Tuesday, August 7, 2012

Novel - Aleeya 6


Malam melabuhkan tirainya, matahari menampakkan cahayanya. Hari-hari yang dilalui Aleeya mahupun Zackry kini semakin bermakna. Rasa cinta dalam diri masing-masing membuatkan kehidupan mereka bahagia dan sentiasa disulami dengan kasih sayang. “Good Morning sayang..” ungkap Zackry sambil menghadiahkan satu kucupan didahi isterinya Aleeya. “Thank abang..” Balas Aleeya. Pagi yang indah itu dinikmati oleh keduanya dengan bahagianya. Hujung-hujung minggu begitu perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Selesai menyempurnakan diri, Aleeya menyediakan sarapan buat Zackry. Bihun Goreng yang dimasak Aleeya mengeluarkan bau yang membuatkan perut Zackry berkeroncong. “Sedapnya.. kan bagus kalau dari dulu leeya masak untuk abang..” Ujar Zackry sambil menyuap makanan. “Ala… tu semua salah abang la… tak bagitau semua ni awal-awal..” Ngomel Aleeya pula. “ Leeya tu yang jual mahal…” Seloroh Zackry. Mereka ketawa sambil menikmati sarapan yang tersedia itu. “ Hari ni duduk rumah je ke bang?” soal Aleeya. “ Hmm.. Leeya nak pergi mana?” Zackry menyoal kembali. “ Kita pergi shopping nak tak? Leeya tak pernah dapat jalan-jalan dengan abang lagi.” Ujar Aleeya. “ Shopping? Ala… nilah kalau dapat isteri perempuan, kerja asyik shopping je..” Rungut Zackry. “Abang ni… dah la kalau tak nak..” Aleeya menarik muncung. “ Alalala…. Merajuk pula, jom sayang… kita nak shopping kat mana?” Pujuk Zackry. Aleeya kembali senyum. “ Hmm.. kat KLCC la..” Kata Aleeya. Zackry mengangguk. 
 “Sayang… cepatlah pilih..” Kata Zackry sewaktu mereka singgah di Kedai Emas Sri Pinang. Jurujual di situ tersenyum melihat pasangan itu. Aleeya tersipu-sipu apabila menyedari gelagatnya dan Zackry diperhatikan. “Nak buat apa beli gelang emas lagi? Hantaran yang abang bagi masa kahwin tu ada kan.. leeya tak pakai lagi..” Ujar Aleeya. Zackry menarik dagu Aleeya. Matanya dan Aleeya setentang. “ Sayang.. yang dulu dengan sekarang tak sama.. pilihlah..” Ujar Zackry. Dia berharap Aleeya memahami maksud isi hatinya. “ Tapi abang… mahal ni..” Aleeya serba salah. “ Dah, jangan tengok harga sayang.. pilih je, mahal atau murah bukan ukuran cinta abang pada leeya.. “ Zackry bermadah. Aleeya akur. Dia memilih rantai tangan emas 916 yang berharga RM 2000. Walaupun agak keberatan, namun untuk tidak menghampakan suaminya, Aleeya akur. Zackry memakaikan rantai tangan tersebut ke pergelangan tangan Aleeya. “ Thanks a lot abang..” Bisik Aleeya. Aleeya dan Zackry membeli pelbagai barangan termasuk pakaian dan barang dapur. “ Ada lagi tak yang nak dibeli?” Tanya Zackry dengan raut wajah kepenatan. “Jap leeya fikir..” Aleeya menjawab. “ Ala… abang dah tak cukup tangan nak bawa ni.. Leeya ni lagi dahsyat dari mama la..” Rungut Zackry. “Abang ni.. bukan selalu pun, Leeya rasa dah cukup la.. jom la balik, abang pun muka dah macam belacan je leeya tengok..” Ujar Aleeya sambil mencubit pipi suaminya itu. “ Kalau abang belacan, leeya tu lesung batu tau.. lepas ni tak nak dah abang ikut leeya shopping. Nak mati rasa..” Zackry mencebik. Aleeya hanya ketawa kecil melihat gelagat suaminya. “ Kalau macam tu, abang kena hire PA la untuk leeya..” Gurau Aleeya. “ Tapi leeya nak yang lelaki tau, yang handsome.“ Sambung Aleeya. “ Boleh… boleh blah, tak payah nak mengada-ngada. Apa? Ingat abang ni tak handsome ke.. ” Jawab Zackry. Aleeya ketawa.
***********************************************************************************
 Pengkuliahan berjalan seperti biasa. Aleeya pula semakin hari semakin sibuk dengan pelajarannya. Maklumlah, tahun ini adalah Tahun akhir pengajiannya. Dia kerap menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajarannya di perpustakaan mahupun di rumah. Zackry banyak memberikan galakan pada Aleeya. Suzanna dan Mardiana juga begitu. Mereka selalu belajar secara berkumpulan. Selain itu, hubungan mesra Aleeya dan Zackry yang terjalin kini sudah terbawa-bawa sehingga ke Kolej. Bagi Aleeya mahupun Zackry, mereka tidak mahu lagi hubungan itu menjadi rahsia. Namun tidak pula mereka mahu menghebohkannya. Insan yang paling perasan dengan perkara itu sudah semestinya Suzanna dan Mardiana. “ Leeya.. kami nak tanya sikit boleh tak?” Mardiana memulakan bicara sewaktu mereka menelaah pelajaran di perpustakaan. “ Apa dia mar?” Tanya Aleeya. “ Errrr.. sejak akhir-akhir ni lah kan.. kitorang tengok kau dengan En. Zack bukan main rapat lagi. Makan sama-sama, datang kolej ngan balik pun sama-sama, korang ada apa-apa ke?” Soal Suzanna. Aleeya tertawa mendengar pertanyaan itu. “ Oklah.. macam ni, balik dari kolej nanti aku nak ajak korang datang rumah aku.. nanti aku cerita..” Ujar Aleeya. Serentak dengan itu, Aleeya mendapat mesej dari Zackry yang mengajaknya makan tengah hari. Aleeya keluar dari perpustakaan, Zackry pula sudah menanti di luar. “ Jom makan. Kita pergi makan kat luar nak? Leeya terasa nak makan Tom Yam la..” Kata Aleeya. “ Ok.. aik, apasal terasa-terasa ni.. mengidam ke?” Zackry hairan. “ Ish abang ni… leeya tengak period ni takkan mengandung pula…” Aleeya merangkul lengan Zackry. Zackry tertawa kecil. Dari jauh ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka.
 Petang itu, seperti yang dijanjikan, Aleeya membawa Suzanna dan Mardiana pulang kerumahnya. Zackry pada waktu itu pulang agak lewat kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. Setiba di rumah Aleeya, Suzanna dan Mardiana di jemput masuk. “ Leeya, besar juga rumah kau, kau duduk sorang ke? Mak bapak kau kat kampong kan..” Kata Mardiana. Aleeya hanya senyum. Keraguan Suzanna dan Mardiana bertambah lagi apabila melihat beberapa pasang kasut lelaki ada di rak kasut rumah teman mereka itu. Mereka masuk ke rumah setelah dipelawa. Aleeya mempersilakan dua temannya itu duduk dan dia terus kedapur menyediakan air untuk mereka. “ Minumlah.” Pelawa Aleeya. Suzanna dan Mardiana menghirup air yang disediakan. Aleeya mengeluarkan beberapa album gambar dari cabinet di ruang tamu. Suzanna dan Mardiana menyelak album tersebut. Alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat gambar tersebut adalah gambar perkahwinan Zackry dan Aleeya. “ Leeya..!!” Suzanna separuh menjerit. Mardiana juga begitu. “ Kau dengan En. Zack ni….” Mardiana tidak dapat meneruskan kata-katanya. “ Ya, dia suami aku..” Ujar Aleeya. “ Bila korang kahwin?” Soal Mardiana. “ Dua minggu sebelum daftar dekat Kolej Metropolitan” Jelas Aleeya. “ So, that’s mean, korang dah dua tahun..” Mardiana mendapatkan kepastian. Aleeya mengangguk. “ Sampai hati kau tak bagitau…” Suzanna merajuk. “ Bukan macam tu..” Aleeya memujuk. “ Tapi, sebelum ni kau macam benci je dia.. kau berlakon ek..” Mardiana menambah. “Aku tak berlakon, memang masa tu aku benci dia. Semua ni ada cerita di sebaliknya.” Kata Aleeya. Aleeya menceritakan segalanya kepada dua temannya itu. Suzanna dan Mardiana begitu khusyuk mendengar cerita Aleeya. Pelbagai ekspresi muka ditunjukkan. Akhirnya mereka faham situasi Aleeya dan Zackry. “ ooo.. So, sekarang kau sayang la dia..” Mardiana mengusik. “ Hmm.. lebih dari sayang mar, suzie..” Kata Aleeya. “Amboi, jiwang la pulak kawan aku ni..” Suzanna menepuk paha Aleeya. Aleeya senyum. “ Tak sangka aku yang selama ni kawan dengan wife of the most famous and handsome lecturer..” Suzanna menambah. “ Macam segan la pulak nak kawan dengan kau lepas ni..” Ujar Mardiana. Mimik wajah Aleeya berubah. “ Alaaa.. ni yang aku malas nak cerita ni.. Jangan la macam tu… aku sama je.. please…” Rayu Aleeya. Suzanna dan Mardiana mengangguk. “ Assalammualaikum.” Zackry memberi salam. Ketiga-tiga mereka menjawab serentak. “ Eh En. Zack.. buat apa kat sini..” Mardiana hairan. Suzanna mencubit lengan Mardiana. “ Itu kan suami leeya…” Suzanna berbisik. “ Eh, ye la.. aku lupa..” Mardiana menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “er.. kami balik dulu lah leeya..” Suzanna meminta diri. “ eh, kenapa nak balik awal sangat ni.. aku baru nak ajak korang makan..” Ujar Aleeya. “ Yelah, malam masih muda..” Zackry menyambung. “Ala… kitorang tak nak ganggu privacy..” Kata Mardiana selamba. “Eh.. Tak ganggu lah...” Aleeya menambah. “Suzanna, Mardiana, tak payah balik lagi... Jom kita makan dekat Island CafĂ©...” Pelawa Zackry. “Tak pe la... Susah-susah je...” Suzanna menolak. “Ala korang... Jom la...” Rayu Aleeya. Akhirnya Suzanna dan Mardiana setuju. “Abang nak mandi dulu ke?” Tanya Aleeya. “Tak payahla, balik nanti...Tapi sayang boleh tak start kereta dulu, abang nak pergi toilet Jap ...” Kata Zackry. Aleeya mengangguk... Suzanna dan Mardiana terkebil-kebil melihat pasangan romantik itu. “Abang… Sayang…” Mardiana mengajuk. “Oii... Biarla... Diorang dah kahwin...” Suzanna memangkah temannya itu. Aleeya hanya tertawa melihat mereka.
