleh mama tengokkan leeya..” Pinta Datin Syafiah. “Okey gak tu mama.. Zack pun risau kalau leeya kat rumah sorang-sorang…” Zackry setuju. Aleeya tidak membantah, apa yang terbaik untuk dirinya dan anak yang dikandungnya, dia terima.
 “Abang, berapa kali leeya nak cakap.. busuk la perfume abang tu.. janganla pakai lagi..” Bebel Aleeya. Semenjak mengandung, seleranya berubah. Jika dahulu dia amat menyukai Pewangi Brave suaminya, namun kini baginya itu adalah sesuatu yang busuk. Selain itu Aleeya turut mengalami alahan yang teruk dengan makanan. Contohnya kari, apabila terbau kari dia akan loya dan terasa ingin muntah. Selain itu, dia juga kerap mengidam sesuatu yang sukar didapati seperti Air Kelapa Wangi. Sifat dan perangai Aleeya juga banyak berubah. Dia bertukar kepada seorang yang mudah merajuk dan terguris. Namun, Zackry hanya bersabar dengan semua itu asalkan Aleeya gembira.
***********************************************************************************
 Hari berganti hari dilalui Aleeya dengan gembira. Baik Aleeya mahupun Zackry masing-masing sentiasa mengikuti perkembangan bayi mereka. Kini, telah 11 minggu usia kandungan Aleeya. Dalam 11 minggu itu juga Zackry terpaksa bertahan dengan leteran Aleeya. Aleeya kini tinggal di rumah mertuanya. Zackry juga begitu. Zackry berulang alik dari Kolej ke rumah setiap hari. Ini semua adalah demi kebaikan Aleeya. Datin Syafiah dan Datuk Zabidin tidak sabar menanti kelahiran cucu sulung mereka. Inilah saat yang dinantikan oleh keduanya selama ini. Setiap hari Aleeya diberi makanan berkhasiat dan rehat secukupnya. Aleeya senang berada di situ. Dia yang ditatang bagai minyak yang penuh sangat menghargai sikap ambil berat kedua mertuanya itu. “Leeya tahu tak, mama memang tak sabar nak tunggu dia lahir, papa pun macam tu. Selepas ni mama tak kalah la dengan kawan-kawan mama dalam Persatuan Datin tu.” Ujar Datin Syafiah bersemangat. Aleeya hanya senyum melihat keterujaan ibu mertuanya itu. Namun jauh disudut hati dia gusar dengan sifat keterujaan mereka yang berada di sekililingnya. Bimbang sesuatu yang buruk terjadi.
 “Abang… leeya risau la..” Kata Aleeya kepada suaminya. Zackry yang baru selesai solat Isyak itu memandang isterinya dengan wajah berkerut. “Janganlah pandang macam tu..” Aleeya mengelak dari pandangan Zackry. “La… abang pelik la..” Kata Zackry. “Kenapa leeya nak risau pulak ni..” Zackry mendapatkan isterinya yang sedang berbaring di katil. “Ye la… semua orang tak sabar-sabar nak tunggu baby ni lahir..” Aleeya diam seketika sambil mengusap lembut perutnya. “Abis tu apa masalahnya..?”Tanya Zackry hairan. “Kalau apa-apa jadi kat baby ni macam mana.. kalau leeya tak dapat tunaikan hasrat semua orang macam mana..” Kata Aleeya. Zackry geram. Lantas dia mencubit pipi isterinya. “Apa sayang ni.. janganla fikir negative.. tak ada apa-apa lah yang akan jadi.. yang penting sayang jaga kesihatan sayang dan kandungan ni..” Pujuk Zackry dengan harapan dapat mengurangkan kegusaran di hati isterinya. Aleeya mengangguk akur namun hatinya masih ada sekelumit risau. “Hmm.. Abang, esok leeya nak pergi hospital. Ada janji dengan doctor.. abang hantarkan boleh tak?” Aleeya menyoal. “Pukul berapa?” Tanyan Zackry. “Janji tu pukul 10 pagi, abang hantar la leeya awal sikit.. dalam 9.30” Kata Aleeya. “Alamak sayang.. esok abang kena pergi kolej pukul 9, lepas tu terus ada meeting sampai pukul 11 kalau tak silap.. meeting untuk kemasukan pelajar baru..” Ujar Zackry. “Yeke.. hmm tak pe la.. leeya pergi sendiri la..” Aleeya sedikit merajuk. “Ala sayang.. bukan jauh pun hospital tu.. jalan kaki pun boleh sampai kan..esok abang suruh pak zam hantar ye..” Zackry memujuk. “Tak boleh, leeya dah tanya, esok Pak Zam hantar papa pergi office lepas tu hantar mama pergi KLCC, mama ada meeting persatuan Datin..” Kata Aleeya. “ Yeke.. macam mana ek..” Zackry ligat mencari idea. “Leeya naik teksi je la abang… dekat je kan..” Kata Aleeya. Zackry mengangguk. “Maaf ye sayang..” Kata Zackry. Aleeya mengangguk perlahan. “Hmm.. abang, maafkan semua dosa leeya dekat abang ye..” Aleeya tiba-tiba mengambil tangan Zackry lalu dicium tangan suaminya itu. Zackry hairan. Namun dia biarkan saja. Mungkin kesan dari pembawakkan budak. “Ye sayang, abang dah maafkan semua..” Ujar Zackry. Dia memeluk erat Aleeya. “Abang, kenapa ye leeya rasa yang leeya akan pergi jauh je..” Kata Aleeya. “Apa leeya ni.. tak elok cakap macam tu.. jangan dilayan sangat perasaan tu..” Kata Zackry. Dia sedikit bimbang dengan kata-kata isterinya itu. Namun dia hanya menyimpannya di dalam hati.
************************************************************************************
 Panggilan telefon yang baru diterima Zackry amat mencemaskan. Dia lantas meninggalkan kolej dan bergegas ke hospital. Fikirannya hanya tertumpu kepada Aleeya. Zackry memecut keretanya. Fikirannya ligat memikirkan keadaan Aleeya. Beberapa minit yang lalu, seorang petugas di Hospital Tawakal menelefonnya dan memberitahu bahawa isterinya Aleeya dikejarkan ke wad kecemasan setelah dijumpai seseorang dalam keadaan berlumuran darah di hadapan hospital tersebut. Menurut petugas itu juga, Aleeya dipercayai ditikam peragut kerana tas tangannya juga hilang. Zackry bingung. Dalam perjalanan dia tidak mampu menahan sebaknya, air mata jantannya menitis. Dia teringat kata-kata Aleeya semalam. “Kalau aku hantar dia, semua ni tak akan jadi..” Zackry menyalahkan dirinya. 