***********************************************************************************
 “Abang, kita singgah pasar malam dekat hujung Blok tu boleh tak?” Pinta Aleeya sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari Kolej. Zackry menangguk tanda setuju. “Leeya teringin nak makan ayam percik la...” Kata Aleeya. “Ok...”Zackry menjawab ringkas. “Abang ni kenapa?” Aleeya hairan dengan sikap endah-tak endah suaminya itu. “Tak da apa-apa...” Zackry menjawab. “Tak payah nak tipulah, leeya tengok abang semacam je... ada masalah ke?” Aleeya menyoal lagi. “Tak... I’m okay...” Zackry menjawab. “Abang selalu tak macam ni pun. Dari kolej tadi lagi leeya perasan, bercakap pun tak nak pandang leeya... Kenapa ni...” Aleeya mengusap lembut bahu suaminya. Zackry menepis tangan Aleeya sambil berkata “Abang ok la... Jangan banyak cakap boleh tak” Suara Zackry sedikit keras. Aleeya tersentak. “Apa abang ni... Cakap elok-elok tak boleh ke? Leeya cakap elok je dengan abang.. Tak payah nak marah-marah” Aleeya merajuk. Muncungnya ditarik. Harapan di hati agar Zackry memujuknya. “Sorry...” Ringkas jawapan Zackry. “Laa... Tak payah la nak merajuk, abang dah mintak maaf Kan...” Rungut Zackry. “Balik je la, tak payah pergi pasar malam” Kata Aleeya. “Pulak dah... tadi cakap lain, sekarang lain, kenapa leeya ni? Sekarang dah susah nak pusing balik...” Rungut Zackry lagi. Aleeya hanya diam. Geram dengan sikap suaminya itu. Setibanya di rumah Aleeya terus masuk ke rumah dan menutup pintu kereta sekuat hatinya tanpa menghiraukan suaminya. Zackry pula termangu disisi kereta melihat kelakuan isterinya. Panas sahaja hatinya. Sudahla di Kolej tadi dia penat. Hujung-hujung semester begitu terlalu banyak Kerja Kursus yang perlu disemak. Itu belum lagi latihan-latihan semasa. Zackry melangkah masuk ke rumah. “Amboi, ingat kereta tu free ke?” Zackry memerli isterinya sebaik melihat Aleeya di bilik. Aleeya hanya diam. Dia terus menggapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Zackry duduk di katil. Dia mengambil gambar perkahwinan mereka di meja sisi. Ditenung gambar itu. Tiba-tiba timbul rasa kesal dalam hatinya kerana memperlakukan Aleeya sedemikian. Dia tidak harus menjadikan Aleeya tempatnya melepas geram. Aleeya tidak bersalah. “ Maafkan abang ye sayang..” bisik hati kecilnya. Aleeya keluar dari bilik mandi. Rajuknya masih berbaki. Zackry menghampiri Aleeya. “Sorry sayang..” bisiknya lembut. Aleeya hanya membatukan diri. Masih geram dengan sikap suaminya. “ Abang tau abang salah.. abang tak patut lepaskan pada sayang segala tekanan abang di Kolej..” Zackry memujuk. Aleeya masih mendiamkan diri. “ Leeya, I’m sorry ok..” Zackry memeluk isterinya. “sudahla abang, leeya maafkan, tapi jangan buat lagi.. kita kan dah janji masalah kena bincang.. bukan ini caranya.” Kata Aleeya. Zackry mengangguk. “ Dah la, pergi mandi.. busuk la..” Aleeya menolak suaminya ke kamar mandi. “Jom mandi sama-sama” Zackry tersenyum nakal. “ Leeya dah mandi, abang mandilah..” Ujar Aleeya menolak pelawaan suaminya. “Alaa… jom mandi lagi..” Zackry menarik tangan Aleeya. Aleeya terpaksa akur. Sesudah itu keduanya solat maghrib berjemaah. Memang itu rutin harian mereka. “siapla..” Kata Zackry sambil melipat sejadah. “ Nak pergi mana?” Tanya Aleeya. “La… pasar malam. Tadi kata nak makan Ayam Percik.. karang kempunan pula” Ujar Zackry. Aleeya menangguk.
 “Abang nak beli apa lagi? Leeya dah dapat ayam percik cukupla..” Ujar Aleeya sewaktu mereka di pasar malam. “Hmm.. abang nak beli roti john la.. “ kata Zackry. Dia menarik tangan isterinya. Sejak hubungan mereka harmoni, kemana pergi pasti berpimpin tangan. Aleeya berasa selamat disisi Zackry dan Zackry pula bersyukur dikurniakan isteri sesempurna Aleeya. Sedang mereka sibuk meninjau makanan yang dijual, sepasang mata sibuk memerhatikan mereka. Baik Aleeya mahupun Zackry, masing-masing tidak perasan yang kelibat mereka diperhatikan. Kemana mereka pergi, disetiap sudut pasar malam itu, pemilik mata tersebut mengekori. Bijak mengatur langkah, dia tidak mahu dikesan. Selesai membeli mereka pulang.
***********************************************************************************
 “ Saya hairan betul dengan pelajar zaman sekarang” Ujar Cik Embun. “Kenapa Embun?” Dr Romlah kehairanan. “ yelah, zaman sekarang ni pelajar-pelajar terutamanya perempuan tanpa segan silu menagih cinta dan perhatian lelaki walaupun lelaki tersebut pensyarahnya.” Jelas Cik Embun. Dr. Romlah menyoal lagi. Cik Embun selaku pensyarah kanan hal ehwal disiplin pelajar fakulti perniagaan menjelaskan selebarnya. Beberapa pensyarah di situ mendengar ulasan itu. “ Saya rasa saya perlu buat perjumpaan dengan pelajar tahun akhir.” Ujar Cik Romlah lagi. “Kenapa tahun akhir sahaja?” Zackry yang turut berada di situ bertanya. Cik Embun terdiam seketika. Fikirannya ligat mencari alasan. “ Err.. sebab pelajar lain kita masih punya waktu untuk berjumpa.” Terang Cik Embun. Pensyarah lain mengangguk. Tidak ramai yang berani menentag Cik Embun. Dia yang sudah 10 tahun berkhidmat di kolej tersebut terkenal dengan sifatnya yang tegas disamping merupakan orang kuat Kolej. “saya akan buat perjumpaan pagi esok, saya akan tampal notis dan harap semua pensyarah turut hadir.” Kata Cik Embun. “En. Zack, saya nak bincang sekejap” Suara Cik Embun perlahan. Ada unsur-unsur godaan di situ. Umum telah mengetahui tentang perasaan terpendam pensyarah itu terhadap Zackry namun dia seringkali menyangkalnya. “Ok” Jawab Zackry. Dia dan Cik Embun berjalan seiring menuju ke bilik Cik Embun. “Duduk” Kata Cik Embun. Zackry duduk. “ Er.. apa pandangan awak pasal perkara tadi?” Tanya Cik Embun sambil badannya sedikit meliuk lentuk bagi menarik perhatian Zackry. “pasal apa?” Tanya Zackry. “ Pasal hubungan pelajar dengan pensyarah” Cik Embun sedikit Geram. “Ooo.. bagi saya it’s ok kalau pensyarah dan pelajar ada hubungan. Kalau dah suka sama suka tak pe la..” Zackry memberikan pendapatnya. Dia sedikit curiga dengan niat Cik Embun mengadakan perjumpaan tersebut. “Ee.. ok awak kata? Bagi saya itu macam keji. Pelajar tak sepatutnya menggoda pensyarah untuk kepentingannya. “ Cik Embun menambah. “ Lain orang, lain pendapatnya.” Kata Zackry lagi. Cik Embun mengangguk. “Err.. Zack.. apa pandangan awak tentang saya..?” Cik Embun mengeluarkan pertanyaan peribadi. Zackry menelan air liurnya. “ Er… you are nice person. Awak tegas, berdedikasi, ada karisma and.. cantik..” Kata Zackry. Cik Embun tunduk malu. “Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu, I have class” Zackry meminta diri. “ Ok.. thanks” Jawab Cik Embun. Hatinya sedikit berbunga dengan pujian Zackry itu. Kini dia nekad mahu menjatuhkan siapa pun yang menghalang cintanya pada Zackry. Cik Embun melangkah keluar dari biliknya. Dia berjalan menuju ke pusat pentadbiran bagi menguruskan hal perjumpaan dengan pelajar tahun akhir. Beberapa minit lagi dia mempunyai kelas. Dia berjalan sambil tersenyum melayan perasaannya yang berbunga apabila dipuji oleh Zackry. Cik Embun melintasi Kafeteria. Dia terkejut melihat Zackry dan Aleeya makan bersama. Waktu itu Aleeya sedang mengesat mulut Zackry. Hatinya yang berbunga sebentar tadi bertukar menjadi panas. Dia geram. Dia nekad mahu melepaskan marahnya pada Aleeya sewaktu kelas nanti. Cik Embun tiba di pusat pentadbiran dengan muka yang mencuka. Staf di pusat pentadbiran tidak berani menegurnya kerana masing-masing telah maklum dengan perangai Pensyarah yang seorang itu. Selesai tugasnya di situ dia masuk ke kelas Aleeya. Dia sengaja masuk awal bagi memastikan Aleeya dimarahinya. Setibanya Aleeya di kelas dia terkejut kerana Cik Embun telah berada di situ. Waktu itu sudah ramai temannya yang berada di kelas. Cuma Dia dan Syed, pelajar lelaki kelasnya yang belum tiba. Aleeya melihat jam tangannya. “Lagi lima minit..” Desis hati kecilnya. “Nazzatul Aleeya” Cik Embun memanggil. Aleeya bergerak ke arah pensyarahnya itu. “Saya tahu saya masuk awal lima minit, tapi sebagai pelajar kamu semua harus peka, kamu harus berada di kelas sebelum pensyarah masuk..” Cik Embun berkata kepada semua pelajarnya. Aleeya hanya berdiri di hadapan kelas. Semua mata tertumpu kearahnya. Dia berasa seperti baru melakukan jenayah yang besar. “Awak Aleeya, jangan ingat keputusan cemerlang menjamin masa depan kalau awak tak berdisiplin” Cik Embun berkata padanya. Suzanna dan Mardiana risau. Mereka tahu Aleeya bakal menerima sesuatu dari Cik Embun. “ Sebagai pelajar, adalah salah bagi kamu menggoda pensyarah atau apa-apa yang sewaktu dengannya untuk kepentingan diri sendiri.” Cik Embun menambah. Aleeya tidak mengerti maksudnya. Sedang dia dileteri Syed masuk. “Err.. maaf Cik, ada hal tadi..” Kata Syed. “ It’s ok.. awak boleh duduk..” Kata Cik Embun. Aleeya pantas mengangkat kepalanya. Tidak adil baginya semua itu. “Saya tak ada mood untuk mengajar hari ini kerana dah dirosakkan oleh perempuan ni..” Jari telunjuk Cik Embun menuju ke arah Aleeya. Penggunaan bahasa yang digunakan Cik Embun memang kasar. Aleeya terkesima dengan kelakuan Cik Embun. Cik Embun berjalan keluar dari kelas. Sebelum keluar dia sempat berkata “ Aleeya, saya tak kisah kalau awak nak jadi apa pun, pelacur ke, perempuan murahan ke, tapi tolong jaga disiplin awak.. ingat, esok ada perjumpaan untuk pelajar tahun akhir” Aleeya merasakan itu terlalu kejam buatnya. Dia tidak tahu apa salahnya. Dia kembali duduk di tempatnya setelah Cik Embun keluar. Seluruh kelas tertumpu kepadanya. Suzanna dan Mardiana mendekati Aleeya. “Sabar je la leeya, andartu memang macam tu..” Pujuk Suzanna. “Entah, baran tak tentu pasal, datang bulan kot..” Kata Mardiana. Aleeya tunduk. Mahu menitis air matanya menerima tuduhan sebegitu. Hari tersebut menjadi hari yang suram baginya sehinggalah tiba di rumah. Sebelum tidur, Aleeya mengadu kepada suaminya. “Abang…” Panggil Aleeya. Zackry menoleh kepada isterinya. “leeya ada masalah..” Sayu suara Aleeya. “ Kenapa sayang?” Zackry hairan. “Tadi Leeya kena marah dengan Cik Embun” Aleeya menceritakan segalanya. Zackry geram setelah mendengarnya. “ Sampai panggil orang pelacur dan perempuan murahan, tu dah melampau..” Ujar Zackry. Baginya, tidak seharusnya seorang pensyarah yang dilahirkan sebagai pendidik mengeluarkan kata-kata sebegitu. “ Leeya nak abang buat apa?” Tanya Zackry sambil merangkul manja isterinya. Aleeya selesa dalam pelukan suaminya. “ Tak payah buat apa-apa, leeya Cuma nak mengadu masalah je..” Kata Aleeya. “Sabar ye sayang.. dah la, jom tidur..” Ajak Zackry. Lampu dipadam dan Aleeya lena dalam pelukan suaminya.
***********************************************************************************

Novel - Aleeya 5


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, kini genap Setahun perkahwinan Aleeya dan Zackry. Rahsia perkahwinan mereka masih tersimpan rapi. Namun,sejak akhir-akhir ini, Aleeya semakin berubah sikap. Dia sering kelihatan bersama seorang pelajar lelaki. Jika sebelum-sebelum ini Aleeya, Suzanna dan Mardiana dilihat sering bersama, namun sejak kebelakangan ini mereka kurang bersama. Semua itu gara gara perkenalan Aleeya dengan pelajar tahun akhir dari Jurusan Sains Sukan, Eddy Osmera. Pada awal perkenalan, mereka Cuma kenalan biasa yang bernaung bawah satu persatuan iaitu Persatuan Rakan Muda yang mana Eddy adalah presiden dan Aleeya timbalannya. Namun begitu hubungan mereka semakin rapat dari hari ke hari. Zackry juga perasan dengan sikap Aleeya itu. Aleeya kerap pulang lewat dan Zackry perasan dengan perubahan Aleeya itu. Prestasi pelajaran Aleeya juga agak menurun. Zackry risau dengan semua itu lebih-lebih lagi dia tahu perangai sebenar Eddy itu. Eddy hanya mahu mempermainkan Aleeya. Sudah ramai yang kena. Namun, apabila Zackry memberitahu Aleeya, isterinya itu tidak mengendahkan tegurannya. Malah Aleeya pula menuduh Zackry menjaga tepi kainnya ( Walaupun dia pakai seluar hehe..). Semakin hari hubungan Aleeya dan Zackry semakin renggang. Aleeya jarang berada di rumah. Pernah suatu hari Aleeya bersiap-siap hendak keluar. Zackry menegurnya. “ Nak pergi mana malam-malam ni.. dah pukul 9 ni..” Tegur Zackry. Aleeya tidak mengendahkan teguran itu. “Aleeya..!!” Suara Zackry semakin tinggi. “ Zackry Syafiq.. Awak peduli apa.. kita kan ada life sendiri..” Ujar Aleeya. “ Memang, tapi saya kena tegur apa yang salah.” Balas Zackry. “ Salah? Apa yang saya buat salah ke? Saya dah jumpa lelaki terbaik dalam hidup saya, I love him” Pengakuan terbuka oleh Aleeya. Zackry terkejut. “ tapi Leeya, awak tak kenal siapa Eddy tu siapa. Dia playboy” Terang Zackry. Aleeya semakin melenting. “ Awak jangan sesuka hati tuduh orang macam tu.. awak ingat awak bagus sangat ke?” Tengking Aleeya. “ Aleeya, awak dah banyak berubah. Awak tak ingat lagi cita-cita awak? Mana Aleeya yang dulu?” Zackry menambah. Aleeya tunduk dia terus berlalu keluar meninggalkan Zackry. Zackry mengucap panjang menahan amarahnya. Dia sedih melihat perubahan Aleeya. Zackry duduk di sofa. Dibelek satu-satu gambar perkahwinan mereka. “ Aleeya, saya gagal memiliki hati awak..” Keluh Zackry. Baru kini, setelah sekian lama Zackry menyedari bahawa dia sebenarnya sudah tertarik dengan Aleeya. Aleeya yang dimarahinya sebentar tadi adalah cinta hatinya kini. Namun, belum sempat dia menyambar hati Aleeya, ada insan lain yang hadir lebih awal memenuhi hati Aleeya. Namun, Eddy hakikatnya hanya mahu mempermainkan Aleeya. Zackry menyedari hakikat itu. Dia harus menyelamatkan Aleeya. Aleeya isterinya. 
**********************************************************************************
 “ Leeya, aku tengok eddy tu macam tak boleh percaya saje..” Ujar Mardiana. “ Betul Leeya, semalam aku Nampak dia dengan Merry budak course dia. Macam loving couple je..” Suzanna pula mengatakan keraguannya. “ Apa korang ni.. dia ok la… aku tahu dia sayang aku, merry tu kawan dia je. Dah la, aku nak jumpa dia.. kitorang nak lunch sama-sama.” Kata Aleeya lalu keluar dari perpustakaan. Eddy yang menunggu di luar senyum memandang Aleeya. “ Leeya, malam ni kita keluar nak.. I ada something special for you darling.” Kata Eddy. Aleeya mengangguk. Eddy tersenyum sinis, dia kini mendapat peluang bagi merosakkan Aleeya. Baginya Aleeya Cuma gadis kampong yang naif dan senang diperdaya. Sementara itu, Zackry yang secara senyap-senyap memerhati Aleeya. Dia bimbang keselamatan Aleeya. Malam itu seperti yang dijanjikan, Eddy menjemput Aleeya. Zackry dari belakang mengekori mereka. Aleeya dan Eddy tiba di tempat yang dituju. “ Eh, Eddy… kita kat mana ni?” Aleeya kehairanan. Eddy menghentikan keretanya di suatu kawasan sunyi. Cuaca waktu itu mula gerimis. “ Eh.. awak.. kenapa kat sini..” Tanya Aleeya ragu-ragu. Eddy tersenyum memandang Aleeya. Aleeya dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tangan Eddy mula merayap. “ Eddy.. Stop it!!” Jerit Aleeya. “ Relax la… hari ni I nak u buktikan cinta u kat I..” Ujar Eddy lagi. “ Setan.. U ni gila ke?!!” Aleeya menjerit. Dia mula menangis. Picu kunci ditarik, Aleeya keluar dari kenderaan itu. Dia cuba melarikan diri. Hujan semakin lebat. Eddy mengejar Aleeya. Aleeya ditangkapnya, Direntap olehnya tangan Aleeya. “ Lepaslah.. tolong jangan apa-apakan Aku BODOH!!…” Aleeya meludah ke muka Eddy. “Tolong… tolong!!!” Aleeya menjerit. “ Dalam hutan macam ni takkan ada sesiapa dapat tolong kau” Kata Eddy lalu ketawa. Dumm…Guruh berdentum serentak dengan satu tumbukan hinggap di muka Eddy. Lelaki itu rebah. Dia cuba bangun, kini satu tendangan pula hinggap di perutnya. Cahaya yang suram serta hujan lebat menyebabkan dia tidak dapat melihat orang yang membelasahnya. Dia cuba bangun, tetapi di tendang lagi.. Akhirnya dia mengalah. Aleeya yang menangis teresak-esak diangkat oleh seseorang. Guruh yang semakin kuat berdentum membuatkan Aleeya semakin takut. Sejak kecil dia memang takutkan guruh. Setiap kali guruh, ibunya Hajah Amina pasti tidur bersamanya. Aleeya dapat merasa dirinya diangkat. Ketika itu, dia Cuma teringat Ayah serta Ibu.. Aleeya dimasukkan ke dalam kereta. “Awak…” Kata Aleeya lemah. Dia melihat Zackry yang menyelamatkannya. Zackry tidak berkata sepatah pun. Dia memandu pulang ke rumah. Aleeya tunduk, malu dengan perbuatannya. Jika tidak kerana Zackry, sudah pasti dia menjadi mangsa lelaki rakus seperti Eddy. Dia menyesal. Sampai sahaja di rumah, Aleeya berjalan sendiri masuk ke rumah. Zackry yang sedari tadi berdiam diri hanya membantu membuka pintu. Aleeya masuk ke biliknya dan membersihkan diri. Selesai mandi, Zackry masuk ke kamar Aleeya. Dilihat Aleeya terbaring di katilnya. Aleeya termenung. Zackry membawa air suam buat Aleeya agar dapat mengurangkan kesejukannya. “ Awak… thanx..” Ucap Aleeya perlahan. Dia masih lemah kerana kejadian yang mengejutkan itu. Zackry tidak berkata apa-apa. Aleeya faham. Zackry pasti kecewa dengan sikapnya. Guruh berdentum lagi. Lagaknya seperti tidak mahu berhenti. Aleeya ketakutan. Zackry bangun, dia mahu kekamarnya. Selangkah dia melangkah tangannya di tarik Aleeya. “ Awak.. teman, saya takut..” Rayu Aleeya. Matanya berkaca. Baru Zackry teringat. Abang iparnya Amran pernah berkata bahawa Aleeya tidak boleh tidur keseorangan sewaktu guruh. Ketakutannya yang melampau terhadap guruh nyaris-nyaris meragut nyawanya sewaktu dia berusia 13 tahun. Sewaktu itu dia memasuki sekolah berasrama penuh. Namun, sejak kejadian itu, Aleeya berpindah sekolah ke sekolah berhampiran rumahnya. Sejak itu juga dia tidak pernah lagi berpisah jauh dengan keluarganya sehinggalah dia berkahwin dengan Zackry. “Please..” Rayu Aleeya. Zackry mengangguk. Selepas menutup lampu, Zackry berbaring di sebelah Aleeya. Aleeya tidur dengan lenanya pada mulanya. Zackry mengusap lembut ubun-ubun isterinya. Jauh disudut hati dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan Aleeya. Zackry akhirnya lena. Tidur Aleeya agak terganggu, mungkin masih trauma dengan kejadian yang dilaluinya. Zackry kerap kali terbangun dari tidur sebaik mendengar Aleeya mengigau. Zackry memeluk lembut isterinya itu. Dengan cara itu Aleeya lena tidurnya sehingga ke pagi. Azan subuh mengejutkan Zackry, Aleeya masih berada dalam dakapannya. Dirasa badan Aleeya agak panas. Dibiarkan isterinya itu tidur. Zackry menyucikan diri dan menunaikan solat subuh. Setelah itu dia menyediakan sarapan buat Aleeya. Hari tersebut adalah hari minggu. Maka, Zackry tidak perlu ke Kolej, begitu juga Aleeya.Selesai menyediakan sarapan, Zackry masuk ke kamar Aleeya. Aleeya sudah terjaga dari tidur. Aleeya memandang Zackry. “Leeya, sarapan dah siap, awak demam. Nanti kita pergi klinik ya. Badan awak panas.” Ujar Zackry. “ Tak payahla… demam sikit je ni..” Balas Aleeya. “ Ikutlah..” Kata Zackry perlahan. Aleeya kaget, Zackry tidak melawan kata-katanya. Dia merasakan sifat Zackry berubah. “Hmm.. mungkin dia masih marahkan aku..” Desis hati kecil Aleeya. Aleeya turun dari katilnya, dia berjalan ke bilik air bagi membersihkan diri. Selesai segalanya, Zackry keluar dari bilik Aleeya. “ Awak berehatlah.. kalau nak apa-apa saya ada kat bilik..” Kata Zackry. Dia menutup pintu bilik Aleeya. Zackry terus ke biliknya. Sementara itu Aleeya duduk di katilnya. Dia menangis. “ Kenapa kau bodoh sangat leeya” Dia menyalahkan diri sendiri. Aleeya menangis sepuasnya. Dia menyesali perbuatannya. 
***********************************************************************************
 Aleeya telah kebah dari demamnya, dia kembali menjalani kehidupannya sebagai pelajar. Segala apa yang telah berlaku dilupakannya. Dia kini Aleeya yang hadir dengan azam baru. “ Leeya, kau okay?” Tanya Suzanna. Aleeya senyum. Di harap tiada sesiapa yang mengetahui kejadian itu. Tiba-tiba Mardiana masuk dengan tergesa-gesa ke dalam kelas. “ Leeya, aku ada dapat cerita ni..” Suara Mardiana termengah-mengah. “ Eddy dah berhenti belajar kat kolej ni…” Kata Mardiana. Aleeya endah-tak endah. “ Kau dah tahu ke?” Tanya Suzanna. Aleeya menggeleng. “ habis tu…” Mardiana tidak sempat menghabiskan ayatnya Aleeya menyambung. “ Aku dengan dia dah tak ada apa-apa. Korang jangan tanya apa-apa dan harap tak sebut lagi pasal dia..” Tegas Aleeya. Suzanna dan Mardiana mengangguk. Aleeya pulang agak awal pada hari tersebut. Akhir-akhir semester sebegitu, pensyarah kurang masuk ke kelas. Aleeya pula senang belajar di rumah. Aleeya pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Zackry tidak pulang lagi kerana masih mempunyai kelas. Sampai di rumah, Aleeya menukar pakaian. Terasa bosan pula berada di rumah. “Best kalau dia ada.” Desis hati kecil Aleeya. Sejak kejadian yang menimpanya, dia sedar selama ini dia mengabaikan Zackry. Disamping itu juga, Aleeya sedikit sebanyak mula belajar menyintai Zackry. Tapi dia tidak pasti dengan perasaan Zackry terhadapnya. Kerana kebosanan, Aleeya mengemas rumahnya, semua sudah dikemas melainkan bilik Zackry. Perlahan- perlahan tombol pintu bilik suaminya dipulas. Sekali lagi Aleeya terkejut dengan keadaan bilik Zackry itu. Dia ketawa kecil. “ Dah kena leter dengan aku pun masih tak reti-reti mengemas..” Kata Aleeya sendirian. Dia memulakan operasi. Segenap sudut dikemaskan, disapu dan sebagainya. Setelah hampir sejam mengemas, bilik Zackry kini kembali bersih dan tersusun. Aleeya puas. Dia berbaring di atas katil milik Zackry bagi melepaskan penat. Mata Aleeya tertumpu kepada satu frame gambar di atas meja Zackry. Aleeya mengambil gambar itu, gambar perkahwinan mereka. Air mata Aleeya menitis. Tidak sangka Zackry rupanya lebih menghargai perkahwinan mereka berbanding dirinya. Aleeya cuba pula membuka laptop milik suaminya. “ Password?”. Aleeya mencuba pelbagai perkataan dan nombor. Akhirnya dia berputus asa. “ Apa yang privacy sangat ni..” Desis hatinya. Akhirnya dia menaip nama sendiri ALEEYA. Tidak disangka password laptop suaminya itu adalah namanya. Sebaik sahaja dibuka, hati Aleeya sekali lagi tersentuh, gambar Aleeya mengisi segenap sudut desktop itu. “Ya Allah..” Air mata Aleeya sekali lagi mengalir setelah membaca ayat yang menghiasi desktop itu ‘ Aleeya, my beloved wife, I love u’. “Zackry…” Aleeya menangis. Dia explore segala yang ada dalam laptop itu. Aleeya mengesat air matanya yang mengalir. Ternyata dia beruntung mempunyai suami seperti Zackry. “ Kenapa dia tak pernah cakap..” Aleeya menyoal hatinya. Laptop itu ditutupnya.Aleeya membasuh muka, dia ke dapur. Tiba-tiba dia terasa bagai ingin memasak untuk Zackry. Aleeya ke pasaraya berhampiran dia membeli beberapa barang kemudian pulang untuk memasak. Aleeya memasak makanan kegemaran Zackry iaitu Gulai Lemak Cili Api Ketam. Dia berharap Zackry menyukainya. Sementara itu, Zackry baru keluar dari kolej. Baru dia mahu pulang, kelibat sherry sedang menunggunya. Dia berhenti. “ En.Zack, jom keluar makan, saya belanja” Pelawa Sherry. Zackry serba salah namun setelah dipujuk dia akur. Mereka makan di restaurant bertaraf lima bintang. Jam sudah menunujukkan pukul 11 malam sewaktu Zackry sampai di rumah. Sebaik masuk ke dalam rumah dia kaget melihat Aleeya tertidur di meja makan. Makanan terhidang di atas meja. “ Gulai lemak ketam? Dia masak ke?” Bisik hati kecil Zackry. “Aleeya..” Zackry mengejutkan isterinya. Aleeya terbangun. “ Awak dah balik.. dah makan, saya tunggu awak, kita makan sama-sama ye..” Kata Aleeya. “err… saya dah makan kat luar tadi.. awak makan la..” Zackry menolak pelawaan Aleeya. “Tapi… makan dengan siapa?” Aleeya menyoal. “Sherry.. oklah saya mandi dulu, awak makanla.. nanti masuk tidur ye..” Pesan Zackry. Runtuh hati wanita Aleeya mendengar jawapan Zackry. Tapi dia pasrah. Selera makannya hilang. Dia sememangnya layak dihukum sebegitu, dahulu dia telah melakukan Zackry lebih dari itu. Sementara itu Zackry terkejut melihat biliknya yang sudah kemas, dia juga hairan Aleeya memasak untuknya. Namun baginya itu satu permulaan yang baik. Zackry tersenyum sendirian.
************************************************************************************
 Guruh di langit berdentum diiringi hujan lebat. Zackry sedang lena dibuai mimpi. Aleeya mengigil ketakutan. Dia memberanikan diri untuk ke bilik Zackry. Pintu dikuak. Dilihat Zackry sedang lena tidur. Aleeya perlahan-lahan menghampiri Zackry. Esakan tangisannya mengejutkan Zackry. Nafas Aleeya sangkut. “ Leeya..” Zackry cepat-cepat mendapatkan Aleeya. Dia memeluk Aleeya. “Saya takut…” Suara esakan Aleeya. “ Jangan nangis…” Pujuk Zackry. Dia berasa bersalah kerana terlalu lena tidur tanpa mempedulikan Aleeya. “ Baring…” Kata Zackry.. Aleeya membaringkan tubuhnya di katil Zackry.. Zackry juga begitu. Zackry memeluk erat Aleeya. Nafas Aleeya turun naik menahan esakan. “Zack…” Aleeya memanggil… Zackry memendang tepat wajah pucat Aleeya. “Sudah-sudah.. awak tak akan apa-apa. Tidur ya..” Pujuk Zackry lagi. Aleeya berasa selamat dalam pelukan Zackry. Guruh tidak kedengaran lagi, hujan juga semakin perlahan mencurahkan airnya. Aleeya tersedar, Zackry masih memeluknya. Bahagia dirinya dalam pelukan lelaki yang tulus mencintainya. Aleeya perlahan-lahan meloloskan dari pelukan Zackry. Zackry tersedar. “ Kenapa..” Suara Zackry bertanya. “Hujan dah stop.. saya balik tidur bilik saya..” Kata Aleeya dan turun dari katil. “Leeya..” Panggil Zackry. Aleeya menoleh. “ Jangan pergi..” Pinta Zackry. Matanya penuh harapan. “Tapi.. “ Kata Aleeya. Dia tidak mahu menggangu tidur Zackry. “Aleeya… please..” Rayu Zackry. Aleeya kembali duduk di birai katil. “Leeya, I love you..” Zackry membisik sesuatu di telinga Aleeya. Tumpah air mata Aleeya mendengarnya. “ Kenapa menangis? Maafkan saya, saya tak mampu lagi tanggung perasaan ini.” Ujan Zackry. Aleeya tunduk. “ Maafkan saya atas semua sikap buruk saya pada awak… I’m really love you.. please love me.. “ Zackry menggengam erat jari jemari Aleeya. Aleeya masih membisu. “ Nazzatul Aleeya.. Saya sayang awak.. very much..” Zackry membisik lagi. “ Saya tak tahu bila hati saya ini diisi oleh awak, tapi kehadiran awak sangat membahagiakan saya, saya bersyukur mempunyai awak sebagai isteri.” Ujar Zackry lagi. “ Kenapa awak tak cakap dari dulu lagi..” Aleeya mula bersuara. “ Saya tak berpeluang, saat saya nak meluahkannya, hati awak dah diisi dengan orang lain..” Balas Zackry. “ Saya pun sayangkan awak..” Aleeya berkata. Zackry berasa sangat bersyukur. “ Selama ni saya tak pasti dengan perasaan sendiri, jiwa saya kosong bila tanpa awak.” Aleeya menyambung. Zackry dengan itu memeluk Aleeya seerat-eratnya. Malam itu menjadi saksi cinta mereka. Aleeya kini secara zahir dan batinnya menjadi isteri buat suami tercinta, Zackry.
***********************************************************************************  