 Setiba di hospital, Zackry terus ke bilik kecemasan. Aleeya masih didalam bilik tersebut. Para doctor masih mencuba menyelamatkannya. Sedang Zackry duduk menunggu sambil menyesali tindakannya, ibu bapanya tiba. Zackry pantas memeluk ibunya. Dia menangis. Tidak mahu lagi menahan egonya. Datin Syafiah menenangkan anaknya. “Papa dah call ayah leeya, mereka sekeluarga dah on the way,” Ujar Datuk Zabidin. Dua jam telah berlalu, Aleeya masih di bilik kecemasan itu. Keluarga Haji Nazim tiba. Hajah Amina menangis menahan sebak. Zackry yang sudah sedikit tenang bersalam dengan ibu bapa mertuanya dan iparnya. “Macam mana?” Tanya Amran yang juga seorang doktor. “Doktor kata dia alami pendarahan serius, mereka masih cuba..” Ujar Zackry. Hati Amran gusar. Dia tahu adiknya dalam keadaan kritikal. “Along..” Kata Azman. Dia perasan dengan perubahan muka abangnya. Amran diam. “Macam mana boleh jadi?” Tanya Azman. “Leeya hari ni ada appoiment kat sini, dia pergi dengan teksi, zack tak dapat hantar,sebab meeting. Dalam pukul 10.30 Zack dapat call dan kata leeya masuk emergency room..” Zackry terhenti seketika. Dia menahan sebaknya. “Nurse kata ada orang jumpa leeya depan hospital dalam keadaan berdarah, masa tu leeya dah tak sedarkan diri.. and.. dia kena tikam dengan peragut. Bag and semua duit habis.. lepas tu leeya di bawa ke wad kecemasan. Mujur Dr yang wat appoiment kenal leeya so dia call zack.” Kata Zackry. Air matanya menitis. Esakan Datin Syafiah, Hajah Amina, Fatin dan Suria semakin kuat kedengaran. Hajah Amina dan Datin Syafiah ditenangkan suami masing-masing. “Ya Allah..” Hanya itu yang kedengaran keluar dari mulut Hajah Amina. Tidak lama kemudian lampu di bilik kecemasan padam, seorang doctor keluar dari bilik tersebut. Mereka yang menunggu pantas mendapatkan doctor tersebut. “Macam mana isteri saya..” Tanya Zackry. “Hmm.. Kami dah cuba sedaya upaya, Puan Aleeya mengalami pendarahan yang serius, dia juga dipercayai terjatuh ketiga bergelut dengan peragut, dan… kandungan dia tak dpat diselamatkan.” Jelas Doktor tersebut. Semua disitu mengucap panjang mendengarnya. “Dan.. Puan Aleeya berada dalam keadaan yang kritikal.. sekarang dia koma. Peluang dia hidup.. tipis.. maafkan kami, kami dah cuba, kita tunggu perkembangannya..” Sambung Doktor itu. Zackry terkejut mendengarnya. Dia mengetuk dinding, dia menjerit. “Astaghfirullah zack, tenang nak.. kita berdoa saja..” Datuk Zabidin menenangkan anak tunggalnya itu. “Boleh saya jumpa dia?” Zackry mendapatkan kebenaran. “Maaf, kami terpaksa pindahkan dia di Unit Rawatan Rapi terlebih dahulu. Dan kami boleh benarkan seorang sahaja masuk, dia sangat kritikal..” Ujar Doktor. Semua di situ akur. 
 Zackry masuk ke bilik Aleeya. Aleeya terbaring kaku. Mesin Hayat disebelahnya hanya sedikit berbunyi. Sekurangnya Zackry tahu Aleeya masih hidup. Dia memegang erat tangan isterinya. Sejuk. “sayang.. maafkan abang.. kalau abang hantar sayang, ini semua tak akan jadi..” Zackry menitiskan air mata. “Abang bersalah pada leeya, pada anak kita…” Sambung Zackry. “Ya Allah.. selamatkan dia..” Doa Zackry dalam hati. Tangannya masih memegang tangan Aleeya. Dia memandang wayah Aleeya. Mata Aleeya yang tertutup rapat ditenung. Terdapat beberapa kesan lebam di wajah isterinya. Sukar baginya membayangkan kesakitan isterinya itu waktu diragut. Dia tidak henti-henti menyalahkan diri. 
***********************************************************************************
 Sudah tiga hari Aleeya dalam keadaan koma. Zackry pula setia menemani Aleeya. Keluarga Aleeya juga begitu. Masing-masing sentiasa mengambil berat keadaan Aleeya dan memantau perkembangan Aleeya. Zackry duduk disisi Aleeya, dia tidak berhenti berdoa agar Aleeya selamat. Zackry menggenggam tangan isterinya itu. “Sayang… abang sayang leeya.. bangunlah sayang..” Katanya. Jari jemari Aleeya bergerak perlahan. Zackry tersentak. Kelopak mata Aleeya berkedip. “Sayang..” Panggil Zackry. Aleeya membukakan matanya perlahan-lahan. “Abang….” Suara Aleeya lemah. Zackry menitiskan air mata kesyukuran. Dipeluk erat isterinya itu. Aleeya kini sudah sedar. Zackry memanggil doctor yang bertanggungjawab keatas isterinya. Disamping itu dia turut menghubungi keluarganya dan keluarga Aleeya. “En Zackry, keadaan Aleeya dah kembali stabil. Tapi dia masih lemah dan memerlukan rehat yang secukupnya.” Jelas Doktor itu. Zackry mengangguk. “Ibu…” Aleeya memanggil ibunya. Hajah Amina menghampiri anaknya itu. Dipeluknya Aleeya. Semua di situ bersyukur Aleeya telah melepasi saat kritikalnya. Aleeya memegang perutnya. “Baby..” Katanya sambil memandang Zackry. Aleeya masih belum mengetahui keguguran kandungannya. “Sayang.. baby kita tak dapat diselamatkan..”Ujar Zackry. Aleeya terkejut. Air matanya mengalir. “No…. ni semua salah leeya…” Aleeya sedikit kesal. Air matanya tidak berhenti-henti mengalir. “Maafkan leeya.. abang..” Kata Aleeya. “Dah sayang… bukan rezeki kita..” Zackry menenangkan isterinya. “Leeya yang salah… leeya tak dapat selamatkan dia…” Aleeya masih menyesal. “Sudahla leeya…” Pujuk Hajah Amina. Aleeya ditenangkan sanak saudaranya. Zackry sudah tidak mampu menenangkan Aleeya kerana dirinya sendiri tidak tenang. 
************************************************************************************
 Aleeya sudah dibenarkan keluar dari hospital. Setelah seminggu dia berada di hospital, kini tiba harinya untuk dia pulang. Aleeya dibawa ke kampungnya. Namun Aleeya lebih banyak termenung. Hal ini kerana berita yang disampaikan doctor bahawa keadaan rahimnya yang lemah dan dia mungkin mengalami masalah untuk hamil lagi. Aleeya tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan situasi itu nanti. Lebih-lebih lagi untuk berhadapan dengan bapa dan ibu mertuanya yang mengharapakan cucu. Zackry yang juga mengetahui mengenai perkara itu hanya menerimanya dengan pasrah. Aleeya tahu jauh disudut hati, lelaki itu sedikit kecewa. Lelaki mana yang tidak mahukan zuriatnya sendiri dari perkahwinan yang dibina. Aleeya lebih banyak diam dalam perjalanan. Hajah Amina memahami kelukaan hati anaknya itu. Setelah dua jam perjalanan, mereka tiba di rumah Haji Nazim.
 “Leeya.. makan sayang..” Kata Hajah Amina. Aleeya menggeleng. “Jangan macam ni.. leeya kena makan.. leeya tak ada tenaga nanti.” Ujar Hajah Amina. Aleeya akur. Hanya dua suap yang mampu dijamahnya. Dia hanya termenung. Hajah Amina gusar melihat perubahan Aleeya itu. “Leeya.. yang dah lepas jangan fikir lagi… leeya kena kuat untuk tempuh hidup baru..” Haji Nazim pula menasihatkan anaknya itu. “Ayah tak faham..” Aleeya bersuara sayu. “Ibu, ayah memang tak dapat nak faham sepenuhnya.. kami sayangkan leeya…” Ujar Hajah Amina pula. Aleeya tunduk. “Leeya.. “ Panggil Zackry. Aleeya memandang sayu wajah suaminya itu. Zackry berulang dari kolej ke rumah mertuanya untuk bersama Aleeya. Hajah Amina dan Haji Nazim meninggalkan bilik Aleeya. “Sayang.. dah makan..?” Tanya Zackry dan menghadiahkan satu kucupan didahi isterinya. Aleeya mengangguk sayu. “Abang.. maafkan leeya..” Katanya. Zackry memandang wajah Aleeya. “Kenapa sayang..” Kata Zackry. “Leeya tak dapat nak bagi abang baby.. leeya tak dapat nak selamatkan baby kita.. and.. leeya tak mampu nak bagi abang zuriat..”Ujar Aleeya. “Apa sayang ni… jangan cakap macam ni.. Doktor kata Cuma susah kan, bukan tak boleh langsung..” Pujuk Zackry. “Sama lah tu.. leeya tak tahu nak berhadapan dengan papa ngan mama abang macam mana..” Ujar Aleeya. “Jangan fikir sangat leeya, diorang mesti faham.. sudahla..” Kata Zackry. Air mata Aleeya mengalir. “Macam mana pun, abang tetap sayang leeya dan akan bersama leeya..” Pujuk Zackry lagi. 
***********************************************************************************


Novel - Aleeya 7


Semua pelajar Tahun Akhir Jurusan Perniagaan berkumpul di dewan kolej. Perjumpaan yang diatur Cik Embun itu dihadiri 130 orang pelajar dan 15 orang pensyarah. Aleeya dan Zackry adalah individu yang termasuk dalam senarai tersebut. “Selamat pagi semua” Cik Embun memulakan bicaranya. Ucapan selamatnya itu disambut semua pelajar. “Tujuan saya mengadakan perjumpaan seumpama ini adalah bagi mengingatkan pelajar tentang masalah disiplin yang melanda.” Kata Cik Embun. “ Entah apa-apa, macam sekolah je..” Ada suara pelajar yang mengutuk. Namun ia tidak didengari Pensyarah itu. “Disiplin teras kejayaan kamu, walaupun kamu bijak, kamu harus ada disiplin. Disiplin yang saya maksudkan ini bukan sahaja di kolej, malah di luar. Saya cukup kesal dengan sesetengah pelajar terutamanya pelajar perempuan yang mengambil peluang diatas kebaikan pensyarah. Ada pelajar di kalangan kamu yang telah melakukan salah laku yang serius dengan menggoda mahupun menjual diri bagi memperoleh keputusan cemerlang. Tidak hairanlah pelajar ini sentiasa mendapat keputusan bagus. Baru-baru ini saya terserempak dengan pelajar ini yang berjalan berpimpin tangan. Saya kasihan dengan pensyarah yang menjadi mangsa tersebut.” Kata Cik Embun panjang lebar namun masih berkias. Aleeya pada hari itu kurang sihat kerana berasa pening dan loya hanya tunduk. Dia tidak begitu mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh Cik Embun. “Nazzatul Aleeya” Cik Embun memanggil namanya. Aleeya terkejut. “Ye saya.” Kata Aleeya. Zackry juga turut terkejut apabila nama isterinya dipanggil. Aleeya berjalan ke hadapan setelah dipanggil. Kini berates mata tertumpu ke arahnya. “Awak dengar tak apa yang saya cakap?” Soal Cik Embun. Aleeya mengangguk. “ Sudahlah buat masalah disiplin, awak buat sambil lewa pula dengan teguran saya. Kalau awak masih tak faham lagi, biar saya bagitahu, awaklah pelajar yang saya maksudkan dan En Zack mangsanya. Kerana awaklah mereka dikumpulkan disini. Kamu semua harus marahkan dia..” Ujar Cik Embun. Dia puas. “ En Zack, awak tak perlu risau lagi, selepas pendedahan ini awak tidak akan menjadi mangsa lagi..” Cik Embun memandang Zackry. Aleeya mengalirkan air mata. Zackry senyum kearah Cik Embun dan menghampirinya. “Terima Kasih Cik Embun di atas bantuan awak ini.” Kata Zackry. Cik Embun senyum. Dia sedikit berbangga. Zackry lantas menghampiri Aleeya dan mengesat air mata yang mengalir lalu memeluk isterinya itu. Semua disitu terkejut. Baik pelajar mahupun pensyarah amat terperanjat dengan tindakan Zackry. “En Zack..” Cik Embun separuh menjerit. “ Cik Embun, menghukum serta memfitnah orang yang tak bersalah lagi besar kesalahannya. Mungkin saya dan Aleeya juga ada silapnya dalam hal ini. Tapi, tidak seharusnya seorang pensyarah yeng terkenal dengan dedikasinya membuat suatu perkara bodoh seperti ini hanya untuk menagih cinta yang tidak mampu dimilikinya. Bukankah itu untuk kepentingan sendiri.” Zackry mengulas panjang. Muka Cik Embun berubah. “ Baiklah, dikesempatan ini, biar saya bagi tahu semua, Nurul Nazzatul Aleeya yang berdiri disisi saya ini, yang dikatakan pelacur dan perempuan murahan oleh Cik Embun ini adalah isteri saya. Dia isteri saya yang sah..!!” Tegas Zackry. Sekali lagi warga dewan terkejut. “Kami dah 3 tahun berkahwin dan sebelum ini kami tak fikir hubungan ini akan menjadi isu. Lagipun saya bukanlah orang yang nak menghebohkan semua perkara dan kehidupan peribadi. Jadi, saya harap selepas ini tiada lagi spekulasi begini. Aleeya adalah isteri saya dan I’m love her.” Kata Zackry. Seluruh dewan memberikan tepukan gemuruh kepada mereka. Cik Embun merah padam mukanya. Dia terus keluar dari dewan tanpa menoleh kiri dan kanan. Aleeya tersenyum bangga dengan tindakan suaminya. Suzanna dan Mardiana juga turut kagum dengan pasangan itu. Pensyarah lain bersalaman dan mengucap tahniah kepada Zackry dan Aleeya. 