Novel - Aleeya 4


Aleeya kelam kabut menyiapkan diri, dia terlewat bangun pagi itu. Zackry pula tidak mengejutkannya. Bukan sengaja, kata-kata Aleeya beberapa hari lalu mengubah perlakuan Zackry terhadap isterinya. Kini, dia benar-benar membiarkan Aleeya dengan kehidupan peribadinya. Ke kolej juga tidak bersama. Aleeya lebih kerap menaiki teksi. Berjumpa di rumah juga hanya kadang kala. Masing-masing duduk di bilik untuk melakukan hal peribadi masing-masing. Aleeya perasan dengan perubahan itu, namun dia tidak mengendahkan. Dia lebih selesa begitu. Tidak perlu menghadap muka dan loya buruk suaminya lagi. Mereka hanya berkomunikasi di kelas. Ternyata Zackry seorang yang professional dalam kerjayanya. Soal tugas danperibadi dipisahkan. Di kolej Aleeya adalah pelajarnya. Aleeya juga begitu Cuma kadang kala dia ada menunjukkan sifat antagonisnya terhadap Zackry. Zackry pasrah. Kelas bersama Cik Embun sudah bermula hampir setengah jam. Aleeya yang tiba lewat itu mengetuk pintu. Suzanna dan Mardiana gelisah. Sudah pasti Aleeya akan dihukum. Cik Embun terkenal dengan sikap garang dan tegasnya. Jolokan Anak Dara Tua diberikan kepadanya kerana walaupun usia sudah menginjak 35 tahun, wanita itu masih belum bersuami. Ada ura-ura yang mengatakan dia menyimpan perasaan terhadap Zackry. Al maklumlah, orang kacak. “ Aleeya, Kenapa lambat?” Soal Cik Embun. “Bangun lambat” Ujar Aleeya sambil menelan air liur. Bimbang didenda Cik Andartu itu. “ huh.. alasan tak masuk akal.. kenapa bangun lambat? Kamu susukan anak ke semalam?” Perli wanita itu lagi. Aleeya hanya diam. Terdengar tawa beberapa teman sekelasnya. “Today for first time I’ll forgive you.. duduk” Kata Cik Embun. Aleeya menarik nafas lega. Dia mengambil tempat, dalam hatinya dia geram. Geramkan Zackry yang menjadi punca segalanya. Tamat sahaja kelas Aleeya diserbu Suzanna dan Mardiana yang menyoalnya bermacam-macam perkara. Aleeya penat melayan karenah mereka. Sedang mereka berbual, kelibat Zackry melintas di kelas Aleeya. Zackry berjalan seiring dengan Sherry. Aleeya dan temannya tergamam. Zackry langsung tidak menoleh kearahnya malah begitu leka berbual dengan Sherry. Aleeya geram. Bebola matanya berapi. “ Ha… kan betul aku kat, lagipun, pagi tadi aku Nampak En. Zack datang sama-sama ngan minah tu.” Ujar Suzanna. Aleeya cepat-cepat menoleh kea rah Suzanna. “ Cis, aku lambat kau sedap-sedap pergi kolej ngan pompuan tu..” Aleeya merungt geram didalam hati. Kini, tiada maaf lagi buat Zackry. Dia nekad, pulang dari kolej nanti, Zackry akan dileteri. Biar segala kemarahannya lepas. Seperti yang dirancang, Aleeya yang sedang menonton televisyen menunggu kepulangan Zackry. Zackry pulang agak lewat hari itu. Sebaik masuk ke rumah, Aleeya menyerang. “ Amboi, lambat balik” Kata Aleeya, matanya masih tertancap pada skrin televisyen. Zackry tidak mengendahkan. “hoi, saya cakap dengan awak.” Aleeya menambah. Langkah Zackry terhenti. Hari tersebut adalah hari yang memenatkan baginya. Dia berang dengan panggilan Aleeya terhadap dirinya. “ Kalau panggil elok-elok boleh tak?” Zackry mula bersuara. “Suka hati lah.. “ Aleeya ketawa kecil. Zackry semakin baran. Sabarnya ada batasan. “Nazzatul Aleeya, kau ni kenapa? Apa yang tak puas hatinya ha?” Suara Zackry sedikit tinggi. Aleeya bertambah bengang mendengar herdikan suaminya. “ Memang aku tak puas hati, sebab kau aku lambat pergi kolej, sebab kau aku kena ketawa,kena perli.. kau tahu tak?!!” Aleeya semakin meninggikan suaranya. Gaya bahasa yang digunakan turut berubah. “ Hey, itu semua kau punya pasal lah.. kau yang pilih cara hidup macam ni, lantak KAULAH!!” Kata Zackry. Air muka Aleeya berubah. Tidak pernah dia melihat Zackry sebegitu baran. Namun dia tidak mahu mengalah. “ Hey, kau jaga sikit kata-kata tu!! Kita sama-sama yang pilih.. dah la tu, menggatal pula dengan Sherry” Aleeya semakin geram. “ Hey Aleeya, suka hati akulah… kau tu siapa nak tentukan hidup aku?” Tengking Zackry. Dia sedar dia telah berkasar dengan Aleeya. Namun, Aleeya harus diajar. Aleeya tunduk, dia menyedari salah sendiri. “ Ingat, kita kahwin atas kontrak sahaja, so, tak payah nak sibuk hal aku, and aku pun tak ingin nak ambil tahu hal kau!!” Zackry menambah. “ Okey, so kalau macam tu.. Let me go.. Ceraikan aku, senang!!” Jerit Aleeya. Matanya mula berkaca. “ Itulah kau, cakap tak pernah pakai otak” Zackry menghalakan penunjuknya ke kepala Aleeya. Aleeya menepis. “ Kalau aku tak fikirkan papa and mama, kalau aku tak hormatkan ayah dan ibu, I’ll let you go.. but, aku tak boleh buat macam tu.. “ Suara Zackry semakin rendah. Dia tunduk merenung lantai. Aleeya juga terdiam, dia teringat janjinya terhadap kedua orang tuanya. “ Aleeya, awak nak apa lagi? Apa yang saya perlu buat supaya awak bahagia, senang hati, apa?” Zackry menyoal. Aleeya masih diam. Dia mati kata. “ Sudahla, kalau saya layan marah memang dah lama awak kena, but I respect you as my wife. Saya tak kisah awak nak anggap saya suami atau tak, terpulang kat awak.. tapi kalau awak mintak cerai, I’ll say NO” Tegas pendirian Zackry. Dia terus melangkah ke kamarnya. Aleeya yang masih berdiri kaku dibiarkan. Aleeya menitiskan air mata. Rasa bersalah mula menyelubungi. Aleeya melangkah ke kamarnya, dia menangis sepuasnya. Perasaannya bercampur baur. Penyesalan memilih perkahwinan itu mula menyelubungi. 
***********************************************************************************
 Satu semester telah tamat, waktu cuti semester Aleeya dan Zackry pulang ke kampung halaman Aleeya. Hubungan mereka masih dingin. Biar Aleeya mahupun Zackry, masing-masing masih dengan ego mereka. Selain itu, status perkahwinan mereka masih menjadi rahsia di kolej. Perjalanan pulang yang mengambil masa 2 jam sunyi tanpa bicara. Nyanyian Kumpulan Search dengan lagu Isabella tidak mampu menceriakan perjalanan. Sekali sekala Aleeya menukar siaran radio untuk mencari lagu kegemarannya. Kemudian Zackry pula menukarkanya semula. “Entah apa-apa, muka poyo, minat lagu jiwang karat” ngomel Aleeya perlahan. Zackry dapat mendengarnya. “ Suka hatilah, dia tu muka mak cik cleaner minat lagu pop..” Balas Zackry. Aleeya berpaling kearahnya. Mahu sahaja Zackry ketawa melihat riak wajah Aleeya itu. “Orang cantik-cantik kata macam mak cik cleaner. Buta ke ape..” Aleeya mengomel lagi. “ Cantik lagi nenek aku..” Jawab Zackry. Aleeya menarik muka. Zackry tersenyum melihat perlakuan Aleeya itu. Tidak lama kemudian mereka tiba di kampung halaman Aleeya. Aleeya sangat merindui kedua orang tuanya. Haji Nazim dan Hajah Amina menyambut kepulangan anak dan menantu mereka. “ Ibu, Ayah.. apa khabar..” Aleeya bersalam dan memeluk erat kedua orang tuanya. Zackry juga begitu. “Jom la masuk, ibu dah masak.. kita makan sama-sama” Ujar Hajah Amina. Aleeya bergegas masuk ke dalam rumah bersama kedua orang tuanya. “ Eh, takkan dibiar Zack sorang angkat barang leeya oi..” Haji Nazim bersuara. “ Ala… takpe ayah, dia dah biasa, bukan banyak pun..” Jawab Aleeya sambil tersenyum sumbing kearah Zackry. “Kepala hotak kau tak banyak. Bawak barang macam nak pindah je.. “ Ngomel zackry sambil mengeluarkan barang dari but keretanya. “ Sabar Zack, kau kan macho,kacak pulak tu.. cool man..” Kata Zackry sendirian. Dia mengangkat barang-barang mereka ke dalam rumah. Berpeluh juga dia mengangkatnya. Geram benar dia dengan Aleeya. Zackry masuk ke dalam bilik. Aleeya ketika itu sedang duduk di jendela merenung suasana kampong. Rindu benar dia pada kampungnya. “Oii.. banyak cantik muka, kemas la barang ni, saya dah angkatkan” Sergah Zackry menenggelamkan lamunan Aleeya. “ Ala.. jap lagi la…” rungut Aleeya. “ Banyak awak punya jap. Saya dah penat angkat tau.. “ Kata Zackry lalu merebahkan tubuhnya di katil. “ oit.. jangan nak memandai tidur atas tilam ni.. awak, tidur bawah.. “ Aleeya mengarah. “ Ala… Kata kalau balik nak berlakon jadi suami isteri romantic.. marilah adinda kita beradu” Kata Zackry. Aleeya ketawa kecil melihat aksi manja Zackry itu. “ Banyak cantik… Romantik depan ayah ibu je.. dalam bilik tak kira… “ Kata Aleeya.. “ 1,2,3,4,5..” Kata Zackry lagi.. “ Hey, buat apa tu..” Aleeya hairan. “ Laa.. tadi kata tak kira, ni nak tolong kira lah…” Zackry berseloroh. “ Awak…” Aleeya melepaskan tamparan di paha Zackry. “ Adoi… gaya je lembut, sakit siot kena tampar..” Zackry mengaduh. Aleeya ketawa. Zackry merenung Aleeya. “ Cantik” bisik hatinya. “ Oii.. apa tengok-tengok..” Aleeya perasan yang Zackry merenungnya. “ Tak… Awak ni cantik… Tapi..” Zackry terhenti sebentar. Aleeya mula tersipu, “ Tapi bila awak ketawa lagi cantik, dah macam spongebob pulak saya tengok.” Ujar Zackry. Satu lagi tamparan hinggap di paha Zackry. “Dah la.. malas saya layan orang gila macam awak, jom makan” Aleeya melangkah keluar dan menuju ke dapur diikuti Zackry.
***********************************************************************************
 Seminggu Aleeya dan Zackry bercuti di kampong, hubungan mereka semakin rapat. Haji Nazim dan Hajah Amina senang melihat hubungan itu. Walaupun pada dasarnya Zackry dan Aleeya Cuma berlakon di mata Kedua orang tua mereka itu, namun tanpa mereka sedari masing-masing telah belajar menerima satu sama lain. Baki cuti Aleeya masih tinggal seminggu. Zackry pula terpaksa pulang awal kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. Malam itu malam terakhir zackry di rumah mertuanya. Seperti biasa, Zackry terpaksa mengalah dan tidur di bawah sementara Aleeya di atas katil. Zackry tidak dapat melelapkan mata. Dia keluar dari bilik dan menuju ke jendela. Dikuak jendela tersebut. Angin malam menusuk segenap tubuhnya. Aleeya juga tersedar sebaik terasa dingin menusuk tubuhnya. “ Awak..” panggil Aleeya perlahan. Zackry menoleh. “ Tak tidur lagi.” Tanya Aleeya sambil bangun dari katil dan menghampiri Zackry. “ Tak boleh tidur..” Ujar Zackry. “Kenapa pulak?” Aleeya hairan. “ entah.. mungkin sebab kena tidur kat bawah kot, kalau kat atas mesti lena..” Zackry bercanda. “ Padan muka, siapa suruh kahwin dengan Nazzatul Aleeya.” Jawab Aleeya selamba. “ Papa and mama suruh..” Kata Zackry. “ Mengada-ngada lah awak ni, ada je nak menjawab.” Aleeya membalas. “ Best la angin malam..” Kata Zackry. Aleeya mengangguk sambil menyisir rambutnya yang mengurai. Zackry terpesona. Namun dia cuba mengawal. “ Suasana kampong tenang, sebab tu saya suka duduk kampong.” Kata Aleeya. Zackry mengiakan. “ Angin Bandar tak best ke?” Zackry menyoal. “ Tak… Lagi-lagi angin awak tu.. ngeri saya..” Aleeya berkata. “ Sorry kerana berkasar dengan awak.” Pinta Zackry. “ Eleh, ye lah tu… dah la tidurla… esok awak nak drive..” Kata Aleeya. Tingkap ditutupnya. “ ye sayang” Ujar Zackry. “ Buang tebiat ke awak ni.. meremang bulu roma saya…” Kata Aleeya. Dia kembali ke katilnya. Zackry juga begitu. Dia cuba melelapkan mata. Aleeya memandang sekujur tubuh milik suaminya itu. Jauh disudut hati dia kasihan melihat Zackry. Zackry terlalu baik padanya. Namun dia masih belum dapat menerima lelaki tersebut sebagai suaminya. Namun, dia cuba belajar untuk menerimanya.
***********************************************************************************
 Cuti semester telah tamat, Aleeya kembali belajar seperti biasa. Tidak banyak yang berubah dalam hidupnya. Hubungannya dengan Zackry masih sama. Tiada yang berubah. Masing-masing sibuk dengan tugas. Seperti biasa, Aleeya banyak menghabiskan masanya di perpustakaan untuk belajar manakala Zackry pula sibuk mengajar. Mereka hanya bertemu di rumah. “ Leeya, dah makan?” Tanya Zackry sebaik tiba di rumah. Waktu itu Aleeya sedang menonton rancangan kegemarannya Wonderpet. “ Dah.. tadi saya beli nasi bungkus. Ada lagi tu, kalau nak makan la… tapi macam dah basi je..” Kata Aleeya. Zackry diam. “Hari-hari nasi bungkus. Entah bila nak masak untuk aku ni…” Ngomel Zackry dalam hati. Dia melangkah kekamarnya. Malam itu Aleeya membuat assignment Math yang diberi. Tajuk Diffrentation yang baru dipelajari agak susah baginya untuk difahami. Aleeya menipiskan egonya untuk meminta bantuan suaminya. Tuk..tuk.. Pintu bilik Zackry diketuk. “Masuk” Kata Zackry. Aleeya memulas tombol pintu bilik suaminya itu. “Astaga…” Aleeya mengucap panjang. Selama ini, dia tidak pernah masuk ke bilik Zackry. Alangkah terperanjatnya dia melihat bilik zackry yang bersepah. Baju bertaburan, buku-buku diletakkan merata-rata. Aleeya mengomel “ Apa awak ni.. muka je handsome, bilik macam tongkang pecah.” “ Ala… biasala bilik lelaki.. Yela.. ada isteri tak tolong kemaskan.” Zackry membalas. “Tak teringin saya nak kemaskan. Kalau ada orang gaji pun dia mintak cuti tanpa gaji setahun tau.. bilik bersepah macam ni.. boleh awak tinggal dalam bilik macam ni? Boleh lena tidur ye…” Aleeya berleter lagi. Zackry tersengih bagai kerang busuk sambil perlahan-lahan menutup laptopnya. “ Awak ni teruk la.. macam mana boleh jadi lecturer.” Ngomel Aleeya. “ Ala.. janganla berleter lagi.. awak ni kalau bercakap memang non-stop ye.. kalau awak tak nak tolong kemas tak pe la.. malam ni saya tidur bilik awak ok…” Zackry sengaja menyakat. “ Kepala berkelimumur awak… tak hingin saya… jangan nak mengada-ngada tau…” Jawab Aleeya. “ok.. ni datang ada apa hal?..” Tanya Zackry. “ Errr… tolong ajar Math ni.. susahla..” Pinta Aleeya. “Ha.. tu lah, masa saya mengajar tak bagi perhatian, berborak la, korek cagu la, melepaskan kentut perlahan-lahan la… ish..ish.. apa yang susah sangat ni…” Zackry pula mengomel. “ Ala… orang dah pay attention la.. tapi dah memang tajuk ni susah..” Rengek Aleeya. “ Ala… manja pulak, tak payah nak goda-goda..” Zackry tersenyum nakal.. “ Tapi tak nak dalam bilik awak ni… smelly la… kat luar la…” Pinta Aleeya sambil menutup hidung. Geram sahaja Zackry melihatnya. Mereka ke ruang tamu. Zackry mengajar semula Aleeya bab yang tidak difahami Aleeya. Setelah diperjelas satu persatu akhirnya Aleeya faham dan mampu menguasai tajuk tersebut. “ Thanx awak..” Ujar Aleeya. “ Upahnya awak kena kemas bilik saya boleh tak?” Zackry merayu. “ hmm.. tengoklah nanti.” Kata Aleeya. Zackry beredar. Aleeya menyiapkan tugasnya yang tertangguh itu.
************************************************************************************