************************************************************************************
 “Abang, esok kita balik kampong leeya ye..” Kata Aleeya. “Okey sayang..” Kata zackry sewaktu mereka sedang menonton televisyen. “abang man ngan Kak Fatin dapat baby lagi..baby girl. Tadi abang man call” Jelas Aleeya. “Alhamdulillah. Dah seri ngan along la.. dua sama.. kak fatin pantang kat kampong la ye..” Sambung Zackry. “Ye la.. tapi baby girl gak.. sian si boy tu… dari dulu nak baby boy, tak kesahla adik ke, cousin ke.. dia pernah cakap kat leeya dia boring tak ada friends..” Jelas Aleeya. “Yeke… yela, orang lain main tedy bear dia je main bola.” Zackry berkata. “Leeya dulu pernah janji dengan dia nak bagi baby boy.. tapi nak buat macam mana, rezeki tak ada lagi..” Ujar Aleeya sayu. “ Yela.. papa ngan mama pun dah selalu tanya..” Zackry menambah. Membuatkan Aleeya semakin sedih. “ Maafkan Leeya ye abang… tak dapat bagi zuriat lagi..” Aleeya memandang sayu suaminya. “ Apa sayang ni.. tu semua rezeki tuhan, yela.. Walaupun kita dah 3 tahun kahwin tapi baru setahun bersama..” Zackry menenangkan isterinya. Aleeya mengangguk. “Bestnya ada baby.. mesti comel macam sayang kan..” Kata Zackry lalu mencium pipi isterinya. “ Abang suka baby girl or boy?” Tanya Aleeya. “Ala, abang tak kisah. Boy ke girl ke semua sama. Yang penting sihat.” Jelas Zackry. “ nanti kalau dapat baby leeya nak bagi nama yang cute. Kalau girl Nurul Syafidatul Zalia, kalau boy Muhammad Syafri Azim. Ok tak abang” tanya Aleeya. “ Amboi, panjangnya.. bagi yang simple dah la… siti ke, bedah, kalau boy nama ali ke abu ke.. ok la” Kata Zackry. “Apa abang ni.. nama mama ngan papa punyalah canggih, Muhammad Zackry Syafiq dengan Nurul Nazzatul Aleeya. Nama anak 3 huruf je… “ Ngomel Aleeya. “ Papa? Mama? Berangan la leeya ni..” Zackry menarik hidung isterinya. “ laa.. biarla..” Aleeya membalas. “ Jom saying, masuk tidur. Nak baby tak?” Zackry mengangkat keningnya. “Gatal..” kata Aleeya. Satu cubitan singgah dipipi Zackry. 
**********************************************************************************
 “ Hai Nur Najihah Farisya..” Aleeya menyapa anak Azman dan Fatin itu. “ nama pendek apa abang?” Aleeya menyoal Azman. “ Ecca.. “ Jawab Amran. Zackry cuba memangku bayi itu. “ Elok-elok abang.. nanti nangis baby ni..” Aleeya mengomel kepada suaminya. “Ish.. ingat abang ni apa ha? Ni papa gred A tau..” Kata Zackry. Semua yang ada disitu tertawa melihat keletah Aleeya dan Zackry. “Okay.. sekarang time nak susu..” Kata Fatin. Aleeya menyerahkan bayi kecil itu kepangkuan ibunya untuk disusukan. Aleey duduk disisi Fatin sambil memerhati bayi itu disusukan. “Tak geli ke kak?” Terpacul soalan itu dari mulut Aleeya. Fatin ketawa kecil. “Tak la… “ Jawabnya. Sementara itu Zackry duduk di ruang tamu sambil berbual dengan Azman. “ Kami dah dua, Along pun dua, kamu bila lagi.. dah tiga tahun kahwin kan.. “ Soal Azman. Zackry tersenyum. “ Belum rezeki bang, lagipun leeya belajar lagi..” Kata Zackry. “ Ye tak Ya jugak.. tapi ni kan dah sem akhir, boleh la merancang-rancang..” Tambah Azman. “ InsyaAllah abang..” Ujar Zackry. “ Tapi abang tak dapat bayangkan kalau leeya ada anak, dengan anak buah pun terjerit-jerit.. “ Kata Azman. Keluar tawa keduanya. “ Hoi. Mengumpat Leeya ye..” Aleeya menyampuk. “ Takla.. dah habis tuisyen pasal baby ke?” Soal Zackry. “ Dah..” Jawab Aleeya ringkas. Dia duduk di sebelah suaminya. Waktu itu Hajah Amina dan Haji Nazim ke kandang. Hanya mereka adik beradik tinggal di rumah. “Assalammualaikum..” Haji Nazim dan Hajah Amina tiba di rumah. Mereka menjawab salam. “Bila sampai?” Tanya Haji Nazim. “ Baru tadi..” Jawab Zackry. “papa, tadi wawa kawan dengan cow. Comel papa..” Ujar Najwa menceritakan pengalamannya sewaktu mengikut Datuk dan Neneknya. “Ala… ucu lagi comel kan..” Kata Aleeya. Dia mendukung anak buahnya. “ Ucu tak la comel sangat.. ucu, mana baby? Dulu abang boy kata ucu nak bagi baby..” Patah Najwa berbicara. Aleeya dan Zackry berpandangan. “Dalam Proses..” Jawab Aleeya. 
 “Leeya, kamu tak ada tanda-tanda ke?” tanya Hajah Amina. “Belum mak..” Jawab Aleeya sayu. “belum rezeki lah tu..” Kat Fatin. “ Ye mak.. leeya bukan tak nak, entahla.. kadang-kadang kesian juga leeya tengok abang zack tu.. papa ngan mama memang nak cucu, diorang selalu tanya. Kami dah tak tahu nak jawab apa..” Cerita Aleeya. “ Sabarla.. Tapi leeya sekarang makin sihat ibu tengok.. makin berisi..” Kata Hajah Amina. “ Ala… orang bahagia memangla..” Sambung Fatin. Dari jauh Aleeya mengerling Zackry yang sedang rancak berbual dengan ayah dan abangnya. 
 “Sayang… abang cintakan sayang..” Kata Zackry. Aleeya senyum. “Abang.. seronok kan tengok abang Man dengan Kak Fatin ada baby.. tengok Najwa tu, becok. Leeya teringin abang semua tu..” Kata Aleeya. “Ye leeya, kita doa kita usaha. Yang penting leeya habiskan study dulu.” Balas zackry. “Doakan leeya dapat result ok ye final sem ni..” Kata Aleeya. “Mestilah sayang..” Zackry menghadiahkan satu kucupan buat isterinya. “Abang, leeya dengar gossip Mar hari tu. Dia kata Cik Embun minta tukar ek..” Aleeya menyoal. “Entah.. dia segan dengan kita kot. Biarlah dia.. yang penting leeya bahagia dengan abang” Zackry menjawab. “Ye abang..” Aleeya berbaring disisi suaminya. 
************************************************************************************

Novel - Aleeya 6


Malam melabuhkan tirainya, matahari menampakkan cahayanya. Hari-hari yang dilalui Aleeya mahupun Zackry kini semakin bermakna. Rasa cinta dalam diri masing-masing membuatkan kehidupan mereka bahagia dan sentiasa disulami dengan kasih sayang. “Good Morning sayang..” ungkap Zackry sambil menghadiahkan satu kucupan didahi isterinya Aleeya. “Thank abang..” Balas Aleeya. Pagi yang indah itu dinikmati oleh keduanya dengan bahagianya. Hujung-hujung minggu begitu perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Selesai menyempurnakan diri, Aleeya menyediakan sarapan buat Zackry. Bihun Goreng yang dimasak Aleeya mengeluarkan bau yang membuatkan perut Zackry berkeroncong. “Sedapnya.. kan bagus kalau dari dulu leeya masak untuk abang..” Ujar Zackry sambil menyuap makanan. “Ala… tu semua salah abang la… tak bagitau semua ni awal-awal..” Ngomel Aleeya pula. “ Leeya tu yang jual mahal…” Seloroh Zackry. Mereka ketawa sambil menikmati sarapan yang tersedia itu. “ Hari ni duduk rumah je ke bang?” soal Aleeya. “ Hmm.. Leeya nak pergi mana?” Zackry menyoal kembali. “ Kita pergi shopping nak tak? Leeya tak pernah dapat jalan-jalan dengan abang lagi.” Ujar Aleeya. “ Shopping? Ala… nilah kalau dapat isteri perempuan, kerja asyik shopping je..” Rungut Zackry. “Abang ni… dah la kalau tak nak..” Aleeya menarik muncung. “ Alalala…. Merajuk pula, jom sayang… kita nak shopping kat mana?” Pujuk Zackry. Aleeya kembali senyum. “ Hmm.. kat KLCC la..” Kata Aleeya. Zackry mengangguk. 
 “Sayang… cepatlah pilih..” Kata Zackry sewaktu mereka singgah di Kedai Emas Sri Pinang. Jurujual di situ tersenyum melihat pasangan itu. Aleeya tersipu-sipu apabila menyedari gelagatnya dan Zackry diperhatikan. “Nak buat apa beli gelang emas lagi? Hantaran yang abang bagi masa kahwin tu ada kan.. leeya tak pakai lagi..” Ujar Aleeya. Zackry menarik dagu Aleeya. Matanya dan Aleeya setentang. “ Sayang.. yang dulu dengan sekarang tak sama.. pilihlah..” Ujar Zackry. Dia berharap Aleeya memahami maksud isi hatinya. “ Tapi abang… mahal ni..” Aleeya serba salah. “ Dah, jangan tengok harga sayang.. pilih je, mahal atau murah bukan ukuran cinta abang pada leeya.. “ Zackry bermadah. Aleeya akur. Dia memilih rantai tangan emas 916 yang berharga RM 2000. Walaupun agak keberatan, namun untuk tidak menghampakan suaminya, Aleeya akur. Zackry memakaikan rantai tangan tersebut ke pergelangan tangan Aleeya. “ Thanks a lot abang..” Bisik Aleeya. Aleeya dan Zackry membeli pelbagai barangan termasuk pakaian dan barang dapur. “ Ada lagi tak yang nak dibeli?” Tanya Zackry dengan raut wajah kepenatan. “Jap leeya fikir..” Aleeya menjawab. “ Ala… abang dah tak cukup tangan nak bawa ni.. Leeya ni lagi dahsyat dari mama la..” Rungut Zackry. “Abang ni.. bukan selalu pun, Leeya rasa dah cukup la.. jom la balik, abang pun muka dah macam belacan je leeya tengok..” Ujar Aleeya sambil mencubit pipi suaminya itu. “ Kalau abang belacan, leeya tu lesung batu tau.. lepas ni tak nak dah abang ikut leeya shopping. Nak mati rasa..” Zackry mencebik. Aleeya hanya ketawa kecil melihat gelagat suaminya. “ Kalau macam tu, abang kena hire PA la untuk leeya..” Gurau Aleeya. “ Tapi leeya nak yang lelaki tau, yang handsome.“ Sambung Aleeya. “ Boleh… boleh blah, tak payah nak mengada-ngada. Apa? Ingat abang ni tak handsome ke.. ” Jawab Zackry. Aleeya ketawa.