Novel - Aleeya 3


Aleeya dan Zackry berpindah kerumah baru mereka. Aleeya menyukai rumah tersebut. Bilik mereka dipisahkan. Aleeya mahu mempunyai bilik sendiri. Zackry juga tidak kisah. Selama seminggu bergelar suami isteri, belum pernah mereka bersama. Zackry tidak kisah, asalkan di mata kedua-dua orang tuanya mahupun Aleeya, mereka menjalankan kehidupan sebagai suami isteri. Bilik mereka bersebelahan. Aleeya seronok mempunyai bilik sendiri. Apa yang lebih menyeronokkan, pada keesokkan harinya dia akan mendaftar di Kolej Metropolitan dlam jurusan Pengurusan Perniagaan. Memang itu yang diidamkan selama ini. Mungkin itu hikmahnya dia berkahwin dengan Zackry. 
 Hari pertama Aleeya di kolej Metropolitan, dia mendapat dua orang kawan iaitu Suzanna dan Mardiana. Kedua-dua mereka mengambil jurusan yang sama dengan Aleeya. Suzanna menetap di Taman Chempaka yang berhampiran dengan rumah Aleeya manakala Mardiana di Shah Alam. Aleeya tidak memberitahu statusnya. Itula perjanjiannya dengan Zackry. Dia mahu masing-masing mempunyai hidup sendiri. Kelas pertama Aleeya adalah kelas intensif. Aleeya masuk ke bilik kuliah. Mengikut jadual, mereka akan diperkenalkan dengan penyelaras jurusan masing-masing. Aleeya mengambil tempat paling hadapan bersama Suzanna dan Mardiana. Semangat berkobar-kobar sebagai pelajar barulah katakan. Sedang Bilik Kuliah itu hingar bingar dengan suara penghuninya yang masih dalam sesi perkenalan, masuk seorang lelaki. Dia memperkenalkan diri “ Saya Zackry Syafiq Bin Zabidin, penyelaras kursus pengurusan perniagaan anda sepanjang enam semester anda disini. Ternganga Aleeya apabila melihah insan yang berdiri dihadapannya itu adalah suaminya. Namun, sikap bersahaja Zackry membuatkan Aleeya membuat endah tak endah. Kelas seramai 40 orang itu mampu dikawal dengan baik oleh Zackry. Aleeya sedikit mengagumi kebolehan suaminya itu. Namun, anak mata Zackry yang kerap tertumpu kepadanya membuatkan dia kurang selesa. Sesi memperkenalkan diri dimulakan. Selepas satu persatu memperkenalkan diri, akhirnya tiba masa Aleeya iaitu orang terakhir. 
“Saya Nurul Nazzatul Aleeya Binti Ahmad Nazim, berasal dari sabak bernam, berusia 20 tahun dan..” Belum sempat Aleeya menghabiskan, terdapat suara nakal yang mengusik “ Status???” Kata mereka. Aleeya kaget. Dia memandang Zackry. Zackry juga sedikit gelabah. Dia cuba mengawal keadaan. “ Cukup Aleeya, okey kelas, saya rasa cukup sampai sini untuk sesi hari ini. Selepas ini, ketua setiap subjek akan memberi taklimat dan penerangan yang lebih kepada kamu. Harap kamu enjoy belajar di sini. Assalammualaikum” Kata Zackry lalu melangkah keluar dari bilik kuliah itu. Bilik kuliah itu kembali hingar. “ Wah… handsome la penyelia kita..” Kata Mardiana. “ yela.. kau agak-agak berapa umur dia ye. Dah kawin ke belum. Dia cam tak aku?” Gurau Suzanna pula. Aleeya tidak mengendahkan dua temannya itu. “ eh leeya, kau ni… kau tak terpikat ke dengan kehandsoman En. Zack tu? ” Mardiana menyoal. “ Apa lah korang ni.. aku tak kisah la..” Aleeya endah tak endah. Tidak lama kemudian masuk beberapa Pensyarah lagi yang menyampaikan taklimat kepada mereka. Hari pertama hanya menadah telinga untuk mendengar taklimat. Namun, semua taklimat itu berguna kepada mereka bagi menempuhi hari-hari yang mendatang. Aleeya seronok, dia bersemangat. Dia yakin, cita-citanya pasti akan berjaya digapai. 
***********************************************************************************
 Kini, genap seminggu Aleeya belajar di Kolej Metropolitan itu, dia mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran di situ. Dia seronok belajar disitu. Masa seminggu tersebut diperuntukan oleh kolej bagi mengorentasi pelajar baru. Jadi, kelas sebenar belum bermula. Pagi itu Aleeya bangun seawal 6 pagi. Setelah selesai solat subuh, dia menyiapkan dirinya. Hari itu kelas bakal bermula, dia harus bersedia. Selesai segalanya, dia keluar dari kamarnya. Aleeya dan Zackry bertembung. “ Morning..” Tegur Zackry bersahaja. Aleeya membalasnya dengan senyuman. Mereka ke kolej bersama namun, bagi mengekalkan rahsia mereka, Aleeya meminta Zackry menghentikannya di luar pagar kolej. Itu juga adalah perjanjian mereka. Sebelum keluar dari kereta, Zackry menghulurkan dua keeping not RM50 kepada Aleeya. “ Nak buat apa?” Aleeya hairan. “ Untuk belanja la.. and untuk beli buku dan apa yang patut.” Ujar Zackry. “ Hmm… Thanx, tapi saya ada lagi duit yang ayah and my bro bagi tu..” Kata Aleeya. Dia teragak-agak mahu mengambilnya. “ Aleeya, I’m your hubby.. take it..” Pinta Zackry. Dia tidak mahu dilabelkan suami yang tidak bertanggungjawab. Walaupun perkahwinan mereka hanya sekadar zahir, namun bagi Zackry dia perlu bertanggungjawab ke atas Aleeya. “ Hmmm… okey.. thanx” Aleeya mengambil wang tersebut dan keluar dari kereta Zackry. Dia berjalan menuju ke kolej. Hati kecil Aleeya tersentuh dengan sikap baik Zackry terhadapnya. Namun, egonya yang tinggi tidak boleh diruntuhkan. Mungkin Zackry Cuma berlakon baik. Aleeya cuba menyedapkan hatinya. Sampai sahaja di kelas dia sudah melihat kelibat Suzanna dan Mardiana. “Awal korang sampai” Tegur Aleeya. “ Semangat beb..” Ujar Suzanna. “ Ye la leeya, kitorang tak sabar nak belajar ni… eh, ape subjek first ek..” Mardiana menggaru-garu kepalanya yang tidah gatal itu. “ Ceh.., semangat konon.. schedule pun tak tahu..” Aleeya mengomel. “ First ari ni Math For Business.” Ujar Aleeya. “Siapa lectrure ek..” Suzanna tertanya. Tidak lama kemudian Zackry masuk ke kelas Aleeya. “Kelas, I’m your Math Lecturer.” Kata Zackry. Aleeya kaget. Suzanna dan Mardiana gembira. Kelas pertama bermula. Selama hampir dua jam Zackry mengajar. Sekali lagi Aleeya kagum dengan kebolehan suaminya itu. “ Okey class.. sampai sini dahulu, hope kamu boleh siapkan assignment yang saya bagi and submit to me tomorrow morning.” Kata Zackry sebelum melangkah keluar. “ Pergh.. gila banyak latihan dia kasi.. hari first dah bagi macam ni.. matilah..” terdengar suatu suara merungut. “ Susah la math ni.. entah sempat ke tidak aku siapkan semua ni..” Suzanna pula merungut. “ InsyaAllah boleh.” Kata Aleeya. Dia juga sedikit geram. Namun dia hanya bersabar. Aleeya,Suzanna dan Mardiana berjalan seiring ke cafeteria Kolej. Setelah tiga kelas berlalu, otak masing-masing sudah tepu. Mereka mempunyai masa 1 jam untuk berehat sebelum satu kelas lagi. “ Aku lapar la..” Ujar Mardiana. “ Jom la beli makanan.” Ajak Aleeya. Aleeya dan temannya duduk di suatu sudut cafeteria tersebut sambil menikmati makanan yang dibeli. Sedang mereka menjamu selera, Suzanna menepuk meja. Jarinya menunjuk kearah seseorang. “Wei, tengok tu, tu senior kita, budak business gak, popular tau dia tu.” Ujar Suzanna. Aleeya dan Mardiana menoleh. Mata mereka kini tertumpu ke arah seorang gadis yang sedang berjalan menuju ke cafeteria bersama dua temannya. “ Siapa tu, aku tak kenal pun” Kata Aleeya. “ Tu lah Sherry. Syarifah Sherina Datuk Syed Samad.” Suzanna menyebut. “ ish.. mana kau kenal dia?” Mardiana pula menyoal. “ Entah, siap nama penuh sekali, kau pernah jadi maid dia ke?” Sambung Aleeya. “ Bukan,dia memang famous la kat Kolej ni, ayah dia tu majority syer dalam kolej ni, takkan korang tak kenal, lambat la korang ni..” Ujar Suzanna panjang lebar. “ Hmm.. lantakla, aku tak tahu dan tak nak tahu pun..” Kata Aleeya lalu menghabiskan makananya yang masih bersisa. “ Tapi.. cantikkan dia tu, tengoklah, ada karisma..” Mardiana pula menambah. Suzanna mengangguk tanda setuju. Bagi Aleeya itu semua tidak penting, dia di situ hanya mahu belajar. “ And… lagi satu beb, aku dengar dia rapat dengan En. Zack, ada yang kata diorang bercinta” Sambung Suzanna. Hampir tersembur air yang diminum Aleeya. “ La… yeke.. punahla impian aku untuk bercinta dengan En. Zack, the most Handsome and famous Lecturer.” Mardiana Menyambung. Aleeya sekali lagi menoleh ke arah Sherry. “ Hmm.. dia dengan Zack?, Zack tak pernah cerita pun,” Kata Aleeya di dalam hati. Selesai makan, mereka kembali ke kelas untuk menghadiri kelas seterusnya. Aleeya masih dalam dilemma memikirkan kata-kata Suzanna sebentar tadi. “Biarlah, walaupun dia Hubbya aku, aku bukan sayang pun. Desis hati kecil Aleeya. 
***********************************************************************************
 “Hish… susahnya soalan ni..” Aleeya mengeluh. Dia cuba membuang soalan Math yang diberikan. Zackry yang ketika itu baru pulang dari kedai berhampiran untuk membeli makanan. Selama mereka berkahwin, tidak pernah Aleeya memasak untuknya. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. “ Leeya.. Saya dah beli makanan, jom makan” Zackry tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Aleeya. Aleeya terperanjat. “ Oii.. Kalau masuk ketuk dulu boleh tak.” Marah Aleeya. Dia bengang dengan kelakuan Zackry yang sesuka hati masuk kebiliknya. “ Err.. sorry” Zackry meminta maaf. Aleeya yang ketika itu lebih bengang dengan soalan Math yang susah itu sengaja melepaskan amarahnya. “ Banyak awak punya sorry, this is my privacy space, tolong hormat, ayah ibu saya pun ketuk dulu, awak siapa? Sesuka hati masuk bilik saya.” Ngomel Aleeya lagi. “I’m your husband. And.. your lecturer.” Ujar Zackry selamba. “ Dalam kontrak sahaja okey.. and lecturer di kolej sahaja.” Aleeya semakin berang. “ Dah la, tak payah nak marah-marah, bukan dapat pahala pun, berdosa lagi adalah.. derhaka pada suami..” Sambung Zackry. Aleeya memandang tajam mata Zackry. “ Gurau je.. jom makan.” Zackry menarik tangan Aleeya. “Dot touch me!!!” jerit Aleeya. Zackry terpana. Aleeya tunduk, air matanya mula menitis. Zackry semakin gelisah. “Ala… Janganla macam ni.. jom makan” Pujuk Zackry. “ Keluar!!!.. Awak pergilah makan sorang-sorang. Tak payah nak berlagak baik..” Aleeya meninggikan suaranya. Zackry akhirnya akur. Dia serba salah. Sebaik sahaja Zackry keluar, Aleeya terus menghempas pintunya. Dummm!!. Zackry sekali lagi terpana. Dia terus ke dapur. Nasi bungkus yang dibeli untuk makan bersama Aleeya ditenung. Seleranya berkurangan. Perasaan serba salah menghantuinya. Dia tidak berniat menyakiti perasaan Aleeya. Aleeya di bilik menangis teresak-esak, ada sedikit perasaan bersalah dalam hatinya. Namun, dia tidak mampu mengawal amarahnya. “ Ibu… Leeya nak balik…” Tangis Aleeya. Dia terkenang keluarganya di kampong. Buku Math ditenung, terbayang wajah Zackry di situ. Aleeya menutup bukunya, dia merebahkan diri ke atas tilam empuknya. Akhirnya dia terlena.
***********************************************************************************