***********************************************************************************
 Pengkuliahan berjalan seperti biasa. Aleeya pula semakin hari semakin sibuk dengan pelajarannya. Maklumlah, tahun ini adalah Tahun akhir pengajiannya. Dia kerap menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajarannya di perpustakaan mahupun di rumah. Zackry banyak memberikan galakan pada Aleeya. Suzanna dan Mardiana juga begitu. Mereka selalu belajar secara berkumpulan. Selain itu, hubungan mesra Aleeya dan Zackry yang terjalin kini sudah terbawa-bawa sehingga ke Kolej. Bagi Aleeya mahupun Zackry, mereka tidak mahu lagi hubungan itu menjadi rahsia. Namun tidak pula mereka mahu menghebohkannya. Insan yang paling perasan dengan perkara itu sudah semestinya Suzanna dan Mardiana. “ Leeya.. kami nak tanya sikit boleh tak?” Mardiana memulakan bicara sewaktu mereka menelaah pelajaran di perpustakaan. “ Apa dia mar?” Tanya Aleeya. “ Errrr.. sejak akhir-akhir ni lah kan.. kitorang tengok kau dengan En. Zack bukan main rapat lagi. Makan sama-sama, datang kolej ngan balik pun sama-sama, korang ada apa-apa ke?” Soal Suzanna. Aleeya tertawa mendengar pertanyaan itu. “ Oklah.. macam ni, balik dari kolej nanti aku nak ajak korang datang rumah aku.. nanti aku cerita..” Ujar Aleeya. Serentak dengan itu, Aleeya mendapat mesej dari Zackry yang mengajaknya makan tengah hari. Aleeya keluar dari perpustakaan, Zackry pula sudah menanti di luar. “ Jom makan. Kita pergi makan kat luar nak? Leeya terasa nak makan Tom Yam la..” Kata Aleeya. “ Ok.. aik, apasal terasa-terasa ni.. mengidam ke?” Zackry hairan. “ Ish abang ni… leeya tengak period ni takkan mengandung pula…” Aleeya merangkul lengan Zackry. Zackry tertawa kecil. Dari jauh ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka.
 Petang itu, seperti yang dijanjikan, Aleeya membawa Suzanna dan Mardiana pulang kerumahnya. Zackry pada waktu itu pulang agak lewat kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. Setiba di rumah Aleeya, Suzanna dan Mardiana di jemput masuk. “ Leeya, besar juga rumah kau, kau duduk sorang ke? Mak bapak kau kat kampong kan..” Kata Mardiana. Aleeya hanya senyum. Keraguan Suzanna dan Mardiana bertambah lagi apabila melihat beberapa pasang kasut lelaki ada di rak kasut rumah teman mereka itu. Mereka masuk ke rumah setelah dipelawa. Aleeya mempersilakan dua temannya itu duduk dan dia terus kedapur menyediakan air untuk mereka. “ Minumlah.” Pelawa Aleeya. Suzanna dan Mardiana menghirup air yang disediakan. Aleeya mengeluarkan beberapa album gambar dari cabinet di ruang tamu. Suzanna dan Mardiana menyelak album tersebut. Alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat gambar tersebut adalah gambar perkahwinan Zackry dan Aleeya. “ Leeya..!!” Suzanna separuh menjerit. Mardiana juga begitu. “ Kau dengan En. Zack ni….” Mardiana tidak dapat meneruskan kata-katanya. “ Ya, dia suami aku..” Ujar Aleeya. “ Bila korang kahwin?” Soal Mardiana. “ Dua minggu sebelum daftar dekat Kolej Metropolitan” Jelas Aleeya. “ So, that’s mean, korang dah dua tahun..” Mardiana mendapatkan kepastian. Aleeya mengangguk. “ Sampai hati kau tak bagitau…” Suzanna merajuk. “ Bukan macam tu..” Aleeya memujuk. “ Tapi, sebelum ni kau macam benci je dia.. kau berlakon ek..” Mardiana menambah. “Aku tak berlakon, memang masa tu aku benci dia. Semua ni ada cerita di sebaliknya.” Kata Aleeya. Aleeya menceritakan segalanya kepada dua temannya itu. Suzanna dan Mardiana begitu khusyuk mendengar cerita Aleeya. Pelbagai ekspresi muka ditunjukkan. Akhirnya mereka faham situasi Aleeya dan Zackry. “ ooo.. So, sekarang kau sayang la dia..” Mardiana mengusik. “ Hmm.. lebih dari sayang mar, suzie..” Kata Aleeya. “Amboi, jiwang la pulak kawan aku ni..” Suzanna menepuk paha Aleeya. Aleeya senyum. “ Tak sangka aku yang selama ni kawan dengan wife of the most famous and handsome lecturer..” Suzanna menambah. “ Macam segan la pulak nak kawan dengan kau lepas ni..” Ujar Mardiana. Mimik wajah Aleeya berubah. “ Alaaa.. ni yang aku malas nak cerita ni.. Jangan la macam tu… aku sama je.. please…” Rayu Aleeya. Suzanna dan Mardiana mengangguk. “ Assalammualaikum.” Zackry memberi salam. Ketiga-tiga mereka menjawab serentak. “ Eh En. Zack.. buat apa kat sini..” Mardiana hairan. Suzanna mencubit lengan Mardiana. “ Itu kan suami leeya…” Suzanna berbisik. “ Eh, ye la.. aku lupa..” Mardiana menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “er.. kami balik dulu lah leeya..” Suzanna meminta diri. “ eh, kenapa nak balik awal sangat ni.. aku baru nak ajak korang makan..” Ujar Aleeya. “ Yelah, malam masih muda..” Zackry menyambung. “Ala… kitorang tak nak ganggu privacy..” Kata Mardiana selamba. “Eh.. Tak ganggu lah...” Aleeya menambah. “Suzanna, Mardiana, tak payah balik lagi... Jom kita makan dekat Island CafĂ©...” Pelawa Zackry. “Tak pe la... Susah-susah je...” Suzanna menolak. “Ala korang... Jom la...” Rayu Aleeya. Akhirnya Suzanna dan Mardiana setuju. “Abang nak mandi dulu ke?” Tanya Aleeya. “Tak payahla, balik nanti...Tapi sayang boleh tak start kereta dulu, abang nak pergi toilet Jap ...” Kata Zackry. Aleeya mengangguk... Suzanna dan Mardiana terkebil-kebil melihat pasangan romantik itu. “Abang… Sayang…” Mardiana mengajuk. “Oii... Biarla... Diorang dah kahwin...” Suzanna memangkah temannya itu. Aleeya hanya tertawa melihat mereka.
***********************************************************************************
 “Abang, kita singgah pasar malam dekat hujung Blok tu boleh tak?” Pinta Aleeya sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari Kolej. Zackry menangguk tanda setuju. “Leeya teringin nak makan ayam percik la...” Kata Aleeya. “Ok...”Zackry menjawab ringkas. “Abang ni kenapa?” Aleeya hairan dengan sikap endah-tak endah suaminya itu. “Tak da apa-apa...” Zackry menjawab. “Tak payah nak tipulah, leeya tengok abang semacam je... ada masalah ke?” Aleeya menyoal lagi. “Tak... I’m okay...” Zackry menjawab. “Abang selalu tak macam ni pun. Dari kolej tadi lagi leeya perasan, bercakap pun tak nak pandang leeya... Kenapa ni...” Aleeya mengusap lembut bahu suaminya. Zackry menepis tangan Aleeya sambil berkata “Abang ok la... Jangan banyak cakap boleh tak” Suara Zackry sedikit keras. Aleeya tersentak. “Apa abang ni... Cakap elok-elok tak boleh ke? Leeya cakap elok je dengan abang.. Tak payah nak marah-marah” Aleeya merajuk. Muncungnya ditarik. Harapan di hati agar Zackry memujuknya. “Sorry...” Ringkas jawapan Zackry. “Laa... Tak payah la nak merajuk, abang dah mintak maaf Kan...” Rungut Zackry. “Balik je la, tak payah pergi pasar malam” Kata Aleeya. “Pulak dah... tadi cakap lain, sekarang lain, kenapa leeya ni? Sekarang dah susah nak pusing balik...” Rungut Zackry lagi. Aleeya hanya diam. Geram dengan sikap suaminya itu. Setibanya di rumah Aleeya terus masuk ke rumah dan menutup pintu kereta sekuat hatinya tanpa menghiraukan suaminya. Zackry pula termangu disisi kereta melihat kelakuan isterinya. Panas sahaja hatinya. Sudahla di Kolej tadi dia penat. Hujung-hujung semester begitu terlalu banyak Kerja Kursus yang perlu disemak. Itu belum lagi latihan-latihan semasa. Zackry melangkah masuk ke rumah. “Amboi, ingat kereta tu free ke?” Zackry memerli isterinya sebaik melihat Aleeya di bilik. Aleeya hanya diam. Dia terus menggapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Zackry duduk di katil. Dia mengambil gambar perkahwinan mereka di meja sisi. Ditenung gambar itu. Tiba-tiba timbul rasa kesal dalam hatinya kerana memperlakukan Aleeya sedemikian. Dia tidak harus menjadikan Aleeya tempatnya melepas geram. Aleeya tidak bersalah. “ Maafkan abang ye sayang..” bisik hati kecilnya. Aleeya keluar dari bilik mandi. Rajuknya masih berbaki. Zackry menghampiri Aleeya. “Sorry sayang..” bisiknya lembut. Aleeya hanya membatukan diri. Masih geram dengan sikap suaminya. “ Abang tau abang salah.. abang tak patut lepaskan pada sayang segala tekanan abang di Kolej..” Zackry memujuk. Aleeya masih mendiamkan diri. “ Leeya, I’m sorry ok..” Zackry memeluk isterinya. “sudahla abang, leeya maafkan, tapi jangan buat lagi.. kita kan dah janji masalah kena bincang.. bukan ini caranya.” Kata Aleeya. Zackry mengangguk. “ Dah la, pergi mandi.. busuk la..” Aleeya menolak suaminya ke kamar mandi. “Jom mandi sama-sama” Zackry tersenyum nakal. “ Leeya dah mandi, abang mandilah..” Ujar Aleeya menolak pelawaan suaminya. “Alaa… jom mandi lagi..” Zackry menarik tangan Aleeya. Aleeya terpaksa akur. Sesudah itu keduanya solat maghrib berjemaah. Memang itu rutin harian mereka. “siapla..” Kata Zackry sambil melipat sejadah. “ Nak pergi mana?” Tanya Aleeya. “La… pasar malam. Tadi kata nak makan Ayam Percik.. karang kempunan pula” Ujar Zackry. Aleeya menangguk.
 “Abang nak beli apa lagi? Leeya dah dapat ayam percik cukupla..” Ujar Aleeya sewaktu mereka di pasar malam. “Hmm.. abang nak beli roti john la.. “ kata Zackry. Dia menarik tangan isterinya. Sejak hubungan mereka harmoni, kemana pergi pasti berpimpin tangan. Aleeya berasa selamat disisi Zackry dan Zackry pula bersyukur dikurniakan isteri sesempurna Aleeya. Sedang mereka sibuk meninjau makanan yang dijual, sepasang mata sibuk memerhatikan mereka. Baik Aleeya mahupun Zackry, masing-masing tidak perasan yang kelibat mereka diperhatikan. Kemana mereka pergi, disetiap sudut pasar malam itu, pemilik mata tersebut mengekori. Bijak mengatur langkah, dia tidak mahu dikesan. Selesai membeli mereka pulang.