Novel - Aleeya 2


“Leeya.. bukak pintu ni dik..” Azman dan Amran mengetuk pintu Aleeya. Waktu itu malam sudah jauh. Haji Nazim dan Hajah Amina sudah berada di kamar mereka. Mereka belum dapat melelapkan mata gara-gara tragedi tadi. Kini, mereka menyerahkan segalanya kepada Amran Dan Azman. “ Adik.. Along dan Abang man nak borak dengan adik.” Pujuk Azman lagi. Perlahan-lahan Aleeya membuka pintu. Matanya bengkak dan air mata masih mengalir. Azman dan Amran duduk di birai katil Aleeya. “ Adik.. adik tak kesiankan ayah dan ibu ke?” tanya Azman. “ Abang, leeya tau, tapi tak ada siapa yang kesiankan leeya..” Jawab Aleeya. “ Adik, Kahwin tu bukan penamat segala.. adik masih boleh capai cita-cita adik. “ Pujuk Amran pula. “ Tapi Along, takkan leeya nak kahwin dengan orang yang leeya langsung tak kenal..” Kata Aleeya. “ Dah kahwin nanti boleh kenal lagi kan. “ Kata Azman pula. “ Tapi Leeya tak cintakan dia..” Suara perlahan Aleeya mengeluh. “ Cinta? Tak semestinya tiket nak bahagia..” Kata Azman lagi. Aleeya tunduk merenung lantai. Kosong. Jiwanya tidak tenteram. “ Leeya nak capai cita-cita” kata Aleeya. “ Biar abang bagitahu siapa Zackry tu. Dia seorang pensyarah Business Course di Kolej Metropolitan Kuala Lumpur” Kata Azman. Aleeya memandang kedua-dua abangnya itu. “ Kami bercadang lepas adik kahwin, adik boleh sambung belajar. Adik kan nak jadi usahawan, the most successful business person kan..” Kata Amran pula. “ Lagi-lagi kahwin.. kalau Leeya nak belajar tapi tak nak kawin boleh tak?” Soal Aleeya. “ Entahlah.. adik fikirlah.. sekurang-kurangnya ada orang jaga kamu kalau kat sana nanti.. oklah.. kami masuk tidur dulu ye..” kata Amran. Mereka berlalu ke kamar masing-masing. Aleeya kembali memikirkan. “ hmm.. macam mana ye.. huhuuuh” Aleeya berkata pada dirinya. “Bila lagi aku nak balas jasa ibu and ayah? Tapi.. aku tak kenal pun dia.. macam mana nak kongsi hidup dengan dia.” Desis hati Aleeya lagi. Aleeya baring di katilnya. Fikirannya ligat memikirkan segala perkara-perkara yang perlu dia pertimbangkan dan membuat keputusan. Akhirnya, dia terlena.
******************************************************************************
 “ Awak dulu buat janji kenapa tak fikir dulu.” Ngomel Hajah Amina terhadap suaminya. “ Awak ni, kenapa nak salahkan saya pulak?” Haji Nazim membidas isterinya. Amran, Azman, Fatin dan Suria hanya berpandangan melihat pertelingkahan ibu bapa mereka. “ Dah la ayah.. ibu.. kita tunggu saja keputusan adik. Kita terima saja..” Ujar Amran. Fatin Dan Suria menyediakan sarapan pagi buat keluarga itu. Kelibat Aleeya masih belum kelihatan. “ Entahla apa nak jadi.. ditelan mati mak, diluah mati bapa.” Keluh Haji Nazim. “ Kalau buat perkara tu fikir dahulu, baru tak jadi macam ni.” Hajah Amina masih menyalahkan suaminya. Haji Nazim diam. Dia mengakui kesalahan diri sendiri. “ Ayah, Ibu, leeya terima” Tiba-tiba suara Aleeya memecah keheningan. Mereka berpandangan sesama sendiri, Haji Nazim menarik nafas lega. “ Leeya terima kalau itu semua buat ayah, ibu dan semua orang bahagia. Leeya redha.” Ujar Aleeya perlahan. “ Leeya, makan jom..” Pelawa Suria yang memecah suasana suram tersebut. “ Takpe kak suria, leeya dah kenyang.” Kata Aleeya dan berlalu ke biliknya. Suasana kembali suram. Mereka hanya membiarkan Aleeya. Tiada siapa berani memujuknya. Haji Nazim bangun dari kerusinya, dia menuju kearah bilik Aleeya. Pintu bilik anak gadisnya dikuak. Dilihat Aleeya termenung di meja soleknya. “ Leeya.. “ Haji Nazim memegang bahu anaknya itu. Aleeya tunduk. “Maafkan ayah..” Ujar Haji Nazim. Aleeya memandang wajah sungul bapanya. “ Ayah.. leeya Cuma nak ayah bahagia. Maafkan leeya kalau leeya tak mampu memenuhi segalanya.” Kata Aleeya diiringi air mata dipipi. Haji Nazim memahaminya. Dia memeluk erat anak gadisnya itu. “ Terima Kasih Aleeya.” Kata Haji Nazim.
***********************************************************************************
 Majlis pertunangan Aleeya dan Zackry diadakan dalam Susana sederhana tetapi meriah. Dengan mengenakan sepasang kebaya putih bersulam bunga-bunga berwarna emas serta dengan solekan sederhana cukup menyerlahkan kejelitaan Aleeya. Majlis yang dihadiri saudara mara terdekat itu diadakan di teratak milik Haji Nazim. Aleeya disarungkan sebentuk cincin emas bertatah berlian di jari manisnya oleh Datin Syafiah. Kedua- dua belah pihak bersetuju bahawa ikatan pertunangan ditetapkan selama dua bulan agar segala persiapan dapat dilaksanakan sebaiknya. Aleeya suram. Hari itu, dia telah menjadi tunangan orang. Namun, apabila dilihat wajah ceria dan gembira orang disekelilingnya, dia akur. Dia redha dan pasrah. Zackry tidak hadir pada majlis itu. Ikut adat, bakal suami tidak perlu hadir. Masa dua bulan yang diberikan kepada Aleeya dan Zackry oleh keluarga mereka diharap dapat digunakan sebaik-baiknya. Mereka perlu mengenal isi hati bagi melangkah ke fasa seterusnya. Aleeya agak sibuk melayan sanak saudara yang hadir bagi meraikannya. Rata-rata mereka mahu bergambar dengnanya. Dengan senyuman kelat Aleeya membiarkan mereka bergambar dengannya. “Aleeya.. Tahniah. Kau dah jadi tunang orang, tak lama lagi jadi isteri orang. Pensyarah dan merangkap anak Datuk pula tu..” Kata Maisarah, rakan karib Aleeya sewaktu di sekolah. Aleeya hanya membalasnya dengan senyum tawar. “ Hujung bulan ni aku daftar masuk UPM” Kata Maisarah yang merengsakan lagi perasaan Aleeya. “ Untung kau sarah. Aku ni..” Kata-kata Aleeya terhenti. “ Kenapa Leeya?” Maisarah tertanya-tanya. Aleeya menceritakan segalanya kepada Maisarah. “Aku simpati dengan kau.. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni..” Pujuk Maisarah. “ Semua orang cakap macam tu, hmm.. aku harap hikmah tu datang…” Ujar Aleeya sayu. Maisarah memeluk erat temannya itu. 
*************************************************************************************
 Hari ini Aleeya da Zackry menghadiri Kursus Pra Perkahwinan di salah sebuah badan berdaftar dibawah seliaan Jabatan Agama Negeri. Tidak seperti pasangan lain yang ceria, Aleeya dan Zackry melayan emosi masing-masing. Kata-kata yang disampaikan oleh penceramah tidak diendahkan Aleeya. Zackry menjeling kearah Aleeya, dia perasan wajah suram Aleeya. Sejak dari dia menjemput Aleeya lagi tunangnya itu tidak bercakap sepatah pun. Namun Zackry sabar. Ini bukan salahnya mahupun Aleeya. Dia faham perasaan Aleeya. Selesai Sesi pertama, Zackry dan Aleeya pulang. Sesi seterusnya disambung keesokkan harinya. “ Awak nak makan?” Zackry memecah kesunyian. Kereta Honda Accord yang dipandunya meluncur di lebuh raya. “ Tak payahla.. Saya tak lapar” Jawab Aleeya. Zackry akur. Setelah sampai di rumah Aleeya, dia cepat-cepat turun dan terus masuk ke dalam rumahnya. Ditinggalkan Zackry begitu sahaja dalam keadaan terpinga-pinga. Waktu itu Haji Nazim berada di kebunnya. Hajah Amina menggeleng kepala melihat kelakuan Aleeya itu. Dia menghampiri Zackry. “ Maafkan Aleeya ye Zack.” Kata Hajah Amina. “ Tak pe Makcik.. zack faham.” Ujar Zackry. “ Tak masuk dulu ke?” Pelawa Hajah Amina. “ Takpe la.. zack balik dulu ye. Lagipun dah nak maghrib ni.” Zackry meminta diri. Setelah bersalam dengan bakal ibu mertuanya, Zackry memandu pulang. Keesokkan harinya, mereka menghadiri satu lagi sesi sebelum mendapat sijil. Keadaan masih sama. Aleeya lebih banyak mendiamkan diri. Apa yang disampaikan hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Zackry sedikit mengeluh dengan kelakuan Aleeya. “Aleeya, awak marahkan saya ke?” tanya Zackry sewaktu dalam perjalanan pulang. Aleeya memandang tajam kearah Zackry. “ Kenapa pula saya nak marah awak? And.. awak tak perlu tanya soalan tu pun.” Rungut Aleeya dengan nada yang agak kasar. Zackry terdiam.
 Kini, masa yang dinanti bakal tiba dalam masa beberapa hari lagi. Segala persiapan sudah hampir sempurna. Seperti bakal pengantin lain, Aleeya dan Zackry sudah melalui segala prosedur termasuklah ujian HIV. Aleeya langsung tidak merasakan debaran sebagai pengantin baru. Dia Cuma berasa sedih mengenangkan nasibnya. Aleeya termenung dijendela rumahnya sewaktu ahli keluarga lain sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi hari bahagianya. “ Adik..” Sapa Azman. Aleeya memandang kosong abangnya itu. “ Kenapa ni? Pengantin mestilah gembira.” Kata Azman. “ leeya.. entahla abang.. leeya tak tau macam mana nak hadapi semua ini..” Kata Aleeya. “ sudahla.. InsyaAllah Leeya akan dapat laluinya. Adik abang kan kuat. Dahla, tak mau sedih-sedih, nanti hilang seri pengantin, oklah, abang nak tolong orang kat luar. Jangan sedih- sedih tau. “ Tambah Azman. Aleeya tersenyum kelat. Sementara itu, keluarga Datuk Zabidin juga sedang sibuk menyiapkan apa yang patut. Majlis Akad nikah akan diadakan pada malam sabtu seterusnya majlis persandingan sebelah perempuan pada sabtu manakala pihak lelaki pada Ahadnya. Majlis diadakan dalam suasana yang sederhana sahaja tetapi meriah. Aleeya mundar mandir dibiliknya. Dia resah menanti saat untuk diijab qabulkan. 