***********************************************************************************
 “ Saya hairan betul dengan pelajar zaman sekarang” Ujar Cik Embun. “Kenapa Embun?” Dr Romlah kehairanan. “ yelah, zaman sekarang ni pelajar-pelajar terutamanya perempuan tanpa segan silu menagih cinta dan perhatian lelaki walaupun lelaki tersebut pensyarahnya.” Jelas Cik Embun. Dr. Romlah menyoal lagi. Cik Embun selaku pensyarah kanan hal ehwal disiplin pelajar fakulti perniagaan menjelaskan selebarnya. Beberapa pensyarah di situ mendengar ulasan itu. “ Saya rasa saya perlu buat perjumpaan dengan pelajar tahun akhir.” Ujar Cik Romlah lagi. “Kenapa tahun akhir sahaja?” Zackry yang turut berada di situ bertanya. Cik Embun terdiam seketika. Fikirannya ligat mencari alasan. “ Err.. sebab pelajar lain kita masih punya waktu untuk berjumpa.” Terang Cik Embun. Pensyarah lain mengangguk. Tidak ramai yang berani menentag Cik Embun. Dia yang sudah 10 tahun berkhidmat di kolej tersebut terkenal dengan sifatnya yang tegas disamping merupakan orang kuat Kolej. “saya akan buat perjumpaan pagi esok, saya akan tampal notis dan harap semua pensyarah turut hadir.” Kata Cik Embun. “En. Zack, saya nak bincang sekejap” Suara Cik Embun perlahan. Ada unsur-unsur godaan di situ. Umum telah mengetahui tentang perasaan terpendam pensyarah itu terhadap Zackry namun dia seringkali menyangkalnya. “Ok” Jawab Zackry. Dia dan Cik Embun berjalan seiring menuju ke bilik Cik Embun. “Duduk” Kata Cik Embun. Zackry duduk. “ Er.. apa pandangan awak pasal perkara tadi?” Tanya Cik Embun sambil badannya sedikit meliuk lentuk bagi menarik perhatian Zackry. “pasal apa?” Tanya Zackry. “ Pasal hubungan pelajar dengan pensyarah” Cik Embun sedikit Geram. “Ooo.. bagi saya it’s ok kalau pensyarah dan pelajar ada hubungan. Kalau dah suka sama suka tak pe la..” Zackry memberikan pendapatnya. Dia sedikit curiga dengan niat Cik Embun mengadakan perjumpaan tersebut. “Ee.. ok awak kata? Bagi saya itu macam keji. Pelajar tak sepatutnya menggoda pensyarah untuk kepentingannya. “ Cik Embun menambah. “ Lain orang, lain pendapatnya.” Kata Zackry lagi. Cik Embun mengangguk. “Err.. Zack.. apa pandangan awak tentang saya..?” Cik Embun mengeluarkan pertanyaan peribadi. Zackry menelan air liurnya. “ Er… you are nice person. Awak tegas, berdedikasi, ada karisma and.. cantik..” Kata Zackry. Cik Embun tunduk malu. “Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu, I have class” Zackry meminta diri. “ Ok.. thanks” Jawab Cik Embun. Hatinya sedikit berbunga dengan pujian Zackry itu. Kini dia nekad mahu menjatuhkan siapa pun yang menghalang cintanya pada Zackry. Cik Embun melangkah keluar dari biliknya. Dia berjalan menuju ke pusat pentadbiran bagi menguruskan hal perjumpaan dengan pelajar tahun akhir. Beberapa minit lagi dia mempunyai kelas. Dia berjalan sambil tersenyum melayan perasaannya yang berbunga apabila dipuji oleh Zackry. Cik Embun melintasi Kafeteria. Dia terkejut melihat Zackry dan Aleeya makan bersama. Waktu itu Aleeya sedang mengesat mulut Zackry. Hatinya yang berbunga sebentar tadi bertukar menjadi panas. Dia geram. Dia nekad mahu melepaskan marahnya pada Aleeya sewaktu kelas nanti. Cik Embun tiba di pusat pentadbiran dengan muka yang mencuka. Staf di pusat pentadbiran tidak berani menegurnya kerana masing-masing telah maklum dengan perangai Pensyarah yang seorang itu. Selesai tugasnya di situ dia masuk ke kelas Aleeya. Dia sengaja masuk awal bagi memastikan Aleeya dimarahinya. Setibanya Aleeya di kelas dia terkejut kerana Cik Embun telah berada di situ. Waktu itu sudah ramai temannya yang berada di kelas. Cuma Dia dan Syed, pelajar lelaki kelasnya yang belum tiba. Aleeya melihat jam tangannya. “Lagi lima minit..” Desis hati kecilnya. “Nazzatul Aleeya” Cik Embun memanggil. Aleeya bergerak ke arah pensyarahnya itu. “Saya tahu saya masuk awal lima minit, tapi sebagai pelajar kamu semua harus peka, kamu harus berada di kelas sebelum pensyarah masuk..” Cik Embun berkata kepada semua pelajarnya. Aleeya hanya berdiri di hadapan kelas. Semua mata tertumpu kearahnya. Dia berasa seperti baru melakukan jenayah yang besar. “Awak Aleeya, jangan ingat keputusan cemerlang menjamin masa depan kalau awak tak berdisiplin” Cik Embun berkata padanya. Suzanna dan Mardiana risau. Mereka tahu Aleeya bakal menerima sesuatu dari Cik Embun. “ Sebagai pelajar, adalah salah bagi kamu menggoda pensyarah atau apa-apa yang sewaktu dengannya untuk kepentingan diri sendiri.” Cik Embun menambah. Aleeya tidak mengerti maksudnya. Sedang dia dileteri Syed masuk. “Err.. maaf Cik, ada hal tadi..” Kata Syed. “ It’s ok.. awak boleh duduk..” Kata Cik Embun. Aleeya pantas mengangkat kepalanya. Tidak adil baginya semua itu. “Saya tak ada mood untuk mengajar hari ini kerana dah dirosakkan oleh perempuan ni..” Jari telunjuk Cik Embun menuju ke arah Aleeya. Penggunaan bahasa yang digunakan Cik Embun memang kasar. Aleeya terkesima dengan kelakuan Cik Embun. Cik Embun berjalan keluar dari kelas. Sebelum keluar dia sempat berkata “ Aleeya, saya tak kisah kalau awak nak jadi apa pun, pelacur ke, perempuan murahan ke, tapi tolong jaga disiplin awak.. ingat, esok ada perjumpaan untuk pelajar tahun akhir” Aleeya merasakan itu terlalu kejam buatnya. Dia tidak tahu apa salahnya. Dia kembali duduk di tempatnya setelah Cik Embun keluar. Seluruh kelas tertumpu kepadanya. Suzanna dan Mardiana mendekati Aleeya. “Sabar je la leeya, andartu memang macam tu..” Pujuk Suzanna. “Entah, baran tak tentu pasal, datang bulan kot..” Kata Mardiana. Aleeya tunduk. Mahu menitis air matanya menerima tuduhan sebegitu. Hari tersebut menjadi hari yang suram baginya sehinggalah tiba di rumah. Sebelum tidur, Aleeya mengadu kepada suaminya. “Abang…” Panggil Aleeya. Zackry menoleh kepada isterinya. “leeya ada masalah..” Sayu suara Aleeya. “ Kenapa sayang?” Zackry hairan. “Tadi Leeya kena marah dengan Cik Embun” Aleeya menceritakan segalanya. Zackry geram setelah mendengarnya. “ Sampai panggil orang pelacur dan perempuan murahan, tu dah melampau..” Ujar Zackry. Baginya, tidak seharusnya seorang pensyarah yang dilahirkan sebagai pendidik mengeluarkan kata-kata sebegitu. “ Leeya nak abang buat apa?” Tanya Zackry sambil merangkul manja isterinya. Aleeya selesa dalam pelukan suaminya. “ Tak payah buat apa-apa, leeya Cuma nak mengadu masalah je..” Kata Aleeya. “Sabar ye sayang.. dah la, jom tidur..” Ajak Zackry. Lampu dipadam dan Aleeya lena dalam pelukan suaminya.
***********************************************************************************