************************************************************************************
 “Aku terima nikahnya Nurul Nazzatul Aleeya Binti Ahmad Nazim dengan mas kahwinnya RM 80 tunai..” Dengan sekala lafaz sahaja Zackry berjaya melakukannya. Berwalikan Haji Nazim, Aleeya kini sah menjadi isteri kepada Zackry Syafiq. Hadirin yang memenuhi perkarangan Masjid At-Taqwa mengucap syukur. Aleeya dan Zackry yang memakai sedodon putih hanya membiarkan orang sekeliling memerhati mereka sambil mengambil gambar. Dalam upacara membatalkan air sembahyang, Sebentuk cincin disarungkan ke jari manis Aleeya oleh suaminya, Zackry. Aleeya bersalam dan mencium tangan suaminya lalu Zackry mencium dahi isteriya. Langsung tiada apa-apa perasaan di hati keduanya. Mereka bagaikan pelakon di hadapan orang ramai. Aleeya bersalam dengan semua yang hadir. Hajah Amina bersyukur kerana Aleeya telah selamat diijab qabulkan. Haji Nazim juga begitu, hajatnya untuk berbesan dengan Datuk Zabidin, sahabat baiknya itu tercapai. Kini, mereka berjaya menunaikan janji masing- masing. Selesai majlis ijab qabul, para hadirin menuju ke rumah Haji Nazim bagi menikmati jamuan yang disediakan. Begitu juga Aleeya dan Zackry yang diarak kerumah Haji Nazim. Sanak saudara mengambil kesempatan bergambar di pelamin bersama pengantin. Hari tersebut begitu memenatkan Aleeya. Mereka masih memerlukan tenaga bagi menghadapi kenduri pada keesokan harinya. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Kebanyakan orang kampong pulang kerumah masing-masing, Cuma tinggal sanak saudara yang masih belum melelapkn mata. Kenduri kendara seperti itulah yang menjadi medan berkongsi cerita dan menemukan yang jauh dan mengeratkan lagi yang dekat. Aleeya masuk ke biliknya, Zackry pulang kerumahnya bersama kedua orang tuanya. Jarak rumah mereka cuma 1 jam. Aleeya menghempaskan diri di katil. Biliknya yang dihias dengan pelbagai hiasan amat memikat hatinya. Namun, semua itu tidak penting baginya, dia menjadi mangsa perjanjian orana tuanya. Aleeya cuba melelapkan mata, mata masih belum tertutup. Di bayangannya terbayang bagaimana dia akan berkongsi katil bersama lelaki yang dia tidak cintai itu. Walaupun Zackry telah menjadi suaminya, tetapi Aleeya masih belum bersedia untuk menyerahkan takhta yang dipertahankan olehnya selama ini. Pasti ada caranya. Hati kecilnya berbicara. Sedang dia mengelamun, pintu biliknya diketuk. “ Leeya dah tidur?” Wajah Hajah Amina muncul di muka pintu. “ Belum bu” Jawab Aleeya. Hajah Amina melabuhkan punggungnya di birai katil puterinya itu. “ Leeya.. mari sini, ibu nak cakap sikit” kata Hajah Amina. Aleeya bangkit dan menghampiri ibunya. “ Leeya sekarang dah jadi isteri Zack. Leeya harus hormat dia, tunaikan tanggungjawab sebagai isteri tau. Syurga leeya sekarang ada pada suami tau..” Hajah Amina memberi ceramah kepada Aleeya. Aleeya mengangguk. Sengaja mahu menjaga hati ibunya. Selesai sesi itu, Hajah Amina keluar. Aleeya melelapkan matanya bersama seribu kesedihan yang bakal dihadapinya.
************************************************************************************
 Suasana Majlis perkahwinan Aleeya dan Zackry amat meriah dihadiri sanak saudara dan para jemputan yang hadir dari segenap pelusuk bumi. Aleeya masih dibiliknya dan disiapkan oleh Mak Andam yang ditempah khas. Tema warna kuning diraja menyerlahkan seri Aleeya. Dengan solekan yang dikenakan, kejelitaan Aleeya pasti memukau pandangan hadirin yang hadir. “ Cantiknya adik kita kan fatin” Kata Suria yang kepada Fatin sejak tadi menemani Aleeya. “ Cantik luar je kak..” Suara sayu Aleeya. ” Hish… tak elok macam ni.. senyum sikit.” Kata Fatin. Mereka mengerti rasa hati adik ipar mereka itu. “ Ucu… ucu nak kahwin ye.. Pak cu Zack baik.. nanti bagi boy baby boy ye..” Kata Badrul. Aleeya hanya tersenyum. Keletah anak buahnya itu sedikit sebanyak mengubat lara dihatinya. “ Cepat, pengantin lelaki dah sampai” Jerit Azman. Aleeya bersiap sedia untuk diarak. Fatin menjadi pengapitnya. Di perkarangan rumah, Zackry yang segak berbaju songket persis seorang Raja sedang menunuggu permaisurinya. Aleeya berjalan perlahan menghampiri Zackry. Tangan keduanya di satukan. Mereka diarak ke pelamin. Majlis persandingan dan menepung tawar dijalankan. Zackry mahupun Aleeya hanya memendam rasa. Rimas diperlakukan sedemikian. Lebih menggeramkan waktu sesi bergambar dijalankan, pelbagai pose yang perlu mereka lakukan. Itu belum lagi usikan yang diberikan oleh tetamu yang hadir. Panas sahaja hati Aleeya. Wajah Zackry yang bersahaja semakin menambah geram dihati Aleeya. Selesai acara bersanding dan makan Damai, hadirin yang pulang semakin ramai. Aleeya melayan teman-teman sekolahnya yang hadir. Zackry pula berbual-bual dengan kedua-dua abang Aleeya. Dari jauh dia asyik memerhatikan Aleeya. Sehingga ke hari ini, hatinya semakin tertarik untuk mendekati Aleeya. Namun dia sedar Aleeya masih belum dapat menerimanya sebagai suami. “Leeya, Kau tak jemput Haikal ke?” Tanya Haliza yang terkenal dengan cakap lepas. “ Hmm.. malaslah…” Jawab Aleeya. Dari jauh, ada kelibat seseorang memerhatikan Aleeya. Aleeya perasan kelibat itu. Dia menghampirinya. “ Haikal??” Kata Aleeya. “ Ya.. Tahniah, saya dengar awak kahwin paksa.. kesian awak..” Kata-kata Haikal umpama ejekan buatnya. “ Awak… “ Aleeya tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Dia geram. Sudahla Haikal mempermainkan perasaannya, kini, dia diperli pula. “ Anyway.. hope awak enjoy your life with your beloved hubby la.. “ Kata Haikal diiringi senyum sinis. Seperti ada maksud tersirat di hujung kata-katanya. Aleeya semakin berang. Setelah Haikal berlalu, Aleeya terus ke kamarnya. Hadiah yang diterima memenuhi ruang kamarnya. Geram dengan sikap Haikal dan keadaan bilik yang berselerak menambah tekanan buat Aleeya. Dia menumbuk bantal lalu mengalirkan air mata. Dia geram, bengang, benci dengan segala-galanya. Dia benci dengan kehidupannya yang sentiasa menjadi mangsa dan korban bagi memuaskan hati pelbagai pihak. Siang berlalu pergi, Malam menampakkan suramnya. Aleeya masih tertidur di katilnya akibat kepenatan. Zackry memasuki kamar pengantin itu. Dia kasihan melihat Aleeya. Tidak sampai hati mahu dikejutkan isterinya itu. Zackry mandi dan menukar pakaianya. Dia harus berehat bagi berhadapan dengan majlis pihak lelaki keesokkan harinya. Aleeya membuka mata perlahan-lahan. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat Zackry berdiri dihadapannya dengan hanya berkain pelikat. “ Aaa…wak buat apa dalam bilik saya ni??!!” marah Aleeya. “ Eh.. ni kan bilik kita..” Zackry kehairanan. Aleeya memandang sekeliling. Dia menarik nafas panjang. “ Sory.. ini bilik saya, awak Cuma menumpang okey.. tolong pakai baju boleh tak? Geli saya tengok.” Kata Aleeya. Zackry mencapai bajunya. “ Tak nak tengok sudah.. bukan saya nak tunjuk pun.. pergi mandilah.” Kata Zackry. Aleeya mencapai tualanya. Dia terus ke bilik air. Selesai mandi dia bersiap dengan pakaian tidurnya. Malam semakin tua. Aleeya berbaring di atas katil. Zackry pula masih di luar. Aleeya membiarkan zackry. Tidak lama kemudian Zackry masuk dan terus baring di atas katil, sebelah Aleeya. Aleeya separuh menjerit. “ Awak… walaupun kita dah kahwin, tapi tak bermakna awak suami saya..” Kata Aleeya. Zackry duduk dan berkata “ Apa awak cakap ni?” “ Saya tak pernah anggap awak suami saya and takkan pernah pun. Awak tidur di bawah okey.” Aleeya mencampak bantal ke bawah. Zackry akur. Hatinya sedikit kecewa dengan sikap Aleeya. Tapi dia perlu bersabar. “ one more thing, esok masa bersanding and bergambar, tak payah nak romantic-romantic sangat. Suka- suka hati saja nak peluk and cium saya.. please la..” Aleeya memberi amaran. Zackry akur. Dia pun bukan teringin sangat. Cuma mengikut apa yang diarahkan. Zackry melelapkan matanya. Aleeya puas, kemarahannya kini dilepaskan kepada Zackry.
**********************************************************************************
 Majlis di pihak lelaki tidak kurang meriahnya. Majlis resepsi ala taman yang diadakan di dewan hotel bertaraf lima bintang dihadiri VVIP yang rata-ratanya teman seperjuangan Datuk Zabidin. Aleeya yang mengenakan gaun putih diarak bagai Cinderella bersama Zackry yang kacak mengenakan suit. Majlis di pihak lelaki lebih memenatkan kerana mereka terikat dengan beberapa protokol. Apa yang lebih menghairankan Aleeya, Zackry langsung tidak mengundang teman-temannya di Kolej Metropolitan. Pelajar-pelajarnya juga tidak diundang. Alasan Zackry adalah kerana mereka kahwin paksa. Malas mahu dihebohkan. Aleeya sebenarnya tidak pasti mereka berkahwin atas paksaan atau memaksa diri. Biarlah, asalkan semua gembira. Tamat sahaja Majlis tersebut, Aleeya menginap di rumah keluarga mentuanya selama seminggu. Selepas itu mereka akan berpindah ke rumah baru yang dihadiahkan oleh Datuk Zabidin. Rumah yang berhampiran dengan Kolej Metropolitan itu dalam proses pengubahsuaian. Di rumah keluarga mentuanya, Aleeya dapat menyesuaikan diri dengan mudah. Hubungannya dengan ibu zackry, Datin Syafiah juga rapat. Begitu juga dengan Datuk Zabidin. “ Mama selalu tak masak?” Tanya Aleeya. “ Mama memang suka masak la leeya. Walaupun ada orang gaji, papa tak suka tau, dia nak makan air tangan mama juga. Zack pun macam tu.” Ujar Datin Syafiah. Aleeya mengangguk. “ Ha… ni mama nak ajar leeya masak makanan kesukaan Zack, Gulai Lemak Cili Padi Ketam” Kata Datin Syafiah lagi. Aleeya kaget. “Ciss.. buat apa aku nak masak untuk dia, buang masa saja” Desis hati kecil Aleeya. Namun, bagi menghormati ibu mertuanya, Aleeya belajar jugak. 
**********************************************************************************


Novel - Aleeya 1


Malam semakin merangkak jauh, bulan semakin pudar cahayanya, ungas-ungas semakin kurang nyanyiannya. Nurul Nazzatul Aleeya, gadis semanis namanya masih belum mampu melelapkan matanya. Keheningan yang mampu menusuk tulang temulang langsung tidak dihiraukannya. Fikirannya ligat. Ligat memikirkan nasib diri lantas keputusan peperiksaan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kurang menyengat. Suara garau bapanya, Haji Ahmad Nazim yang memarahinya masih terngiang-ngiang hingga sekarang. Ibunya, Hajah Amina Aisyah hanya mampu memandang. Aleeya tahu mereka kesal dengannya. Dia tidak mampu mengulang kejayaan dua abangnya. Muhd Nazman Amran merupakan seorang doktor di hospital swasta dan Muhd Nazmi Azman yang baru tamat pengajian kejuruteraan di Jerman baru mendapat tawaran dari UMW-Toyota sebagai Jurutera Automobil. Hmmmm… Aleeya mengeluh. Bukan dia tidak pandai, namun kelekaannya dalam menyulam cinta sewaktu peperiksaan hampir memusnahkan impiannya. Gara-gara kecewa dengan percintaannya bersama Haikal, anak ketua kampung, Aleeya hilang tumpuan terhadap pelajarannya. Dan, kerana itu juga bapanya tidak henti-henti memerli. Panas telinga Aleeya mendengarnya. Namun, dia harus telan kerana itu kesilapan dirinya. Haikal ternyata hanya mempermainkan perasaannya. Cinta yang dicurah Aleeya terhadap lelaki itu hanya sia-sia. Haikal adalah lelaki buaya darat!!!.. 
******************************************************************************
 Aleeya sedang menyapu halaman rumahnya, banglo dua tingkat itu didiami keluarganya sejak Aleeya kecil lagi. Dahulunya Haji Nazim seorang tentera dan sentiasa berpindah randah. Namun setelah pencen, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Sri Cahaya dan menetap disitu. Hasil titik peluh Haji Nazim, mereka sekeluarga mampu untuk hidup selesa. Kini, setelah pencen, Haji Nazim mengusahakan projek ternakan lembu serta kebunnya. Selain itu, Haji Nazim turut mempunyai sebuah pasaraya di Bandar Cahaya. Hajah Amina pula membuka sebuah kedai jahit secara kecil-kecilan. Aleeya berbangga dengan semangat keusahawanan kedua orang tuanya itu. Dia sendiri meminati bidang keusahawanan. Kalau mempunyai peluang, dia mahu mempunyai syarikat sendiri. Namun, dia tidak pasti adakah impian yang tersurat dihati kecilnya itu mampu dikecap atau sebaliknya. Dengan keputusan peperiksaan yang sedemikian dia tidak mempunyai jawapan yang pasti tentang masa depannya. Aleeya kembali meneruskan tugasnya menyapu dihalaman rumah. Sengaja dia buat rajin, tidak mahu dia mendengar lagi leteran bapanya. Sedang dia sibuk menyapu daun-daun dari pohon rambutan dihadapan rumahnya sebuah kereta Toyota Wish bernombor WKE 3886 memasuki perkarangan rumahnya. Aleeya kaget, dia tidak mengenali kereta tersebut. Kereta tersebut berhenti diperkarangan rumahnya. Seorang lelaki sebaya bapanya turun diikuti seorang wanita yang usianya lebih kurang Hajah Amina. Lelaki tersebut senyum kearah Aleeya dan Aleeya membalas senyuman lelaki tersebut. Dia menghampiri mereka dan bersalam dengan keduanya.”Ayah ada?” Tanya lelaki separuh abad itu tanpa memperkenalkan dirinya.”Err.. ada… masuklah dulu.. ibu pun ada dalam rumah” Aleeya mempelawa keduanya. Lelaki tersebut bersama wanita itu yang mungkin isterinya . Aleeya masih termangu di halaman itu. Hatinya masihtertanya-tanya siapakah lelaki dan wanita itu. Sedang Aleeya melayan hatinya yang tertanya-tanya suara seorang lelaki menyapanya.” Rajin menyapu.” Tegur lelaki itu. Aleeya mengagak usia lelaki itu lebih kurang Azman, abangnya.”Tak adalah…” jawab Aleeya. “jemputlah masuk..” Pelawa Aleeya. Lelaki itu mengangguk dan terus berjalan masuk ke rumah Aleeya. Aleeya terus masuk kerumahnya melalui pintu dapur. Di dapur Aleeya cuba curi-curi mengintai. “aleeya..” sergah Hajah Amina. Aleeya terkejut kerana ibunya tiba-tiba muncul dihadapannya. “ Ibu ni.. bu, siapa tu? Kawan Ayah ke?” Aleeya menyoal siasat ibunya persis seorang Inspektor polis. “ Ye… dah-dah.. jangan banyak tanya, cepat buat air dan hantar kat depan.” Perintah ibunya. Aleeya akur. Dia menyediakan air sirap dan sedikit kuih muih lalu dihantar ke ruang tamu. “ Rajinnya anak dara ni..” Usik lelaki separuh abad itu. Aleeya hanya tersipu. “ Leeya, ni ayah kenalkan, kawan karib ayah masa dalam tentera dulu, Datuk Zabidin dan Datin Syafiah.” Haji Nazim memperkenalkan. Aleeya bersalam buat kali keduanya dengan mereka. “ish abang ajim.. tak payah nak berdatuk datin dengan kami.. kita dah kenal lama.. lagipun tak lama lagi kita nak jadi keluarga.” Kata Datuk Zabidin. Berderai ketawa mereka. Aleeya hanya diam. “ Ni lah Nazzatul Aleeya.” Kata Hajah Amina. Aleeya hanya senyum. Tidak tahu mahu menyampuk dimana. “ Aleeya, ini anak makcik, Zackry Syafiq.. Panggil Zack je.. satu-satunya anak kami..” Perkenal Datin Syafiah. Aleeya mengangguk. Zackry Syafiq senyum. Aleeya tunduk. “ Leeya mintak diri dulu ye..” Pinta Aleeya. Tidak mahu dia mengganggu perbualan orang tua-tua. Aleeya kembali ke dapur. 
******************************************************************************
 “ Abang Ajim, janji kita dulu saya pegang.” Kata Datuk Zabidin. “ Ya Bidin.. Aku tau.. tapi kita kena tanya yang punya badan dulu.” Kata Haji Nazim. Datuk Zabidin dan Datin Syafiah mengangguk. “ Anak kamu macam mana?” Tanya Hajah Amina. “ Zackry okey.. dia setuju saja..” Kata Datin Syafiah. “ Ya mak cik, apa yang terbaik untuk saya, saya terima” Sampuk Zackry. Haji Nazim dan Hajah Amina kagum dengan ketaatan Zackry. Haji Nazim termenung seketika. Tidak tahu bagaimana mahu dikhabarkan kepada Aleeya. Anaknya itu lain sedikit sifatnya. Tapi janji masih janji. Dahulu sewaktu mereka masih dalam perkhidmatan dan tinggal berjiran mereka pernah berjanji mahu berbesan bagi mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan. Kini, setelah lebih sepuluh tahun Datuk Zabidin datang menuntut janji. Datuk Zabidin, Haji Nazim dan isteri masing-masing masih rancak berbual. Maklumlah, sudah lama tidak ketemu. Pelbagai cerita keluar dari mulut masing-masing termasuklah soal anak-anak. Datuk Zabidin kini juga seorang usahawan dan mempunyai syarikat di ibu Negara. Selain itu, dia juga merupakan pemegang saham terbesar di beberapa buah Syarikat gergasi antarabangsa mahupun global. Disebabkan kejayaannya yang besar itu dia dikurniakan anugerah Datuk. “ Tak sangka aku, kau dah berjaya sekarang, dapat Datuk lagi..” Usik Haji Nazim. “ ish abang Ajim ni.. abang pun apa kurangnya.” Jawab Datuk Zabidin. “ Ingat dulu budak-budak ni kecil lagi. Aleeya pun berhingus lagi.. sekarang besar panjang dah.. cantik manis pula..” Kata Datin Syafiah. “ Zackry pun apa kurangnya..” Kata Hajah Amina membalas.” Yelah.. budak-budak dah besar panjang, kita pun dah semakin tua, rumah kata pergi, kubur kata mari..” Haji Nazim menyampuk. “ Abang dah berapa cucu?” Tanya Datuk Zabidin. “ Dah tiga Bidin. Anak Amran dua dan Azman satu..” Jawab Haji Nazim. “ Alhamdulillah.. kami pun kalau boleh nak menimang cucu jugak secepat mungkin, yelah.. sebelum menutup mata..” Sampuk Datin Syafiah. Zackry yang mendengar perbualan itu hanya menunduk. Walaupun dia tidak membantah, namun jauh disudut hatinya dia gusar dengan penerimaan Aleeya terhadap dirinya. Perkahwinan yang hadir tanpa disulam cinta membuatkan dia risau. Mampukah dia mengharungi hidup dengan insan yang belum dikenali secukupnya. Bagaimana pula Aleeya?. Setujukah dia? Relakah dia bersuamikan insan bernama Zackry?. Ahh.. dia sendiri tidak pasti dengan keputusannya. Dia tidak membantah, dia juga rela asalkan kedua ibu bapanya gembira dan bahagia. Bukan dia tidak pernah bercinta, namun cinta yang dibina seringkali terputus ditengah jalan. Dia sudah penat. Biarlah soal jodoh ditentukan keluarga. Umurnya sudah menginjak 28, ramai teman-temannya yang sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai zuriat. Bukan dia tidak mahu mempunyai keluarga yang sempurna. Cuma masa belum tiba. Kariernya sebagai seorang Pensyarah di sebuah Kolej Swasta di Kuala Lumpur membataskan waktu untuk dia berfikir soal teman hidup. “ err.. mak cik, saya nak guna tandas boleh?” Pinta Zackry. “ Ishh.. kamu ni.. pergi je.. “ Kata Hajah Amina. Dia tertarik dengan sikap sopan Zackry. Memang temannya itu tidak gagal mendidik anak. Zackry melangkah menuju ke arah yang ditunjukkan. Sementara itu, Aleeya yang berada di dapur masih duduk termangu. Macam-macam perkara yang difikirkannya. “ Aleeya…” Panggil Zackry. Aleeya terkejut. Dia menoleh kebelakang dan melihat Zackry berdiri tercegat dibelakangnya. “ Tandas mana?” Tanya Zackry. “ Tu..” Aleeya menunjukkan arah tandas. “ Jap.. 20 sen” Gurau Aleeya. “ La… tandas rumah pun nak bayar?” Tanya Zackry. Aleeya ketawa. “ Takla… gurau je..” Zackry terus masuk ke tandas. Lima minit kemudian dia keluar. Aleeya masih di meja makan. “ Awak.. thanx ya.. muka awak memang sesuai jadi mak cik cleaner and jaga tandas.” Kata Zackry lalu dia berlalu meninggalkan Aleeya. Bengang sahaja Aleeya mendengarnya. “ Muka aku yang cantik ni disamakan dengan makcik cleaner? Macam la dia handsome sangat” desis Aleeya di dalam hati. “ Aleeya…” Panggil Hajah Amina. Aleeya keluar dari dapur dan menuju keruang tamu. “ Ni Makcik dan Pakcik dah nak balik.. Salam la” Kata Hajah Amina. Aleeya bersalam dengan keduanya. Dia memandang Zackry, Zackry hanya senyum. Aleeya tidak membalas senyuman Zackry itu. “ Abang Ajim.. kalau boleh secepat mungkin ya..” kata Datuk Zabidin. Haji Nazim mengangguk. Dia mengiring Datuk Zabidin dan keluarganya sehingga ke kereta. 
*******************************************************************************
 Malam minggu tiba lagi, Amran dan Azman pulang ke kampong halaman bersama keluarga mereka. Selesai makan malam Aleeya dan kedua kakak iparnya, Suria Kasandra iaitu isteri Amran dan Fatin Nurbaya isteri Azman mengemas meja makan. Haji Nazim, Hajah Amina, Amran dan Azman duduk di ruang tamu dan berbincang. “ Along rasa kita tak boleh buat keputusan terburu-buru ayah..” Kata Amran. “ Betul ayah, Man rasa kita perlu tanya pendapat adik dulu, ini masa depan dia, hidup dia” Azman setuju dengan abangnya. “ Ayah pun fikir macam tu.. ayah tak tahu macam mana nak bagi tahu dia.” Keluh Haji Nazim. “ Kita semua tahu perangai adik tu.. kita bincang dulu lah ayah, slow talk dengan dia.” Tambah Azman. Tidak lama kemudian Fatin dan Suria tiba diruang tamu. Aleeya pula sibuk melayan ketiga-tiga anak buahnya. Badrul Hakim, 3 tahun dan Balqish Hidayah,1 tahun adalah anak kepada Amran dan Suria manakala Nur Najwa Fatihah, 10 bulan merupakan anak Azman dan Fatin. “ Ucu.. boy boring la.. aqish and wawa baby girl, boy tak ada friends la..” keluh Badrul. Hampir tergelak dengan keluhan anak buahnya itu. “ ala… okey la.. nanti ucu kahwin, ucu bagi boy baby boy ye..” kata Aleeya. Badrul senyum. “ Promise ya..” kata Badrul. Dia seronok dan bersemangat. “ Adik.. sini kejap” Panggail Azman. “ Ala pak ngah ni.. kacau la.. “ Marah Badrul. Semua yang ada tergelak melihat keletahnya. Aleeya menghampiri Hajah Amina dan duduk disebelahnya. “ Leeya, ayah ada hal nak cakap ni..” Kata Haji Nazim. Aleeya mengangguk. “ Ingat tak Datuk Zabidin kawan ayah yang datang dulu?” Tanya Haji Nazim. Aleeya mengangguk. Sudah pasti dia masih mengingati Datuk itu, lebih-lebih lagi anaknya Zackry yang memanggilnya Mak Cik Cleaner itu. “ Ayah dah lama kawan dengan dia, dulu, masa dalam tentera, kami pernah berjanji untuk berbesan.” Haji Nazim menjelaskan. Namun dia terhenti sebaik melihat air wajah Aleeya berubah. “ Hmm.. Jadi, dia nak jodohkan leeya dengan anak lelakinya Zackry tu.. ini semua untuk merapatkan lagi hubungan persaudaraan.” Jelas Haji Nazim. “ Mereka dah meminang leeya.. leeya setuju tak?” Sambung Hajah Amina. Aleeya terkedu. Matanya mula berkaca. “ayah.. itu semua perjanjian ayah.. kenapa leeya pulak yang nak kena berkorban.” Aleeya naik berang. Semua disitu tenang. Mereka sudah menyangka tindak balas Aleeya itu. Azman mendapatkan Aleeya dan berkata “ Adik.. adik tak..” Belum sempat Azman menghabiskan kata-katanya Aleeya berdiri. “ Ayah, Leeya tahu leeya anak tak guna, leeya tahu leeya degil, leeya tak pandai macam Along dan Abang Man, Leeya selalu susahkan ayah, sebab tu ayah dan ibu nak kahwinkan leeya kan? Sebab nak leeya keluar dari rumah ni, supaya leeya tak payah lagi peningkan semua orang kan..!!” nada suara Aleeya semakin tinggi diiringi air mata yang mengalir laju. “ Astaghfirullah leeya.. Kami tak pernah anggap macam tu..” Haja Amina mengucap panjang. Air wajah Haji Nazim berubah. Sehingga begitu sekali tuduhan Aleeya terhadapnya. “ Leeya ada cita-cita ayah, leeya nak berjaya jugak, I’m only 20 Along, abang man.. Leeya sayang ayah, leeya sayang ibu, leeya sayang semua.. tapi kenapa buat macam ni pada leeya, seolah-olah leeya ni patung, bagilah leeya buat keputusan dalam hidup leeya..” sambung Aleeya lalu berlari kecil ke biliknya. Daun pintu dihempas kuat tanda bantahan dan biliknya dikunci. Semua disitu terdiam. Haji Nazim hilang punca. Dia kasihan melihat anaknya, namun janji perlu ditunaikan.  
*****************************************************************************


Friday, January 1, 2010

Cerpen - Bila Mama Tiada


Bila mama tiada.. "ain!!!" suara jerkahan ibu tiriku yang menggantikan tempat mama di mahligai kami sekeluarga. Wanita berusia 35 tahun bernama Ieka itu dinikahi papa setahun selepas mama pergi menghadap Ilahi. " ya mummy.." sahutku. Memang aku serta abangku diminta papa untuk memanggil isteri barunya begitu. " Aku nak keluar shopping jap, aku lunch kat luar dengan papa kau.. pandai-pandailah kau cari makan ya.." lagak sombong mummy ieka keluar dari rumah. "arrghh..." meluat hatiku melihat gelagatnya yang tergedik-gedik itu. Buta agaknya mata papa memilih perempuan sebegitu sebagai pengganti mama. Mama.. Ain rindu mama. Kenapa mama pergi terlalu cepat? Kenapa mama tinggalkan Ain dengan Abang Alif? Papa? biarlah dia. Papa dah banyak berubah. Sejak mama tiada, papa jarang pulang awal ke rumah. Kalau pulang pun masing-masing buat hal sendiri. Tiada lagi gurau tawa seperti waktu mama ada. Aku melangkah kaki ke kamarku. Kutatap potret mama yang menghiasi kamarku. Aku terlena dibuai kenangan bersama mama.

Bila mama tiada.. Semangatku yang pernah jatuh tatkala mama menghembuskan nafas terakhir akibat barah otak kukuatkan. "Ain.. walaupun mama dah tak ada nanti, Ain kene teruskan hidup, belajar rajin-rajin, capai cita-cita Ain tu. Ain nak jadi doctor kan sayang.." suara mama tersekat-sekat menahan sakit yang ditanggung. Berderai air mataku saat itu. "Mama.. Ain sayang mama.." Esakku dalam pelukan mama. Mama Mengusap lembut kepalaku. " Ain.. Mama pun sayang Ain. Ain janji ye sayang.." Pinta mama. Aku mengangguk. Janji itulah yang aku pegang sehingga kini. Tinggal 2 semester lagi aku akan mengenggam segulung ijazah dalam bidang perubatan. Itu janji aku pada insam bergelar mama. "Oiitt.. Berangan.." Tegur Badrul. Dialah yang menjadi teman baikku sejak dari sekolah rendah lagi. Ramai yang menyangka kami pasangan kekasih, namun semua itu tidak benar. Aku selesa berkawan dengan Badrul begitu juga dia. " Takla.. Aku terkenang mama" Kataku perlahan. Badrul mengetahui segalanya kerana aku banyak berkongsi cerita dengannya. Dialah tempat aku melepaskan sedih, marah, suka, duka dalam hidupku ini. Abang Alif sudah berkeluarga, jadi agak terbatas aku ingin meluahkan segalanya kepadanya. Namun hubungan kami tetap akrab. " Ain.. yang pergi tetap pergi.. dah 5 tahun pun mama kau pergi." Kata Badrul. " Ya Bad, dah 5 tahun.. tapi aku rasa macam baru semalam.. hmm, dahla.. tak mau emosional la" Aku memutuskan kenangan terhadap mama. " Haa.. macam tulah Nurul Ain Amirah yang aku sayang.." Kata Badrul membuatkan aku tersenyum. Terima kasih Bad!!

Bila mama tiada.. Mama, Hari ni Ain Konvokesyen mama. Ain Dah dapat ijazah. Ain bakal jadi doctor. Alangkah bahagianya kalau mama ada pada hari ini. Aku lihat teman-temanku bergembira bersama keluarga. Namun aku, hanya abang Alif yang datang. Papa? melancong ke sydney bersama mummy ieka. Lagipun aku tak kisah kalau papa tak ada pun. Dia memang dah buang jauh kami dari hidupnya. Dunia papa adalah duit dan mummy ieka. "Ain.. Tahniah.. " Kata Badrul. Hari bersejarah kami kongsi bersama. Badrul Mendapat Ijazah dalam bidang perakaunan. " Tahniah juga kat kau. " Kataku. " Badrul datang bersama keluarganya. Bahagia sungguh Badrul. " Ain.. kenapa muram je ni.." Tegur Kak Azlin, kakak iparku. " Tak ada apa-apa kak." Jawabku. Namun, jauh disudut hatiku aku terkenang mama. Aku rindu mama. Alangkah bahagianya Ain kalau mama ada disisi ketika ini. Kita kongsi kejayaan Ain. Harapan mama.

Bila mama tiada.. Aku termenung di birai katil. Kini aku telah bergelar seorang doktor pakar dalam barah otak. Aku sedaya upaya membantu insan-insan yang menderita seperti mama. Aku kini juga mampu memiliki rumah, kereta sendiri. Aku kini bebas tinggal jauh dari papa dan isteri gediknya itu. Tapi.. Ain rindu mama. Sedang aku mengelamun, telefon bimbitku berdering. Reminder!! hari ini tanggal 3 Julai 2009 hari ulangtahunku yang ke 25 dan... genap 7 tahun mama meninggalkan aku. Ya, mama pergi pada hari lahirku yang ke 18. Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Di saat teman-teman mengucapkan selamat hari lahir kepadaku, aku kehilangan mama. Air mataku menitis. Selama 7 tahun aku hidup tanpa mama, selama 7 tahun aku redha dengan pemergiannya, selama itulah juga aku mengumpul kekuatan meneruskan hidup dengan berbekalkan semangat mama. Mama, Ain sayang mama. Ain rindu mama. Ku raup muka membidas air mata yang mengalir. Aku hayunkan langkahku ini ke pusara mama. Kuhadiahkan Fatihah dan Yassin buat mama agar rohnya tenang di alam sana. Kukalungkan juga doa buat mama " Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Pengasih. Tempatkanlah ibuku di kalangan orang-orang yang Engkau redhai, sayangi, Cintai. Sesungguhnya ibuku ini telah melahirkanku, membesarkan ku sesusah payahnya. Engkau Ampunkanlah dosanya ketika hayatnya. Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim.. hanya padaMu aku berserah, hanya padaMu aku berharap.. Amin".. Mama, Ain sayang mama. Aku melangkah meninggalkan pusara ibu bersama kenangannya.